Thursday, 14 March 2013

Day 6 - Takeshita Dori & Tokyo Tower



Untuk lunch hari ini kami bercadang nak ke Merah Putih Cafe di Shin-Okubo  sekali lagi. Tapi kali ini kami nak try ambik nadi goreng jer konon2 nak budget ... tak mau lauk pauk berbagai macam hari sebelum nih.

Waktu kami sampai ada beberapa student Malaysia yang makan di sini. Rasa2nya kedai nih cukup popular di kalangan orang2 Melayu yang kepingin nak makan nasi yang berlauk sambal belacan



Inilah mbak, tuan punya aka tukang masak tempat nih .. yer masih muda lagi huhu




Dan inilah nasi goreng yang kami order tu ... sedih kan nampak macam plain semacam jer so kami mintak dari mbak sos cili untuk kasi pedas sket



Tak kan nasi goreng ajer tanpa kuah apa2 kan ... so kami order pulak dua mangkok bakso



Berapa semua kos makan tengah hari kali nih ... hah ambik ko : Y5300 (RM180) 
Breakdown 4 pinggan Nasi Goreng dengan setangkai parsley @ Y950 (RM32.30) + 2 mangkok Bakso @ Y750 (RM25.50)



Nak wat cam maner dah harga dia lagu tu, dan sememangnya kos kehidupan di Tokyo nih teramat tinggi. Tapi kalau dah pi holiday ... memang kena belanja ler.

Sebelum melangkah keluar kami sempat tanya kepada mbak yang kami nih bercadang nak ke Harajuku, "Bu...Ada apa yang menarik di Harajuku ?" kekononnya dengan telo Indon-Aloq Staq

"Ohhh di sana...kedainya banyak fesyennya untuk anak2 muda...baju2 semuanya cantik2 untuk anak2 muda. Cehh mbak dah bagi kuliah Jumaat kat kami suami isteri supaya jangan perasan diri tu masih muda lagi.

"Bu, kalau dari Harajuku...mahu ke Shibuya berjalan kaki...jauh ker ?" Ewah...ewah Cik Hasben pun nak try ngomong Jawo, walaupun sebelum nih yang dia tau cuma marang kerapu kepunden marang sekeper dari citer P.Ramlee ... hmm bantai lerr

"Orang2 Jepang...jalannya pantas2 ya...tapi kalau kita jalannya jenis bersantai mungkin dalam 20 minit bisa sampai"

Perut pun dah kenyang kami pun jalan keluar ke kedai buah2an yang berdekatan dan sudah tentu untuk membeli buah strawberi yang manis,. Tenguk nih satu set 12 bijik sebesaq buah epal harga baru Y980 (RM33)



Hmm...sampai ati kau mbak...sayor berketoi2...serba ijau dan besaq...daun parsley sekuntum jer kau bubuh kat nasi goreng kami



Dari Shin-Okubo nak ke Harajuku tak jauh pun dengan menggunakan JR Yamanote line ambik masa tak sampai 7 minit. Turun saja dari pintu station dah boleh nampak pintu gerbang Takeshita Dori


Tak tau pasal apa dari awal sampai ujung jalan...area nih merenyut dengan orang lebih kurang macam Petaling Street gak ramainya



Dan sudah tentu di sini yang paling femes adalah Harajuku Crepe. Ada Marion Crepes



Dan Angels Heart



Tak ada apa yang menarik perhatian kami. Ada gak lah kami masuk ke dalam satu dua buah kedai di sini yang ala2 Watson ... setakat masuk dan belek barang2 tapi tak beli apa2 pon


Yang banyaknya di Takeshita Dori nih adalah kedai2 yang mempamerkan fesyen2 extreme ... jenis orang macam Lady Gaga pakai kot hehehe



Di penghujung jalan Takeshita Dori tu ke sebelah kanan simpang kami nampak Doner Kebab ...tenguk pada harga murah sikit dari Saray Kebab di Asakusa. Tapi kami tak beli pun sebab perut masih kenyang dengan bakso dan nasi goreng mbak tadi



Seterusnya kami berjalan di kawasan yang dikenali sebagai Omotesando untuk menuju ke Shibuya. Di sini kebanyakan kedainya adalah high end stores dan restaurants



