Tuesday, 19 March 2013

Day 7 - Sayonara Tokyo


Rasa sat sangat dah arini tiba sudah hari terakhir kami di bumi Jepun nih. Ada banyak tempat yang kami tak pi samada kerana kesuntukan masa atau badan yang tak larat. Agak2nya kena dok sebulan baru puas hati kot.

Flight kami dengan Air Asia malam ini dari Haneda dijangka bertolak dalam pukul 11.45 malam. Kira2nya dalam selepas Maghrib kami akan check out dari House of Ikebukuro nih untuk menuju ke airport.




Itinerary yang kami rancang dah tersasar dari apa yang kami hajatkan, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Cita2 nak pi Muzium Doremon yang sepatutnya pagi nih pun dah punah ranah terbengkalai. 

Aktiviti pagi hari nih adalah breakfast di dalam bilik. Roti Gardenia yang kami bawak masih eluk untuk dimakan secara toast dengan bersama kuah kari semalam. Butter yang nak sapu pada roti pun kami bawak dari Malaysia - hasil samun dari buffet breakfast kat hotel.



Sempat gak semalam my daughter beli ice cream nih  di 7-11, boleh tahan gak sedap rasanya





































Pagi nih mula2 sekali kami buat adalah berkemas2 dan packing semua barang2 ke dalam backpack. Sama macam masa bertolak dulu, masa balik nih pun kami dah beli cuma 30 kg luggage dari Air Asia. Waktu di Malaysia lagi kami sangka bila nak berlepas ke Tokyo bag kami berat kerana barang2 makanan, semestinya bila balik nanti stok makanan semua dah abis banyak ruang dan luggage jadi lebih ringan ... hmm jangan harap...nak jadi berat lebih lagi ada. 

Nasib baik kami dah bawak luggage scale boleh lah timbang supaya tak jadi excess. Itu pun beberapa barang seperti tupperware untuk reheat makanan, towel dan beberapa benda lain kami tinggalkan sahaja ... kerana bag tak boleh nak tutup zip hehehe

Selesai mengemas2 bag, kami surf internet dalam bilik untuk tenguk mana2 tempat yang berdekatan di Ikebukuro yang boleh kami pi - sebagai aktiviti terakhir sebelum nak check out. Setelah buat sedikit penyelidikan, kami bercadang nak ke Sunshine City Mall (http://www.sunshinecity.co.jp/english/index.html), sebab tempat nih pun tak jauh dari Ikebukuro Station. 

Ini cara nak ke sana :



Sewaktu kami surf internet kami perasan di Sunshine City Mall nih ada 2 benda yang menarik minat kami nak ke sana. Pertama Sunshine Aquarium. Yaa...dalam shopping mall ada aquarium...sama macam akak khabaq dulu...di Shinagawa, dalam hotel ada aquarium...memang sah orang Jepun nih suka dengan ikan !!! Dan yang kedua dalam mall nih ada Disney Store - boleh beli apa2 barangan souvenir yang tak sempat kami beli masa pi Disneyland tempuhari.

Bila sampai di Sunshine Aquarium ... kami tenguk harga tiket masuk untuk sorang dewasa Y1800. Hasben akak seboleh2 nak masuk gak...dia kata dia akan bayaq untuk kami berempat. Akak pulak tak mau sebab duit Yen yang belen2 boleh shopping kat dalam mall nih.

Hasil dari konspirasi hasutan akak kepada anak2 suara majoriti cenderung inginkan shopping daripada tenguk ikan hahaha. Dan hasilnya di Disney Store Sunshine City nih kami abis kat empat ratus ringgit gak.

Tak ada gambaq pulak di Disney Store kerana masing2 sibuk memilih barang hehehe, tambah2 lagi di kedai Disney Store nih punyalah ramai orang seolah2 macam ada harga runtuh. Selang beberapa pintu dari Disney Store ada pulak kedai yang jual barang2an Hello Kitty.



