Saturday, 28 February 2015

Day 2 Part 3 : Monkey Park


Okay entry kali ini akan dipenuhi dengan banyak gambaq. Kerana inilah one of the main highlight of our trip. Agenda kami mula2 apabila sampai di Nagano ini adalah untuk pi ke Monkey Park. 


Jigokudani Yaen-koen atau taman di mana terdapatnya monyet2 yang berendam di kolam air panas adalah antara tarikan utama apabila sesaorang itu sampai di Nagano. Tempat ini memang betul2 unik. Kami pernah menonton mengenai dokumentari National Geographic tentang monyet (Japanese Macaque) yang ada di sini. Dan masa yang amat sesuai untuk menyaksikan keunikan ini adalah dalam musim dingin...sewaktu suhu jatuh ke paras yang amat rendah dan haiwan ini mencari tempat untuk memanaskan badan mereka.

Ini jugak lah sebab mengapa kami pilih untuk bertolak awal dengan Willer Bus. Kami dah estimate dengan menaiki bas terawal dalam pukul 7.10 am kami boleh terus ke Snow Monkey Park ini sebelum ia tutup pada pukul 4.00 pm

Untuk ke taman ini kami telah dihantar oleh tuan punya guest house dengan van. Nanti akak akan cerita dengan detail dalam entry mengenai tempat penginapan kami di Shibu Onsen. Tak jauh mana pun tempat ini dengan Senshinkan Matsuya, guesthouse kami itu. Kalau nak jalan kaki dalam keadaan salji tebal mungkin dalam 1 jam gak lah kot. 



Sekiranya nak pi Monkey Park dengan bas boleh refer ke jadual di atas tak banyak bas ke tempat ini dari Yudanaka Station. Yang pertama bertolak pada pukul 9.36 am dan satu lagi dalam pukul 1.21 pm. Ramai orang yang turun bersama kami di Yudanaka Station pada hari kami mai ambil bas yang pukul 1.21 pm. 


Dan sebaik2nya kalau boleh ambik bas yang berhenti di Kanbayashi Onsen (bus stop A) sebab lebih hampir ke entrance ke Monkey Park. Bus Stop C di Kanbayashi Onsen-Guchi  pun boleh tetapi jauh sedikit dari bus stop A - dalam 200 meter.


Untuk pulang semula ke Yudanaka Station seperti yang tertera dalam jadual di atas bolehlah tunggu bas di Kanbayashi Onsen pada pukul 12.16pm, 1.36pm, 2.51pm  atau 4.06pm. So pandai2 lah estimate masa di Jigokudani dan lama masa untuk berjalan sehingga ke pintu gerbang,

This is Kanbayashi Onsen (bus stop A) - If you come from Yudanaka Station you may want to get off here as it's much nearer to the entrance to the Monkey Park. The last bus pick you up at 4.06pm

Tuan punya guest house drop kami di bus stop A ini dan sempat peringat supaya kami jangan miss bas yang terakhir pada 4.06 pm (ada tercatit dalam time table di bus stop sign). Dari sini kena naik bukit sikit dalam 50 meter untuk sampai ke pintu gerbang Jigokudani


Okay get ready now to do some hiking and sloshing thru the snow

Ingat semula dalam entry pasal pakaian yang sesuai untuk musim dingin sebelum nih. Inilah tempat yang memerlukan boots yang kalis air untuk meredah salji tebal sehingga paras buku lali. 

1.6 km nampak macam tak jauh tapi dalam keadaan jalan yang dilitupi salji tebal boleh makan masa dalam setengah jam atau lebih. Akak rasa tak sesuai untuk bawak stroller atau orang2 yang tak kuat berjalan di sini. Mungkin pada banyak tempat jalannya agak landai, tetapi semakin hampir ke kolam air panas ada anak tangga yang kena daki ... so be prepared.



Jenuh jugaklah nak berjalan 1.6 km dalam keadaan bersalji dan jalan yang berliku menuju ke kolam air panas. Tapi pemandangan di sekitar memang teramat2 cantik.


