Monday, 18 February 2013

Day 3 - From Shinjuku to Asakusa Part 1


Hari ke-3 kami di bumi Tokyo.

Ini itinerary kami untuk hari ini




K's House Mount Fuji juga ada menyediakan free shuttle service ke Kawaguchiko Station, Sebelum kami keluar merayau naik basikal, kami dah submit nama utk dapatkan free shuttle service nih. Tiket bas ke Shinjuku pulak kami dah booked pukul 1.10pm..

Kawaguchiko Station bukan sahaja merupakan perhentian bas tetapi dan adalah juga stesyen keretapi juga

Oleh kerana kami dah buat booking, sesampai di Kawaguchiko Station kami cuma pi ke counter dan bagitau nama kami untuk mendapatkan tiket. bas ekspres. Harganya Y1,700 per pax. 




Sebenarnya dalam itinerary kami telah buat 2 options. Satu lagi option ialah dengan menaiki bas seperti mana kami mai sebelum nih iaitu dari Kawaguchiko Station ke Gotemba dan kemudian ke Gora dan seterusnya menaiki Tozan Train menuju ke Hakone Yumoto. Dan akhir sekali menaiki Romance Car balik semula ke Shinjuku. Tapi dengan option  ini harganya mahal sekali ganda dari option pertama serta mengambil masa yang lebih lama kerana banyak membuat stop over.





Kawaguchiko Station ini nampak kecik jer tapi lengkap dengan restaurant dan pelbagai kedai2 serbanika. Sementara menanti bas asyik gak kami belek barang2 di sini.


Kalau gatal tangan nak perabis duit boleh ajer beli macam2 di sini. Souvenirnya pun banyak yang menarik. Kit Kat pun ada tapi tak banyak flavor.




Natural Fuji Soap pun ada bagi sapa2 yang teringin untuk bagi muka semelepak salji Gunung Fujiyama hehehe



T-Shirt pasar malam pun ada tapi mak aihh punya mahal ... Y2500 (RM85)


Lerr kreatip betoi ornag Jepun nih, sampai tempurung nyok pun depa buat bisnes ... hahaha


Tapi yang paling best di sini ialah pemandangan Mount Fuji .... nampak dengan amat jelas...seolah2nya kalau ada orang babai dari atas puncak kita boleh nampak...ye lah tu.



Akhirnya bas yang kami tunggu2 pun sampai tepat pada masa yang dijadualkan


Perjalanan dari Kawaguchiko Station ke Shinjuku Bus Terminal mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Bas Fujikyu ini melalui lebuh raya dan sesuai untuk sesiapa yang senang mabuk dan tak tahan dengan jalan yang berliku2 macam yang kami alami semalam. Kalau nak tahu jadualnya boleh lihat di sini : http://transportation.fujikyu.co.jp/english/gettinghere/01.html


Sepanjang perjalanan sungguh menarik melihatkan sisa2 salji yang memutih melitupi bandar Kawaguchiko nih. Sebenarnya memang payah nak tenguk salji turun di bandaraya seperti Tokyo, kira2nya tempat yang kita pi nih salah satu yang bertuah.



Mengucap selamat tinggal kepada Mount Fuji ... tak tau bila boleh ketemu lagi



Lama2 bila dah boring dapat gak kami melelapkan mata. Mana taknya dengan seat dalam bus yang ada heater...dengan cuaca mengigil di luar yang sejuk memang sedaplah dapat landing dengan nyenyaknya.


Sedaq tak sedaq dah hampir dengan Shinjuku Bus Terminal.



Agenda kami seterusnya ialah untuk ke Yoyogi-Uehara. Untuk apa ke sana ? Sebab di sini ada mesjid Turki yang terbesar di Tokyo dan juga untuk makan malam. Mula2 sekali kami mesti mencari Odakyu Odawara Line. Tak susah jugak nak cari kerana tempatnya sama seperti waktu kami naik Romance Car ke Hakone.



Train dari Shinjuku Station ke Yoyogi-Uehara mengambil masa kurang dari 10 minit.. Apabila sampai, kami berpandukan itinerary yang ada dalam tangan cara untuk ke Tokyo Camii Mosque. Ada dalam 15 minit juga kami berjalan dengan mengheret bag untuk sampai di hadapan pintu mesjid ini



Memandangkan masa nih waktu Zohor dah luput, kami bercadang untuk terus ke restoran India yang terletak tidak jauh dari mesjid. Cuma kena jalan dalam 400 meter ke hadapan dan selepas makan akan singgah kembali di mesjid ini.


