Saturday, 16 February 2013

Day 2 - Hakone Freepass Part 2



Sambung lagi kisah percutian kami di negara matahari terbit. Sebelum ini diceritakan trip kami ke Hakone dengan menggunakan freepass, Sebenarnya kami bernasib baik sebab freepass ke Hakone ini ada discount sempena Winter Campaign. Biasnya tiket freepass ini berharga Y5000 per pax tetapi dengan discount kami cuma bayaq Y4100. Ini salah satu kebaikan travel waktu low season kerana depa nak tarik pelancung ke tempat2 peranginan macam Hakone nih.

Okay...where do we stop ? Ohh ya pengalaman naik pirate cruise ship. Pelayaran kami ambik masa dalam 40 minit di Lake Ashi. Dengan udara sejuk yang nyama, memang cantik pemandangan sekeliling tasik ini,



Ahh dah boleh nampak Gunung Fujiyama dari jauh



Masa nih semua berpusu2 pi depan kapal untuk posing berlatar belakangkan Mount Fuji nih. Dan inilah gambaq close up yang berjaya kami ambik dari Lake Ashi



Yang tak tahan sejuk duduk dalam kapal. Yang kulit tebal macam durian seperti anak sulong akak dan hasben abiskan masa kat luar.



Destinasi kami seteusnya ialah ke Togendai-ko untuk naik cable car (Hakone Ropeway) ke Owakudani iaitu bekas kawasan gunung berapi.



Menunggu untuk naik Hakone Ropeway. Trip ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit.



Mount Fuji from  Hakone Ropeway



Sampai di Owakudani Station, jalan2 di dalam bangunan untuk cari toilet tiba2 ada orang bagi salam kat kami. Ehh sapa pulak bagi salam kat kami kat tempat macam nih.



Rupa2nya pemuda nih yang jual keledek dan buah2an. Ramai jugaklah orang yang beli dari dia. Strawberi yang dia jual pun manis2 belaka. Kami tanya nama dia...tah hapa dia bagitau tak ingat aihh...sebab bukan nama yang common. Dia berasal dari Maldives dan sebagai part time dia mengajar scuba diving. Mula2 akak ingat dia nih Bangla hehehe



Tapi keledeklah yang kami beli sampai 2 kali. memang heaven sangat makan panas2 pada cuaca sejuk di sini Yang kecik Y300, sedang Y400 dan yang besaq Y500, harga nih untuk satu set  dalamnya ada 3 bijik keledek



Sebab kami petang tu jadi customer dia yang paling banyak memborong dari dia, sempat gak dia bagi free keledek 1 set.




Sesiapa pi Hakone jangan lupa singgah kat sini. Kat sebelah tempat dia berniaga nih ada tempat untuk makan siap dengan meja dan bangku. 




Kalau nak tenguk Mount Fuji dengan lebih jelas boleh sajer dari sini. Memang terasa dekat sangat Mount Fuji dari sini ditambah pula cuaca yang terang dan tidak berkabus.



Abis selesai makan2, kami keluar bangunan station dan berjalan kaki ke Owakudani National Park. Tempat nih juga dikenali sebagai Hell Valley dan merupakan bekas lurah gunung berapi. 



Jauh juga nak kena menapak dengan mengangkut bag2 kami yang berisi keperluan untuk bermalam di Lake Kawaguchiko. Tetapi pemandangan sekeliling yang memutih dek salji dengan wap yang keluaq, amat susah mak gambarkan kecantikan tempat nih.



Sempatlah juga beli satu set teloq yang depa jual kat sini. Tapi kami tak makan la tu sebab nak  jadikan bekalan makan malam sat lagi hehehe



Di sini pun boleh view Mount Fuji...haha memang banyak kan gambaq Mount Fuji yang kami snap...kekononnya nak kasi orang lain yang pi sini jeles bila tak nampak sebab kabus tebal.



Hmmmpph dah penat2 panjat bukit nih...jadi kerjalah pulak nak jalan kaki turun...yer lah tak kan nak dok bermalam kat tempat nih.



