Wednesday, 27 February 2013

Day 4 - Trip to Tokyo Disneyland Part 2



Masa kami mula2 merangka itinerary untuk bercuti di Tokyo ini salah satu cita2 kami adalah untuk pergi ke akuarium yang terdapat di sana. One thing about the Japanese is that they love fish. Dari Tsujuki Fish Market yang sememangnya terkenal di seluruh dunia hingga ke sushi museum dan tidak lupa kepada berpuluh2 akuarium yang ada di luar atau sekitar bandar Tokyo sahaja. 

Target kami selain dari Disneyland dan Hakone adalah nak ke Hakkeijima Sea Paradise. Tempat nih terletak kira2 30 minit dari Yokohama. Macam2 research kami dah buat pada tempat ini. Train nak ke sana, hotel di kawasan sekitar serta area map dan segala attraction yang ada. Dari segi review pula ramai yang memberi 4 stars rating pada tempat nih.



Apa yang menyebabkan akak betol2 syok sangat nak pi tempat ialah kita boleh melihat bintang2 laut nih secara dekat. Haisyyhh bukan senang nak buat cam tu. Bukan semua tempat yang membolehkan penggunjung buat sedemikian.

Cuba baca pamphlet mengenai tempat nih. Kita boleh sentuh sea lion dan penguin yang ada kat situ. Haha nak picit2 sampai lembik kepala dia pun boleh lah kot asal jangan kasi mati jer. 



Woo best sangat kalau boleh pi dekat2 dan sentuh cam nih



Sapa2 yang berminat dan bercadang nak ke Hakkeijima Sea Paradise nih bolehlah baca lebih lanjut di sini : http://www.seaparadise.co.jp/english/

Tak cukup dengan tu bersebelahan tempat ini ada pulak theme park yang besar iaitu Pleasure Land. Siap ada roller coaster, aqua ride dan macam2 lagi..sekira2nya seperti Disneysea tapi rides dia lebih ganas sket



Apa yang menyebabkan kami tak jadi pi tempat nih ialah : change of schedule. Cadangnya mula2 apabila sampai di Haneda kami akan cepat2 naik bas dan dok di hotel di Yokohama untuk dua malam. Pagi esuknya pagi2 kami akan ke Hakkeijima Sea Paradise dan sesudah itu ke Sanrio Puroland  (Hello Kitty Land - http://www.puroland.co.jp/english/welcome.html) yang terletak tidak jauh dari situ. Hari ketiga selepas check out kami akan terus ke Odawara dan beli tiket Hakone Free Pass di sana.

Di mana kami nak menginap di Shin-Yokohama, restoran halal mana nak pi makan semua ada dalam list ... kemudian akak terbaca dalam satu forum, lebih kurang sebluan lebih sebelum kami nak berangkat beberapa orang yang pi holiday ke Tokyo menaiki flight Air Asia dorang nih delay sampai kol 1 pagi. Lepas abis check luggage dan pasport dah sampai ke pukul 2 pagi. Kecut perut pulak kami dibuatnya. Sebab kalau naik bas dari Haneda ke Shin-Yokohama akan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan yang lagi merisaukan ialah bas terakhir ke Shin-Yokohama bertolak pada pukul 12.30am.

Pikiaq punya pikiaq, tak boleh jadi ... takut2 kalau tah cam mana flight delay boleh rosak program dan itinerary yang lain2. Tu tak termasuk duit hotel room yang boleh burn senang2 macam tu jer. Mau tak mau kami booked hotel Grand Park Hotel Panex Tokyo di Kamata just to play safe.

