Friday, 15 February 2013

Day 2 - Hakone Freepass Part 1


Dapat tidoq dengan nyenyak dan sarapan ala kadar, aktivti hari ini adalah unutk ke Hakone dan bermalam di Lake Kawaguchiko. Kami dah pun membuat secured booking terlebih dahulu penginapan di sana iaitu K's House Mount Fuji, dalam banyak2 aturcara dalam itinerary trip ke Hakone nih yang mencabar sebab kena bermula dari awal pagi untuk mendapatkan tiket Romance Car di Shinjuku Station sehingga ke K's House masa kami satu hari akan habis dalam sight seeing di Hakone nih,

Ini itinerary kami hari ini :



Selepas check out kami melangkah berjalan kaki ke Kamata Railway Station. Seperti yang dikatakan sebelum nih dekat jer dalam 5 minit dah sampai.



Masuk2 kat dalam Kamata Station kami terus menuju ke mesin tiket untuk beli Suica Card, supaya nanti mudah pergerakan kami di Tokyo nih.



Untuk 4 orang total cost Y8000, seperti yang kami catitkan dalam itinerary.

Selesai beli Suica Card nih kami bergerak ke platform 3 atau 4 untuk ke Shinagawa dan kemudian ke Shinjuku



Setiba di Shinagawa Station kami kena buat transfer untuk ke Shinjuku,  mula2 sekali nak kena cari JR Yamanote Line



Dari platform map untuk Shinagawa yang ada dalam iPad kami untuk ke Shinjuku...kami perlu naik platform 3 iaitu Yamanote Line Outer Loop



Mudah dan lancarkan...mana taknya kalau kita dah bersengkang mata membuat homework mencari setiap station platform dan memahami sistem keretapi dorang macam orang yang nak ambik exam.

Akhirnya sampai gak di Shinjuku Station - World's Busiest Train Station. Masa nih dah pukul 10 pagi. Dah lewat dari perancangan kami. Yang paling kami takut kalau bertolak lambat maka akan sampai di Lake Kawaguchiko pada malam hari, sebab winter pukul 5 dah gelap.



Bila semak balik itinerary, Romance Car ke Hakone-Yumoto dah terlepas, so kami pilih yang pukul 10.40am, bayaq Y19.880 untuk Hakone Free Pass bagi 4 orang , Masa nih ada lagi 15 minit sebelum train bergerak. 

Pekara yang seterusnya yang mesti kami buat ialah mencari coin locker untuk masukkan 3 bag-pack kami yang besaq supaya kami travel ke Hakone dengan bag yang kecik jer. Tanya orang di counter Romance Car, dia bagitau coin locker ada kat tingkat bawah.




Okay, berlari pula ke bawah, Tiba di coin locker kami pilih yang paling besaq sekali : Y800 ngam2 boleh muat 3 bag kami nih. Yang buat kami panik coin locker nih terima duit syiling jer. Nampak vending machine jual air, kami masukkan duit kertas Y1000, harga air mineral water satu Y150 so dia pulangkan balik Y850, pi semula kat coin locker dan masukkan Y500 tak boleh. Dia terima Y100 jer...ceh kurang asam betoi. 

Tenguk jam ada 5 minit lagi. Pi semula kat vending machine  tadi. Nampak ada satu mamat nih nak beli air. Kami mintak tolong dia untuk tukaq duit syiling dengan dia. Dia pulak tak ada, haru sungguh...tapi dia terus berlari kat satu kedai tolong tukaq untuk kita. Punyalah baik hatinya.




Sikit punya gabra time tu....tiba2 teringat kisah Orga - Skampung yang terlepas train dan kena beli semua tiket. Tak perlah dia berdua kami berempat lagi banyak terbazir. Sekali lagi tenguk jam, ada satu minit lagi sebelum 10.40am, Memang hilang konfiden lansung. Secepat kilat ala Amazing Raxe kami naik atas semula ke tingkat 2, Dan cari gate untuk Odakyu Odawara Line. Yang kelakaq kat situ ada beberapa train, kami pakai bantai jer nampak ada satu gerabak nih pintu terbukaq terus kami meluru masuk. Bila dah masuk, baru tanya ada satu Japanese yang pakai smart, dia pun penumpang, Tunjuk pada dia tiket kami...dia angguk...ehh betol pulak gerabak yang kami main terkam nih...tempat duduk pun ada depan kami jer. Puhhh...lega.





