Sunday, 10 February 2013

Persedian Untuk Ke Jepun


Kalau dah berminat nak ke Tokyo kena tau jugak benda2 yang dikehendaki sebelum ke sana.


1.) Pasport 

Pastikan pasport still valid sekurang2nya 6 bulan dari tarikh pergi dan balik. Perlu ingat visa yang kita nak buat bergantung pada alamat di pasport kita. So kalau kita dok KL dan nak bawak mak ayah kat kampung di Alor Setaq, mak bapak kita kena buat visa di Japanese Consulate di Penang dan kita di Embassy di KL. Sebab negeri seperti Penang, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu permohonan visa tertumpu di pejabat consulate di Penang.

Ini senarai penuh permohonan visa utk semua negeri di Malaysia :


    Embassy of Japan in Malaysia (Kuala Lumpur)
    Cover Area: Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Malacca, Pahang

    Consulate-General of Japan (Penang)
    Cover Area: Penang, Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Trengganu

    Consular Office of Japan (Kota Kinabalu)
    Cover Area: Sabah, Sarawak, Labuan

    Consular Office of Japan (Johor Bahru)
    Cover Area: Johor



2.) Visa

The good thing about Visa to Japan ialah ianya FREE. Yang tak berapa nak bestnya...banyak sangat songeh yang depa nak sebelum boleh kasi approval. Basically, apa yang Embassy/Consulate Jepun mahu ialah

(a.) Pasport - Obvious lah kan sebab visa diisu dalam page pasport kita

(b.) Gambar - Berukuran  4.5cm x 4.5cm ( 2" x 2" )  background putih sekeping. Mesti gambar terkini sekurang2nya 6 bulan dari tarikh permohonan visa. Yang geramnya kedai foto tak mau  buat sekeping atau 2 keping. Wajib kena 4 keping...dah RM15 terbang,

(c.) Visa Application Form - Boleh download di sini
Cuma nak kena isi tempat kosong yang dorang mahu. 2 pekara yang ramai orang keliru :

* guarantor/inviter/reference : Kalau kita pi holiday menginap di hotel dan bukan rumah kawan atau adik beradik. Tak payah isi

* names & addresses of hotels or person with whom the applicant intends to stay : Jika menginap di 4-5 hotels kat Japan lebih baik guna hotel pertama yang kita dok tu. Nombor talipon boleh cari kat website hotel berkenaan.

(d.) Surat Pengesahan Perkhidmatan - Boleh dapatkan dari Human Resource. Selalunya dorang nih dah biasa buat confirmation letter untuk staff yang lain, Bagitau jer tujuan untuk pi Japan dan biasanya keesukan hari dah boleh siap. Apa wajib ada dalam surat pengesahan ialah :

* Letterhead rasmi dari tempat kerja
*  Position yang terkini yang dijawat 
*  Tempuh lama perkhidmatan

*** Nota : gaji bulanan bukan sesuatu yang wajib ada dalam surat pengesahan.

Contoh surat pengesahan perkhidmata akak cuma 4 baris jer :

Dear Sir/Madam

################# I.C NO: #############, PASSPORT NO : ##########

This is to confirm that ########## (I.C No ######### PASSPORT NO : ##########
is a ########## attached to the company since January 1997,

This letter is in support of her visitor's application. She is intending to visit  Japan for a holiday.

(e,) Itinerary In Japan - Download di sini 
Masa akak submit borang itinerary nih dorang tenguk sat jer kemudian pulang balik. Buat penat karang alamat dan nombor talipon hotel. Dorang pun bukan bodoh sebab sapa2 boleh tulis apa2 hotel/guesthouse yang kita nak stay kat Japan, tak kan depa nak check satu2 unless bila jadi apa2 atau kita overstay. Walau macam mana pun benda nih wajib. 

Itinerary yang dorang lebih interested ialah yang kita print dari email  yang Air Asia hantaq. Sebab dalam tu ada tarikh bila kita pi dan balik. Masa akak submit aritu memang tak ingat langsung nak print bendalah nih. Dorang kata semua borang2 yang lain dah okay cuma dorang  nak tenguk flight itinerary. Mengelabah pulak balik rumah untuk buat.

