Saturday, 16 February 2013

Day 2 - K's House Mount Fuji in Lake Kawaguchiko


Berdasarkan rating dan review  di Trip Advisor, Agoda, Booking.com memang ramai yang memberi komen positif mengenai K's House Mount Fuji ini. Tempat nih pun cukup besaq dan bersih. Dalam tempat nih semua menggunakan bed room slipper. Kasut semua letak di rak bersebelahan reception.

Di sini kami booked Japanese Private Ensuite Room untuk 4 orang. Tempahan di sini kami buat 2 bulan sebelum our flight dengan mengguna credit card untuk secured booking. Tetapi bayaran cash bila check in.

Bilik kami memang cukup luas berhamparkan tatami mats dengan kemudahan seperti TV dan heater. Tapi bila masuk2 ke dalam...puhh punyalah sejuk macam  masuk dalam peti ais. Heater dia yang berbentuik macam over-sized PS3 ambik masa yang lama untuk memanaskan bilik walaupun kami bubuh pada maksimum. 



Dalam closet disediakan tilam dan comforter. Tapi dua2 benda nih pun punyalah sejuk macam ais. Hinggakan kami terpaksa letak semua comforter di depan heater untuk kasi panas. Kalau benda yang nak bagi kita panas pun sejuk macam ais...macam mana nak tidoq kan. Beku jadinya.



Seterusnya kami turun ke bawah untuk mendapatkan proper dinner. Memang lapaq sungguh dek kerana berjalan satu hari, Kat bawah, kitchen area dia memang fully equipped. Semua kemudahan ada. Microwave,rice cooker,  fridge, kettle, oven, toaster, pinggan mangkok, periuk belanga....pendekata semua ada.



Kitchen nih atas konsep - you use them, you clean them up, Masa kita dok di sini memang ramai mat/minah salleh jenis back packers menginap di sini. Pada pintu fridge depa dah siap2 khabaq awai2 semua barang yang nak bubuh dalamnya kena label nama kita...haha jangan pulak pandai2 bukak fridge nampak buah apple atau pizza selamba makan macam rupa sendiri...boleh perang sabil woo.



Memang patut pun semua review  untuk tempat ini rata2nya memuaskan dan mendapat rating yang baguih. Puas hati dok keadaan guest house nih, tapi sayang kami cuma dok semalam ajer. Sebab pagi besuknya kami nak balik semula ke Shinjuku dan berpindah ke Asakusa.



Pemandangan di luar waktu pagi dengan baki2 salji yang memutih menjadikan suasana lebih cantik dan mendamaikan.



Okay dah buat kitchen tour...mai tenguk apa yang kami makan semasa dok di sini.



Nasik putih dan kari ayam...biaq betoi...Haha jangan tak tau pulak, pagi sebelum bertolak akak dah masak nasik siap2 kemudian masukkan ke dalam fridge. Malamnya pulak akak boh ke dalam freezer.

Pastu kan pagi hari nak bertolak tu akak pack dalam tupperware. Kami dah baca dari lain2 reviewers yang pernah stay di sini bahawa kemudahan kitchen dia memang tip top so senang nak main masak2. Sudu, bekas plastik dll kami bawak sendiri.



Kalau nasik putih insyaAllah tak basi, lagi pun kami travel time winter jadi cuaca digin nih membantu, Bila akak bukak tupperware keadaannya masih okay dan tidak berbau. Cuma nak ramas2 nasik berkepal nih, renjis2 sket dengan ayaq, masukkan ke dalam microwave untuk reheat dah boleh makan. Senang tak payah susah2 nak bawak rice cooker, yang pentingnya tempat yang kita nak stay tu ada microwave. 

Kicap masin Adabi pun kami bawak sama boleh makan bersama teloq yang rebus yang kami beli di Owakudani semalam. Bukan setakat nasi putih dan kicap jer yang akak bawak tau. Serbuk kunyit, garam, lada sulah dan black pepper pun kami angkut dari Malaysia. Motip bawa segala nika nih semua pasal kami ada baca berhampiran dengan K's House nih ada convenience store yang jual salmon. So, konon2nya bila dok sini bolehlah tunjuk skill memasak buat grille salmon...hehehe. 

Bukan tu jer, sebelum bertolak akak dah ready masak mee hailam, dan ready buat kuah lebih sket untuk bawak ke Tokyo. Cita2 tu akak nak bawak frozen mee kuning dan kemudiannya celor jer bila sampai ke sini. Tapi seminggu sebelum nak bertolak, badan nih tak berapa sihat dengan batuk dan selsema....haha kalau tak terkejut Mat Salleh kat sini cium bau mee hailam akak yang semerbak iteww.

