Thursday, 8 June 2017

Day 01 - Hiroshima



Kami tiba di Hiroshima dalam pukul 2.30 petang. Bagus jugak dengan adanya Kansai-Hiroshima Area Pass ini kami berpeluang untuk menaiki Nozomi Shinkansen. Nozomi ini antara bullet train yang paling laju, memang berdesup dia lari. Kalau kita berdiri di station yang mana Nozomi Shinkansen ini pass through ... terasa macam ribut, dengan sekelip mata dah hilang.




Pekara yang mula2 kami perlu buat adalah untuk ke hotel kami. Oleh kerana waktu pun dah dekat2 pukul 3.00pm maka  mesti tidak ada problem untuk check in. Untuk pi ke hotel kami perlu menaiki street car atau tram.

Tak susah pun. Hanya ikut signage untuk pi keluar station melalui South Gate Exit. Okay, pada sapa2 yang berhajat nak ke Hiroshima do keep in mind, Hiroshima bermaksud Hiroshima JR Station iaitu untuk train yang menggunakan JR Line samada local atau Shinkansen. Sementara Hiroshima Station bererti Hiroshima Street Car Station laluan tram dalam bandaraya Hiroshima  Jadi kalau guna Hyperdia.com jangan pulak confuse antara Hiroshima dan Hiroshima Station. 

Apabila tiba di ground floor Hiroshima JR Station ini kami terus ke Tourist Information Center. Jangan takut Cik adik manis kat sini very helpful dan boleh speak English fluently.  



Sight seeing map yang didapati dari Tourist Information Center

Dia akan tunjukkan ke hotel kami cara2 untuk pi ke hotel kami dan street car nombor berapa yang kami patut naik. 

Kami tahu untuk ke hotel, kami perlu menaiki street car. Hajat kami adalah untuk membeli 1 day Street Car Pass. Harga per pax adalah Y600 untuk kegunaan satu hari secara unlimited. Kalau nak bayaq per ride kosnya adalah Y160 utk perjalanan dalam mana2 area bandaraya Hiroshima. Tambang street car ini boleh jugak bayaq dengan Icoca Card. Tapi lain2 IC seperti Suica, Pasmo, Kitaca tak boleh diterima sebagai bayaran.


Peta utk Street Car di bandaraya Hiroshima. Sama spt Metro atau subway line di bandar2 utama Japan, Street Car juga mempunyai Line dengan warna dan nombor yang tersendiri

Berbanding Sapporo, laluan untuk Street Car di Hiroshima lebih meluas ke banyak tempat. Tak menghairankan kerana Hiroshima tidak mempunyai subway atau Metro maka Street Car menjadi pengakutan awam yang utama di sini. Boleh kata setiap masa Street Car ini penuh dengan penumpang tapi perkhidmatannya sentiasa on time dan reliable.







Kami beli 1 Day Pass ini pada hari pertama di Hiroshima saja. Pass ini boleh dibeli di Hiroshima Station - Perhentian Street Car. Kaedah penggunaannya adalah dengan cara mengores tarikh mula ianya nak digunakan.



Perhentian street car di Hiroshima Station. Di sebelah kirinya ada satu pejabat yang menjual 1 Day Street Car Pass

Penumpang masuk ke street car ini dari pintu tengah dan keluar dari pintu depan sebelah driver atau pintu paling belakang yang dikawal oleh seorang pembantu beruniform. Kalau bayar guna 1 Day Pass cuma tunjukkan pada driver atau pembantu sebelum keluar. Dan kalau guna Icoca card kena scan sama macam menaiki bas di Osaka atau Kyoto.


Dari Hiroshima Station kami menaiki Street Car nombor 1 ke Chuden-mae. Tak susah sebenarnya nak faham perjalanan Street Car di sini. Dengan sedikit homework kita boleh merancang untuk jalan ke mana2 dalam bandaraya ini.


Chuden-mae Station

Destinasi kami dengan street car adalah ke Chuden-mae. Untuk ke sini kalau ikut pada peta kami perlu menaiki street car dari Hiroshima Station (M1) ke Chuden Mae (U3). Peta street car ini sangat penting dan perlu difahami untuk mengetahui arah mana kita nak pi, streetcar mana yg patut kita naik dan perhentian mana kita harus naik atau turun. 