Inilah restoran yang kami cari2 tu. Bila kami sampai di hadapan pintu restoran ini terletak tanda "Open" tapi pintunya berkunci. Dalamnya pun gelap. Bila kami tenguk papan tanda di hadapan   yang terpampang, ada tertulis : Lunch Time Menu 1100 - 1500, Dinner Time Menu 1700 - 2300

Cehh ada 1 jam sebelum pukul 5. Frust betol nak kena mai semulalah jawabnya. Nak buat cam mana. Terpaksalah usung beg pi mesjid untuk dirikan solat terlebih dahulu. Mungkin nih gara2 mendahulukan perut daripada tuntutan ibadah.



Tokyo Camii Mosque adalah satu mesjid yang cukup besaq dan cantik. Bukan sahaja orang2 Islam yang mai ke sini untuk beribadat, tetapi orang2 dari bangsa dan agama lain pun ramai yang berkunjung ke rumah Allah ini 


Ruang solat di bahagian atas, manakala tempat berwuduk di tingkat bawah



Senibina mesjid yang unik dan cantik mententeramkan hati sesiapa yang memijakkan kaki ke rumah Allah ini. Yang ini pula pemandangan dari ruang solat kaum wanita di tingkat atas.



Lama jugak kami di sini, melakukan solat jamak Asar dan Zohor dan menanti sehingga pukul 5.00 petang sebelum ke Restoran Potohar sekali lagi



Apabila sampai di depan Restoran India, keadaan tak ubah macam mula2 tadi. Gelap dan berkunci. Hingga ke belakang kedai pun kami survey, nak makan punya pasal...memang sah tak ada orang. Berhampiran restoran ini ada satu kedai dobi. Akak pun saja masuk tanya tuan punya pompuan nih, nampak dia sorang saja dalam kedai...pasal apa restoran Potohar  bertutup dan gelap. Tau apa tuan kedai nih buat ? Dia tiba2 berhenti dari segala apa yang dia buat dan berlari ke Restoran Potohar...siap ketuk2 pintu lagi. Kemudian dia mai semula. Tuan punya kedai yang baik hati nih kata...mungkin restoran nih tutup sekara depa bercuti...cehh buang karan betoi kami dok berulang alik.



Patah balik kami ke Camii Mosque, sebab waktu Maghrib dah nak masuk




Walaupun mesjid nih amat besaq dan nampak indah...tapi bila waktu solat fardhu Magrib ... yang solat berjemaah termasuk cik hasben cuma 5 orang sahaja. Kalau solat fardhu Jumaat tak tau cam mana...agak2nya ramailah kot.

Sesudah selesai solat jamak Maghrib dan Isyak...kami bercadang nak terus ke Shinjuku Station. Tak kuasa ahh nak try tenguk sekali lagi samada restoran Potohar tu dah bukak ke belum. Masa nak turun keluar mesjid nih kami jumpa ada satu pemuda Melayu nih. Tadi masa solat Maghrib dia pun ada sama berjemaah.

Sempatlah sembang2 dengan dia. Rupa2nya dia orang Perak, dah lebih 10 tahun menetap dan berkerja di Tokyo. Hmm jeles kami dengaq. Dia nak ajak kami pi satu lagi restoran halal tak jauh dari Potohar tu. Egyptian Restaurant ... katanya. Memang sebelum pi kami ada terbaca mengenai restoran ini tapi target kami ialah Potohar...nak jadi citer yang kami target tu pulak yang tutup. 

Mula2 Cik Hasben teringin nak pi...tapi mengenangkan malam kami ada 2 agenda dalam itinerary yang masih belum tercapai, kami batalkan sahaja niat kami tu...walau pun perut masih lapar dan belum makan lunch sejak berlepas dari Kawaguchiko Station.

Sebelum terlupa nak khabaq... Camii Mosque ini juga di bahagian bawahnya adalah Cultural Center. Ada banyak barang2an cenderahati yang boleh dibeli di sini. Tapi semuanya yang berkonsepkan Islamic Arts.


Mernarik gak barang2an yang dijual. Tapi kami tak beli apa2 sebab masa tu Cik Hasben tengah sibuk sembang dengan pemuda Perak dan caretaker mesjid nih.



Selepas mengucap salam dan selamat tinggal kat depa kami kembali semula ke Shinjuku Station dengan perut yang masih menanti bila hendajk diisi.



Bersambung, kisah selanjutnya ~ Dari Shinjuku kami ke Asakusa dan keluar semula untuk membeli tiket Disneyland di Disney Store di Kita-Senju dan juga ke Tokyo Sky Tree

4 comments:

  1. Nori Bertuah boleh lihat Gunung Fuji sbb ada org tak dpt lihat sbb berkabus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mmg pi aritu nampak clear sesangat

      Delete
  2. Masjid yang sangat uniq...cantik sungguh...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada kesempatan kat sana jangan lupa singgah mesjid nih

    ReplyDelete