Path leading to the Valley - Simply stunning view 

                                                                                        
Yeah...right 


Setelah beberapa minit meredah dan merentas hingga tercungap2 lorong dalam hutan, akhirnya .... tiba di suatu big opening area. Tak reti nak cakap apa dah .. keindahan yang tak boleh tergambar dengan perkataan



Ada kalanya lorong berjalan kaki di sini yang menjadi licin dan berais ditambak dengan tanah atau pasir. Memang kena hati2 kerana bila dah ramai yang pijak lama2 jalannya berlumpur dan becak. Sah...boots yang lasak dan waterproof amat berguna pada waktu ini


Breathtaking landscape



Semakin hampir nak tiba ke kolam air panas ada lagi acara memanjat tangga ... tabah ajerlah. Nak buat cam mana kan


Before you can see your buddies skinny dipping in the onsen you need to pay an entrance fee of Y500 

Sebelum masuk ke kawasan air panas kami melalui pondok di mana bayaran masuk Y500 (RM15) akan dikenakan kepada setiap pengunjung. Di sini juga ada locker dan gift shop.


Finally we reached the onsen

Jalan sedikit lagi dan dari jauh dah boleh nampak ramai tourist yang berkerumun. Di situlah destinasi kami



Ramai sungguh tourist di sini - cuma kerana nak tenguk beruk mandi dalam kolam sebenaq2nya. Tempat nih pun bukan besaq mana pun. Dah lah licin kerana air dan ais, nak ambik gambaq pun satu macam punya seksa. Dorang dengan camera canggih serta tripod, kami guna camera smart phone ajer




Walau pun ada banyak monyet2 di sini - yang dalam kolam dan yang berkeliaran tapi binatang nih tak peduli dengan manusia yang nak ambik gambaq atau posing. Setakat nih tak pernah dengaqlah ada monyet di sini yang serang tourist






Ada dalam satu jam gak kami di sini. Nak kata sejuk tak lah sejuk sangat, mungkin kami dah berpeluh kerana berjalan merentas hutan tadi. Matahari pun ada pada waktu ini walau pun tak terik sangat.



Di Jigokudani ini juga ada sebatang sungai bernama Sungai Yokoyugawa yang mengalir sehingga ke pekan Shibu Onsen. Kalau nak turun sehingga ke bawah pun boleh cuma laluannya teramat licin. Bukan ada apa pun kat situ ...adalah beberapa ekoq monyet yang berkeliaran yang turun dari hutan di atas bukit di sini



Oleh kerana masa ada banyak lagi, kami pun turun ke bawah untuk explore dan melihat dari dekat Sungai Yokoyugawa yang mengalir deras 



Dah puas snap gambaq, tiba masa untuk balik. Waktu nih dalam pukul 3.15 pm. Dari anggaran masa untuk jalan balik ke bus stop di Kanbayashi Onsen untuk tunggu bas pukul 4.06 pm... rasa2 kami boleh sampai on time di sana. 



Sampai di pondok tempat bayaran masuk mula2 tadi, sempat lagi kami rakam untuk kali terakhir beberapa gambaq persekitaran lembah Monkey Park ini. Memang awesome keadaannya waktu musim dingin di sini



Pernah gak kami lihat dari internet kawasan Jigokudani ini di musim2 lain seperti summer atau autumn, tapi pada pendapat akak winter season pemandangannya lagi cantik dan menarik  







Selepas keluar dari pintu gerbang Jigikudani baru kami perasan ada Info & Gift Shop. Waktu mula2 sampai tak perasan pun ada kedai nih. Menurut reviewer dalam Tripadvisor kita boleh sewa rubber crampons atau shoe spike dari gift shop ini untuk memudahkan perjalanan merentas hutan ke Monkey Park

Bagaimana pun kami tak masuk pun dalam gift shop ini kerana kami dah target nak berhenti untuk makan di sini satu restoran di sini


Enza Cafe located just outside of  the entrance to Monkey Park, do drop buy for some sushis or hot chocolate  

Inilah Enza Cafe. Selepas keluar dari pintu gerbang Monkey Park, memang tak boleh miss tempat ini yang terletak di sebelah kiri jalan



Ramai gak yang makan dan minum di sini terutamanya tourist yang baru balik dari Monkey Park. Free wifi pun ada dalam cafe nih 



Memandangkan ada masa lebih kurang 15 sebelum bas pukul 4.06 pm mai, sempatlah kami order makanan ringkas untuk mengisi perut - cuma tempura, sushi dan coffee



Right on time, last bus from Kanbayashi Onsen to Yudanaka Station

Dari Enza Cafe ke Bus Stop A tak jauh mana pun, selang beberapa minit dan  tepat pada waktunya shuttle bus ini mai untuk pick up tourist yang nak balik ke Yudanaka Station. Tapi kami yang nak ke  guesthouse Senshinkan Matsuya akan turun di Wagobashi, harga tiket kami cuma Y170 seorang

