Friday, 25 January 2013

Apa Baguih Sangat Dengan Tokyo



Memilih Tokyo sebagai destinasi percutian


    Tokyo has resumed its position as the world's most expensive city

Kenapa Tokyo ?  Best ker kalau bercuti kat sana ?
Berapa ribu nak abis kalau dok seminggu kat sana ?
Ada makanan halal ker ... atau nak kena makan sushi ari2 ?

Errr ... kalau nak tenguk pada data dan statistik memang Tokyo berada dlm rangking top 3 costliest cities bersama Oslo dan Zurich. Kalau dah macam tu nak wat per pi Tokyo ? Buat perabis duit jer !!


Okay sebenarnya ada berapa sebab untuk jadikan Tokyo sebagai destinasi percutian :


1. ) Now Everyone Can Fly
Ya, dengan Air Asia tiket ke Tokyo boleh dapat dengan kadar yang tak berapa mahal. Lebih kurang sama dengan destinasi seperti Beijing atau Seoul. Tapi berapa agak2nya yang boleh dikategorikan sebagai tiket murah ?  In my opinion, lebih kurang bawah RM750


Watch out for Air Asia Promo

Nak dapat tiket murah nih biasanya waktu Air Asia buat promo. So, kena rajin2 tenguk waktu dorang buat promo. Akak punya trip nih kami booked dlm bulan Julai 2012  :


Depart total...............................1,216.00 MYR
Return total................................1,684.00 MYR
Services, fees and insurance .........0.00 MYR
Current total...............................2,900.00 MYR

RM2,900 nih untuk 4 orang. Kira2 seorang dalam RM725 seorang. Itu pun boleh kata mahal sebab akak pernah baca ada orang boleh dapat bawah RM700.

2,) Tempat Penginapan Yang Berpatutan

Walau pun Tokyo termasuk dalam senarai costliest cities in the world dengan kos hidup yang amat tinggi tapi masih ada tempat penginapan yang ... senang cakap lebih kurang harganya seperti di Malaysia. Sepanjang satu minggu akak di Tokyo kami dok di 4 different places in 4 locations. 2 Hotels kami ambik 2 rooms for 2 adults dan 2 Guesthouses (Japanese Style) satu bilik muat 4 orang dengan attached bathroom.

Accommodation : Regular Hotel Room, Japanese Style or Dormitory take your pick

Total kos semua sekali RM2,772.83. Dua hotel kami booked online melalui Agoda guna credit card dan 2 lagi melalui hotel website dan kami bayar cash (dalam Yen) masa check in. Kira okaylah kan flight dengan hotel semua sekali dalam RM6,000. Kira2 satu orang dalam RM1500,


3.) Bandaraya Yang Bersih Dan Selamat

Jalan2 di Tokyo tak kira malam atau siang memang rasa selamat tanpa rasa takut. Kat Tokyo nih Malah Vending machine boleh kita jumpa - dalam keadaan beroperasi - walau pun kat ceruk2 lorong yang jarang dilalui orang. Tak ada pulak vandalism ker hapa. Kadang2 tu kedai2 yang jual baju, jaket, sweater dorang sidai barangan luar kedai.... heh kalau kat Malaysia...hmm. 

Vending Machine - almost everywhere in Tokyo street corners

Masa nak ke Gotemba Station akak naik bas yang penuh dengan budak sekolah. Baru balik sekolah lah gamaknya, Driver bus nih turunkan budak2 kadang2 tu berdua kadang2 sorang jer kat tempat gelap2, dah tu dorang jalan cedik2 masuk lorong,,tak takut ekk . Akak kalau anak sendiri pun balik sekolah lambat pun dan risau semacam,


Kalau kat tengah2  bandar besar di Tokyo nih mesti ada Koban atau pondok polis, Kalau kita sesat cari jer koban nih dorang akan bukak buku besar dan tunjuk arah ke mana kita patut tuju.

Got Lost or Need Help - Just Search For Koban

4.) Tourist Attraction

Tempat2 menarik cukup banyak di Tokyo. Kalau nak cover semua memang tak ter-cover dalam masa seminggu. Kalau minat theme park boleh pergi ke Disneyland, Disneysea.atau Tokyo Dome City. Kalau nak yang slow pace boleh pi museum. Macam2 museum ada, misalnya National Museum of Nature and Science, Japanese Sumo Wrestling Museum, Sushi Museum. Kalau minat anime boleh cuba Ghibli Museum atau Fujiko (Doremon) Museum. 


Fujiko·F·Fujio Museum - Not easy to get ticket here

Kalau yang minat pada haiwan boleh berkunjung ke Ueno Zoo atau melawat aquarium yang beratus around Tokyo nih, Ada aquarium bersama theme park, ada aquarium dalam shopping complex dan ada jugak aquarium yang dalam hotel...jangan tak percaya orang2 Jepun nih memang suka sangat pada ikan,


EPSON Shinagawa Aqua Stadium located inside Shinagawa Prince Hotel

Pada nature lover pulak boleh alami suasana luar biasa dengan melihat keindahan cherry blossom. Taman2 sekitar Tokyo seperti Shinjuku Gyoen, Ueno Park, Sumida Park, Yoyogi Park dll. Waktu paling sesuai untuk melihat cherry blossom ini ialah di awal bulan April. Yang tak berkesempatan berkunjung waktu cherry blossom boleh ke Hakone dengan cara membeli Hakone Pass untuk melihat kecantikan Mount Fuji dari jarak lebih dekat. 