Jauh ler pulok nak menapak. Kalau tenguk dari Hyperdia dari Harajuku ke Shibuya Station lebih kurang dalam 5 minit jer. Tapi dengan berjalan lengang Mak Limah dalam setengah jam gak nak sampai

Nasib baik gak musim sejuk ... tak terasa sangat berjalan jauh macam nih. Kalau musim panas mesti badan melekit dengan peluh. Tapi pemandangan winter time pokok2 di sepanjang jalan semuanya togel tak berdaun



Satu pemandangan yang sukar nak percaya ada di tengah2 kota Tokyo. Tapi bukan semua orang di bandaraya nih berjaya dan kaya2. Ada gak golongan homeless yang tinggal di kaki lima. Sepanjang akak di Tokyo nih beberapa kali gak terserempak dengan orang2 cam nih - di Shinjuku Station, luar Disneyland dan masa nak pi Camii Mosque



Dan akhirnya sampai gak di tempat yang kami nak tuju iaitu Tugu Hachiko di Shibuya Station. Masa sampai tu kami tergedik2 nak masuk dalam green train tu ... nak tau ada apa yang special ... tak ada apa pun... ada orang yang duduk di dalam gerabak nih semata2 untuk lari dari kesejukan. Selain dari tu adalah serba sikit penerangan dan gambaq Shibuya Station zaman awal2 dulu...tapi tak paham apa pun sebab dalam Japanese



Selain dari matlamat untuk melihat tugu Hachiko, satu lagi tujuan kami ke Shibuya ini adalah untuk merasai pengalaman berjalan kaki melintasi Shibuya Pedestrian Crossing. Kira2nya kami nak join the crowd yang ramai tu ... tempat nih cukup femes dan diikitiraf sebagai The World's Biggest & Busiest Pedestrian Crossing

Gambaq bawah nih diambik dari dalam green train tu...masa nih kami belum melintas lagi



Okay sekarang giliran kami lak nak melintas ... tenguk ramai tak ramai umat time nih. Lebih2 lagi waktu nih orang baru balik kerja



Perasan tak ada Starbuck's dalam gambaq bawah nih. Menurut Trip Advisor bukan senang2 nak dapat duduk dalam tempat tu ... memanjang jer full house. Pasai boleh pi kat tingkat satu dok tepi tingkap - area paling stratejik nak tenguk orang melintas ... bukan pasai apa pun



Bila kami dah melintas ke seberang jalan ... apa kami buat ? Kami tunggu sat untuk lampu ijau untuk patah balik ke Shibuya Station. Hehehe ... buat kerja tak ketahuan ... kan ker tempat nih femes dan lebih2 lagi sebab Scarlett Johansson ada buat shooting di sini dalam filem Lost In Translation di sini. Kekononnya nak buat feel macam SJ gak ler

Dari Shibuya Station destinasi kami selanjutnya adalah untuk ke Tokyo Tower. Tak susah pun cuma ambik JR Yamanote Line ke Hamamatsucho

Untuk panduan ke Tokyo Tower boleh rujuk pada access map di http://www.tokyotower.co.jp/english/05_info/index.html




Keluar dari Hamamatsucho Station North Exit jalan beberapa langkah dah nampak menara merah putih yang kami nak pi tu. Memang tak boleh sesat dah.



Tidak jauh dari Hamamatsucho Station kami melepasi depan bangunan Tokyo World Trade Center. Sebenarnya Di WTC nih pun ada 360 observation deck yang dibuka kepada orang ramai. Tiket untuk cuma Y620 untuk orang  dewasa Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini : www.wtcbldg.co.jp/wtcb/facility/seaside/pdf/seaside_en.pdf



Untuk ambik short cut boleh masuk pintu gerbang menembusi Zojoji Temple



Inilah Zozoji Temple. Kedudukan Tokyo Tower di belakang tu terletak di atas bukit..prepare untuk tercungap2 sket di sini