Memang kiri kanan pathway diliputi salji tebal, pokok2 yang ada semuanya togel2 belaka,



Kami balik semula ke Owakudani Station dan naik Hakone Ropeway ke Souzan. Tak beberapa jauh pun ada dalam 10 minit jer dah sampai



TIba jer di Souzan kami nampak ada Hakone Cablecar dah menunggu dan ready nak bertolak ke Gora. Cepat2 kami masuk, Tak sempat pun nak ambik gambaq sebab ramai sangat orang dalam cable car nih dan perjalanan pun tak lama, dalam 10 minit jer dah tiba. Yang nih gambaq dari internet....jadilah huhu



Sampai di Gora, kami tanyalah satu officer kat situ pasal bas nak ke Gotemba. Dia suruh tunggu kat satu perhentian nombor 3 di depan jalan dan naik bas dengan simbol M.



Di sini jam dah menunjukkan hampir 4.30pm. Kami dah resah sebab menurut itinerary dari Gora nih kami kena naik bas yang mana perjalanannya memakan masa 35 minit ke Gotemba dan kemudian dari sini tukaq bas pulak ke Lake Kawaguchiko.



Lama gak lah kami kat sini mundar mandir menunggu bas yang kunjung tiba. Di depan kedai niih kami mennunggu hingga hari mula nak gelap.



Dalam dok menunggu tu kami nampak ada sekumpulan budak2 sekolah bersama2 cikgu depa menunggu di perhentian nombor 3 bersama kami.



Tak lama lepas tu mai satu bas dengan simbol G. Budak2 nih semua naik, akak ringankan mulut tanya cikgu budak2 sekolah nih samada bas nih akan ke Gotemba. Nasib baik dia fasih English. Cikgu tu ada di situ nih cuma untuk hantaq budak2 nih naik bas bagi memastikan mereka selamat. Cikgu nih sembang sat dengan bus driver dan khabaq kat kami yang ini lah bas terakhir untuk ke Gotemba. Pulak dah.

Mau tak mau terpaksalah kami naik bas yang sarat dengan budak2 sekolah nih, Kalau ikutkan itinerary jika kami naik bas "M" tempuh perjalanan kami cuma 35 minit sahaja. Tapi dengan bas "G" nih  memakan masa lebih satu jam. 

Bas "G" nih macam bas sekolah pulak, sat2 dia ambik budak sekolah, sat2 dia turunkan budak sekolah. Jenuh gak nak menyampai ke Gotemba.Masa tu mulalah menyesal keluaq lambat dari hotel di Kamata pagi tadi atau makan keledek sampai 2 set kat Owakudani tadi.

Tapi budak2 sekolah anak orang2 Jepun nih cukup disiplin. Yang lekaki tu bising tui memang bising, tapi bukan jenis yang biadap atau berkelakuan tak senonoh, yang pompuan pulak bila depa nak cakap dengan member sebelah...punyalah tertib. Topi atas kepala tu pun tak bukak, pegang bag pun sopan santun satu macam.

Selepas perjalanan yang seolah2nya tak tau bila nak sampai nih, akhirnya sampai jugak kami di Gotemba Station. Hajat hati mula2 nak ke Gotemba Outlet untuk shopping ilang tah ke mana masa nih. Bus driver yang turunkan kami di Gotemba Station nih suruh kami tunggu di bus stop nombor 2, untuk ke Kawaguchiko Station.

Tak lama mana kami menunggu di station nih, akhirnya mai gak bas yang kami tunggu2. Penat tok sah cakaplah. Keluar sejak dari pagi, berjalan dari satu tempat ke satu tempat, makan pulak setakat bun dan teh tarik yang kami bawak...ohh ya, serta keledek di Owakudani Station.

Waktu pada ketika ini baru pukul 7 malam tapi dalam bas dan perjalanan nak ke Kawaguchiko tu terasa macam dah pukul 1 pagi. Terasa sunyi dan cuma ada 3-4 orang jer dalam bas selain kami.

Dalam itinerary kami dah catit apa yang K's House Mount Fuji tempat yang kami nak bermalam tu bagitau dalam email : Sekiranya kami sampai sebelum pukul 7.30pm mereka ada free shuttle yang boleh ambik kami dari Kawaguchiko Station. 