Untuk mengenali Tokyo serta melihat kecantikan sekeliling senibina kota metropolis nih cara yang paling baik ialah dengan melihatnya  dari tempat yang tinggi seperti Tokyo Skytree atau Tokyo Tower. Kalau nak tenguk secara free boleh cuba : Tokyo Metropolitan Government Building Observation Deck. Selain tu boleh juga ambik cruise atau skybus yang melalui tempat menarik sekitar Tokyo.

 Awesome Tokyo - Big City Lights

5.) Sistem Pengangkutan Yang Sangat Efisen

Sepanjang semiinggu kat Tokyo akak berkesempatan menaiki train, bas express dan teksi. Boleh kata semua pengangkutan awam dorang nih super efisen dan tepat waktu bertolak dan waktu sampainya. 

Misalnya waktu kami naik bas express dari Lake Kawaguchiko ke Shinjuku. Dalam jadual harian tiket bas akan bertolak pukul 1.10pm dan dijadual sampai pukul 2.55pm. On the way tu dorang sempat lagi ambik orang kat 2-3 tempat. Tapi sampai kat Shinjuku tepat2 kol 2.55pm. Kalau train - Metro atau JR tu boleh paham gak tapi bas express yang lalu hi-way terdedah dengan trafik boleh pulak sampai cun2. Dah sampai kat station ada pulak minah cun yang direct bus kami nih dengan walkies talkie macam kapal terbang yang baru mendarat dan kuarkan beg kami. Kat KL ada sekali tu kami naik teksi drebar cuma bukak boot tanpa dia sendiri keluar...hah pandai2lah korang kuarkan beg sendiri...kerja aku bawak keter !

Take note  of The Line Color, Number and Symbol where you are heading

Train system dorang memang canggih. Walau sekali pandang nampak berselirat dan susah nak paham tapi kalau kita study pelan2 tak susah mana pun. Yang nak jadi pening pun ialah nak cari exit untuk ke tempat kita nak tuju. Tapi biasanya kat website tempat2 attraction dorang dah siap bubuh link access - click dan ingat mana kita patut tuju.

6.) Masyarakat Jepun Yang Berhemah

Rata2 orang di Jepun nih dorang buat hal masing2. Dah memang budaya dorang macam tu. Kalau kita bukak TV kat sana kalau ada rancangan CSI atau Criminal Mind semuanya dalam bahasa Jepun. Tak daq kerajaan dorang kisah samada kita foreigner nih paham ke tidak. Kalau di Disneyland pun macam tu. Semua penerangan atau dialog in Japanese.

Pada mana2 station yang pernah kami stop, orang2 Jepun nih bila depa masuk tak kira berdiri atau duduk serta merta dorang akan keluarkan phone atau buku. Tak ambik pot langsung dengan keadaan sekeliling.


Minding each other's business


Kadang2 tu bila kita dok terpinga2 kat train staion segan gak ahh nak tanya. Tapi bila kita mintak tolong dorang will go to great extend to help us. Pernah masa akak tengah dok mencari Disney Store utk beli tiket hari keesukan. Ada satu orang nih dengan pakai trench coat. Mula2 cuak gak nak tanya dia. Ialah dia smart semacam tenguk kita yang lekeh macam tak ketahuan nak ker dia tolong. Tapi bila kita tunjuk location map dia ajak nak lif... dah naik lif tiba2 dia geleng kepala. Dia ajak turun semula dia yang tak sure nih pergi ke tempat station master untuk tanya. Yang station master nih pulak sampai guna phone tanya sapa ntah untuk tolong kita. Nak kata yang nih isolated case tak jugak...banyak kali kita tebal muka mintak tolong dorang...memang mudah sekali dorang bantu.

7.) Trying To Relive That Scarlett Moment

Lastly well, if there's a more lame excuse to go on holiday in Tokyo then maybe trying to get oneself lost like Scarlett Johansson could be one.

Getting Lost & Baffled  In Tokyo - If it good enough for Scarlett it's good enough for you

Sesiapa yang perasan nak buat macam Scarlett Johansson - looking lost and befuddle with a dome shaped umbrella in Shibuya should make Tokyo as their destination.

3 comments:

  1. Salam kenal akak Nori :-)
    JM dpt tahu pasal blog ni dari blog sekampung - orga
    JM mmg minat travel dan jepun adalah on of my dream destination
    Blog ni byk info dan membantu do JM sedang blogwalking ni hihihih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, akak pun dah singgah blog JM, mmg mcm2 byk citer travek dlm nyer. Akak pun teringin nak buat travel by flight to Hong Kong dan kemudian naik 24 hours train to Beijing. That will be totally awesome in my book. Dah survey gak psl jourbey cara nih. Hmm tak tau boleh kesampaian atau tidak huhu

    ReplyDelete
  3. Salam sis Nori..

    happy bila u came n commented my blog.. happy to read some of yr experience.. inshallah i akan baca dan baca lago sebelum menjejakkan kaki ke Nippon ni.. thanks also for the tips... appreciate sangat.

    ReplyDelete