Inilah tugu yang akak khabaq sebelum nih yang terletak di bahagian depan kaki Tokyo Tower untuk memperingati 13 ekor anjing jenis Sakhalin Husky yang ditinggalkan oleh pasukan ekspedisi penyelidikan Jepun di Antartika pada tahun 1958 kerana cuaca buruk. Tugu ini dibina oleh The Japan Society for the Prevention of Cruelty to Animals (Nihon Dobutsu Aigo Kyokai)

Saintis Jepun nih dikritik hebat oleh rakyat tempatan kerana meninggalkan haiwan sled-dog mereka ini dalam keadaan berantai tanpa perlindungan dan makanan. Setahun kemudian pasukan ekspedisi ini kembali dan dapati cuma 2 ekor anjing iaitu Taro dan Jiro yang masih hidup.

Kedua2 anjing ini dapat meloloskan diri dari belenggu rantai dan berjaya hidup dengan memburu penguin dan anjing laut. Mula2nya ramai yang syak besar kemungkinan Taro dan Jiro nih makan kawan2 mereka yang dah mati tu. Tetapi dari siasatan lanjut menunjukkan keadaan anjing2 lain yang mati bukan kerana dibaham atau dibunuh.

Berita mengenai kejayaan Taro dan Jiro untuk hidup dalam keadaan cuaca yang paling ekstrim dan sukar menyebabkan kedua2 anjing ini mendapat penghormatan dan menjadi hero oleh rakyat Jepun. Malahan ada dua tugu lain yang dibina di Nagoya dan Wakkanai untuk memperingati mereka.



Untuk naik ke Tokyo Tower ini ada 3 pilihan. Kalau ke Main Observatory tiket untuk seorang dewasa adalah Y820, Kalau nak lebih tinggi sket iaitu ke Observatory Set tiketnya berharga Y1420.

Tapi jika ada banyak duit nak buang boleh beli Combination Ticket untuk pi Main Observatory serta Wax Museum, Space Wax dan Nippon's Magical Dungeon pada harga Y1800 sahaja

Masa kami sampai di sini, jam menunjukkan hampir pukul 5 petang. Ketika ini lampu yang biasa menerangi menara ini belum dipasang. Kami sengaja pi pada waktu malam kerana cahaya lampu menjadikan Tokyo Tower ini cantik untuk photoshot





Kami pilih untuk pi Main Observatory sahaja. Kalau nak ikutkan Tokyo Sky Tree lagi mahal tiketnya iaitu Y2000 seorang, mungkin sebab ianya masih baru lagi. Tapi in my opinion Tokyo Tower nih lagi cantik ala2 Eiffel Tower giteww



Pemandangan sekitar bangunan pencakar langit yang mula bercahaya



Dan pemandangan beberapa minit kemudian bila keadaan semakin gelap, Ingat tau kalau nak ke sini sebaik2nya adalah waktu malam



Turut menjadi bahan pameran di sini adalah sebijik bola misteri yang dijumpai di dalam  antenna Tokyo Tower sewaktu kerja menggantikan antenna dilakukan. Sekira2nya jadi pelik bin ajaib bola yang mai tah dari mana ... boleh baca citer bola misteri nih di sini

Agak2nya kalau kat Malaysia mesti dah ada orang mai buat bisnes rendam bola nih dalam ayaq untuk jadi penawar sakit resdung dan penerang hati hik hik



Pada yang minat nak beli key chain, fridge magnet, snow dome dll, di main observatory nih pun ada kedai souvenir yang jual benda2 cam nih semua, Tapi kebanyakan souvenir yang dijual adalah Tokyo Tower related - maknanya keychain, phone charm, fridge magnet semuanya berbentuk menara Tokyo Tower. Harganya dari Y300 ke atas.



Selesai pusing2 posing2, dan  beli apa2 yang patut kami pun turun ke bawah untuk pulang, ketika ini Tokyo Tower sudah terang benderang cantik bersilau



Okay untuk pulang ke hotel, boleh saja kalau nak balik semula ke Hamamatsucho Station menggunakan JR Yamnote Line, tapi jauh pulak nak menapak. Ataupun ikut macam yang kami buat kami menggunakan Metro Hibya Line. Station yang paling hampir adalah Kamiyacho.

