Wednesday, 4 December 2013

Tokyo - Another Winter Vacation


Salam semua,

Hehehe dah berkurun blog nih terkubuq, al maklumlah nama pun Touchdown Tokyo, takkanlah nak boh masuk cerita2 holiday tempat lain.

Anyway, ada juga orang berkunjung mai blog nih bertanya : tak ada entry baru ker untuk blog nih ?

Akak sebenaqnya malas nak canang awai2...tapi dah ada orang tanya, pada promo baru2 nih sempatlah kami menyambar tiket murah @ RM249 per person. Kami beli one way ticket jer, tiket balik tak beli lagi...kena tunggu next promo dan kelulusan cuti, silap2 terus dok sana terus tak balik dah...hehehe.


Yer, ke Tokyo sekali lagi kami. Nak buat cam mana Jepun nih negara besaq...tak abis nak ronda lagi. Dan seperti percutian kami sebelum nih, kali nih kami ke sana dalam musim winter,

Tapi kali nih bukan di area kota Tokyo tapi ke utara sedikit. Nak cerita lebih2 takut kang tak jadi pulak. Tempat2 yg kami plan nak pi dah di target di mana dan kat mana, hmm nak senang kasi tunjuk gambaq sikitlah :



Insya Allah kalau tak ada aral melintang ini adalah 2 dari 3 tempat yg kami akan pi dan menginap ketika bercuti di sana nanti.

Tenguk salji memutih yg bertimbun tu pun boleh jadi kecut tangan kaki semua, dan khabarnya ada suatu tempat yg kami nak tuju tu, suhu berada dalam - 15 Celsius !!

Tapi winter yang kami nak pi nih bukan waktu yang terdekat nih...jauh lagi...sekira2nya winter setahun dari sekarang. Makkk aih...Jauh lagi kan ! Hmm pejam celik, pejam celik, pi mai, pi mai tak lama setahun tu...sementara tu bolehlah buat preparation sedikit demi sedikit dari la nih.

Berbalik pada pertanyaan : tak ada entry baru ker untuk blog nih...nampak gayanya dalam setahun dari hari ini Insya Allah akan ada semula hihihi.