Streetcar di Hiroshima ini sifatnya ia akan berhenti di setiap station, walaupun tiada sapa nak naik atau turun kat satu2 station tu, Dan satu lagi, biasanya pengumuman station yg dorang akan berhenti dan station seterusnya yang nak tuju akan dibuat tapi adakalanya pengumuman tu dibuat dalam Japanese and signage di kebanyakan perhentian amat senang nak terlepas pandang.


  Shukkeien-mae station - Cukup berteduh untuk dua orang, tak cukup bajet kot

Jadi kalau nak guna streetcar di Hiroshima ini mesti get familiar dengan map sepertimana yg akak sebutkan di atas atau refer pada Hyperdia.com tempat2 yang nak pi.

Dari perhentian Chuden-mae ke hotel kami amat dekat, cuma lintas jalan sedikit ke depan dan kemudian beluk ke kanan. Kami dah study kawasan sekitar berpandukan Google Map. Lepas2 turun dari streetcar macam tau2 jer mana lorong nak pi.


Business Hotel Million City Hiroshima


Kami sengaja pilih Business Hotel Million City ini kerana lokasinya yang stratejik. Dari hotel ke Peace Memorial Museum atau Atomic Bomb Dome cuma dalam 5 minit berjalan kaki. Manakala jarak dari Hiroshima Station dengan menggunakan streetcar ambik masa dalam 15 min.

Tapi semasa membuat online hotel reservation di bandaraya2 yang kami nak pi seperti Osaka, Kyoto, Kobe dan Kinosaki Onsen, budget accommodation di Hirohima di kawasan city area lah yang rumit sikit kerana tidak banyak pilihan. Nak cari yang hampir dengan major tourist attraction, dekat dengan perhentian streetcar, ada microwave & fridge serta mempunyai harga yang berpatutan cuma tempat ini saja yang kami rasa sesuai. Itu pun online reservation melalui Booking.com & Agoda bila kami try dah sold out. Akhirnya kami berjaya tempah untuk 2 malam melalui Asiago.com walaupun terpaksa buat immediate payment online. 

Hiroshima Peace Memorial Museum

Dah lepas check in, solat, makan lebih kurang kami terus bergerak menuju ke tourist attraction yang pertama, iaitu ke Hiroshima Peace Memorial Museum. Pada masa ini dah hampir nak ke pukul 4 suku petang. Tempat ini pulak pada winter season tutup pada pukul 5 pm.


 Only Y200 for admission ticket

Pada sapa2 yang berminat nak tau lebih lanjut dan tenguk sendiri tentang kedahsyatan kesan bom atom ke atas penduduk Hiroshima maka tempat ini adalah wajib untuk pergi. Bayaran masuk cuma Y200 per person



Entrance ke museum ini bermula dari East Wing. Di tangga bawah ada souvenir store, manakala pameran kesemuanya di tingkat atas. Di East Wing museum ini menceritakan tentang sejarah awal bandaraya Hiroshima sebelum ditimpa malapetaka dahsyat pada tahun 1945. Di West Wing pulak adalah pameran barang2 dan gambar2 dari kesan pengeboman.

Cara keseluruhannya museum ini amat memuaskan - dari segi setting, bahan2 peninggalan mangsa, dan photo yang dipamerkan. Memang informative dan menarik. Keadaan kat dalam bilik2 pameran ini pun dibuat suram untuk menimbulkan suasana sedih pada tragedi yang menimpa. 


Kami nak ambik gambar kat dalam museum ini pun rasa serba salah sebab tak ramai yang berbuat demikian. Kebanyakan yang datang pun tak banyak yang bercakap dan boleh rasa suasana keliling yang sepi dan senyap. Ada sorang perempuan (Japanese) ini nak cakap dengan anak dia pun berbisik2.