Untuk tidak menghampakan hati kerana tak dapat pi Hakkeijima Sea Paradise kami bercadang selepas balik dari Disneyland untuk ke salah dari 2 tempat ini :

1.) Tokyo Sealife Aquarium yang terletak di Kasai Rinkai Koen



Tempat nih bukan saja ada akuarium tapi ada taman permainan termasuk mempunyai ferris wheel yang tertinggi di seluruh Jepun. Dan yang best kalau nak ke sini dari Disneyland amat2 dekat. Cuma satu station selepas Maihama Station. Tak cukup dengan semua nih ... bayaran untuk masuk ke Tokyo Sealife Aquarium cuma Y700 saja, Memang termurah kalau nak compare dengan tempat2 lain. Info lanjut boleh didapati di sini : http://www.wa-pedia.com/japan-guide/kasai_rinkai_park.shtml



2.) Epson Aqua Stadium yang terletak di dalam bangunan Shinagawa Prince Hotel



Yang kata Jepun - kecanggihan teknoloji depa nih hinggakan dalam hotel ada aquarium. Info lebih lanjut boleh lihat di sini : http://www.princehotels.co.jp/shinagawa/aquastadium/e/aquastadium/

Satu lagi maklumat penting yang kami dapat ialah pilihan pertama iaitu Tokyo Sealife Aquarium nih tutup pada setiap hari Rabu - hari Disneyland kami tu. Jadi, kami merancang selepas ke Disneyland kami akan ke Shinagawa. Makan malam di Maharaja Restaurant dan kemudian ke Epson Aqua Stadium. Sebab jarak antara kedua2 tempat nih tak jauh mana pun.

Info lebih lanjut untuk Maharaja Restaurant nih boleh didapati di sini : 
http://www.shinagawamaharaja.com/



Tenguk pada harga makanan halal kat tempat nih boleh dikatakan berpatutan. Sekira2nya standard lah untuk makanan jenis tandoori dan nasi Indian style.

Tapi nih semua tak penting, yang anak2 akak tergedik2 nak pi adalah Epson Aqua Stadium.
Tau pasal apa ? Meh nak tunjuk gambaq sat ...



Haha ... macam2 benda boleh buat kat sini dengan dolphin ... nak sentuh, nak bagi makan dan training pun boleh !!

Semua dah plan dalam itinerary, budget nak ke sini pun dah buat allocation. Tapi selepas balik dari Disneyland dalam pukul lima lebih masing2 dah tak larat.  Mana taknya, sejak pagi sampai ke petang dengan makan roti, buah dan air, bila keluar dari Disneyland semua tak mau  tenguk atau main apa2 dah ... cuma nak makan dan kemudian balik ke hotel. Hmm pulak dah.

Anyway, akak saja letak semua info yang ada kat atas nih jika ada sapa2 yang berhajat nak pi dan tambah masuk tempat2 menarik nih dalam itinerary you all. Memang bila balik rasa menyesal pulak tak pi ke semua attraction spots nih. Tapi tu lah. dengan cuti cuma 6 hari, bila macam2 disumbat dalam satu hari punya itinerary...at the end of the day rasa macam letih sangat2. huhuhu

Bila dah keluar dari Disneyland dan sampai ke Maihama Station, akak tanya cik hasben ke mana kita nak pi lepas nih - dah kami tak jadi nak ke Epson Aqua Stadium. 

"Shin-Okubo ... kita pi restoran Indonesia Merah Puitih Cafe" Hah baguih gak idea tu. Sekurang2nya kat restoran macam nih menu depa lebih kurang sama seperti orang Melayu kita.

So, dari Maihama Station kami transfer ke Tokyo Station dan ambik JR Yamanote Line terus ke Shin-Okubo. Lama gak nak sampai ke sini dengan train ...lebih kurang dalam 30 minit.  

Station Shin-Okubo nih kecik jer. Kalau nak ke restoran Merah Putih Cafe turun dari station nih pi terus ke jalan seperti dalam gambaq di bawah sehingga sampai di zebra crossing yang ada Mac Donald's pastu lintas ke seberang jalan di hadapan.



Bila dah ke seberang jalan mesti akan berjumpa satu lorong dan nampak kedai nih



Merah Putih Cafe terletak di dalam bangunan sebelah kiri yang bertentangan dengan Matsumoto KiYoshi ini. Agak susah gak nak kenal pintu masuk ke bangunannya kerana tak ada papan tanda.