Wednesday, 25 February 2015

Day 2 - Part 2 : From Nagano to Shibu Onsen

Sambungan dari entry sebelum ini

Perjalanan ke Nagano taklah terasa lama mana pun. Tapi banyak kali gak lah bas kami memasuki terowong, sememangnya laluan lebuh raya ke Nagano nih membelah bukit bukau. Bila pandang di luar tingkap bas...rasa heran gak...ehh mana snow memutih yang meliputi bumi Nagano nih. Nampak macam biasa jer. Macam lalu bandar Grik jer..ahak

Lebih kurang pukul  11.30am seperti yang dijadulkan bas kami sampai di Nagano East Exit. Tapi tempat ini bukan lah betul2 di hentian dalam Nagano Station. Cuma satu kawasan tanah lapang.

Turun dari bas, collect luggage akak tanyalah hasben akak...ke mana kita nak pi...dia dengan konfidennya cakap : "tu depan nuu..."

Akak tau sebenarnya dia main teka jer...mana dia tau kan...ini first time kami sampai di sini...tapi walau tak tau maca mana pun...dia akan eksyen macam tau. Hahahaha


Pi ke arah jejatas, di situ nanti turun tangga dan cari papan tanda ke arah Nagano Dentetsu

Dari tempat bas Willer tadi berhenti, lintas jalan dan dari jauh dah boleh nampak bangunan warna beige. Station Nagano ini besaq sebenarnya, bukan sahaja ada hentian bas tapi ada juga JR Train Network. Kalau nak ke Hakuba,Narita dll boleh naik dari sini.


Tunnel menuju ke Nagano Dentetsu Line

Selepas turun tangga nanti akan berjumpa tunnel panjang macam gambaq di atas dengan sign Nagano Dentetsu...tak silap dah tu. Jalan sampai ke hujung.


Nasib baik ada couple nih. Mula2 kami beratur belakang dia, ingatkan kena beli train ticket di counter rupa2nya di mesin sebelah kiri nih. Depa yang tunjuk cara nak beli tiket

Okay bila dah sampai ke hujung tunnel ini, the next thing to do adalah untuk beli train ticket Nagano Dentetsu line ke Yudanaka. Yudanaka nih adalah sebuah station yang menjadi penghubung untuk sapa2 yang berhajat nak pi ke Shiga Kogen, Shibu Onsen, Monkey Park dll


Mcm nihlah rupa Nagano Dentetsu Limited Express nampak cantik macam Shinkansen pun ada..tapi tak lah selaju buller train

Ada 2 pilihan samada beli tiket Limited Express atau yang local train. Yang Limited Express nih harga tiket Y1260 sementara local train pulak Y1160, dua2 train tidak ada seat number - duduklah kat mana yang kita suka.

Dalam train Dentetsu Limited Express ... kelihatan kemas dan bersih

Nih pulak Nagano Dententsu local train...macam keretapi kat Bangladesh pun ada gak rupanya dengan cat terkopek ... 


Seat pun jenis bangku panjang...sadis sangat kan



Rumah kediaman berhampiran dengan rel keretapi

Perjalananan dari Nagano Station ke Yudanaka mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dari tempat yang mula2nya tidak ada salji sedikit demi sedikit keadaan bertukar wajah. Rumah dan jalanraya mula kelihatan dilitupi oleh salji tebal. 


Saing kami pada masa nih ramai tourist2 lain yang baru tiba di Yudanaka Station. Tapi ramai yang nak terus ke Monkey Park. Dengan luggage yang berat kami opt to check in terlebih dahulu

Apabila sampai di Yudanaka Station, biasanya nanti kita akan bertemu dengan pekerja sukarela dari English Conversation Class, Yamanouchi Town di situ, Apa2 info, pamphlets dll boleh kita mintak kat dorang nih. Mcm kami yang mula2 tu tanya macam mana nak pi ke guesthouse kami, menurut dorang nih kalau guna teksi dalam Y800 (RM24) ke Y1000 (RM30) tapi kalau naik bas cuma Y210 (RM6) sahaja


Salah satu info iaitu cara ke Monkey Park yang sempat kami rakam di Yudanaka Station

