Friday, 8 March 2013

Day 5 - Trip To Nakamise Street and Ueno Part 2



Dari Ueno Zoo kami berjalan melepasi Ueno Park menuju ke National Museum of Nature and Science (http://www.kahaku.go.jp/english/) yang terletak kira2 lima minit dengan berjalan kaki. 



Sebenarnya muzium ini memang aktif dan menjadi tarikan bukan sahaja pelancung luar tapi juga orang tempatan dan pelajar sekolah. Masa kami di sini ada satu pameran khas yang mendapat publisiti meluas di Tokyo iaitu : Chocolate: The Exhibition 

Tiket masuk ke muzium ini pun sama seperti  Ueno Zoo tadi - Y600 untuk setiap orang dewasa
Tapi untuk melihat pameran coklat tu bayarannya lain pulak dan di dewan yang berasaingan




Dan sapa2 yang ke muzium ini pasti tidak terlepas pandang kepada life-size sculpture of blue whale yang terletak di luar bangunan ini.



Apa yang istimewa dalam muzium ini ? Macam2 sebenarnya. Muzium ini terbahagi kepada 3 tingkat dan dari 3 tingkat ini pula ada Japan Gallery dan Global Gallery




Pada satu tingkat tu penuh dengan barangan hasil ciptaan saintis Jepun dari RIKEN iaitu sebuah pertubuhan Natural Sciences Research Institute. Bukan calang2 orang2 Jepun nih dua orang dari negara mereka ini pernah memenangi nobel prize dalam bidang fizik



Turut dipamerkan di dalam muzium ini adalah replika kapal terbang Zero Fighter sewaktu perang dunia ke-2 dulu. Canggihnya teknoloji silam negara Jepun nih sampai negara omputih pun boleh terkedu dibuatnya



Perasan tak skrin komputer dalam gambaq di bawah nih ? Ada citer kelakaq yang berlaku kat sini. Masa nih hasben akak tengah belek2 komputer tu, pastu akak khabaq kat dia yang kami nak solat kat corridor menghala ke bilik air sebab kawasan tu terpencil sket. 


Hasben akak pun keluar kat kompas kiblat untuk carik kat mana arah nak solat. Masa dia tengah pusing2kan kompas tu tiba2 komputer tu keluar error dan terpadam...tak tau pasal apa. Akak dan anak2 dah pi toilet untuk ambik wuduk, cik hasben pulak dok try godek2 komputer tu...tak boleh gak. Hasben akak pun belah buat donno cam tu dan pi ambik wuduk.

Kemudian mai pekerja2 muzium yang pakai vest macam gambaq bawah nih check komputer yang rosak tadi, Depa siap pakai walkie talkie panggil sekuriti muzium, jadi kelam kabut gak ler...yer lah kan tak pernah2 tempat nih beroperasi sekian lama tiba2 mai terrorist tah dari mana kasi lingkup reta benda depa.

Gabra gak kami masa tu...depa pi mai pi mai cari hasben akak ... silap2 boleh kena pancung hahaha jangan buat main2 depa nih semua. Cik Hasben pulak dalam toilet tengah ambik wuduk. Nasib baik gak hasben akak kata dia dah abis wuduk ... sebab dia basuh kaki dalam sink toilet ... kalau tak lagi terkujat orang2 Jepun nih.

Pastu kami explain lah lebih kurang kata kami nak solat kat tempat nih dan tak tau menahu pasal komputer yang rosak tadi. Depa pun angguk2 ...redha lah kot dengan tabiat orang2 negara dunia ketiga seperti kami nih hehehe



Lepas solat kami senyap2 belah pi ke pameran Animals of The Earth di bahagian lain





Yang tak berapa best di muzium ini adalah penerangan dan maklumat mengenai kebanyakan barang pameran adalah dalam bahasa Jepun. Kalau nak paham dalam Bahasa Inggeris kena guna skrin komputer dan baca info dari situ. Haha tapi kami tak berani nak try sejak insiden tadi...biarlah kami rela dalam kejahilan daripada tak dapat balik Malaysia



Dah puas kami jelajah semua area dalam bahagian nih baru kami perasan...Ehh mana Hachiko ? Adakah dia sengaja disorokkan dari tangan kami yang durjana ? Kami pun tanya satu pekerja kat situ ... Hachiko ? Siap dengan buat gaya tangan macam anjing nak terkam.