Tapi kalau terlajak ke depan sikit akan jumpa kedai Barahi nih. Aritu hasben akak masuk kedai nih ler nak tanya arah mana Merah Putih Cafe nih. Ada satu lelaki nih sampai keluar tolong tunjuk. "Go front...walk some more" Jadi cik hasben pun jalan menonong sampai nak pi ke jalan yang ada zebra crossing tadi. Sekali lelaki tu panggil semula, "No, no come here ... turn right"

Hahaha kelakaq pun ada. Rupa2nya bagunan restoran nih cuma dalam 2, 3 pintu sederet dari kedai Barahi tadi. Bila masuk pintu bawah baru perasan letter box untuk Merah Putih Cafe tu. Kedainya di tingkat 3




Pintu masuk ke restoran nih ... mula2 kami ingat tutup. Lepas ketuk pintu, masuk dan beri salam, rupa2nya ada juga lain2 customers dalam kedai nih



Menu yang berasaskan masakan Padang. Teluq dadar Y1350 atau RM46 sepiring. ambik ko ! Kalau kat Malaysia dah boleh beli 4 tray teluq kat Tesco makan untuk 2 bulan sampai kolestrol level naik mencanak


Tak per, RM46 punya pasal kita tutup mata order satu piring hik hik hik



Sebab dah lapaq sangat...kami order udang balado. Sekali mbak (tuan punya kedai) kata udang hari nih engak ada...ikan balado saja yang ada. Hmm ikan pun ikan ler mbak. 

Yang lucunya lepas kami order ikan balado nih... bunyi pong pang...pong pang sebab mbak tengah tumbuk bawang  dan lada hehehe



Tapi nasi putih di sini rasa pelik sikit, macam berpulut. Pelik tak pelik kami mintak satu pinggan nasi tambah...sedap punya pasal.



Selain dari tu kami mintak jugak kari ayam dan sayur kangkong tumis belacan




Di restoran nih air kosong memang disediakan  percuma dan kalau nak refill sampai kembung pun boleh ajer ambik dari water dispenser. Sempat akak sembang2 dengan mbak nih, katanya dia berasal dari Surabaya, Indonesia. Sebelum kami kemari akak ada baca melalui internet yang dianya dahulu adalah student yang belajar di Jepun manakala suaminya pula berasal dari Brazil. Tapi semua kerja masak memasak dibuat oleh mbak. Suami dia tukang serve dan kira bill.

Dan untuk kami makan malam di sini bill nya seperti berikut :



Y6100 (RM207) untuk makan malam 4 orang, Hampir sama dengan tiket orang dewasa ke Disneyland.. Mahal ? Kira2nya memang standard bagi bandaraya sebesaq Tokyo yang kos kehidupannya memang tinggi. Dulu masa kami ke Hong Kong pun makan malam kat restoran Pakistan pun lebih kurang harganya macam nih.

Selesai makan, kami turun ke bawah untuk melihat kedai2 di sekitar kawasan ini. Agak2nya memang kawasan di sini adalah tumpuan untuk orang2 Asia. Kedai2 yang jual bahan2 rempah dan kebab semuanya ada di sini.



Cik Hasben kata tak mau ker beli kebab, kita tapau bawak balik makan kat hotel. Cehhh...baru sat2 tadi makan sampai RM200 lebih nak tapau kebendanya huhu



Dan di depan Green Nasco nih ada pulak satu kedai sayur2an dan buah2an. Harga dia pun okay, so kami beli sedikit buah strawberi untuk bekalan perjalannan kami bagi hari esuk



Macam2 jenis buah2an ada dijual di sini, sapa2 yang gian sangat nak makan durian pun boleh pi sini Y950 sebijik.