Dah abis memborong di Disney Store kami ke Daiso yang ada dalam Sunshine City nih membeli apa2 yg patut





Hari minggu di Ikebukuro, penuh sesak dengan manusia




Dalam pukul 3.30pm kami balik semula ke House of Ikebukuro untuk rehat seketika dan bersiap2 sebelum bertolak ke Haneda


Selepas buat solat jamak Maghrib & Isyak, dalam pukul 6.30 kami bergerak check out dan bergerak ke Ikebukuro Station. Kemudian dengan menggunakan JR Yamanote Line terus ke Hamamatsucho.



Kali terakhir naik JR Train, dalam perjalanan nak ke Hamamatsucho Station



Apabila sampai di Hamamatsucho Station nih, pekara yang mula2 kami perlu buat adalah pulangkan semula Suica Card yang kami beli untuk dapatkan semula deposit. Oleh kerana kami ambil Suica Card yang dikeluarkan oleh JR East maka untuk claim deposit mesti dibuat di JR East Ticket Office. Manakala sesiapa yang menggunakan Pasmo Card pulak boleh reclaim deposit di Haneda Airport di Keikyu Ticket Office.

Okay nak claim deposit Suica Card nih pun pening kepala. Mula2 bila kami turun di Hamamatsucho Station...kami pi ke North Exit. Kemudian kami tanya satu officer nih betul ke North Exit untuk pi ke monorail yang akan bawak kami ke Haneda...dia angguk. Pastu kami tanya macam mana nak return Suica Card...dia buat tangan macam halau...suruh kami ke depan semula...hmm haru sungguh.

Kemudian kami pi di Central Exit, dan tanya satu lagi officer bagaimana nak ke Haneda. Dia pun suruh kami jalan ke depan scan card dan melepasi turnstile. Bila kami tunjuk 4 Suica Card dan cakap "return card" ... baru dia bagitau JR East Tickets Office di South Exit ... cehh. 

Tapi officer nih baik hati...dia kunci pintu post dia dan batalkan fare kami yang silap nih lepas tu bawak kami ke JR East Office. Sebenarnya JR East Tickets Office nih berada di South Exit. Boleh tenguk lihat pada rajah di atas.

Tak susah pun sebenarnya. Jalan ke South Exit...melepasi turnstile kemudian terus masuk ke JR East Tickets Office. Bila kami serah card kami...ada satu officer nih layan kami dan tit-tot tit tot dia tekan calculator dia...kemudian tunjukkan kami balance yang kami dapat semula. Semuanya ada dalam Y3000+

Bila dah keluar dari JR East Tickets Office nih pusing ke belakang, ada laluan dan signage bagi monorial ke Haneda. Sebelum kena beli tiket monorail berharga Y470 seorang terlebih dahulu di vending machine

Lama gak monorail dari Hamamatsucho Station nak sampai ke Haneda Airport International Terminal. Ada dalam 20 minit cam tu. Tak ramai orang pun...yang ada kebanyakannya nak ke airport.



Nasib baik gak kami sampai awal di Haneda nih, kerana sudah ramai yang beratur menunggu di counter Air Asia...walau pun belum bukak lagi, Kebanyakannya muka orang2 Malaysia. Pada sapa2 yang nak balik melalui Haneda Airport sila mai awal. Walaupun time akak  aritu ada dua counters yang bukak tapi proses nak check in pasport dan bag agak lama. 

Yang buat lambat adalah kerana orang2 yang travel dalam group...ada apa2 tah yang tak lengkap dan excess luaggage. Tambah2 pulak di counter Air Asia di sini...semuanya dikendali oleh Japanese. Dan depa nih memang strict. Semua bag depa nak tag. Walau pun beg tangan yang kita bawak sebagai hand carry pun kena tag.

Dan sepekara lagi dorang nih sibuk dok announcement : Please only one piece of baggage onboard allowed. Mengelabah gak kami masa nih...disebabkan shopping spree masa di Disney Store tengah hari tadi menyebabkan banyak bag2 plastik yang kami angkut. Masa tengah sibuk2 beratur tu lah kami rearrange semula bagpacks kami. Akhirnya bila sampai turn kami nak check in, kami check in 5 beg...hah ambik ko. Semua sekali 29.6 kg hahaha ngam2.