Dia angguk dan keluarkan peta ... Ohhh bahagian di sini adalah untuk haiwan2 yang wujud dalam dunia keseluruhannya. Dah tu Hachiko bukan dok dalam dunia gak ker ? Isyhh sabaq sat...Hachiko ada kat tingkat 2 di Japanese People & Nature. Ohh baru ku tau

Dan akhirnya jeng..jeng..jeng.. misi kami ke sini tercapai



Perasan tak di atas sedikit dari Hachiko tu ada satu lagi anjing hitam ? Nama anjing nih ialah Jiro. Anjing nih sebenarnya lagi femes dari Hachiko ... cuma sayangnya Richard Gere lagi kenal Hachiko dari Jiro.

Jiro nih adalah anjing jenis Sakhalin Huskies yang pernah digunakan sebagai sled dog  di Antartika oleh pasukan research dari Jepun. Mereka mempunyai 15 sled dogs, tetapi oleh kerana cuaca buruk pasukan reseach Jepun nih terpaksa kembali dan tinggalkan kesemua 15 anjing di kawasan Antartika itu.

Yang buat ramai rakyat Jepun tak puas hati adalah tindakan meninggalkan dan merantai anjing2 ini tanpa memberi perlindungan. Setahun kemudian pasukan research Jepun ini mai kembali ke station mereka di Antartika dan mereka dapati 2 anjing Jiro dan Taro masih hidup.

Seperti Hachiko juga Jiro ini apabila sudah mati ia diawetkan dan diletakkan di muzium ini. Dan pada sapa2 yang berpeluang ke Tokyo Tower boleh melihat sebuah tugu yang dibina di kaki Tokyo Tower untuk memperingati anjing2 ini dan juga menyuarakan mesej Prevention of Cruelty to All Animals

** Nanti akak akan share gambaq tugu tu dalam post akan datang masa kami pi Tokyo Tower




Bila dapat tenguk Hachiko nih seolah2nya dah tercapai salah satu objektif dalam itinerary kami untuk hari ini, Waktu pun dah hampir ke pukul 3 petang kami pun beransur2 keluar dari bangunan National Museum of Nature and Science ini kerana kami ada satu lagi destinasi terakhir untuk dituju


Sebelum melangkah ke pintu luar ada ternampak pulak kedai souvenir dalam muzium ini, saja jer masuk ambik2 gambaq apa yg patut. Barang2an yg dijual kebanyakannya ada stuffed toys dan key chain yang bermodelkan barang2 pameran muzium



Kami pun balik semula ke Ueno Station dan mengambil JR line ke Shimbasi dan seterusnya
berpindah menggunakan Yurikamome Line untuk ke Odaiba-Kaihin-Koen. Masa nih train akan melalui hampir dengan Odaiba Rainbow Bridge. Tak banyak gambaq sempat diambil kerana agak ramai orang dalam train masa nih.



Turun dari station kami mencari Aqua City Mall mula2 sekali



Di sini sebenarnya ada macam2 aktiviti yang boleh dibuat, kebanyakannya adalah jenis permainan untuk kanak2 dan orang dewasa - mak budak & bapak budak. Pameran Madame Tussaud's ( http://www.madametussauds.com/tokyo/en/default.aspx) pun terletak di sini tapi kami tak masuk



Legoland Discovery Center (http://www.legolanddiscoverycenter.jp/tokyo/en/plan-your-visit/plan-your-visit.aspx)  pun ada di sini



Tapi kami tak masuk, sebab anak2 akak kan dah besaq2 ... hehehe selamat kalau tak tiket untuk sorang dewasa dah Y2000


Yang nih pulak Joypolis, yang nih hasben akak sejak dari Malaysia dah bercita2 nak masuk dalam nih, Joypolis nih macam pusat hiburan yang ada macam2 game yang canggih. Hasben akak tergedik2 nak pi sini sebab dalam nih ada driving simulator. 

