Thursday, 21 February 2013

Day 3 - From Shinjuku to Asakusa Part 2


Mula2 sekali apabila sampai ke Shinjuku Station kami terus mencari semula back-pack kami yang tersimpan di dalam coin locker di tingkat bawah. Bila kami try nak bukak tak boleh ... ohh coin locker nih tempuh kegunaannya ialah 24 jam kalau kita exceed maka kena bayaq macam harga asal iaitu Y800.




Sekarang dengan semua luggage dalam tangan seperti mana yang kami mai mula2 dari Malaysia 2 hari lepas, destinasi selanjutnya ialah untuk ke Asakusa untuk ke hotel yang kami booked online melalui Agoda. Namanya Agora Place Asakusa.

Sebab pun kami memilih hotel Agora Place ini ialah 

a.) Kedudukannya yang amat stratejik. Sangat hampir dengan Nakamise Street - iaitu tempat tarikan pelancung, jika ingin nak beli souvenir dengan harga yang berpatutan memang di sinilah tempatnya

b.) Hotel ini pun masih baru, mempunyai segala kelengkapan moden. Kalau berhasrat nak sewa iPad pun boleh tanya di counter.

c.) Harga diskaun yang sesuai untuk budget travellers macam kami nih

d.) Amat dekat dengan Tawaramachi Metro Station ...lebih kurang 5 minit berjalan kaki saja.



Untuk 2 bilik ( 2 adults per room ) dan penginapan 3 malam di sini jumlah yang kami bayar ialah RM1029.34 atau pun RM171.56 untuk kos satu bilik semalam. Memang cukup murah sebab harga yang kami dapat ini adalah harga promo 50% discount. Sebenaqnya kami bercadang nak menginap di sini sehingga hari terakhir holiday di Tokyo nih. Tapi dengan terhegeh2 kami yang dok gatai nak survey hotel2 lain yang kununnya boleh dapat lagi murah.. terlepas bilik untuk weekends kerana banyak yang ditempah orang.

Merujuk kepada itinerary kami ada 2 pilihan untuk ke Hotel Agora Place Asakusa nih :


* From SHINJUKU(M08) take Tokyo Metro-Marunouchi line to AKASAKA-Mitsuke(M13)  ---------------------> {10 min}
* From AKASAKA-Mitsuke(G05) take Tokyo Metro-Ginza line to TAWARAMACHI(TOKYO) (G18) --------> {22 min @ Y230}

OR

* From SHINJUKU(M08) take Tokyo Metro-Marunouchi line to GINZA(M16)        ----------------------> {6 min}
* From GINZA(G09) take Tokyo Metro-Ginza line to TAWARAMACHI(TOKYO) (G18) ---------------> {22 min @ Y230}




Kami pilih untuk mengambil Maranouchi Line ke Ginza (M16) dan kemudian transfer dengan mengambil Ginza Line ke Tawaramachi (G18)




Tak susah sebenarnya walau pun Shinjuku Station ini amat luas dan penuh  dengan orang yang macam semut, yang amat2 penting ialah kita tahu Line mana yang kita nak ambil dan station mana yang kita nak tuju. Cuma cari simbol M dan terus ke sana.


Simbol ini tidak mempunyai nombor kerana kita Di Shinjuku Station, jadi sudah sememangnya kita di M08

Guna Suica Card untuk lepas ticket gate, terus ke Ginza Station (M16) buat transfer dengan berpindah ke Ginza Line. Sama seperti sebelum ini cuma cari simbol untuk Ginza Line



Kemudian dengan Ginza Line ini terus naik train ke Tawaramachi Station (G18). Agak2nya kalau susah nak paham sistem pengangkutan di Tokyo ini mungkin hari pertama sahaja kot. Lepas dua tiga hari dan cekap macam orang Jepun gak ... sehinggakan kalau kita nampak  ada tourist sesat pun kita boleh tolong...hahaha

Apabila sampai 
Tawaramachi Station (G18), kami mencari exit untuk ke hotel. Menurut catatan dalam itinerary, kami sepatutnya mengambil Exit 2. Tapi Cik Hasben pandai2 pilih Exit 3 sebab itulah exit yang mula2 kami nampak. Padahnya bila keluar di atas ... tak tau nak tuju ke mana. Satu kerja pulak  nak kena tanya orang kelililng. Rupa2nya kalau ambik Exit 2 kami akan ke seberang kalan dan berada tak jauh dari hotel. Hmm...bila buat pandai2 sendiri macam tulah jadinya,



Reception area...tak banyak songeh cuma tunjuk print out dari Agoda kurang 5 minit kami dah boleh masuk bilik masing2.