(f.) Salinan Sijil Perkahwinan atau sijil kelahiran - untuk yang submit suami isteri berserta anak2.

(g.) Salinan Penyata Kewangan - Dalam banyak2 benda yang dorang nak yang  nih yang paling2 merisaukan dan ramai yang tak lulus. Penyata kewangan nih samada saving account, current account, fixed deposit, ASB atau Tabung Haji wajib ada pengesahan (certified true copy) dari tempat kita dapatkan tu.

Yang buat risau tu ialah kadar banyak mana yang mencukupi mesti ada dalam account. Masa akak pi buat aritu sempatlah sembang2 dengan security guard di tempat kedutaan ini. Dia kata secara lojiknya tenguk lama mana kita di Japan dan anggarannya ialah RM1000 seorang untuk seorang dewasa, Jadi kalau kita pergi suami isteri selama 7 hari jumlah simpanan bersama mesti ada sekurang2nya RM14,000.

Kalau katakan kita bawak anak yang tidur share bilik hotel bersama....anggaran anak tu dalam setengah orang dewasa. Jadi kalau suami isteri bersama2 anak yang berusian 4 dan 6 tahun untuk ke sana selama seminggu, jumlah yang dikehendaki ialah RM21,000

Akak submit satu salinan current account dari husband dan satu lagi saving account yang akak punya sebab kami travel untuk 4 adults. Husband pi Bank Islam dan cuba print dari mesin tiba2  keluar error terpaksa mintak dari counter...tu pun kena charge RM5, Akak punya saving account dari Public Bank kena isi borang bagai dan siap lepas 3 hari. 

Masa nak buat visa di Embassy/Consulate tak perlu angkut semua orang yang terlibat yang nak pi holiday di Japan...cukup wakil sorang jer. Dan rancang bila waktu sesuai nak pohon visa nih. Misal kata nak pi hujung bulan 3, kena make sure  account untuk bulan 2 dah solid. Sebab latest bank statement akan tunjuk balance dalam bulan 2. Dan cuba submit dalam 2 atau 3 minggu sebelum tarikh bertolak, senang andai kata ada problem kita boleh rectify sebelum berlepas.

Biasanya bila kita akan submit borang2 nih semua dorang akan check dan bagitau on the spot  samada ada masalah atau tidak dengan permohonan kita. Kalau semuanya okay dorang akan ambik pasport kita dan bagi satu chit untuk datang semula dalam masa 3 hari.

Akak punya 2 hari dah dapat semula. Masa mai ambik pasport dan visa nih sapa2 pun boleh ambik tapi jangan lupa bawak chit yang dorang bagi tu.

*** Nota : Satu lagi pastikan semua salinan atau surat di atas ini semua bersaiz A-4


Maklumat Tambahan Memohon Visa Ke Jepun Dari Blogger Yang Boleh Dibaca

Masa akak nak apply visa ke Tokyo pernah gak akak surf internet untuk dapatkan maklumat tambahan di samping nerinteraksi dengan kawan2 di forum yang banyak membantu dengan menjawab soalan2 akak yang sudah semestinya berjela2. Terima kasih banyak pada mereka ini semua.

Mohon Visa Japan semudah ABC - ladywa.blogspot.com

Cara Memohon Visa Jepun - backpackerbusuk.blogspot.com

Permohonan Visa Japan - skampung.blogspot.com

Visa ke Jepun - mamaayahaman.blogspot.com

Visa Jepun: Isyarat Hijau Sudah - blueewoke09.blogspot.com

Visa - intanazlina.blogspot.com 

* The Preparation to Japan 5-12 Sept 2012 - burnqis.blogspot.com

How to: Applying for a Visa to Japan - www.miasuraya.com

Visa Application to Japan - eeisme.blogspot.com

Visa For Japan : The Application - biqque.blogspot.com

Persediaan Sebelum Berholiday Ke Japan - anakmamisayang.wordpress.com

Settle satu benda - chazalle.blogspot.com

Pengalaman ke Kedutaan Jepun @ Malaysia - ignorantbrat.blogspot.com

Trip to Tokyo, Japan 2012 [Ep:1] - minelalalandstory.blogspot.com/









24 comments:

  1. hehe.. ada link pula kat sini. thanks for linking to my blog. =)

    ReplyDelete
  2. Hoyeee bestnye baca blog ni, byk info dan bermaklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JM kerana sudi singgah blog akak nih tak sebeberapa meriah nih hehe

      Delete
  3. Thanks for putting up these info. Tgh plan nak g, nasib baik jumpa blog akak :)

    ReplyDelete
  4. You're very welcome...do enjoy your holidays there. Cheers.

    ReplyDelete
  5. Tq Nori akak nak pi Tokyo pada 31 Okt ni. Byk info blog Nori ni. Nak bawa duit berapa ribu ye? Akak buntu sbb kat sana mahai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pi berapa ari ? Berapa banyak duit nak bawak terpulang pada kita. Kalau hotel dah prebook dan dah buat bayaran cuma peruntukan duit utk tempat2 yg kita nak tuju dlm itinerary. Mcm akak pi dulu. Kami dah buat planning yg terperinci hasil dari search dlm internet.

      Misalnya utk transport kami budget kira2 Y800 per person per day. Utk Tourist attraction mcm Tokyo Tower, Disneyland, UENO zoo, Hakone free pass dll kami dah buat estimate harga tiket dan boleh dapat idea berapa banyak nak kena spend. Hotel pulak kami buat advance payment cuma di Kawaguchiko dan Ikebukuro kena bayaq masa check in.

      Overall kami bawak dlm RM5000 itu pun ada bawak balik duit yen yg tak abis pakai kerana beberapa tempat mcm Museum Doremon, Aquarium dll kami tak pi. Kalau awak dah buat own research insya Allah tak susah pun.

      Delete
  6. Replies
    1. Ya sekarang kalau guna pasport antarabangsa yg ada chip baru tak payah guna visa.

      Delete
  7. Hi kak, Saya akan bertolak ke Osaka, Japan pada 11January 2014 ni. Perlu ke saya pergi ke embassy dan buat semua tu ? or just pergi dgn passport yg sedia ada ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna pasport biometrik antarabangsa yg baru tak perlu lagi utk apply visa.
      Boleh refer rupa gambaq biometrik di sini : http://www.helloholidays.com.my/travel-tips/visa-exemption-for-malaysian-nationals-with-biometric-passports-from-1-july-2013

      Delete
  8. salam perkenalan,
    ciku nak g this year march .tq banyak info kat sini.

    ReplyDelete
  9. Salam, terima kasih kerana sudi menjengah blog nih. Nak gi bulan March ekk, dah banyak buat preparation ?

    ReplyDelete
  10. salam kak nori, sy plan nk g april ni... byk info sy dpt dr blog kak nori... tq for ur info kak,

    ReplyDelete
  11. Salam Kak,

    Thank you very2 much for all the info provided....tersangatlah detail and membantu. Saya akan ke Jepun thn depan bersama kawan tp kami cover juga tmpt2 lain selain Tokyo (Kyoto, Osaka, etc). Happy sangat bila jumpa akak punya blog ni. THANK YOU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, sama2,enjoy your holidays

      Delete
  12. salam sis tq for ur sharing and this is very useful and interesting tips and plan to plp who wanted to go to japan...so do i and my family planning to go there in january but i need ur advise and suggestion on itenerary coz i plan nk cover tokyo and osaka...can u email me at chenad_85@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, sila check your email, TQ

      Delete
  13. Kak boleh kongsi itenary dgn saya jugak? Liza_azlin@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Tq so much..gud info..byk pahala akak dpt bila ilmu disebarkan mcm ni.. tq sis

    ReplyDelete
  15. Salam kak.. minta share itinerary please
    nini.hasan@gmail.com

    Thank you kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Dah sent pada email awak, sila check okay

      Delete