Bukan pun macam Tourist Information Center yang sebenar, biasanya orang masuk dalam bilik nih untuk lari dari kesejukan melampau di luar & tunggu train. Dalam ini ada free wifi with strong signal



Counter untuk membeli tiket bas di Yudanaka Station. Dorang nih tak fasih English so sebelum beli tiket kena bagitau nama hotel atau tempat kita nak tuju nanti dorang akan estimate harga

Kami dah buat reservation melalui Booking.com untuk menginap di guesthouse bernama Senshinkan Matsuya di Shibu Onsen selama 2 malam. Oleh kerana masa nih baru pukul 1.00 petang dan belum boleh check in kami decide untuk drop luggage terlebih dahulu. Better lah kan macam tu daripada angkut semua bag ke Monkey Park.


Shibu Onsen Guide Map - get it from one of the volunteer workers in Yudanaka Station. Make it easier to know where you should drop off

Melalui staff sukarela di Yudanaka Station nih dapatlah kami satu guide map untuk mengetahui area mana guest house dan bus stop yang kami kena turun. Oleh kerana kami nak ke Senshinkan Matsuya, dorang suggest kami turun di Wogubashi dan jalan ke arah guesthouse. Harga tiket bas Y210 seorang.


Street leading to Senshinkan Matsuya, do mind the icy & slippery road condition

Semasa kita naik bas dari Yudanaka Station, ada pemberituan secara audio dalam Japanese dan English bus stop di mana bus akan berhenti. Tak jauh jugak lah guesthouse kami nih dari main road adalah dalam 200 meter ke Senshinkan Matsuya. 

Kami mula2 tu terpinga2 nak cari penginapan kami nih. Dah sampai ke hujung jalan, kami patah semula ke pangkal jalan dan tanya di satu information booth di situ. Memang dah betul pun jalan yang kami lalui ini, bila dah sampai ke hujung pusing ke kiri sedikit.


Senshinkan Matsuya...our accommodation for 2 nights

Dan akhirnya jumpa juga tempat ini. Patutlah pun susah nak cari...tak ada satu sign di luar yang bagitau ini guesthouse yang kami cari2

Tuesday, 24 February 2015

Day 2 - Part 1 : From Haneda To Nagano


Day 2 Itinerary

 Check out from Haneda First Cabin
* Go down to underground concourse of Terminal 1
Purchase suica card @ Y2000
  Haneda Terminal 1 =[20 min]=>Hamamatsucho

  05:13 ==> 05:33 **
  05:23 ==> 05:46
  05:34 ==> 05:57
  05:45 ==> 06:03

  05:41 ==> 06:07

* In Hamamatsucho walk 10 min to Daimon Station
* From Daimon Station take Toei Subway Oedo Line to Tochomae Station
  Daimon==[18 min]==>Tochome

  05:37 ==> 05.55
  05:44 ==> 06:07
  05:58 ==> 06.22
  06:05 ==> 06:29
  06:12 ==> 06:36
  06:17 ==> 06:41

* At Tochome Station find Exit A6 and walk to Sumitomo Building
* Check in at Willer Bus Terminal
* Board Willer Express Bus 
* Shinjuku West Exit (7.10)===[4hr 20 min]===>Nagano East Exit (11:30PM)
* Step out from the JR Nagano Station (to the right side) and go to the Subway on the street
* walk down a flight of stairs to Nagaden Nagano Station signage. 
* Walk in the tunnel to tikcet counter and buy Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line) 
* Nagano Station --[45 min @ Y1260 x 2]--> Yudanaka Station

* 09:08 ---> 09:53 Express
* 10:46 ---> 11:34 Express
* 12:08 ---> 12:54 Express
* 13:38 ---> 14:22 Express *
* 14:57 ---> 15:41 Express
* 17:14 ---> 18:02 Express

* From Yudanaka Station take shuttle bus to Senshinkan Matsuya.
* Check in at Senshinkan Matsuya  for 2 nights = Y15,120/RM462
* Take taxi to Kanbayashi bus stop and walk to Jigokudani Monkey Park @ Y500 x 2

Estimated Total For Today = Y11,320/ RM340

Pukul 4.30 pagi lagi akak dah bagun, hari ini merupakan hari kedua di bumi Jepun, walaupun flight kami landed dalam 5 jam yang lalu. Aturcara hari ini seperti Amazing Race kerana kami pilih untuk guna monorail dan subway instead of Limousine Bus. 