Di K's House nih pun ada Tatami Lounge untuk rehat2  sambil tenguk DVD. Meja yang dalam gambaq bawah tu bawahnya ada heater, jadi sedap kita lunjurkan kaki dengan rasa panas sambil semabng2 atau menonton TV.  Akak pun tak tau, anak akaklah yang khabaq dia kata dalam citer katun Shin-Chan memang rumah orang2 Jepun style dia macam tu,



Tapi lounge nih selalunya dibolot oleh Mat Salleh. Depa nih biasanya dok 3-4 hari kat sini untuk cover semua tempat di Lake Kawaguchiko.



Bersih dan teratur,




Kemudahan free internet juga ada disediakan




Di sini pun ada kemudahan untuk berbasikal di kawasan sekitar. Sebelum pi dah memang hajat kami untuk berbasikal di sekitar Lake Kawaguchiko. Tak jauh pun dalam 5 minit dari guest house. Rentalnya cuma Y150 untuk satu jam,



Hmm...so kami berbasikal tak masa di sini ?



Sempat lagi tu posing2 berlatar belakang Mount Fuji



Masa tengah2 naik beskal jumpa pulak satu restoran nih. Menurut google search ianya adalah sebuah Indian Restaurant. Kami tak try ler...pasai dah import nasik putih kan hehe



Hari ini juga adalah hari untuk kami check out dari K's House Mount Fuji. Satu lagi kemudahan menginap di sini ialah depa boleh membuat phone booking untuk bus travel dari Kawaguchiko Station, Lepas breakfast kami dah khabaq kat reception untuk book express bus balik ke Shinjuku Station. Depa juga boleh beri free shuttle ke station, amat memudahkan kami.



Pemandangan di luar guest house ini



Overall, memang kami amat berpuas hati dengan layanan dan segala kemudahan yang disediakan oleh tempat ini. Memang boleh direkomen kepada sesiapa yang nak bermalam di kawasan Kawaguchiko. Dan sekiranya kami kembali bercuti di Jepun satu hari nanti, memang tempat ini akan kami cari.

Bersambung : .3 Malam Di Asakusa


7 comments:

  1. Best Nori...baca blog Nori puas sgt2. Nak tanya masak nasi guna rice cooker depa ka? Tak payah samak ka?

    ReplyDelete
  2. Salam kak.. nk tanye, kalau awal bulan december, ade snow x di kawaguchiko? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, susah nak ramal, tapi kalau dari pertengahan bulan December dan 2 bulan2 berikutnya mmg ada kemungkinan snowing di Kawaguhiko dan area Mt Fuji. Awak boleh refer link nih utk dapat tau ramalan cuaca di Kawaguchiko : http://www.wunderground.com/weather-forecast/JP/Kawaguchiko.html
      * try adjust "view calendar" utk bulan berikutnya.*
      Masa akak pi aritu, sempat tenguk dlm youtube ada orang posting snow yg turun dgn lebat dlm pertengahan Januari di lebuhraya nak naik ke Kawaguhiko.

      Delete
  3. Alhamdulillah ada review untuk guesthouse ni; by a Malaysian lagi. Hihi saya booked untuk trip Apr ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gak tgk blog my friend : http://jammnashuki.blogspot.com/2013/11/autumn-in-tokyo-day-3.html
      Dia pun dok kat K's House Kawaguchiko

      Delete
  4. Assalamualaikum..akak,nk tya...beras blh bw masuk jepun ea?maaf sy cnfius..ada blogger gtau beras xblh bw masuk jepun..tq in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, boleh jer sebenarnya. Tapi kena pandai sorok2. Akak pernah bawak masuk sardin, sambal tumis sotong, butter, ayam dlm tin, roti, tuna, maggi, minyak masak, garam, gula, kicap, sos, nasi yg dah diseujkkan dan mcm2 lagi...cuba bila part nak lepas kastam tu kena pandai pilih lane yg tak berapa strict. Boleh tenguk masa dah collect bag...kat mana lane kita nak queue. Kalau boleh jalan ke arah kastam tu masa tolak trolley yg penuh dgn luggage mesti beramai2 kalau pi dgn family atau kawan, jangan berasing2. Insya Allah lepas

      Delete