Tapi dari signboard kat tepi2 jalan, nampaknya jauh lagi nak ke destinasi kami sedangkan jam pulak dah hampir ke 7.30pm. Kami tiba di Kawaguchiko Station dalam pukul 7.40 malam. Cross check dalam itinerary tambang bas dari Gotemba ke Kawaguchiko harus berjumlah Y5880. Yang baguih bas kat Jepun nih cukup canggih, di depan driver belah atas ada led menunjukan destinasi  dan jumlah tambang. Saja kami tanya driver tu tambang yang kami kena bayaq. Terkial2 dia tunjuk dengan jari dia. Cik Hasben bukak itinerary dan tunjuk pada jumlah Y5880, "Hait, Hait"... haha kat Jepun mana ada kes pau mengepau.

Nasib baik di station nih ada berbaris teksi yang menunggu, so kami nekad untuk guna teksi jer ke guest house. Sat jer tak sampai 10 minit dah sampai, dia charge kami Y770. Okaylah, lega rasanya dah sampai dan boleh rehatkan badan dan makan malam.



Semakan itinerary menunjukkan semua aktiviti yang kami aim semuanya tercapai, Cuma Gotemba Outlet jer yang tak kami singgah. Dari segi budget pulak, semua peruntukkan menepati perancangan, Hanya coin locker (Y800) dan teksi dari Kawaguchiko Station ke K's House (Y770) yang menyebabkan budget hari ini tersasar sedikit.


10 comments:

  1. wow...mabeles gmbr mount fuji tu kak...jelezz....

    ReplyDelete
  2. Thank you, akak pun suka baca your blog...sebab tgh plan nak pi Korea or China

    ReplyDelete
  3. Was, jeles tgk gambar mount Fuji. Memang jelas sejelasnya!!! Ala...yg trip bas teruk jugak ker...Ingat nak buat trip pusingan mcm tuh nanti.

    ReplyDelete
  4. Owen, ada option kalau tak mau straight dari Hakone-Yumoto terus ke Moto-Hakone dgn bas boleh saja pi dgn Tozan Train dari Hakone-Yumoto ke Gora dan kemudian naik cable ke Togendai utk pirate ship cruise. Awak blh refer kat Hakone Freepass map. Kalau ada 2 days free pass mcm2 routes kita blh try semuanya free sebab dah masuk dlm package nak ulang berapa kali pun blh

    ReplyDelete
  5. Tapi mcm I memang nak buat round trip. Nanti takkan dari Lake Ashi nak patah balik naik Cable, train all the way back to Hakoneyumuto kan... Takpela...bertabahla jela 30 minit tuh. Anyway banyak tips menark especially ubi keledek tuh.. Adala jugak makanan kat Hakone tuh...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum salam pekenalan. Byk akak dpt info bila baca blog u ni. Best sgt2....dpt membantu akak dgn kwn2 yg nk pi hujung okt 2013 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali, terima kasih & enjoy your holidays

      Delete
  7. nak tanya...untuk K's House Mt Fuji memang tak dpt bw budak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Bawak budak2 utk stay guesthouse ini ker ? Boleh ajer

      Cuba refer sini : http://kshouse.jp/fuji-e/faq.html#answer11

      Do you have any childrens' rates?
      No, we do not have any childrens' rates, however children aged 3 years and under may stay free of charge if they share a bed with a parent (children aged 6 years and under may not stay in dormitory rooms).

      Cumanya dorang tak benarkan kanak2 umur 6 tahun ke bawah stay bersama dalam dormitory. Tapi awak boleh pilih utk ambik bilik yg bukan dorm spt Japanese Style room yg akak pernah stay kat sana dulu. Rate dia mcm ini

      http://kshouse.jp/fuji-e/room.html

      Japanese-style room with bath and toilet 
      1 person ¥6,400〜¥7,800
      2 people ¥4,400〜¥4,900
      3 people ¥3,900〜¥4,400
      4 people ¥3,600〜¥3,900
      5 people ¥3,500〜¥3,800
      6 people ¥3,300〜¥3,700

      1-6 person private Japanese-style room with private bath and toilet.
      (Room price per person per night)

      Delete
  8. Odakyu Highway bus tak lalu Gora, tapi lalu Togendai. Sebab tu highway bus tak muncul tiba. Normal Tozan bus je lalu situ and travel time to Gotemba is 70minit. Ni cuma based on my research je, belum sampai Japan lagi ;). Going sooon!!!

    ReplyDelete