Pendekata pagi ini langkah kami tak boleh silap sikit pun. Kalau tersilap naik train atau tersesat cari jalan...alamatnya boleh terlepas bas kami yang nak ke Nagano Station. Dan jikalau ini berlaku akan rosak plan lain hari ini dan esuk sekali gus.

Dalam itinerary kami dah senaraikan waktu monorail dari Terminal 1 (bawah First Cabin) ke Hamamatsucho

  05:13 ==> 05:33 **
  05:23 ==> 05:46
  05:34 ==> 05:57
  05:45 ==> 06:03
  05:41 ==> 06:07

Mula2 kami dah target monorail pertama jam 5.13am, tapi kerana waktu subuh pun masuk dalam anggaran 5.14am jadi terpaksa pilih waktu lain. Sebenarnya senang jer nak ke monorail, lepas check out dari First Cabin cari escalator yang turun ke bawah. Ada mesin Suica Card di situ, sempatlah kami beli sorang satu @ Y2000 (RM60). So lepas nih tak payahlah susah2 nak beli tiket setiap kali nak naik monorail/train.

Akhirnya dapat kami board monorail jam 5.41am


Monorail dari Haneda di awal pagi memang kosong

Tiba di Hamamatsucho pada pukul 6.07am. Sekarang kami nak kena cari Daimon Station. 
Refer pada itinerary kami perlu kejaq train dari Daimon Station yang akan berlepas pada pukul 6.17am

  05:37 ==> 05.55
  05:44 ==> 06:07
  05:58 ==> 06.22
  06:05 ==> 06:29
  06:12 ==> 06:36
  06:17 ==> 06:41


Sebenarnya kalau lihat pada Willer Bus website, dorang suggest penumpang yang hendak menaiki bas mulakan perjalanan dalam kira2 10 minit dari Shinjuku Station ke arah Sumitomo Building 


Location map dari Shinjuku Station ke Sumitomo Building - boarding untuk Willer Express Bus

Sekiranya kita beli tiket online dari Willer Bus untuk boarding dari Tokyo, nanti dorang akan email step by step macam mana nak cari Sumitomo Building dari Shinjuku Station West Exit (http://willerexpress.com/st/3/en/pc/map/tokyo/willer_terminal_fuji.php)

Please abaikan arahan tu kalau kita mai dari Haneda atau Hamamatsucho. Yer buat donno jer apa yang dorang suruh tu. Ikut cakap akak hehehe...

Okay di Hamamatsucho, sesudah turun dari monorail pi ke lower ground. Monorail di Hamamatsucho nih sebenarnya connected pada satu building di tingkat atas. Jadi kenalah turun hingga ke ground floor (guna escalator dan lif). Dah sampai ground floor cari pintu keluar dari bangunan, dan cari pula Daimon Station yang tak jauh dari pintu keluar. Kami aritu pun tanya orang mana arahnya. Daimon Station nih adalah subway station jadi kalau bawak luggage besaq yang ada roda..ready untuk pikul turun semua bag yang ada. Kami dah serik, tu pasal bila travel tempat yang banyak subway atau metro macam Hong Kong dan Japan nih kami bawak bag pack jer.



Masuk di Daimon Station nih guna Toei Subway Oedo Line untuk ke Tochomae Station (18 minit @ Y220). Tochomae nih adalah station selepas Shinjuku. Kalau nak turun di Shinjuku pun boleh jugak tapi nanti akan kena ikut seperti mana panduan Willer Bus di atas. Jika kita dah terer jalan dan lorong di Shinjuku nih tak perlah, tapi kalau lepas keluar West Exit pun dok teraba2 mana arah nak pi...please jangan cari pasal. Sebaik2nya turun di Tochomae.

Sesampai di Tochomae cari Exit A6...ingat tau A6...ada terpampang signage dalam Tochomae Station nih. Bila dah keluar dari Exit A6 kena panjat bukit sket dalam 50 meter. Kami pun mula2 tercengang2 kat mana nak tuju lepas nih. Tapi jangan takut...sampai atas bukit tu pandang ke kiri akan nampak sorang staff Willer Bus dengan pink vest (warna rasmi syarikat) dengan satu sign. Pi ke arah dia dan tunggu di bawah satu bangunan.