Barang2 peninggalan yang termusnah yang dijumpai dgn description dlm English & Japanese

Bola merah itu menunjukkan tempat jatuhnya dan meletupnya bom atom di Hiroshima

Memperingati lawatan Presiden Obama ke Hiroshima pada tahun 2016

Selepas beredar dari bilik pameran, jalan menuju ke pintu keluar ada sedikit pameran yang menunjuk gambar lawatan Presiden Obama di Hiroshima pada 27hb Mei 2016. Di samping tu jugak ada buku untuk pelawat museum ini menyuarakan pendapat tentang bahaya peperangan dan penggunaan bom nuklear. Sapa2 pun boleh tulis kat dalam buku ini.


Pandangan Hiroshima Peace Memorial Park dari bangunan museum

Keluar saja dari museum ini kami berjalan kaki ke Hiroshima Peace Memorial Park yang terletak bertentangan dengan bangunan museum ini.


Cenotaph For The A-Bomb Victim

Mula2 sekali yang boleh dilihat di Memorial Park ini adalah tugu memperingati mangsa2 yang terkorban akibat pengeboman pada 6hb Ogos 1945. Dari apa yang akak baca di internet di tugu ini ada buku yang mencatitkan nama2 penduduk yang mati pada hari tersebut. Dan pada 6hb Ogos setiap tahun nama2 mangsa yang terselamat tetapi meninggal dunia dalam tempuh tahun itu dimasukkan sama ke dalam buku di tugu ini.



 Flame of Peace

Ke hadapan sedikit dari Cenotaph adalah tugu Flame of Peace. Rekaan tugu ini seolah2 berbentuk tangan yang terbuka dengan memohon harapan agar senjata nuklear dihapuskan penggunaannya. Di atas tugu itu ada api yang sentiasa menyala untuk memperingati mangsa2 yang terkorban. Api yang menyala itu tidak pernah terpadam sejak tugu ini dirasmikan pada 1hb Ogos 1964


 Children's Peace Monument

Dalam 100 meter ke depan, adalah Children's Peace Monument. Tugu ini dibina untuk memperingati seorang budak yang bernama Sadako Sasaki.



Di tugu ini ada tertulis : “This is our cry, this is our prayer for building peace in the world.”

Patung yang berada di atas tugu ini melambangkan Sadako yang memegang rangka seekor burung (crane). Budak ini pada usia 2 tahun telah terdedah akibat kesan bom atom dan menghidap penyakit leukemia 10 tahun kemudian. Menyedari yang dirinya tidak akan sembuh, dia percaya jika dia cipta 1000 paper cranes dia ada harapan untuk terselamat. 

Malangnya Sadako cuma sempat mencipta 664 paper cranes sahaja dan kemudian meninggal dunia. Bagaimanapun kawan2nya meneruskan usaha dan harapan Sadako dengan membuat lebih banyak paper cranes. Tugu ini dibina atas hasil derma dari sekolah2 di Japan dan juga dari negara2 luar.



Kisah Sadako Sasaki yang menyayat hati ini mendapat perhatian dari seluruh pelusuk dunia. Ramai kanak2 yang mencipta paper cranes dan mengirim ke Hiroshima untuk meluahkan rasa simpati dan meminta pemimpin dunia supaya menghentikan peperangan.


 Info lebih lanjut mengenai Children's Peace Monument


The Atomic Dome from across Motoyasugawa 

Jalan menghala ke kanan sedikit dari Childres's Peace Monument adalah sungai Motoyasu. Dari sini dah boleh nampak bangunan yang menjadi iconic landmark untuk bandaraya Hiroshima iaitu Atomic Bomb Dome.


Sememangnya hajat kami datang ke Hiroshima ini, salah satunya adalah untuk melihat A-Bomb Dome ini dengan lebih dekat.




Semasa baca2 pasal tourist attraction di Hiroshima, mula2 tu ingat boleh masuk ke kawasan bangunan dome ini. Rupa2nya tak boleh haha. Tapak bangunan yang masih berdiri ini dipagar serta dilengkapi dengan alarm sistem.


Sisa runtuhan bangunan yang masih berdiri ini dipelihara oleh kerajaan Jepun untuk mengingati generasi yang masih hidup tentang kehancuran yang terjadi akibat peperangan.