Biliknya memang sempit, Nak buat macam mana hampir semua hotel di Tokyo nih lebih kurang macam tu. Kami pun awal pagi dah keluar dan biasanya petang atau malam baru balik semula ke hotel. Padanlah dengan harga dan kehendak kami yang cuma ada tempat menginap yang selesa  untuk tidur, rehat dan mandi. 

Tapi peralatan basic seperti fridge., TV dan ketlle semuanya lengkap dan serba baru. TV nya kebanyak siarannya adalah dalam bahasa Jepun cuma ada satu channel yang kadang kalanya dalam English. Sempat juga tenguk Ellen Degeneres Show dan 30 Rocks bila balik dari meronda di malam hari.



Bilik airnya juga lengkap dengan kemudahan shower dan room maintenance di buat tiap2 hari



Walau pun dah malam, dan waktu pulak hampir jam 8.00 kami masih mempunyai agenda yang masih  belum tertunai. Oleh kerana esuk harinya  itinerary melibatkan sehari dii Disneyland maka kami dah plan malam ini nak ke Disney Store untuk membeli tiket, 


Nak ilkutkan boleh saja beli di Disneyland atau Disneysea bila kita tiba di sana. Tapi dari bacaan kami di discussion group dalam internet, kebanyakan mereka rekomen untuk membeli tiket terlebih dahulu untuk mengelak dari beratur panjang.


Bayangkan kalau beratur panjang macam nih...seolah2 macam depa kasi masuk free jer - Gambaq dari internet


Tapi tujuan utama ke Disney Store nih ialah untuk mendapatkan discount untuk anak2 kami. Biasanya tiket masuk one day passport  ke Disneyland atau Disneysea ada 3 kategori :

a.) Dewasa (umur 18 ke atas)   = Y6200 :
b.) Junior ( umur 11 - 17 tahun ) = Y5300
c.) Kanak2 ( umur 4 - 11 tahun ) = Y4100

Nak diikut2kan kami berempat boleh parah kalau bayaq tiket seperti di atas nih, kerana anak akak sorang kat belajar di U dan sorang lagi sekolah menegah. Congak2 4 orang kami boleh abis dalam Y23,900 (RM812)

Tapi jika membeli di Disney Store, dengan membawa beberapa dokumen yang diperlukan kita  boleh dapat discount yang agak banyak. Macam mana ? Sat lagi akak khabaq no.

Mula2 sekali nak kena tau kat mana nak cari Disney Store nih. Ada beberapa tempat di bandar2 utama sekitar Tokyo mempunyai Disney Store seperti Shibuya, Shinjuku, Ikebukoro, Sky Tree Town dan Odaiba. Noleh refer di sini : http://www.disneystore.co.jp/store/english/

Akak pilih Kita-Senju, sebab lokasinya tidak jauh dari Asakusa dan juga kerana bangunan di mana Disney Store ini terletak berada bersebelahan Kita-Senju Station. Susah jugak pada mulanya nak cari Disney Store sebab selepas keluar dari ticket gate tiba2 tak tau ke mana nak tuju.

Lama gak kami menanya orang sana sini dalam Kita Senju Station tu. Depa pun kurang pasti, sehingga jumpa station master untuk mintak tolong, Tapi walau macam mana susah nak berkomunikasi, depa akan berusaha sedaya upaya ... sampai station master tu guna talipon untuk call kawan2 dia. Akhirnya sampi gak kami.





Macam2 Disney Merchandise ada dijual di sini


Segala perkakas dapor pun ada





Terus kami ke ticket counter mendapatkan sales assistance di situ. Mula2 sekali kami tunjukkan passport kami. Kemudian cik hasben bukak iPad. Kami dah siap2 buat dlm pdf format maklumat untuk memudahkan dorang nih paham.

