Monday, 4 March 2013

Day 5 - Trip To Nakamise Street and Ueno Part 1


Sudah masuk hari ke 5 kami di Tokyo, rasa cepat sungguh masa berlalu. Hari ini itinerary kami penuh dari pagi hingga ke petang. Cita2 tu nak cover sampai 4 tempat ... hehe boleh ker ?

Mula2 kena tunjuk itinerary yang padat kami untuk hari ini



Agenda kami selepas breakfast lebih kurang dalam bilik hotel adalah hendak membeli souvenir di Nakamise Street. Inilah salah satu dari matlamat kami menginap di Asakusa. kerana lokasinya stratejik dari segi membeli belah dan hampir pula dengan metro station untuk memudahkan kami bergerak ke merata tempat.

Dari hotel nak ke Nakamise Street nih tak jauh mana pun. Setakat berjalan kaki mengambil masa dalam 10 minit sahaja, Lagi pun cuaca sejuk di pagi hari musim winter nih tak terasa penat untuk berjalan.



Nak ke Nakamise Street nih memang tak boleh elak dari melihat Tokyo Sky Tree yang tersergam tak jauh dari sini, Dan akhirnya sampai ke destinasi kami di Sensoji Temple 



Sudah tentu aktiviti mula2 ialah bergambaq di depan Kaminarimon Gate ini terlebih dahulu. Kalau pi waktu pagi tak ramai sangat tourist di sini. Itu pun kena tunggu ada sekumpulan Mat Salleh nak berposing,

Kalau nak beli souvenir yang murah, pada pendapat akak ada 2 tempat yang terbaik di Nakamise Street nih dan di Haneda Airport SELEPAS custom checkpoint. Di Nakamise Street nih banyak pilihan. Bukan saja ada barang2 seperti keychains dan fridge magnets, tapi lain2 barang seperti kipas, Japanese sandal, T-Shirt dll macam2 ada dijual disini. 



Sempat akak beli for Chinese client satu sake set untuk perhiasan. Manakala di Haneda Airport pula barang yang dibeli sebagai souvenir pula lebih kepada untuk orang2 terdekat sebab kebanyakannya dijual berbalut cantik di dalam plastik. Tapi harga kedua2 tempat tak banyak beza pun.

Jom tenguk macam mana rupa souvenir yang terdapat di sini. Harus diingat yer, di sini rata2 barangan yang dijual adalah fixed price. Tak payah buang masa nak mintak kurang atau discount memang depa buat derk jer.

Fridge magnet harga bermula dari Y300 atau Y350 ke atas. Tenguk pada kualiti barang.


Kalau yang cantik sikit dalam Y450 ke atas



Yang paling banyak adalah handphone charms. 



Macam2 bentuk dan rupa ada - seperti  Hello Kitty, Pikachu, anak patung pakai kimono dll



Pakaian seperti t-shirt, yakuta dll pula boleh dikatakan harganya mahal2 belaka. T-shirt susah nak dapat yang bawah Y1000. Ada satu kedai nih dapat dalam Y980, itu pun dok puas mencari untuk anak2 yang bising sangat nak beli



Japanese sandal macam nih tak padan rupa tau,harga dalam Y1500 sepasang. Mula2 tu ringan2 gak nak beli. Tapi dok pi mai pi mai tak jadi pulak - pikiaq dalam hati bila masa pulak nak pakai bendalah nih.



Yakuta pun sama, lawa tu lawa ler tapi kalau kain yang jenis kualiti baik boleh cecah RM500 



Dah abis beli apa yang patut kami ronda2 sket kat sekitar kawasan nih, Di penghujung jalan ada taman dan sebuah temple. Kami tak masuk ke dalam pun cuma ambik gambaq dari jauh



Ada kat satu jam gak kami di Nakamise Street nih. Memandangkan ada beberapa tempat lagi yang kami nak kena pi lepas nih maka terus kami mencari Metro station untuk ke Ueno



Turun dari tain di Ueno Station, tiba2 nampak ada characters yang macam2 di sini Tak tau menatang apa, mungkin dari komik Jepun kot.



Tapi waktu nih punyalah riuh, anak2 orang Jepun pun sibuk nak ambik gambaq dengan character2 nih. Yang akak baru perasan lepas balik Malaysia ialah Hard Rock Cafe terletak betul2 kat belakang pentas nih, kalau tak boleh gak tenguk apa2 yang patut huhu



Keluar dari Ueno Station kami berjalan kaki melalui Ueno Park. Tenguk pokok2 yang semuanya dah togel dan nampak hodoh nih semua



Tak menarik langsung kan ?



Tapi di sini kalau musim Sakura Cherry Blossom tempat nih menjadi salah satu tumpuan utama. Hinggakan ramai yang mai sini untuk berpiknik dan bersantai sampai kawasan nih menjadi satu pesta yang meriah dan warna warni



Tujuan kami mai ke sini adalah untuk ke sini. Ueno Zoo. What ? You mean you went to Japan and of all the places there and you decided to go to a zoo ? Ya semasa merancang nak beli tiket promo Air Asia nih akak dan hasben dah shortlisted 3 negara yang kami ingin nak pi. Japan, South Korea dan China. Malangnya tiket ke Seoul dan Beijing kedua2nya above RM3 ribu untuk 4 orang, Dan tujuan kami untuk ke Beijing salah satunya adalah untuk melihat giant panda bear di Beijing Zoo.