Lama gak lah Romance Car nih nak sampai ke Hakone-Yumoto. Ada kira2 dalam satu setengah jam. Tapi pemandangan kat luar memang superb sebab train ini melalui kawasan perumahan, ladang dan bukit bukau. 
Tiba2 cik hasben....kata ehh tenguk luaq cepat...



Ohh ada salji...ini sudah baguih...hehehe jadi jakun lah sat.



Akhirnya dalam kol 12.15pm sampailah kami di Hakone-Yumoto. Jalan2 sat kat station nih dan  kami terus keluaq ke seberang jalan untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Motohakone-ko;


Hakone Yumoto Station

Sementara tunggu bas sempat ambik 2 gambar berikut nih :




Bila balik rumah, tenguk semula gambaq2 yang di-snap sepanjang percutian di Tokyo, rasa2 gambaq nih macam familiar sangat. kemudian baru teringat blog LadyWa dan Bayu_Mentari, depa pun ambik sebijik macam gambaq yang akak ambik, Hehehe yang tu pun jadi satu kehairanan...nak buat camner kan dah depa pun ke Tokyo dan pi ltempat yang sama hehehe.

Bus ride ke Motohakone-ko tu kalau sapa2 tak biasa memang memabukkan sebab ianya berliku2 - lebih kurang macam kita naik dari Tapah nak ke Cameron Highland. Tapi yang nih lagi haru,,,bus driver kami nih jalan2 yang bengkang bengkok tu dia bawak laju sama seperti jalan menegak,

Akibatnya anak akak  yang nombor dua muntah semua apa yang dia makan pagi tadi. Memang kalau orang yang tak tahan boileh pening kepala. Walau bagaimana pun jika nak elak  dari hell ride nih boleh terus dari Hakone-Yumoto ke Gora.


Akak pun ada notice bila kami turun dari Romance Car di Hakone-Yumoto tu ramai tourist2 yang berumur depa semua guna tran ke Gora. Kira2 kami nih handal lebihlah sebab pilih untuk naik bas sampai muntah2 hahaha.


Sepanjang perjalanan ke Motohakone-ko tu memang nampak kesan salji yang turun semalaman sebelum nih, Memang cantik dan mengasyikkan.


Dan akhirnya selepas lebih kurang setengah jam sampai gak kami ke Moto-Hakone nih. Memang sejuk walaupun matahari terik.


Turun dari bas kena jalan dalam 10 minit untuk ke jeti menaiki pirate cruise ship. Dari jauh nampak kapal kami dah berlepas cehh...kena tunggu kapal yang seterusnya.


Sementara tu bolehlah kami ronda2 di kawasan sekitar dan mengambil gambaq keindahan Tasik Ashi nih.



Ada dalam 45 minit gak ler kami menunggu di jeti untuk the next cruise ship nak mai, iaitu dalam pukul 2-10pm Di jeti ini ada jual macam2 benda dari barang makanan/minuman hingga kepada souvenir seperti rantai hand phone dan key chain. Kami tak beli pun.


Akhirnya mai gak kapal kami yang ditunggu2...yeaaayyy


13 comments:

  1. Kena beli ubat mabok la Nori.....akak pun ada nak pi tempat ni...group akak ni semua dah tua tua lagi la pancet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kakak takut mabuk boleh jer bila Romance Car stop kat HakoneYumoto kakak terus pi ke Gora. Yang bestnya dgn free pass nih kita boleh pilih route mana2 yg kita suka. Tapi mmg perjalanan nak ke MotoHakoneko tu mcm jalan naik ke Cameron Highland ikut Tapah - berliku2 sementara nak sampai ke atas, Bus driver tu selamba jer bawak laju2, Dan antara kenderaan yg naik dan yg turun tu jarak sipi2 sebelah menyebelah.

      Delete
  2. Salam, nak tanya.. kenapa tiket romance car akak cuma 870yen++ ? tapi dalam website romance car harga 2020yen? btw, sy nak emel akak, sebab banyak sy nak tye pasal tokyo. thanks :)

    ReplyDelete
  3. Walaikum salam, awak tenguk kat http://www.odakyu.jp/english/romancecar/ kan ?