Nilah dia tempat menunggu, tapi bas tak lah berhenti di sini. Nampak tak tangga atas sebelah kiri nu..bila bas sampai nanti mamat yang jeket merah tu akan bagitau. Atas sana tu lah Sumitomo Building tempat boarding Willer Express Bus

Tapi kan orang Jepun nih memang menepati masa dalam semua hal. Pukul 7.00am kita semua dah di suruh naik atas, Bas sampai pukul 7.05am, pukul 7.10am bas bertolak.


Yeaaayyy bas dah sampai jom mari kita beratur untuk naik

Driver untuk bas nih seorang perempuan...dialah driver...dialah yang check tiket...dialah yang masukkan beg kita dalam perut bas.

Sebelum masuk bas driver tu akan tanya nama kita...tak tenguk pun email printout yang kita bawak...mungkin nama dalam list dia ada 2 jer nama Melayu. Bila bas mula bertolak ground staf akan tunduk tanda hormat...ingatkan untuk Shinkansen saja...untuk bas & penumpang pun dorang tunjuk tanda hormat...dah jadi budaya orang Jepun macam tu.


Macam nihlah rupa seat kami, siap ada canopy - untuk yang suka tidoq ternganga, TV screen untuk tenguk movie atau main game (dengan joystick pun dorang supply)


Hentian RNR untuk Willer Express Bus

Perjalanan dari Shinjuku ke Nagano lebih kurang 4 jam 20 minit. Bas akan stop every hour mark - maknanya pukul 8 am, 9 am, 10 am & 11 am. Ramai jugak yang turun kami sesaja turun untuk usha apa benda yang boleh beli. Tak ada apa pun yang menarik ... kebanyakannya Japanese food macam ramen. Tapi sempat jugaklah beli coffee dari vending machine - sebagai alas perut dalam cuaca sejuk nih.

Monday, 23 February 2015

Day 1 KUL-HND


Day 1 Itinerary 

TOKYO (ARRIVAL HANEDA AIRPORT)
10.30pm

* From Haneda Int Terminal go to Bus Stop No. 0 on the 1st floor of the passenger terminal
* Board shuttle bus to Terminal 1
* Check in at Haneda First Cabin - First Class @ Y12,000 (pre-booked)

  ## Hours        : 04:54-24:00
  ## Location    : FIRST CABIN is located in the center on the 1st floor of Domestic Terminal 1
  ## Frequency : Buses run every 6 minutes.
  ## Route        : International Terminal --> Domestic Terminal No. 2 --> 
                               Domestic Terminal No. 1 --> International Terminal 


Estimated Total For Today = Y12,000 (RM360) / RM180 per pax

Okay day 1 bermula, ada sedikit adjustment dalam initerary kami hari ini kami bercadang tak mau guna perkhidmatan Airport Limousine Bus. Nih pun last minute punya decision. Sebaliknya kami akan menaiki monorail dan subway dari Terminal 1 untuk ke Shinjuku. Kalau guna Airport Limousine Bus untuk satu orang tiketnya berharga Y1230 (RM37) dengan monorail + subway kami cuma bayar Y710 (RM21) sahaja untuk satu orang.

Flight dari KLIA 2 bertolak on time. Walau pun nak ke boarding gate tu tercungap2 juga berjalan. Dalam flight cuma tenguk movie dari ipad dan tidoq. Hidangan ke-2, Steamed Rice Chicken Kung Pao mula2 plan nak makan di First Cabin Haneda...akhirnya kami bantai dalam flight jer...maklumlah tengah panas2 lagi.


Our plane landed di Haneda dalam pukul 10.30pm. Tapi ada delay dalam 20 minit sementara nak tunggu shuttle bas dapat clearance untuk hantaq penumpang semua ke International Terminal.

Sampai2 untuk check pasport punyalah ramai umat yang dok beratur. Banyak flight lain yang tiba sama dengan kami. Tapi smooth jer proses check pasport dorang nih sebab banyak counter yang dibuka

"Innadey...ehh berapa lama mau ke tunggu arrr makan gaji buta ker korang nih"

Selesai check pasport dan collect luggage kena pulak beratur untuk custom clearance. Yang nih kami gabra sket, maklumlah bawak barang makan yang banyak. Kalau dorang bukak tupperware isi nasi atau sambal sotong...macam mana. Tak ker jadi pasal nak explain malam2 buta nih.