Monument Dedicated to the Writer Miekichi Suzuki


Dah selesai ronda2 kat area Peace Memorial Park kami terpikir2 mana pulak  tempat lagi yang kami nak pi. 
Atas sebab flight yang delay, itinerary yang kami susun sebelum ini dah tak boleh nak pakai.

Ada 2 pilihan samada nak ke Hiroshima Castle dan Shukkien Garden atau terus ke Miyajima. Hiroshima Castle 
untuk winter season tutup pada pukul 5pm, manakala service ferry ke Miyajima Island ditutup pada  pukul 5.30pm.
Waktu draf itinerary sebelum ini, memang trip ke Miyajima kami dah cadang nak pi pada hari pertama di Hiroshima.

Untuk pi ke Miyajima ada 2 cara :

Pertama dengan menaiki tram. Travel time kalau dari Atomic Bomb Dome tram stop ke Hiroden-Miyajima Guchi
lebih kurang 53 minit dengan satu kali transfer tram.

Kedua adalah dengan JR Train. Tapi kalau nak naik JR Train mesti dari Hiroshima JR Station. Dan travel time
lebih kurang dalam setengah jam. Iaitu dari Hiroshima JR Station ke Miyajimaguchi Station

Oleh kerana kami memiliki Kansai-Hiroshima JR Pass maka kami juga secara automatic entitled dapat pass percuma 
menaiki ferry ke Miyajima. Kalau nak pikir2kan memang peluang untuk dapat pi ke Miyajima adalah tipis
memandangkan hampir pada closing time. Tapi kami nekad juga nak pi, jika tak sempat pun kami tak rugi apa2
kerana kos perjalanan dah termasuk dalam pass.


Ketika ini Hiroshima JR Station dipenuhi oleh orang ramai yang baru balik kerja


Hah alangkah sedihnya sampai2 di Miyajimaguchi station dah almost pukul 6pm. Tapi kerana winter season nampak macam pukul 10 malam. Jalan kat situ pun dah lengang. Ya lah mana tak lengangnya sebab Ferry Port pun dah tutup.



Tak dapat pi Miyajima dapat tenguk bumbung Feri Port pun jadilah haha ... sedih sampai lagu tu. Dah tak ada apa yang boleh nak buat kami pun balik semula ke Miyajimaguchi Station untuk menaiki JR Train balik semula ke Hiroshima JR Station.


Book-Off Super Bazaar Hiroshima. Gambaq diambil semasa pagi hari nak balik


Untuk mengubat kesedihan hati tak dapat pi Miyajima, akak cepat2 refer pada itinerary. Dalam catitan yang dibuat akak ada tulis pasal Book-Off Super Bazaar di Hiroshima. Location kedai ini pun tak jauh. Kalau naik Tram tempatnya on the way menuju ke Chuden-Mae Station - selang 2 station ajer. 

Cuma kena turun di Hondori Station pastu menyeberang jalan ke belah kiri sikit,
dah boleh nampak bangunan kedai Book-Off ini.



Okay sebenarnya apa tu Book-Off Store di Japan ? Ia adalah kedai yang menjual barangan terpakai atau second hand atau yang outdated. Ada bermacam2 barangan yang terdiri dari buku2 manga, video, barang2 elektronic dll. 

Kualiti barang yang dijual pulak ada yang nampak macam masih baru dan ada jugak yang dah kena gasak semahu2nya oleh pemilik asal.




Hmm guitar harga dalam RM80 pun ada, bolehlah kalau niat nak main hempas2 atas pentas

Headphone band Bose pun ada jual, barangan electronic kebanyakan dipamerkan dalam glass casing


Coffee maker ultraman pun ada





Barangan anime memang banyak kat sini pada sapa2 yg minat buat koleksi

Ada lebih kurang dalam satu jam setengah jugak kami kat dalam Book-Off ini, jalan pi mai pi mai
last last beli key chain saja. Tak berapa jauh jugak jalan kaki balik dari kedai ini ke hotel kami, ambik
masa dalam 15 minit.

Sampai di blik hotel, mandi, sembahyang pastu makan apa yg kami bawak dari rumah. Memang
kelaparan sebab kalau nak ikut itinerary kami sepatutnya makan di restaurant U-don Sanuki di Kansai
Airport. Waktu check in sempat alas perut makan roti dan air sebab nak kejar masa pi ke Memorial 
Park.