Kemudian depa tanya pula...Are these your bags for hand carry luggage ... kami pun angguk. Dia angkat guna tangan dia jer...pakai agak2...rasa2 tak sampai 7kg...baru dia tag...terrer. Dah abis nih baru rasa lega dan boleh pi toilet dan ronda2 di kawasan airport.



Sebelum masuk di kawasan custom checkpoint sempat kami beli beberapa Kit Kat yang ada macam2 flavor. Jika di Tokyo nak cari Kit Kat cuma di 7-11 dan kedai2 convenience store dalam Metro Station, tapi di Haneda nih semua flavor ada. Kedai nih terletak di kiri sebelum masuk custom checkpoint.



Bila nak masuk ke arah pintu custom check point baru akak sedaq dalam bag hand carry ada satu botol 500ml contact lens solution. Aisyehh macam mana boleh terlupa pulak. Sementara beratur tu akak perasan ada Mat Salleh siap bukak kasut dan tali pinggang untuk letak dalam tray masa nak scan x-ray. Lagi sekali gabra lepas tak solution aku nih.

Cik Hasben kata tak payah declare biaq dalam beg jer...abis kuat depa buang jer. Memang betoi pun, depa scan tapi semuanya lepas ajer tak kena rampas atau dibuang pun...hmm tak tau lah Alhamdulillah nasib baik.

Bila dah selesai di custom check point nih kami menuju ke Tokyo Souvenir Shop. Ramai sungguh orang di sini, kerana di sinilah port terakhir untuk perabiskan saki baki duit Yen yang ada. 





Kebanyakan barang2 dalam kedai nih memang menarik dan sesuai sangat2 untuk dijadikan souvenir kepada orang2 yang tersayang kerana barang2nya lebih berkualiti dan siap berbungkus plastik. Key chain dan fridge magnet antara barang yang kami beli. Barang2 elektronik pun ada...Hasben akak sempat membeli Sony Earphone...katanya lebih murah jika dibanding dengan di Malaysia, mungkinlah kot sebab di sini barang2nya tax free.

Lama gak kami di sini kerana flight kami ada sejam lebih dan gate untuk berlepas tak jauh dari kedai nih. Bila nak naik flight sekali lagi bag kami beranak pinak. Tapi sesudah lepas custom dan check-in pasport depa dah tak kisah...Hahaha selamat.

Flight dari Haneda pulak cepat 10 minit dari yang dijadualkan dan kami sampai di LCCT dalam pukul 6.30 pagi.


Review Itinerary & Budget untuk hari  ke 7 :

Estimated budget planned  ............................................ Y 1,600
Estimated Total Train Fare Per Person : ..........................Y    720

Doraemon Fujiko Fujio ....... Plan Aborted

Actual train fare  .........................................Y  720

Bersambung ... Perbelanjaan penuh & Harta Rampasan semasa cuti seminggu di Tokyo


6 comments:

  1. Hoyee...sayonara Tokyo..mesti byk kenangan manis sepanjang kat sini kan.

    JM nk jadikan entry Kak Nori sbg guideline kalau JM ada rezeki nk ke sana coz byk info yang membantu :-)

    ReplyDelete
  2. kalau ada rezeki mau sekurang2nya 2 minggu kat sana kot hehehe

    ReplyDelete
  3. ramai betoi orang dekat ikebukuro, nampak macam kedai game banyak jer...strict jugak ek officer dekat haneda airport ni, seingat dulu, masa dekat kansai happy-happy ja, hehe...

    ReplyDelete
  4. Ramai pasai ari minggu kot depa cuti, masa sampai ari Jumaat tak lah ramai sgt. Ohh satu lagi lupa nak khabaq masa di Haneda lepas check in passport kami kena tahan dgn 3 police office yg pakai baju biasa (coat & tie)...bukan apa pun sesaja nak tgk pasport dan tanya berapa hari kami kat Tokyo

    ReplyDelete
  5. hoho..harapla sume berjalan lancar ke sana kelak esp haneda -shinjuku -hakuba goryu - :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah okay lah tu semua. Asal mulut jangan berat nak bertanya orang sekeliling kalau sesat.

      Delete