Sebelum beratur dari jauh kami boleh nampak counter kastam, nak kena pilih counter mana yang tak berapa strict. Hasben akak suggest counter nombor 10, sebab boleh nampak officer counter 10 tu cuma ambik immigration card tanpa banyak soal. Counter sebelah nombor 9 tu pulak..satu macam punya strict. Officer dia tak duduk kat booth dia, tapi berdiri untuk check satu2 beg orang yang lalui counter dia. Ada satu Mat Salleh tu siap kena bukak 2 beg yang dia bawak.

Nasib baik gak kami tak lalui counter 9 tu. Bila sampai turn kami di counter 10...officer tu cuma collect immigration card dan benarkan kami lepas tanpa banyak soal...Alhamdulillah lepas gak hehehe.

Keluar dari immigration check point tu, kalau sapa2 yang nak ke First Cabin Haneda perlu naik Free Shuttle Bus. Ada signage yang jelas tunjuk arah mana nak tuju. Turun escalator dan melepasi Lawson terus ke bus stop No 0

Shuttle Bus To Domestic Terminals, sat jer kena tunggu bas di sini

Perjalanan shuttle bus dari International Terminal ke Terminal 2 ambik masa dalam 10 minit, dan dari Terminal 2 ke Terminal 1 cuma dalam 5 minit sahaja. First Cabin Haneda nih terletak di Terminal 1. Tak susah nak cari pun, turun dari bas jalan terus masuk ke Terminal 1 dan gerak sedikit ke sebelah kanan.

Gambaq dari First Cabin Website

Tiba di reception, cuma tunjuk pasport dan email printout, buat payment, nanti dorang akan beri satu key pass. Hotel ini asingkan penginapan untuk laki2 dan perempuan. Di sebelah reception ada lounge untuk guests lepak2 dan minum.

Ada 2 jenis bilik di First Cabin Haneda nih, First Class dan Business Class. First Class berharga Y6000 (RM180) semalam dan agak besaq sket, adalah ruang untuk solat dan bergerak. Kalau yang Business Class pulak, bukak2 shutter (tak guna pintu) dah jumpa katil, harganya pulak Y5000 (RM150)

Mungkin hotel rate bagi First Cabin nih nampak mahal, tapi tempat yang berhampiran dengan airport ini menjadi satu lokasi penting jika travel pada winter season kerana kadang kalanya snow storm boleh menyebabkan flight delay. Air Asia pun kami pernah baca kerap delay. Kalau delay setakat 1 jam okay lagi tapi kalau tiba di Haneda dalam pukul 2 dan hotel yang kita book tu...nun jauh di Shibuya, boleh pitam bila nak bayaq teksi dalam RM400.

Atau satu option lain ialah tidoq di Haneda airport. Orang lain mungkin bolehlah kot tapi kami tak selesa nak baring atas kerusi lapangan terbang, mungkin lena dalam setengah jam bolehlah kot, tapi untuk tidoq nenyak...susah sket. Tambah lagi bab nak bersihkan diri, solat dll lebih baiklah kami korbankan sedikit duit supaya lebih proper dan teratur.

First Class Cabin - bilik akak, adalah ruang sket untuk solat dan bubuh beg di bawah laci katil 

Dalam bilik yang cikonet nih ada TV, electrical point dan free wifi. Okaylah adalah pengalaman bermalam dalam capsule di Jepun nih.

Abis letak beg dan pungah barang yang sarat dalam beg, akak pun pi lah bilik air dorang untuk mandi dan ambik air sembahyang...sekali mak aiiih satu Chinese nih selamba saja jer dok naked tengah lapkan badan dia. Seb baik gak lah mata akak nih rabun dan memang tak pakai spek bila pi toilet...jadi antara orang naked dan orang pakai pakaian berkedut agak susah nak beza hahaha

Kami dah ready awal2 besuk kena checkout dan bergerak ke Shinjuku untuk pi ke Nagano. Jadi dalam pukul 12 am akak dah landing untuk lena.

First Cabin Haneda review : Amat sesuai untuk business travelers atau sapa2 yang perlu bergerak pada awal2 pagi sebab Monorail yang connected ke Hamamatsucho cuma terletak di bawah hotel ini. Tapi pada travelers yang mempunyai banyak masa dan tidak rushing keesukan harinya lebih baik cari hotel di area Kamata.

Facilites dalam hotel nih pun limited dan agak basic sahaja. Yer lah tak kan nak expect ada free breakfast, pantry, washing machine dll Tapi kan ada pulak spa di sebelah bilik air, akak tak masuk pun cuma perasan bila nak pi toilet.