Ketupat mini yg dah siap rebus dari rumah, kalau tak silap ada dalam 10 bijik kami bawak

Untuk dinner, lapar punya pasal malam nih kena makan special sikitlah hehe. Sebelum membuat hotel reservation kami dah buat thorough survey hotel yang kami nak duduk. Syarat paling penting mesti ada microwave dan fridge. Kalau ada kitchenette memang lagi baik. Tujuannya adalah untuk reheat bekalan makanan yang kami bawak dari rumah


Untuk trip kali ini kami bawak bersama ketupat mini yang dah siap direbus. Dah ada ketupat tak kan nak makan kosong macam tu ajer. Nak lebih kick mesti ada main course. Jadi kami bawak sekali lontong. Dah lah serupa macam nak sambut Raya pulak kan.

Tak basi ker ? Insya Allah tak basi. Ketupat mini tu akak rebus sehari sebelum bertolak dan store dalam fridge. Untuk kuah lontong pulak akak buat pekat2 dengan lebihkan santan dan beri masin sikit. Nanti bila sampai di hotel di Japan nih baru tambahkan air sikit lagi dan bubuh gula untuk balance masin dan manis. Kemudian akak store dalam freezer. Beberapa jam sebelum nak pi airport baru keluarkan dan pack cantik2 dalam luggage.


Kicap manis jangan dilupa warisan tok nenek turun temurun, baru sempurna makan lontong 

Lontong ini bukan lontong kosong tau, siap ada udang, sotong kembang, su'un, sengkuang, tauhu, tempe dan sayur kacang buncis. Tapi semua benda2 ini akak dah rebus dan bubuh dalam tupperware asing. Tak campur dgn kuah lontong tadi untuk elakkan jadi basi. 

Makan lontong kalau tak ada kuah kacang tak syoklah kan. Jadi untuk tak payah pening2 kepala, akak beli ajer satay kat pasar malam sehari sebelum bertolak. Otomatik dapat kuah kacang free. Satay dalam 10 cucuk yang dah siap2 kami tanggalkan dari lidinya dengan kuah kacang makan pulak dengan ketupat dan sayur lodeh yang panas2 berserta kicap manis  .... hmm memang heaven lah.

Hotel yang kami dok di Hiroshima ini akak diuruskan oleh sepasang suami isteri. Masa kami tiba tu dorang dah expect kedatangan kami. Sempatlah dia tunjuk microwave yang kami nak guna dan macam mana nak operate.

Malam ini kena tidur awal sebab besuk "big day" kerana nak travel jauh. Kami akan ke Okunoshima atau Rabbit Island yang menjadi salah satu highlight holiday kami di Hiroshima ini.

Bersambung - Day 2 di  Okunoshima

Sorry sebab lambat update. Balik2 dari Japan, dalam 2 minggu lepas tu kena demam dan batuk2. Dah baik dari demam terus ilang mood nak update , mai pulak dengan angin malas yang melanda hmm nak karang ayat pun serba tak kena.


























Tuesday, 21 February 2017

Day 01 - KUL-KIX Arrival


Return ticket flight ke Osaka akak beli pada bulan November 2015 waktu ada Air Asia buat sales promo. Hmm kira2 setahun lebih dari time beli tiket hingga time nak bertolak. Harga tiket tak termasuk add ons adalah RM637 per person. Okay jugaklah kira murah kan. 

Yang bagus naik Air Asia nih kita boleh buat add-ons sehingga sebelum tarikh dan berangkat, jadi tak terasa sangatlah. Yang tak berapa bestnya adalah exchange rate. Waktu akak pi winter 2015, tukaran wang Yen-Ringgit berada dalam RM30.00 utk Y1000, tapi kali ini dah berubah banyak.

Akak tukar 2 hari sebelum bertolak ke Japan, money changer beri rate RM39.30 utk Y1000. Sedih dan geram pulak tenguk Ringgit Malaysia dok turun. Nak buat cam mana, nak tak nak kena tukar jugak.