Satu dalam English



Satu lagi dalam Japanese :





Dengan bahasa isyarat sambil; menunjukkan pada dia Japanese version senarai harga tiket, kami terus kata : 


"Disneyland Tomorrow"
"Adults - Two "
"College Student - One"
:"Junior Student - One"

Sambil kami keluarkan University student card sebagai bukti, Walau cakap sebijik2 tapi dia dapat tangkap maksud kami. Kalau kita lihat pada website Tokyo Disneyland memang ini adalah antara syaratnya ( http://www.tokyodisneyresort.co.jp/en/ticket/index.html )

  • When purchasing these tickets and entering the Park, please show the student ID of the person visiting the Park.
  • This is a 1-Day Passport ticket to enjoy either Tokyo DisneySea or Tokyo Disneyland.
  • Students enrolled in an educational institution as indicated above in any country are eligible to use these tickets.
Untuk anak kami yang sekolah menengah...sudah tentu tak ada apa2 bukti nak dikemukakan ... tapi dengan dikemukankan tarikh lahir yang ada dalam pasport dan dia sendiri tenguk muka anak kami,,,dengan mudah tiket yang mempunyai student discount ini dikeluarkan 


Jumlah kos untuk kami 4 orang ke Disneyland = Y21,600 (RM734) ... berbanding dengan harga asal tanpa student discount Y23,900 ... beza dalam RM78, banyak tu. Itulah motif sebenaq kami ke Disney Store. Kalau nak beratur dan beli masa di pintu masuk Disneyland/Disneysea ... dengan nak tunjuk segala bukti dokumen... macam tak lojik pulak kan.

Satu lagi tip : kalau travel atau bercuti dengan anak2 yang masih belajar (tak kira di sekolah atau Universiti) lebih baik beli untuk mereka ISIC (International Student Identity Card) memang banyak benefit yang boleh di dapati seperti discount untuk train pass, hotel dll Dan kad ini diiktiraf di seluruh dunia, dan banyak digunakan di Europe. Cuma RM20 saja. Boleh dibeli di KL di MSL Travel, dan kad ini khas untuk student yang berusia 12 tahun ke atas.

Maklumat lanjut di sini :

* http://www.isic.org/
* http://n1k1k1.blogspot.com/2009/07/isic-student-card.html

Personally akak tak beli masa nak ke Tokyo, sebab waktu tu dah suntuk sangat .. kami tawakal jer dengan bawak kad matrik. Ingat yer ... kalau nak beli tiket di Disney Store untuk anak2 yang masih belajar ... depa nih mesti hadir bersama2 dan jangan lupa bawak pasport bersama.

Dah dapat tiket Disneyland untuk esuk memang kami happy sangat2, selesai satu lagi agenda dalam itinerary kami. Kami turun semula ke Kita-Senju Station, dan sebelum bergerak lebih jauh. Kena buat apa yang patut terlebih dahulu. Top-up Suica Card kami.



Sepanjang kami di Tokyo, boleh dikatakan setiap hari kami top-up Suica Card dengan jumlah Y1000 per person. Nak kata cekap tak cekap benda yang kita buat tiap2 hari nih ... selepas 3 hari Suica Card nih kami boleh top up tanpa translate kepada English ...nghee




Selanjutnya walaupun dah larut malam serta membawa perut kosong, hala tuju kami adalah ke Tokyo Sky Tree. Tak jauh pun dari Kita-Senju Station nih. Kami dah rancang awal2 kami cuma akan ke sana untuk posing2 jer. Sebabnya tiket masuk untuk satu orang agak mahal - Y2000 per person. Itu pun setakat Tembo Deck (ketinggian 350m) kalau nak naik sampai ke Tembo Galleria (ketinggian 450m) kena tambah Y1000 lagi.

Kalau 4 orang...lagi koyak poket,. Kami nih kan budget travelller hahaha selagi  mana kos yang boleh kami kurangkan memang itulah yang kami cari2. Satu lagi sebab ialah berbanding dengan Tokyo Tower, Tokyo Sky Tree nih tak berapa cantik sangat ... hmm alasan ler tu.



Close up



Kat bawah Tower nih pun ada banyak tempat2 cantik untuk posing2 sampai lebam



Pintu masuk ke Tokyo Sky Tree


Terang dan berwarna warni




Dan abis aktiviti posing memosing ... kami kembali menuju ke Asakusa Station untuk balik ke hotel kami. Nak jadi nasib kami malam tu. keluar2 dari Asakusa Station (G19) ke arah depan sikit terjumpa kedai Saray Kebab orang Turki nih




Sempatlah kami beli take away kebab untuk di makan di bilik hotel. Waktu kami pesan kebab kami minta chicken kebab dan Beef Kebab, sekali tuan punya kedai bagitau : "For chicken, I can guarantee you it's halal. Beef I'm not sure, up to you" Pulak dah. Dia sendiri tak pasti supplier yang membekalkan daging lembu membuat penyembelihan menurut kehendak syarak. So, kami order semua Chicken Kebab.