Bukan macam jenis pusat hiburan kat Malaysia yang masuk duit tu... di sini betul2 keter sport macam citer Fast & Furious tu pastu ada screen besaq kat depan. Tapi nak masuk dalam nih entry passport dah Y3500 sorang...ada ke patut hasben akak kata dia nak masuk sorang dan kami semua tunggu kat luaq...last2 tak jadi masuk...padan muka tak leh jadi Van Diesel hehe



Tujuan utama kami pi Odaiba Aqua City Mall nih adalah untuk mencari kedai Lawson iaitu convenience store ala 7-11. Kerana di Lawson ni lah ada jual tiket ke Fujiko F Fujio museum atau Muzium Doremon ( http://fujiko-museum.com/english/ ). Anak akak memang harap2 sangat nak pi tempat kartun peberet dia nih. Kami pulak dah target dalam itinerary pada hari terakhir kami di Tokyo kami akan ke muzium ini. Satu lagi tiket utk ke muzium ini cuma dijual pada hujung bulan untuk mana2 tarikh bulan yang berikutnya.

Akhirnya jumpa jugak kedai Lawson ini di tingkat bawah sekali. Mula2 masuk kami dah terpandang mesin loppi yang kami pernah baca adalah untuk membeli tiket ke muzium Doremon.

Tiket ke Muzium Doremon dijual melalui loppi machine nih dan tidak ditempat lain



Sori terlupa nak ambik gambaq di sini sebab kami semua berdebar2 nak tahu samada berjaya atau tidak kami membeli tiket. Seolah2nya macam menanti cabutan bertuah. Mula2 kena panggil pekerja Lawson nih untuk tolong kami. Kami tunjuk pada depa iPad kami screen shot website muzium Doremon dalam bahasa Jepun pastu bagitau kami nak 4 tiket utk hari Sabtu pukul 10 pagi. 


Lama gak pekerja nih cuba, kemudian dipanggil sorang lagi kawan dia. Tit tot... tit tot .... "Saturday 10 o'clock sold out" ... Cisss.... Akak suruh dia try lagi "How about 12 o'clock"
Tit tot...tit tot..."Also sold out" Cisss.... geram betul. Sebenarnya ada lagi opening pada pukul 2 dan 4 petang. Tapi kami tak mau try pasal masa tu dah kena bersiap2 nak bertolak balik. 

"Maybe weekend alot of people" kata pekerja tu lagi. Hmm frust betul. Orang2 Jepun nih pun... hangpa kesianlah orang2 jauh macam kami nih. Yang membuatkan susah nak dapat tiket ke muzium ini adalah kerana tempatnya kecil menyebabkan kuota yang amat terhad yang dibenarkan pada pengunjung untuk masuk pada satu2 masa.

Setelah dapat berita yang mengecewakan tu kami pun melangkah keluar dari Aqua City Mall dan berjalan menuju ke Palette Town  Di sini ada beberapa tempat menarik antaranya Venus Fort Shopping Mall, Toyota Mega Web, Hello Kitty's Kawaii Paradise dll



Dari jauh boleh nampak bangunan Venus Fort tapi nak sampai ke sani hampir 20 minit gak kena menapak



Pemandangan dalam Venus Fort Shopping Mall di Palette Town. Bangunan2 dan suasana dalam tempat nih direka menurut seperti kurun 17 di Europah

Memang cantik dalam mall nih denga hiasan lampu yang mengerlip 



Dalam Palette Town nih pun ada Toyoto History Garage. Iaitu pameran kereta2 lama dan antik. Akak nak cakap lebih2 pun tak reti pasal semua info di sni dalam Japanese



Bagi sesiapa yang rajin tenguk movie mesti ingat keter apa nih ? Ya ini lah kereta Delorean sama seperti model yang digunakan dalam cerita Back To The Future



Satu lagi tarikan ialah Hello Kitty's Kawaii Paradise

Sudah tentu dalam nih segala nika barang2an Hello Kitty dan permainan ada dijual


Peminat2 tegar Hello Kitty mesti syok mai sini, kami cuma masuk belek2 dan posing2 jer 


Seterusnya dipenghujung mall ini ada satu showroom Toyota Mega Web. Semua model Toyota boleh dilihat di sini. Sapa2 nak try masuk dan duduk dalam serta berangan2 pakai Prius boleh ajer...tak daq yang larang






Anak2 dan hasben akak dok taram nak main bendalah nih. Tapi nak kena tunggu 20 minit sebab di depan kami ada 3 orang lagi



