Monday, 11 March 2013

Day 6 - Checking in House of Ikebukuro


Hari ini adalah hari terakhir kami di Hotel Agora Place Asakusa. Di Jepun standard time untuk check out biasanya dalam kol 10 atau 11 pagi. Misi kami untuk pagi nih selepas ke breakfast adalah sekali lagi ke Nakamise Street. Semalam kan dah save duit sebab tak jadi pi Muzium  Doremon dan naik boat cruise...jadi duit yang save tu nak dileburkan dengan beli barang2 cenderhati kekonon2nya.

Ini Itinerary kami hari ini. 




Sesampai kami di hampir dengan Kaminarimon Gate tiba2 kami didatangi oleh seorang lelaki ...siap bagi greeting : "Hello Welcome to Japan" Mula2 kami ingat media Jepun nak interview ... boleh ler kami jadi femes masuk TV rancangan National Geographic depa ke hapa ...rupa2nya abang beca jer hehehe dia tanya samada kami minat nak naik  pusing2 di kawasan berhampiran ... "No, no thank you" ... rasa2nya bukan murah2 gak lah kalau guna kudrat depa nih tarik beca untuk kami 4 orang



Tapi ada gak orang2 lain yang naik ... agak2nya bisnes depa nih baguih gak kot untuk pelancung2 yang nak try ambik feel naik beca



Gambaq di Nakamise Street nih lebih kurang macam yang sebelum nih,,,jadi tak payah tunjuklah. Apa yang menarik perhatian kami adalah sebelah pintu kiri gerbang Kaminarimon ada satu tempat penginapan - Hotel Kaminarimon (http://www.kaminarimon.co.jp/english/index.html)

Kadar bilik semalam utk 2 orang adalah Y11,000 (RM374)




Sesudah kami beli apa2 barang souvenir yang tak sempat beli semalam, kami balik semula ke  Agora Place Hotel untuk check out dan berjalan kaki ke Tawaramachi metro station untuk transfer ke Ueno dan kemudiannya ke Ikebukuro

Di Ikebukuro kami dah book untuk 2 malam di House of Ikebukuro (http://www.housejp.com.tw/englishindex.htm) kami check in di sini pada hari Jumaat dan kalau nak ikutkan check out kami adalah pada hari Ahad pagi. Tapi kerana flight balik ke Malaysia dari Haneda adalah pukul 11.45pm agak susah kalau kami check out pada hari Sabtu pagi dan menanti 12 jam tanpa tempat berteduh.

Jadi, mahu tak mahu terpaksalah kami berkorban duit walaupun kami kami cuma menginap selama 2 hari 1 malam sahaja. Susah gak bila nak pikiaq pasal ketiadaan tempat untuk berrehat, makan, solat dan berkemas2 sebelum bertolak balik.

Okay macam mana nak ke House of Ikebukuro nih ? Mula2 bila kami sampai di Ikebukuro Station kami cari exit nih. Beberapa kali gak lah kami ikut exit nih



Dan ini Ikebukuro Station Platform Map. Gambaq di atas - tangga nombor 8 tu kalau tenguk pada map terletak di atas sebelah kiri rajah di  Metropolitan Plaza Lumine-Tobu



 Sekiranya kita naik tangga nombor 8 tu kita akan terus ke atas dan jumpa bandaraya Ikebukuro seperti ini



Dalam 10 minit gak kami hilang arah tak tau mana nak tuju. Kemudian kami jumpa satu polis tu dan dia tunjuk kami jalan nak ke guest house. Kalau dari metro station nak ke House of Ikebukuro akan ambik masa dalam 10 minit berjalan kaki melepasi kedai2 di sepanjang jalan



Tapi waktu nak balik baru kami perasan laluan yang paling dekat dari Ikebukuro Station ke House of Ikebukuro. Okay macam nih - berpandu kepada station platform map di atas, tenguk pada rajah tengah paling atas yang bertulis TOBU. Pi ke sana

Sementara nak menuju ke sana pasti kita akan perasan beberapa kedai2 seperti ini di sebelah kiri :

Bakery Shop Tokyo Mocitto



Dan kedai bunga ini :



Jalan lagi sedikit ke depan dan akan jumpa laluan metro underpass ini TOBU HOPE CENTER



Malangnya yang buat ramai tak perasan adalah tulisan C1 - C10 tu teramat kecik. Turun beberapa anak tangga dan jalan terus sehingga ke C1 iaitu exit yang paling hujung sekali. Kemudian naik anak tangga ke atas...jalan beberapa langkah melepasi 100 Yen Shop...akhirnya akan nampak papan tanda guest house yang dicari2 ini di permulaan lorong



Di guest house ini kami mengambil annex Japanese room with bath. Iaitu bilik untuk empat orang. Bayaran yang dikenakan pula adalah Y12,000 (RM408) semalam. Sesuailah untuk satu family. Dan jika yang pi berkongi 4 orang...kira2 RM102 seorang kira berbaloi sebab bukan sahaja tempat nih merupakan tempat tinggal tapi juga ada kemudahan2 lain seperti sebuah apartment.

Mula2 kami nak check ini di lobby guest house nih kami berjumpa dengan tuan punya tempat ini bernama Mrs Chen. Dari bacaan kami di Trip Advisor Mrs Chen nih orang Taiwan dan boleh bertutur Mandarin, Cantonese dan Hokkein, tu yang menyebabkan ramai orang dari Malaysia dan Singapore yang menginap di sini... pada mulanya kami sangkakan bilik kami ditempat yang sama degan lobby. Rupa2nya tidak, di situ cuma untuk jenis dormitory manakala untuk annex room tempatnya di bangunan lain.

Inilah laluan ke annex room yang kami tempah tu iaitu di tingkat atas




Peringatan untuk sapa2 yang menginap di sini






Pemandangan bilik Japanese Style yang kami ambik - muat untuk 4 orang


Sentiasa kemas dan bersih. Sesekali ada cleaner mai bersih dan bawak roti



Kemudahan internet dan wifi percuma ada disediakan. Memang laju berdesup line internet dia, kami try downlload apps untuk iPad ... sat jer dah abis download



Fridge dan microwave oven pun ada ... senang kalau nak makan dan berjimat



TV cikonet pun ada ... tapi kami tak tenguk pun ... sebab tak daq masa



Bersambung lagi hehehe ... seterusnya kami ke Takeshita Dori, Shibuya dan Tokyo Tower

2 comments:

  1. Ala time tgh sronok baca sambung lak heee
    Kak Nori bln 2 musim apa eh kt sana, sejuk x

    ReplyDelete
  2. Bulan 2 masih winter lagi tapi tak se-extreme mcm Beijing & Korea. Pagi average dlm 8 celcius & kalau malam mabye dlm 3-4 celcius. Tapi matahari sentiasa terik.

    ReplyDelete