Sebulan sebelum tarikh bak bertolak Air Asia pulak hantar satu email :



Dua kali kena retimed oleh Air Asia. Bagi sesiapa yang ingin nak buat connecting flight, pastikan ada jarak masa sekurang2nya 3 jam antara flight. Delay boleh berlaku pada mana2 airline


Flight kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 1.00 pagi kena retimed ke pukul 1.55 pagi. Maknanya kami dijangka mendarat di Kansai Airport pada pukul 9.20 pagi.

1 jam delay, kira okaylah boleh terima. Sekali bila tiba di KLIA2, tau2 flight ke KIX ada announcement akan kena rescheduled ke pukul 3 pagi. Ehh sakit hati betol. Kalau macam nih kami akan tiba di KIX pada pukul 10.30 pagi. Lama jugaklah dok tercanguk kat KLIA sejak dari pukul 9:30 malam.

Tertanya2 jugak awat yang boleh jadi delay sampai lewat macam nih. Mungkin snow storm ke hapa, tapi bila tiba di KIX, cuaca terang benderang eluk saja. Grrr.

Sebelum flight kami mendarat di Kansai Airport awal2 dorang dah buat announcement bahawa barang2 makanan dari meat based products dilarang untuk dibawa masuk ke Japan kerana untuk menghidar dari wabak penyakit kuku dan mulut. Kami memang tak ada niat nak declare apa2 pun walau pun dalam luggage penuh dengan macam2 lauk pauk.

Nasib baik jugak luggage kami lepas tanpa kena bukak, tapi ada dua orang budak perempuan Melayu bertudung yang queue pada lane sebelah kena bukak luggage. Strict jugak kastam kat Kansai nih.

Dah selesai urusan dengan kastam kami tak boleh lengah2 lagi untuk terus ke bangunan sebelah iaitu Kansai Airport Station. Untuk sapa2 yang berhajat untuk ke JR Ticket Office ini - tak kiralah nak beli, activate atau exchange JR Rail Pass atau lain2 pass under Japan Railway Company sila mai cepat2 ke sini


JR Ticket Office - sentiasa ramai orang utk buat urusan. Masa kami mai ada 4 atau 5 counter yang dibuka. Kami beratur kira2 20 min di sini

Queue di JR Ticket Office ini sentiasa panjang. Kami yang antara awal ke sini selepas dah collect luggage kena beratur dan tunggu dalam 20 minit. Tak lama lepas tu orang yang beratur dah melimpah sehingga ke luar office ini.

Kami ke sini adalah untuk buat payment dan activate Kansai Hiroshima Area Pass. Kami buat reservation secara online :
( http://www.japan-guide.com/e/e2358_008.html ) dari Malaysia @ Y13,000. 
Boleh jugak kalau nak terus beli kat JR Ticket Office ini bila kita sampai, tapi harganya lebih sikit @ Y14,000.

Card yang dalam buku pass ini jangan pulak pandai2 nak kopek, biaq cam tu ajer. Nanti bila kat train station ada lorong khas untuk pass holder, cuma tunjukkan dorang.


Masa kat counter cuma tunjuk passport, buat payment samada dengan cash atau credit card (Kami bayar dgn Amex). Dan yang paling penting kena bagitau kat officer tu bila kita nak mula guna Pass ini. 

Kalau Kansai-Hiroshima Area Pass ini dibeli secara online, maka cuma bawak printout email confirmation dan tunjukkan di JR Ticket Office - ada banyak pejabat yang kita boleh berurusan selain dari Kansai Airport seperti di Shin-Osaka, Osaka, Kyoto, Sannomiya dll

Jadi pada sapa2 yang nak beli JR Pass - spt JR Kansai-Hiroshima Area Pass, JR Kansai Area Pass, Kansai Thru Pass atau apa2 pass sekali pun perancangan mesti ada. Maksud akak kalau kata flight kita mendarat pukul 4.30pm, tak perlulah nak activate atau beli pass. Misalnya Osaka Amazing Pass utk 2 hari berharga Y3000 (RM118), dah tak banyak attraction yang boleh dikunjungi kerana kebanyakan tourist spot tutup pada pukul 5 petang. Memadai cuma beli single ticket dari Kansai Airport ke Osaka.