Nak balik ke hotel, kami lalui di hadapan tempat yang akan kami kunjungi selepas Disneyland untuk beli segala souvenir iaitu Sensoji Temple. Waktu nih dah tutup pun sebab dah hampir 10.30 malam



Akhirnya tibalah kami di hotel, dan berjaya mengisi perut yang kosong dengan ala kadar apa yang dibeli dan bekalan yang ada. Beginilah bila kita travel dengan perancangan sendiri. Ada kalanya yang dirancang tu tak semestinya tercapai dan menepati hajat kita




Review Itinerary & Budget untuk hari 3 :

Estimated budget planned  ....................... Y29,400

Express Bus ....................... Y   6,800
Coin Locker ........................ Y     800
Disneyland Tickets for 4.....   Y 21,600
Total spent ........................................... .Y  29,200
Saving       ..............................................Y      200


Bersambung .... Day 4 - Trip To Tokyo Disneyland

13 comments:

  1. Wah, best2. Akak pun duduk Asakusa jugak ker. Samala cuma saya budget lagi sikit duduk hostel. saray kebab tuh besar tak portion dia?

    ReplyDelete
  2. Kami beli 2 kali, first time masa balik dari Skytree - ambik medium portion dan sekali lagi selepas balik dari Odaiba kali nih ambik bersama ada nasik. Okaylah mengenyangkan utk satu orang makan. Psl kita beli 4 set dia siap bagi ait mango kotak free lagi hihi.

    Ingat tau kedai nih di kalau kita keluar station Asakusa (G19), cari exit Kaminarimon Temple. Bila keluar tu jalan ke depan dalam 10 langkah. Kedainya betul2 kat korner. Owner nih mengalu2kan kami ambik gambaq dgn dia dgn bangga konon2 dpt buat free promo kedai dia.Nanti dlm posting akan datang akak akan masukkan pamplet kedai dia...dia kata ada lagi 2 branches sekitar Tokyo nih

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya sikit, tahu tak macamana nak beli ticket disneyland online? saya try byk kali, tp bila sampai payment method, asyik error jer.. katanya credit card not authorize... mcamana yer.. boleh advice tak?? plannya nak beli online drpd sini sblm pegi sana.. tq

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Akak tak beberapa familiar dgn online booking ticket for Disneyland. However, for your sake I did try to make an online booking and see how far I can go. Here are a few things I discovered :

    1.)Shida ke register terlebih dahulu di website http://www.tokyodisneyresort.co.jp/online/en/about/overview/contents_03.html

    2.)Credit Card Shida juga kena register di website tu

    3.)Akak cuba buat booking utk 2 adult dan 1 child, total depa charge :
    (Y6200 x 2) + (Y4100 x 1) = Y16,500, kemudian ada Y525 delivery fee

    4. Shida kena make sure CC Shida tu dah register utk 3d secure

    5. Dalam website di atas tu ada disebutkan :

    Ticket Delivery

    Park tickets will be delivered to addresses in Japan in 4 to 5 days after the day of purchase, except for some areas. Overseas delivery is NOT available. Depending on the delivery area, you can choose a delivery day and a delivery time slot. For details, please see the delivery setting page. Your Park tickets will be delivered by Nippon Express Co., Ltd.

    Akak tak sure kat mana Shida silap sampai tak boleh nak complete your online booking. But, personally in my opinion online booking utk Disneyland Tokyo nih mcm payah sket. Akak biasa gak buat booking hotel dan beli barang dari luarnegara mcm Amazon Online Shopping tapi tak pernah pulak ada problem. Maybe Shida boleh cuba utk register yourself and your CC kat website tu dulu. Utk delivery address kat Japan tu tak tau mcm mana pulak.

    Anyway, Shida boleh ajer beli kat Disney Store atau di Disneyland masa sampai di sana.

    ReplyDelete
  5. Nori doakan akak ye lagi 2 minggu je akak nak ke sana tak tau la sejuk ke tak? Mudah2an perjalanan akak dan kawan2 yang lagi 5 org tu selamat dan dipermudahkan. Kami ni pi redah sendiri jer...

