Monday, 25 February 2013

Day 4 - Trip to Tokyo Disneyland Part 1


Hari ini adalah hari yang ditunggu2 oleh anak2 kami, menghabiskan satu hari ini di Tokyo Disneyland. Sebenarnya ini adalah Disneyland ketiga yang pernah kami lawati. Sebelum ini kami pernah juga ke Disneyland di USA dan Hong Kong. Kedua2nya kami beli 2 days passport. Untuk yang Tokyo cukuplah sehari jer.

Okay sebelum tu kena tunjuk dulu itinerary kami untuk hari ini :



Pagi selepas breakfast roti dan tuna kami dah ready nak ke Disneyland bersama sedikit bekalan makanan dan air minuman. Sememangnya semasa menyusun itinerary kami cuba mengelak untuk ke taman tema ini pada hari minggu kerana takut big crowd dan terbuang masa beratur untuk rides yang popular. 

Mula2 destinasi kami adalah ke Tokyo Station. Besaq sungguh station berlapis2 dalamnya. Dari sini kami perlu buat transfer ke JR Keiyo Line untuk  ke Maihama. Walaupun luas tapi tak susah untuk mencari tempat yang ingiin dituju. Cuma berpandu pada arah  papan tanda yang ada di merata2 tempat



Kami tahu matlamat kami semakin hampir bila dalam train boleh nampak hotel2 mewah di sekitar Disney Resort ini



Hmmm  bila nampak itik putih nih tau dah...tak  jauh pun lagi



Grrr...kena jalan sikit lagi 



Konon2nya nak mai awai,tapi dengan cara lengang kankung kami nih lepas kol 10 gak sampai



Di pintu masuk, yang beratur nih semua yang dah ada tiket. Boleh tahan panjang dia. Selepas turnstile tu ada satu orang yang check bag kita. Masa nih mengelabah sket pasal lupa nak sorok barang2 makanan yang kita bawak. Tapi depa selak beg pun lebih kurang jer. Memang nampak butter bun satu bantal dalam beg kami...tapi dia buat tak kisah pun...agak2 lagi sedih ada kot dalam hati depa ... "kesian puak2 nih makan roti cicah ayaq jer kat negeri aku"





Dan akhirnya nampak sayup2 istana yang menjadi ikon Walt Disney


  
Masa nih dah ramai gak orang walaupun bukan ari minggu Orang2 Jepun nih agak2nya tak kerja kot mana2 tempat tourist attraction orang depa ada ajer



Tapi sebelum melangkah kaki lebih jauh ke depan lagi ... kena kasi cuci mata sikit dulu



Segala nika key chain ada ... yang tak ada ketoi dalam poket jer



Casing iPhone 5 pun macam2 warna dan corak ada



Tiba2 keluar dari pintu kedai yang jual barang2 DIsney nih rdengaq iuh orang berkerumun. Rupa2nya Minnie Mouse tengah buat posing maut



Kami pun sama naik ... tak mau ketinggalan ... "cepat2 pi depan lagi jangan kasi can " hehehe







Walaupun winter tapi matahari terik. Suhu dalam 8 celsius tapi ada angin so rasa dingin selesa jer dan tak berpeluh. Akak dan anak2 pakai sweater dan jacket biasa dah okay. Cik Hasben pulak pakai baju t-shirt lengan pendek, hingga ada satu family Jepun nih tegur dia tanya tak sejuk ker ? Hahaha dia tak tau hasben akak nih dalam ofis walau ada  centralized air-con tapi  tiap2 ari kena bukak satu kipas angin lagi...agak2 dia sesuai bercuti kat Siberia nuu kot.



Kat mana2 rides orang beratur punyalah ramai, Mula nak masuk Buzz Lightyear's Astro Blaster tapi tak jadi sebab lama sangat nak kena beratur


Nasib baik kat sebelah ada Michael Jackson;s Captain EO in 3D. But the show on the whole was a bit boring, overlong for a short film and old (it was made in 1986). Masuk tenguk show nih kena pakai 3D glasses. Mula2 tu nampaklah effect dalam 3D ... kemudian sedikit demi sedikit...mata jadi kuyu...sampai sempat terlelap hihihi



Di Grand Circuit Raceway


Khas untuk budak2 ... mak budak pun boleh gak dok dalam keter cinoni nih pusing satu round


Balik2 Minnie balik2 Minnie ...boipren hang Mickey mana dia ?


