Sunday, 22 February 2015

Persediaan Sebelum Berlepas


Asslamualaikum, okay bersambung lagi kita, kali ni nak cerita mengenai persiapan terakhir sebelum berangkat ke Japan. Laa...ehh berapa lama punya persiapan dahhh...bila nak start hari pertama di Tokyo...sabaq..sabaq...hehe...engine lama...nak kena warm up pelan2

Sebelum tu nak kena khabaq sekali lagi bahawa percutian ini adalah percutian budget. Maknanya expenses selama 8 hari 7 malam di 3 tempat : Tokyo, Nagano dan Sapporo yang melibatkan bermalamnya kami di 4 buah hotel, 2 domestic flight dan 2 international flight...jumlah kiraan perbelanjaan semua sekali adalah based on per twin sharing basis, maknanya kalau harga hotel tersebut adalah RM300...belanja untuk seorang yang akak ambil kira dalam expenses adalah RM150, begitu juga dalam hal check in luggage. Tapi untuk benda2 macam flight tickets, bus tickets dll based on per pax.

Untuk trip kali ini first time kami guna Booking.com, sebelum nih pernah guna Agoda, Hotel.com dan AirAsia Go. Tapi baguih jugak guna Booking.com nih sebab exchange rate Yen-Ringgit memihak pada Ringgit. Dengan Booking.com kita cuma buat reservation pada hotel yang kita pilih, kemudian  bayaq semasa kita check in atau check out (ikut tempat penginapan yang kita book)

Berikut adalah semua bayaran yang kami buat sebelum bertolak, semoga boleh jugalah jadi panduan untuk sesiapa yang nak ke Jepun nanti.

1.) Air Asia ticket KUL-HND-KUL

Flight ticket kami beli setahun lebih sebelum tarikh berlepas...lama tu. Mula2 book one way dulu. Tiket untuk satu orang KUL-HND yang beli masa ada sales dalam bulan November 2013 berharga RM253 nett, tak masuk meals dan luggage. Murah kan ?

Manakala tiket balik HND-KUL kami beli 3 bulan lepas tu, sewaktu sales bulan February 2014. Harga tiket = Y10,050 per pax (lebih kurang RM320 berdasarkan tukaran masa tu)

Kemudian sebelum berangkat kami beli meals : untuk KUL-HND 2 kali (Nasi lemak & Beancurd Kung Pao with Steamed Rice ) per pax sebab sampai pun dah larut malam dan susah nak cari apa2 sebagai dinner. Dan luggage 20 kg untuk kami berdua. Sementara HND-KUL pulak cuma sekali meal dan 20 kg luggage share berdua.

Total cost Air Asia KUL-HND-KUL all in = RM699 per pax

2.) First Cabin Haneda

Tempat penginapan pertama selepas mendarat di Haneda nih pun jadi satu yang memeningkan. Trip terdahulu kami stay di Kamata, memandangkan esuk paginya kami nak kena bertolak ke Nagano dalam pukul 7.00 pagi, susah gak nak memikirkan di mana kami nak bermalam. Kalau dok di Kamata, kami kena naik JR Train ke Hamamatsucho kemudian ke Shinjuku.

Tapi kalau dok di First Cabin Haneda nih ada beberapa option kami boleh naik Airport Limousine Bus atau monorail yang jugak akan berhenti di Hamamatsucho. So kami pilih First Cabin Haneda penginapan seperti bilik ala capsule. Akak akan terangkan dengan lebih jelas dalam entry yang akan datang pengalaman bermalam di sini.

Tapi yang tak berapa bestnya First Cabin Haneda nih satu bilik memuatkan satu orang sahaja dan cabin untuk laki-laki dan perempuan diasingkan. Reservation di sini adalah dengan credit card tapi boleh bayar cash sewaktu check in.

Total cost = Y6000 per pax (RM180)

3.) Willer Express Bus

Demi mengurangkan kos kami pilih Willer Express Bus ke Nagano. Boleh juga  naik Shinkansen yang mana lebih cepat dan hanya 1 jam setengah saja dari Tokyo tapi one way trip harga tiketnya adalah Y8000 (RM240). Dengan bus akan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih tapi tiket paling murah cuma Y1500 (RM45) sahaja.

Reservation boleh dibuat di http://willerexpress.com/en/ dengan mengguna credit card. Sebelum tu perlu sign up dan register di website depa. Tapi sebaik2nya tiket kena book dalam 2 bulan sebelum berangkat...lagi dekat tarikh bertolak lagi mahal tiketnya.

Kena ingat Willer Express Bus nih tiketnya cuma boleh beli online ajer, walau pun di Shinjuku ada tempat boarding dan booth, tapi dorang tak jual tiket. Tiket Willer Bus nih pun bukan macam tiket kapal terbang, bila kita buat booking melalui email dan lepas confirm credit card payment...nanti dorang confirm semula dengan email tarikh berlepas, nama kita dan mana tempat nak boarding....That's about it..tu jer. Jenuh gak lah kami dok tunggu kalau2 ada Boarding Pass ticket yang dorang akan hantaq untuk print atau itinerary ala Air Asia...tak ada. Email yang dorang kirim tu...itulah bukti yang kena print sebagai tiket kita.

Tiket Shinjuku-Nagano kami berharga Y3000 (RM90) per pax, boleh dapat Y1500 (RM45) kalau ambik bas yang lewat sket. Oleh kerana kami cadang nak sampai Nagano awal kami terpaksa book bas pertama dalam pukul 7.05 am.

Manakala tiket balik Nagano-Shinjuku kami dapat pada harga Y1500 (RM45) pada jam 9.40am

Total cost = Y4500 (RM135)

4.) Pocket Wifi

Satu lagi benda yang paling memeningkan...sebab terlampau banyak sangat pilihan yang ada. Akhirnya setelah puas abis survey merata2 dalam internet...kami pilih Global Advanced Communications http://www.globaladvancedcomm.com/

Kami sewa pocket wifi 3G untuk 4 hari sahaja dari jumlah 7 hari kami di sana, memandangkan 3 hari pertama kami di Japan tempat yang kami akan menginap tu mempunyai internet wifi connection yang baik. 

Sewa 4 hari berjumlah Y3480 (RM105), payment dibuat dengan credit card dan kami request supaya pocket wifi ini dihantar di hotel yang kami akan menginap di Tokyo.

Total cost = Y3480 (RM105)

Inilah 4 benda yang kami buat bayaran awal sebelum bertolak. Yang lain2 tu macam hotel semua kami buat payment semasa di Japan.

Detail reviews untuk semua benda di atas nih akan menyusul dalam entry akan datang.

Next : The Journey begins

2 comments:

  1. salam Puan
    i like ur post
    very details n informative

    boleh tolong bagi cadangan itenary yg bersesuaian unt ke Jepun bulan Jnauary for 7 days , tiba kansai airpirt, balik haneda airport

    email saya bukitlosong@gmail.com

    terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Sila check email, saya dah kirim itineraries utk perjalanan ke Japan pada awak

      Delete