Apa yang kami beli - besaq dan manis




Review Itinerary & Budget untuk hari  ke 4 :

Estimated budget planned  ................................ Y 7 200

Estimated Total Train Fare Per Person : ..............Y   770



* Trip to Disneyland - accomplished
* Trip to Epson Aqua Stadium cancelled

Actual spending (excluding meals ) .................. Y       0
Actual train fare  ............................................. Y 1 020


~ Bersambung ~
Next : Trip to Nakamise Street, Ueno Zoo, National Museum of Nature and Science dan Odaiba

Monday, 25 February 2013

Day 4 - Trip to Tokyo Disneyland Part 1


Hari ini adalah hari yang ditunggu2 oleh anak2 kami, menghabiskan satu hari ini di Tokyo Disneyland. Sebenarnya ini adalah Disneyland ketiga yang pernah kami lawati. Sebelum ini kami pernah juga ke Disneyland di USA dan Hong Kong. Kedua2nya kami beli 2 days passport. Untuk yang Tokyo cukuplah sehari jer.

Okay sebelum tu kena tunjuk dulu itinerary kami untuk hari ini :



Pagi selepas breakfast roti dan tuna kami dah ready nak ke Disneyland bersama sedikit bekalan makanan dan air minuman. Sememangnya semasa menyusun itinerary kami cuba mengelak untuk ke taman tema ini pada hari minggu kerana takut big crowd dan terbuang masa beratur untuk rides yang popular. 

Mula2 destinasi kami adalah ke Tokyo Station. Besaq sungguh station berlapis2 dalamnya. Dari sini kami perlu buat transfer ke JR Keiyo Line untuk  ke Maihama. Walaupun luas tapi tak susah untuk mencari tempat yang ingiin dituju. Cuma berpandu pada arah  papan tanda yang ada di merata2 tempat



Kami tahu matlamat kami semakin hampir bila dalam train boleh nampak hotel2 mewah di sekitar Disney Resort ini



Hmmm  bila nampak itik putih nih tau dah...tak  jauh pun lagi



Grrr...kena jalan sikit lagi 



Konon2nya nak mai awai,tapi dengan cara lengang kankung kami nih lepas kol 10 gak sampai



Di pintu masuk, yang beratur nih semua yang dah ada tiket. Boleh tahan panjang dia. Selepas turnstile tu ada satu orang yang check bag kita. Masa nih mengelabah sket pasal lupa nak sorok barang2 makanan yang kita bawak. Tapi depa selak beg pun lebih kurang jer. Memang nampak butter bun satu bantal dalam beg kami...tapi dia buat tak kisah pun...agak2 lagi sedih ada kot dalam hati depa ... "kesian puak2 nih makan roti cicah ayaq jer kat negeri aku"





Dan akhirnya nampak sayup2 istana yang menjadi ikon Walt Disney


  
Masa nih dah ramai gak orang walaupun bukan ari minggu Orang2 Jepun nih agak2nya tak kerja kot mana2 tempat tourist attraction orang depa ada ajer



Tapi sebelum melangkah kaki lebih jauh ke depan lagi ... kena kasi cuci mata sikit dulu



Segala nika key chain ada ... yang tak ada ketoi dalam poket jer



Casing iPhone 5 pun macam2 warna dan corak ada



Tiba2 keluar dari pintu kedai yang jual barang2 DIsney nih rdengaq iuh orang berkerumun. Rupa2nya Minnie Mouse tengah buat posing maut



Kami pun sama naik ... tak mau ketinggalan ... "cepat2 pi depan lagi jangan kasi can " hehehe







Walaupun winter tapi matahari terik. Suhu dalam 8 celsius tapi ada angin so rasa dingin selesa jer dan tak berpeluh. Akak dan anak2 pakai sweater dan jacket biasa dah okay. Cik Hasben pulak pakai baju t-shirt lengan pendek, hingga ada satu family Jepun nih tegur dia tanya tak sejuk ker ? Hahaha dia tak tau hasben akak nih dalam ofis walau ada  centralized air-con tapi  tiap2 ari kena bukak satu kipas angin lagi...agak2 dia sesuai bercuti kat Siberia nuu kot.