Luas sungguh Tokyo Disneyland nih sama luas macam di California


Bila dah penat berjalan ... masuk dalam kedai cuci2 mata sket ... pegang2, tenguk harga kemudian boh balik ... hehehe


Pinocchio's Daring Adventure the Ride


Mark Twain Riverboat - menaiki steam-powered riverboat journey


Pemandangan dari deck paling atas

Dari atas riverboat pun boleh nampak castle


Hmmm. la nak pi mana pulak ?


Cantik


Semua dah prepare kat tepi laluan untuk lihat parade. Tenguk anak2 orang Jepun nih, depa mai Disneyland memang dressing abis. Sementara nak tunggu parade bermula sempat jugaklah kami makan roti serta buah strawberry dan apple  yang kami bawak


Suka pulak tenguk budak2 pakai warna warni macam nih


Hah tu dia mai dah, mai dah


Hmmm....Watak yang sempoi2 semua kasi kat Mat Salleh



Penari kat atas jalan semua dapat kat Japanese



Prince & Princess pun Mat Salleh 


Lama gak parade nih keliling semua jalan2 utama dalam Disneyland


Kasi closeup sket


But in my opinion, paradedi  Disneyland kat California lagi spectacular, masa tu tengah hangat tema Lion King


Peter Pan


Pinocchio 


Sulley From Monster Inc


Adorable Donald


Chip & Dale


Hah baru nampak muka Mickey


Dan yang paling akhir sekali ialah kereta berhias daari  NTT Docomo, iaitu salah satu syarikat mobile operator yang terbesar di Jepun


Selesai parade nih kami pi cari tempat yang sesuai untuk solat. Cuma bawak botol untuk berwuduk dalam toilet depa pastu bentang sejadah kat lorong ke bangunan untuk crew member, tak susah mana pun. Kemudian ronda mana2 yang patut dan masuk ke Pirates of The Caribbean Ride, Pooh's Hunny Hunt, Mickey's Phillar Magic 3D dll.

Sedaq tak sedaq dalam kol 4 lebih hari dah mula gelap dan lampu di sekitar Disneyland mula dipasang. Memang cantik sangat2. Masa nih bila dah tak ada matahari mula terasa dingin kesejukan musim winter.


Rasa2nya dari apa yang kami baca dari website Tokyo Disneyland, pertunjukan bunga api cuma ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Tak tau ia ke tidak. Sebab masa nih kami dah ready nak balik. Cuma pusing2 masuk kedai untuk beli souvenir apa yang patut


Orang2 lain pun ada yang dah start beredar. Sebelum tu kena pusing belakang dan tenguk Cinderella Castle untuk kali terakhir. Tak tau mungkin satu hari nanti berpeluang nak jejak kaki ke sini lagi atau tidak.


Kesimpulannya, kami rasa Tokyo Disneyland ini lebih cenderung keseronokannya untuk kanak2 yang minat karektor2 katun Disney. Hanya apa yang tak syoknya ialah hampir kesemua show di dalam Disneyland ini dalam bahasa Jepun. Rasa2nya kami lebih enjoy waktu di Movie World di Gold Coast, Australia atau Universal Studio California. Macam mana pun tidaklah sampai mengecewakan sama sekali, dari segi keindahan dan entertainment value memang sesuai Disneyland gelarannya : The Happiest Place On Earth

7 comments:

  1. Assalamualaikum..kak nori nak tanya, dari Tokyo station ke maihama tu boleh ke pakai passmo atau suica card? ke kena beli tiket lain - shara

    ReplyDelete
  2. Wa'alikum salam,

    Yer boleh Passmo atau Suica mmg boleh pakai, selagi yg kita naik tu JR train (bukan Shinkansen) atau Metro boleh ajer pakai kedua2 pass tersebut

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan K'Nori :)

    dah sebulan lebih dok keluar masuk blog akak nie. Entry yg sgt2 membantu. details...baru hari nie nak tegur K'Nori. Terima kasih utk semua maklumat. InsyaAllah ada rezeki nak ke tokyo November nie

    Slm perkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Terima kasih kerana menjengah blog akak.

      Delete
  4. Assalamualaikum wbt.,

    Kak Nori,

    Boleh minta e-mel address akak. E-mel saya jamaliahjaafar@gmail.com.

    Terima kasih.

    ReplyDelete