    Memang perjalanan dari Shinjuku Hakone-Yumoto dgn Romance Car berharga Y2020, tapi cuma tgk kat sini pulak http://www.odakyu.jp/english/faq/traffic/

    Odakyu Limited Express "Romancecar" is a reserved seat-only train that takes just 85 minutes from Shinjuku Station to Hakone-Yumoto Station. The Express Train takes 2 hours and seats cannot be reserved. Express fare is included in the Freepass, but an extra 870 yen (one way) fare is required to ride the "Romancecar".

    Maknanya kalau awak beli Hakone Free Pass kat Odakyu Sightseeing Service Center di Shinjuku secara otomatik awak dapat discount utk beli tiket Romance Car dari Shinjuku Hakone-Yumoto dgn harga Y870

    Bila tarikh awak nak pi Tokyo nih ? Sebab dalam bulan January hingga February kalau awak beli Hakone Pass dapat discount sempena CNY. Boleh refer di sini : http://www.odakyu.jp/english/2014wc/hakone/index.html#anc01

    Lebih kurang mcm akak pi aritulah. Kalau nak ikutkan Hakone Pass normal rate adalah Y5000 tapi dari January 20 (Mon.) – February 28 (Fri.) ,2014 cuma Y4100.

    Kalau pi mcm akak berempat dah banyak jimat tu. Sebab tu masa kami prepare itinerary dulu kami rombak banyak kali utk mengambil kira benda2 mcm nih
    Email akak : noriroppongi@gmail.com>


    ReplyDelete
  4. Salam,

    1st time jenguk blog akak. Ni pun sebab dok google pasal trip to Japan. Kami satu family plan pi Japan bulan March 2014, pi rumah kawan kat Odaiba & cadangnya nak ke Hiroshima-Osaka-Nagoya-Shizouka-Hakone & balik ke Odaiba semula. Ni dok ralit sangkut kat blog akak, seronok pulak baca sebab detailed sungguh itinerary nya. Dok risau saya bawak anak2 umoq 4 & 7 ni. Dah buat la research sikit2 & tgh tgk2 tips yg ada utk kami guna masa travel ke sana. Thank for sharing ye kak.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam, Terima kasih kerana sudi menjengah blog akak nih. Wah bestlah bawak family pi Japan, boleh enjoy puas2. Awak boleh jugak singgah blog one of my friend yg pi sana masa autumn baru2 nih : http://jammnashuki.blogspot.com/2013/11/autumn-in-tokyo-day-1.html

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Dekat mana nak dapatkan map platform station tu ya? Memudahkan pula 'study' awal2 sebelum pi amik 'exam' a.k.a pi melawat Jepun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, station map boleh ajer dapatkan dari google search. Contohnya kalau nak tau platform map utk station Shinjuku, pi Google Search dan masukkan nama Shinjuku Station, kemudian daripada beberapa pilihan yg ada pada menu spt Web, Maps, Images, Video News dll .... pilih Images.

      Kalau boleh save gambarajah station atau location ini dlm handphone atau tablet, senang bila kat sana nak cari direction yg kita mau pi.

      Delete
  7. Salam Kak,

    Terima kasih kak. entry akak ke Jepun nie sgt2 membantu :) Sy pun tgh nak khatam/ study pasal transport diorang. memang details akak cite. sy sukaaaa....

    BTW slamat berkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, terima kasih. Akak cerita pun dari apa yang kami tempuhi di Japan, moga2 boleh jadi panduan. Bila nak pi ?

      Delete
  8. As salam. I am loving all your entries, how detailed each one is. I am sure so many have benefitted from them. Thank you so much for sharing and listing out the details. Mesti bersengkang mata study Japan.

    I plan to go to Japan, arriving in Osaka on the 10th Jan and departing to KL via Haneda. Accommodations semua dah buat. I will be spending 4nights in Namba, 3 nights Kyoto and last 5nights in Tokyo. Mencari ideas from blogs yg tak opt for JR pass that I stumbled on yours. Banyak nak tanya and I don't know where to start. The transportation alone is so overwhelming nak faham. Kak wiz pergi berempat with my 17 and 13 year old kids.

    Thanks again for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Thanks for the compliments. Do enjoy your holidays in Japan.

      Delete
  9. As'kum,
    Yg saya baca, kalau terlepas Romancecar tu, cuma kene beli reserved seats je semula. HakonePass still valid.

    ReplyDelete