Kat mana2 rides orang beratur punyalah ramai, Mula nak masuk Buzz Lightyear's Astro Blaster tapi tak jadi sebab lama sangat nak kena beratur


Nasib baik kat sebelah ada Michael Jackson;s Captain EO in 3D. But the show on the whole was a bit boring, overlong for a short film and old (it was made in 1986). Masuk tenguk show nih kena pakai 3D glasses. Mula2 tu nampaklah effect dalam 3D ... kemudian sedikit demi sedikit...mata jadi kuyu...sampai sempat terlelap hihihi



Di Grand Circuit Raceway


Khas untuk budak2 ... mak budak pun boleh gak dok dalam keter cinoni nih pusing satu round


Balik2 Minnie balik2 Minnie ...boipren hang Mickey mana dia ?


Luas sungguh Tokyo Disneyland nih sama luas macam di California


Bila dah penat berjalan ... masuk dalam kedai cuci2 mata sket ... pegang2, tenguk harga kemudian boh balik ... hehehe


Pinocchio's Daring Adventure the Ride


Mark Twain Riverboat - menaiki steam-powered riverboat journey


Pemandangan dari deck paling atas

Dari atas riverboat pun boleh nampak castle


Hmmm. la nak pi mana pulak ?


Cantik


Semua dah prepare kat tepi laluan untuk lihat parade. Tenguk anak2 orang Jepun nih, depa mai Disneyland memang dressing abis. Sementara nak tunggu parade bermula sempat jugaklah kami makan roti serta buah strawberry dan apple  yang kami bawak


Suka pulak tenguk budak2 pakai warna warni macam nih


Hah tu dia mai dah, mai dah


Hmmm....Watak yang sempoi2 semua kasi kat Mat Salleh



Penari kat atas jalan semua dapat kat Japanese



Prince & Princess pun Mat Salleh 


Lama gak parade nih keliling semua jalan2 utama dalam Disneyland


Kasi closeup sket


But in my opinion, paradedi  Disneyland kat California lagi spectacular, masa tu tengah hangat tema Lion King


Peter Pan


Pinocchio 


Sulley From Monster Inc


Adorable Donald


Chip & Dale


Hah baru nampak muka Mickey


Dan yang paling akhir sekali ialah kereta berhias daari  NTT Docomo, iaitu salah satu syarikat mobile operator yang terbesar di Jepun


Selesai parade nih kami pi cari tempat yang sesuai untuk solat. Cuma bawak botol untuk berwuduk dalam toilet depa pastu bentang sejadah kat lorong ke bangunan untuk crew member, tak susah mana pun. Kemudian ronda mana2 yang patut dan masuk ke Pirates of The Caribbean Ride, Pooh's Hunny Hunt, Mickey's Phillar Magic 3D dll.

Sedaq tak sedaq dalam kol 4 lebih hari dah mula gelap dan lampu di sekitar Disneyland mula dipasang. Memang cantik sangat2. Masa nih bila dah tak ada matahari mula terasa dingin kesejukan musim winter.


Rasa2nya dari apa yang kami baca dari website Tokyo Disneyland, pertunjukan bunga api cuma ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Tak tau ia ke tidak. Sebab masa nih kami dah ready nak balik. Cuma pusing2 masuk kedai untuk beli souvenir apa yang patut


Orang2 lain pun ada yang dah start beredar. Sebelum tu kena pusing belakang dan tenguk Cinderella Castle untuk kali terakhir. Tak tau mungkin satu hari nanti berpeluang nak jejak kaki ke sini lagi atau tidak.


Kesimpulannya, kami rasa Tokyo Disneyland ini lebih cenderung keseronokannya untuk kanak2 yang minat karektor2 katun Disney. Hanya apa yang tak syoknya ialah hampir kesemua show di dalam Disneyland ini dalam bahasa Jepun. Rasa2nya kami lebih enjoy waktu di Movie World di Gold Coast, Australia atau Universal Studio California. Macam mana pun tidaklah sampai mengecewakan sama sekali, dari segi keindahan dan entertainment value memang sesuai Disneyland gelarannya : The Happiest Place On Earth