    ReplyDelete
  6. Mudah2an selamat pi dan kembali. Kat sana kalau sesat atau ada kesulitan mintak tolong jer polis atau orang2 depa. Dorang tu rata2nya friendly dan akan bertungkus lumus nak tolong kita walau ada masalah communication. Kami nak pi siap beli ipad senang masukkan map, intinerary dan apps berkaitan Tokyo dlm tu. Bila nak pi satu2 tempat kami tunjukkan jer kat bus driver atau sapa2...nama2 tempat dlm Japanese

    ReplyDelete
  7. Nori.. nk tanye.. kalau mount fuji tu pergi mid nov berbaloi ke tak.. tq. :)

    ReplyDelete
  8. Nori... nk tanye,, kalau mount fuji tu pergi mid nov berbaloi tak? sbb snow pon blom ade kot...:)

    ReplyDelete
  9. Kalau pi Mt Fuji & area sekitarnya dlm bulan November, tu dah kira dalam musim autumn, snow cuma di penghujung Disember dan bulan2 berikutnya. Walau macam mana pun you can still enjoy your time there. Boleh refer link2 berikut nih utk lihat keindahan musim autumn nih :

    http://www.fujisan.ne.jp/event/info_e.php?if_id=680&ca_id=3&page=&sum_count=&kensuu=

    http://www.hakonenavi.jp/english/basics/seasons/koyou/

    http://www.tripadvisor.com/ShowUserReviews-g298102-d321024-r154810733-Mount_Fuji-Chubu.html

    ReplyDelete
  10. Salam Nak tanya kalau anak anak kita sekolah rendah & menengah mcm mana nak dapat student rate for disneyland. Nak tunjuk apa sebagai bukti

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikum salam, mula2 sekali nak bagitau yg dimaksud rate ini adalah Campus Day Passports. So nak dapat discount nih kena selalu jengah2 website Disneyland : http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/index.html
    Kalau tak silap Campus Day Passports nih ada dalam bulan January hingga March dan juga pada bulan July hingga akhir August. So if you're travelling pada waktu ini kena rajin2 click pada link di website di atas tu.
    Macam mana nak dapat Campus Day Passports ? Masa akak pi dulu (2013) nasib baik dalam tempuh Campus Day Passports, sebelum pi akak dah juga check yg CDP nih utk semua semua student - bukan yg belajar/bersekolah di Japan saja. Utk my eldest daughter memang tak susah sebab dia ada student ID (belajar di IPTA), tapi utk my second daughter sebenarnya kami dah rancang nak beli ISIC (International Student Identity Card) di MSL Travel (http://www.msltravel.com/about_msl.php) tapi dah sibuk2 sampai tak sempat nak buat,
    Anyway akak pi ajer kat Disney Store dan bagitau jer yg my daughter nih secondary school di Malaysia ... Alhamdullilah depa issue jer ticket tanpa banyak bicara. One thing about Japanese nih dorang memang lurus bendul, kalau kita kata "A", maka "A" lah bagi depa.
    You can try your luck, beli di Disney Store lagi senang dan tak banyak songeh, boleh refer di link yg akak bagitau kat atas. Good luck.

    ReplyDelete
  12. As salam again, just curious if the student status ni can be used for train tickets/passes as well as other entrance fee tickets. Thank you so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, di Tokyo ada beberapa tempat yg dorang beri student discount. Mcm DL semasa akak pi tahun 2013 mmg ada. La nih tak tau pulak. But it's worth trying kalau awak beli DL atau DS ticket di Disney Store. Tapi semasa nak beli di Disney Store nih anak2 kena ikut sekali dan jangan lupa tunjukkan passport,

      Tempat2 lain mcm :
      Tokyo Tower http://www.tokyotower.co.jp/eng/access/
      Sky Tree http://www.tokyo-skytree.jp/en/reservation/

      Mmg ada discount utk student. Tapi mcm Ueno Zoo dorang beri discount utk student yg belejar di Japan saja. Mcm Kansai Pass, Osaka Amazing Pass dll harga cuma utk Dewasa. Kanak2 atau warga emas saja. Kemudian mcm Hakone Pass biasanya dorang akan beri discount 2 kali setahun. Semasa winter season dan summer season. Yang ini awak kena selalu rajin tenguk2 website dan promo price yg dorang offer.

      Delete