Selain dari Kansai-Hiroshima Area Pass kami beli sekali Icoca Card. Actually boleh jugak beli kat vending machine. Tapi jika Icoca Card dibeli dari JR Ticket Office ianya mesti secara tunai saja. Sebelum kami beli Icoca Card kami dah awal2 buat itinerary yang rapi di mana kami akan gunakannya selama 5 hari tanpa perlu buat apa2 top up.

Selain dari Kansai-Hiroshima Area Pass kami juga ada membeli Kyoto-Osaka Sight Seeing Pass di Kansai Airport Station ini. Pass ini amat berbaloi untuk sapa2 yang menginap di Osaka dan planning untuk buat short trip ke tempat2 menarik di Kyoto. 


Harga Pass untuk 1 day unlimited use dengan menggunakan Keihan Line cuma @ Y700 (RM28) saja. Oleh kerana kami bermalam di kawasan Namba, kami cuma perlu pi ke Yodoyabashi Station yang merupakan station permulaan untuk Keihan Line terus menuju ke Kyoto. 

Kalau nak dibandingkan kos perjalanan Osaka-Kyoto, JR Line yang paling murah iaitu Special Rapid dari Osaka Station ke Kyoto Station berharga Y560 sehala, sedangkan Pass ini cuma Y700 sahaja untuk unlimited travel antara Osaka dan Kyoto. Dan pada yang berhajat nak ke Inari atau Gion, train akan berhenti di station yang terletak tidak jauh dari tourist attraction. Untuk yang budget conscious traveler, Pass ini memang terbaik.

Nanti akak akan cerita dengan panjang lebar lagi cara2 penggunaan, kebaikan dan kelemahan Pass ini dalam posting yang akan datang.


Urusan di Nankai Office lebih cepat berbanding dari JR Ticket Office


Kami buat reservation dan bayar dengan credit card untuk dapatkan Keihan Kyoto-Osaka Sight Seeing Pass ini secara online di : 
http://www.howto-osaka.com/en/ticket/ticket/keihanosakakyoto1-2day.html

Dorang akan beri confirmation melalui email. Bila sampai di Kansai Airport Station cuma pi ke Nankai Ticket Office seperti gambar di atas untuk buat exchange. Nanti dorang akan beri pass, booklet dan location route dalam satu sampul plastik yang cantik. Perlu diingat exchange cuma boleh dibuat di Kansai Airport Station saja. Nankai Ticket Office ini terletak bertentangan dengan  JR Ticket Office.

Okay dah selesai urusan mendapatkan pass yang diperlukan kami sepatutnya kalau nak ikut itinerary pi ke The U-don Sanuki iaitu restoran makanan halal di tingkat 2 Terminal 1 untuk breakfast. Tapi memandangkan flight delay yang berlaku terpaksalah dibatalkan hajat nak makan ramen. Waktu sekarang pun dah hampir ke pukul 12 tengah hari. 

Ni yang susah sikit apabila terjadi benda2 yang tak boleh dielakkan seperti ini, program yang disusun habis rosak dibuatnya.

Itinerary kami selanjutnya adalah untuk terus ke Hiroshima. Oleh kerana kami memiliki Kansai-Hiroshima Area Pass kami entitle untuk menaiki Limited Express Haruka ke Shin-Osaka.


Untuk menaiki Limited Express Haruka nih mesti turun satu level dengan escalator berhadapan dengan JR Ticket Office


Kami sempat menaiki Haruka Express (unreserved seat) pada pukul 12:14 ke Shin-Osaka. Perjalanan mengambil masa dalm 50 min. Dan dari Shin-Osaka barulah buat transfer dengan menaiki Shinkansen ke Hiroshima.


Unreserved seat dalam Limited Express Haruka, boleh tahan ramai penumpang. Tapi banyak train antara KIX ke Shin-Osaka

Semasa dalam Haruka Express ini tiba2 akak dapat panggilan talipon. Bila check handphone .. ohh rupa2nya dari Maybank. Dorang nak verify samada kami ada guna credit card di Japan. Haha dorang terkejut kot sebab tiba2 ada transaction kat luar negeri dari card American Express.

Bersambung ...