Satu lagi sebab adalah kerana dulu masa kami pi California ada satu tempat yang kami miss iaitu San Diego Zoo - one of America’s most modern zoological parks. So, kali nih ada peluang menjejak kaki di Tokyo nih, awal2 Ueno Zoo nih dah masuk dalam senarai


Tiket masuk si sini pun tak mahal sangat Y600 untuk seorang dewasa. Sistem tiketnya pulak bukan style beli kat kaunter tiket tapi beli kat vending machine macam di Metro Station pastu baru pi ke kaunter untuk tunjuk tiket



Bukan cikai Zoo nih, di kaunter tiket tu depa siap bagi kami peta kawasan Luas jugak Ueno Zoo nih, jenuh nak menapak dan cover semua tempat



Lepas masuk di pintu entrance terus jumpa sedikit info mengenai apa yang dicari2, Sememangnya tarikan utama di Ueno Zoo ini adalah Shin Shin iaitu Giant Panda dari China. Ada pulak citer sedih Shin Shin nih tau. Pada bulan Julai 2012, Shin Shin nih kehilangan anaknya yang baru dilahirkan tak sampai berapa minggu jer. Frust si-Shin Shin nih hingga dia meraung dan tau mau makan




Sementara berjalan menuju ke kandang di mana Shin Shin ditempatkan kami terserempak dengan hiasan pokok2 di tengah2 jalan nih, Dari jauh nampak cantik jer. bila dah dekat baru perasan ia sebenarnya pokok kobis...terjakunlah sat kami punnn. Agak2 kalau kat Malaysia nih mesti ada kutu mai korek buat berniaga pasaq malam.



Dan akhirnya sampailah kami ke tempat kurungan Giant Panda nih. Ramai jugak orang yang berkerumun nak tenguk Shin Shin nih, ye lah dah dia menjadi tarikan sesiapa yang ke sini kan



Tapi panda nih tak dok diam...sentiasa berjalan ke sana ke mari...masih frust lagi lah gamaknya


Kasi close up sket


Luaskan Ueno Zoo nih


Bersih dan teratur




Polar bear pun ada


Kali terakhir kami lihat polar bear secara dekat masa di Mandai Zoo, Singapore


Gambaq sea lions nih diambil dari atas, kalau dari bawah boleh tenguk haiwan ni berenang




Kalau zoo dah cantik tak kan lah keretapi yang jalan dalam kawasan nih macam mel malam pulak, semestinyalah canggih jugak kan.


Dalam Ueno Zoo nih pun ada kedai2 yang menjual souvenir


Harga pun boleh tahan mahal di sini




Petting zoo pun ada di sini untuk meramas mesra dengan haiwan2 comel


Waktu kami di sini ada sekumpulan budak2 Tadika yang mai dengan cikgu depa. Setiap orang diberi berus atau sikat untuk mengenal binatang dengan dekat. Memang budaya Jepun untuk mendidik anak2 rasa kasih sayang kepada binatang semasa mereka masih kecil. Haha kalau tadika kita dikenali sebagai sekolah makan...yang banyak makan dan menyanyi


Tapi satu peraturan ketat di sini adalah pengunjung tidak dibenarkan sama sekali memberi makan kepada apa2 binatang yang ada


Ada dalam satu jam gak kami di Ueno Zoo nih untuk cover semua kawasan yang ada


Dah abis ronda dalam zoo nih, ambik gambaq dan posing2 apa yang patut kami berangkat ke destinasi yang seterusnya ... yang terletak tidak jauh dari sini, iaitu National Museum of Nature and Science. Apa hal nak pi sini ? Sebab nak tenguk Hachiko yang original -yang diawetkan selepas ia mati, manakala di Shibuya pula adalah patung Hachiko untuk memperingati train station di mana Hachiko ini selalu tunggu tuannya dengan setia.

Bersambung

8 comments:

  1. padatnya jadual akak, hehe...takper, yang penting seronok kan. asakusa waktu pagi memang happening, saya ritu pergi waktu malam, langsung takda apa. alang-alang dah dekat tokyo, kena pergi jugaklah :)

    ReplyDelete
  2. Mmg padat pon. 6 free days tu kalau boleh nak sumbat dengan segala mcm rancangan. Nanti pi Korea jangan lupa tulis detail ari mula sampai akhir serta budget masa kat sana, Korea nih pun salah satu negara dlm radar akak utk bercuti.

    ReplyDelete
  3. Akak, nak tanya Ueno Zoo best tak? Memang recommended or tak sebab dah tgk Panda dekat Ocean Park, HK.

    ReplyDelete
  4. Senang cakapnya kalau buat itinerary bukan dalam top 5 must-go-attractions tapi boleh diselitkan kalau ada kesempatan.

    Pro:
    *Tiket masuk yg tak mahal (Y600/RM20), compare to S'pore Mandai Zoo ($22/RM55)
    *Lokasi (10 min jalan kaki dari Ueno Station) boleh pi Ueno Park sekali
    * Ada Giant Panda Bear, polar bear, American bison (first time dpt tgk dari dekat) dll

    Con:
    * Tak ada animal show mcm seal, bird show spt Mandai atau Zoo Negara
    * Ada beberapa jenis haiwan tak ada dlm Ueno Zoo nih

    For more review boleh check kat trip advisor

    ReplyDelete
  5. Akak Nori..kalau sy ke sana tak nak lah beli Japanese Sandal tu..kalau pakai boleh tersungkur nanti..ehgeheheh

    ReplyDelete
  6. Mahai tak padan rupa...kalau rega cam terompah kita tak per gak hehe

    ReplyDelete
  7. Puas baca Nori...byk info dapat dan detail...TQVM.

    ReplyDelete
  8. Sama2, bila balik nanti jangan lupa update akak nyer blog...kasi detail2 sket hehe

    ReplyDelete