Kalau nak ke Kamiyacho Station jangan ikut jalan yang ada tugu anjing tadi. Tapi ke arah yang berlawanan. Mula2 kena menurun bukit sedikit, lintas jalan dan jalan sepanjang sidewalk dalam 100 meter, pasti akan terjumpa satu tangga ke bawah tanah untuk laluan metro Kamiyacho Station (H5)

Sampai di House of Ikebukuro kami dah keletihan, hasben dan anak sulong akak pi beli take out dinner dan ke 7-11 untuk beli minuman buat stok dalam fridge bekalan ke hari esuk

Di Ikebukuro ada 2 restoran halal yang dikenali ramai - Malaychan dan Marhaba. Di bawah ini ada map untuk sapa2 yang berminat makan di sini




Dan inilah dinner kami untuk hari ini. Sebenarnya kalau nak berjimat semasa bercuti di Tokyo langkah yang baik adalah dengan membeli secara take-out kerana biasanya portion untuk nasi dan lauk sememangnya banyak. Kalau satu set cukup untuk dua orang makan. Andai rasa tak cukup beli jer roti naan. Atau macam kami bawak roti Gardenia dari Malaysia.

Macam set yang kami beli nih set nasi plus dhal dan fish curry serta naan bread untuk take away harga dalam Y3500. Cukup untuk 4 orang makan dan boleh perhangat dalam microwave pada hari esuk




Review Itinerary & Budget untuk hari  ke 6 :

Estimated budget planned  ............................................ Y 27,280
Estimated Total Train Fare Per Person : ..........................Y   1,000

House of Ikebukuro  Annex room for 2 nights........ Y 24,000
Tokyo Tower @ Y820 x 4  ................................... Y  3,280
.Actual spending (excluding meals) .............. Y 27,280
Actual train fare  .........................................Y  1,000



Bersambung - Last Day in Tokyo

7 comments:

  1. Wah mahalnya makanan...kalau mcm ni..kalau JM nak sana akan bawak bekal...JM kan travel budget ciput eheheeh

    ReplyDelete
  2. Mmg mahal pun...huhuhu.. Yang paling murah kebab dlm Y500-Y600 kalau nak jimat bawaklah bekal tapi kena cari penginapan yg ada microwave atau dapur

    ReplyDelete
  3. memang agak mahal pun makan dekat tokyo kan kak, pilihan yang paling baik bawak bekal jer. nasi semua tu boleh panaskan dekat 7-E or family mart, kitorang buat macam tu je pergi dulu...

    tokyo tower tak sempat nak pergi, huhu...

    ReplyDelete
  4. Mmg part makan nih susah sket nak berjimat unless kita bawak bekal, yang baguihnya kastam dorang lenient tak ketat dlm pemeriksaan, so kita blh bawak mcm2 pi sana

    ReplyDelete
  5. kak..mintak ajaq sket klu nak berjalan kaki dr harajuku ke shibuya..omotesando dgn takeshita dori tu dkt ke kak?then bila dah sampai omotesando nak ke shibuya camne?jln straight je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ke Takeshita Dori paling mudah guna JR Yamanote Line dan turun kat Harajuku Station. Bila turun tu memang dah terpampang pintu gerbang Takeshita Dori. Biasanya orang yg turun di Harajuku Station nih akan menuju ke Takeshita Dori...just follow the crowd. Ambik masa dalam 15 minit nak jalan dari mula sampai ke ujung jalan nih. Mcm2 benda ada kat sini, boleh stop makan crepe dia atau masuk kedai2 beranika jenis dari fesyen, convenience store dll.
      Bila awak dah sampai ke penghujung jalan belok ke kanan. Mesti akan jumpa stall Kebab Box tu. Jalan terus hingga ke Shibuya Station. Jauh gak, kalau jalan lenggang kangkung dalam 30 minit. Tapi masa tu winter dan ada banyak building yg unik dan menarik so tak ler rasa penat sangat. Kalau tak larat boleh balik semula ke Harajuku Station utk ke Shibuya.

      Delete
  6. ohhhh senang je rupanya..boleh la jln kaki je..ok kak thanks ek..really appreciate it :)

    ReplyDelete