Kedai khas untuk peminat atau car enthusiast sahaja yang sanggup perabis duit


Sebaik jer kami keluaq dari Palette Town nih hari dah gelap dan angin sejuk mengigit kulit kami. Hasben akak ajak nak Himiko boat cruise. Masa merancang itinerary kami dah buat banyak survey pasal cruise dan dapati yang paling singkat perjalanan dan paling murah adalah dari Odaiba Kaihin-Koen ke Toyosu. Ramai yang kata kalau ambik cruise yang 1 jam lebih boleh jadi boring dan tak menarik dok lama2 dalam bot. Yang kami rancang nih cuma 20 minit dan harga untuk 4 orang pulak hanya Y3040

Dan kami dah plan nak naik Himiko kerana bentuknya futuristic. Tapi nak naik Himiko nih kena tenguk time table dia (http://www.kouwan.metro.tokyo.jp/english/odaiba/eng/access/ship.html)  ... kalau silap masa boleh naik kapal biasa jer. Dan masa yang paling2 sesuai naik boat cruise nih adalah pada hari malam...kerana lampu2 dimenerangi kawasan sekitar memang sangat cantik dan lebih romantik giteww


 Tapi kami yang berada di Palette Town nih kalau nak naik boat cruise nih terpaksa balik semula ke Aquacity dan naik dari Odaiba Seaside Park yang terletak kat belakang Aquacity tu. Memang tak larat ler dah malam2 cam nih...dah lah kami keluaq sejak dari pagi tadi. 

Hasben seboleh2 nak ajak gak kerana kami sebenarnya boleh naik dari Aomi Station yang terletak di sebelah Palette town nih dan turun semula ke Odaiba Kaihin-Koen dan kemudian jalan kaki ke Odaiba Seaside Park.

Akak kata tak larat dan cuma nak balik hotel jer. So, dari Aomi kami ke Shimbashi dan kemudian ke Ueno. Dalam perjalanan nak ke Shimbashi ternampak pulak kami Tokyo Tower...kali nih anak2 pulak merengek nak pi..huhuhu...tak larat mak

Dari Ueno Station kami terus ke Asakusa Station dan singgah semula ke Saray Kebab untuk beli dinner



Kali nih sebab lapaq punya pasal kami order set large sorang satu hehehe



Pekerja yang layan kami kali nih bukan orang yang sama tempuh hari. Yang nih punya banyak celoteh dan siap bagi kami air kotak apricot juice free kerana kami borong sampai 4 set



Bagi sapa2 yang nak pi Saray Kebab nih dan juga cawangan2nya ... akak bagi promosi free




Review Itinerary & Budget untuk hari  ke 5 :



Estimated budget planned  ........................................ Y 11,840
Estimated Total Train Fare Per Person : ......................Y   1,100

Ueno Zoo   @ Y600 x 4  ............................. Y 2,400
Ueno Science Museum @ Y600 x 4  ........... Y 2,400

Actual spending (excluding meals) .............. Y 4,800
Actual train fare  .........................................Y 1,140
Saving ....................................................................... Y 7,040


Bersambung lagi (sori ekk) ... lepas nih kami check out Hotel di Asakusa dan berpindah ke House of Ikebukuro 

4 comments:

  1. Woww byk tempat tu kak Nori dpt cover dlm satu hari. Abis tu..komputer yg terpadam tu ok semula tak? Kasihan pada hasben kak Nori tk dpt masuk Joypolis tu wlpun dh berangan dari msia lg kan..dek kerana tiket mahal dan kak Nori pandai memujuk..dia pasrah..eheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau jalan2 time winter abis kuat boleh cover 4 tempat dlm satu ari. Kalau nak pi banyak2 tempat jadi rushing dan tak leh enjoy pulak. Itu pun 6 full day kat Tokyo banyak tempat yg kami miss samada tak sempat atau tak larat

      Delete
  2. Seronok lak bila baca balik blog nie selepas dah sampai Tokyo. Terasa semua yg akak tulis sebab dah ada experience tuh kan. Saray Kebab terasa-rasa pula kebab dia bila tgk gambar akak tuh...hehehe.... nie next year jgn lupa pulak pegi museum Doraemon sebab dah boleh beli online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya teringat makan Saray Kebab, sempat makan 2 kali. Siap bergambaq dgn pekerja kat situ...kekononnya bagi promosi percuma...yelah dia dah kasi air kotak free sorang satu tu jerlah yg kita mampu buat hehehe

      Delete