Sunday, 22 February 2015

Tips & Persediaan Bercuti Di Musim Dingin


Okay, la nih dah confirm untuk bercuti di sebuah negara yang suhunya boleh turun sehingga -3 celcius dalam musim dingin. Dengan keadaan purata harian Malaysia dalam 26 celcius, kalau tak ada persiapaan dan persediaan untuk pi winter holiday di tempat yang sejuk nih silap2 boleh tak keluar hotel lah alamatnya. So, sebelum berangkat kenalah prepare apa2 yang patut.

1.) Pakaian

Mula2 sekali nak kena khabaq bahawa keadaan cuaca di bandaraya Tokyo - pada sapa2 yang dah biasa ke sana, tidak sama dengan keadaan cuaca dan suhu di tempat yang bersalji seperti di Nagano dan Sapporo.

Oleh itu kalau percutian kita melibatkan aktiviti bermain salji atau redah tempat yang bertimbun2 saljinya, apa yang kita biasa pakai di kawasan yang tiada salji sudah tentu tidak boleh dipakai di tempat yang bersalji.

Contohnya UGG boots, mungkin sesuai dan nampak cantik dipakai sewaktu berjalan di Shibuya contohnya, tapi boot ini kalau dipakai sewaktu berjalan kaki ke Monkey Park di Yamanouchi...boleh rosak material yang diperbuat dari baldu tu.

Jacket


Bubble, down atau parka jackets to stay warm...grab the one with a hood if you can

Bubble atau down jacket nih sedap dipakai, tak terasa sejuk walau pun dengan salji yang dok turun macam air hujan, kalis air pun yer jugak jacket nih, so senanglah tak meresap ke dalam baju dalam kita. Untuk pakaian dalam pulak akak pakai singlet, t-shirt dan kemeja lengan panjang. Semua sekali 4 lapis pakaian.

. Akak bawak satu bubble jacket dan satu lagi jacket biasa dari cotton untuk dipakai semasa di Tokyo. Okaylah sebab di Tokyo belah siangnya suhu above 15 celcius, light jacket jer dah cukup. Bubble jacket nih kami hand carry jer sebab buat semak jer benda alah besaq macam nih nak masuk dalam beg.

Bubble atau down jacket nih kalau nak murah boleh ajer beli di Ameyokocho di Ueno. Hari last day masa tengah nak cari Mesjid As-Salam, kami turun di Okachimachi, sempatlah round2 sat di situ. Memang ada jacket yang murah2 di sini dalam RM100 ... tapi kena tenguk material dia ler, kami tak beli cuma belek dari dekat jer.

Kalau nak pakai long johns atau thermal wear pun boleh gak, terpulang sama ada boleh tahan sejuk atau tidak. Ya lah separuh orang di tempat macam Cameron Highland pun dah mengigil kesejukan so...apa pun kena prepare ikut ketahanan tuan punya badan.

Boots

Seperti akak dah khabaq sebelum nih UGG boots tak sesuai kalau nak redah jalan yang penuh salji macam di Sapporo. Begitu juga dengan kasut sukan (sport shoes). Seboleh2nya kena pakai kasut yang setinggi buku lali yang ada good grip. Sekiranya banyak berjalan dan bercadang untuk explore tempat2 seperti Asahiyama Zoo (Hokkaido), Jugokudani Monkey Park (Nagano) dll maka kena cari hiking boots.


Boots macam nih boleh ajer dapat murah2 dari online macam di Zalora atau Lazada

Tak payahlah buang duit beli Dr Martens atau Timberland sampai lebih RM400. Kami beli hiking boots faux leather secara online jer dari Zalora hehe...dalam RM125 jadi lah. Masa jalan2 di Ameyokocho, boots yang kami beli ada dijual dalam RM110 jer cehhh,


Salji tebal macam  nih adalah sesuatu yang biasa semasa di Nagano, nak kena ada boots with good grip baru tak sakit kaki berjalan serta boleh elakkan diri dari terjatuh

Gloves, Beanie,Socks & Muffler

Selain dari itu, bahagian badan yang terdedah macam muka dan tangan kena protect juga dari kesejukan. Sarung tangan atau gloves wajib ada, kalau tak jari tangan jadi keras kejang. Begitu juga dengan beanie hat atau sarung kepala,

Stokin pulak kalau boleh bawak dalam 5 atau 6 pasang, Walau kita pakai boots, salji masih boleh masuk dari celah2 lubang lace boots kita. Dan kalau nak rasa sedap pakai dan tak sejuk beli yang jenis wool...selesa yang teramat.

Muffler pulak untuk protect sebahagian muka, leher dan tengkuk. Muffler akak boleh ker pulak tercicir masa hari kedua di Sapporo...jatuh tah kemana, Gloves pun sama tercicir masa di Otaru 2 kali, tapi nasib baik ada orang lain tolong pulangkan semula.

Sampingan (miscellaneous)


kutsu no suberi-dome or shoe grips/spikes to prevent falling on your sorry assess 

Kutsu No Suberi-Dome nih boleh didapati di Lawson atau 7-11. Penting gak benda nih untuk elakkan dari terjatuh bila berjalan di atas jalan yang licin (icy surface). Ada banyak jenis, ada gak yang jenis gam kat bawah kasut. Yang dalam gambaq di atas nih ialah yang jenis sarung pada kasut. Di Sapporo beberapa kali kami hampir tergelincir, kononnya okay besuk nak beli...sampai kesudah tak beli pun.


Kairo - good for keeping you warm during those cold winter nights in Sapporo

Benda nih pulak ialah kairo atau pocket warmer. Biasanya disimpan dalam pocket dan bolehlah tangan kita dok meramas mesra benda alah nih untuk elakkan tangan dari sejuk.Semasa di Mount Moiwa  di Sapporo, pada station yang teratas...tangan macam kena gigit semut api. Masa nih kena bukak gloves sebab nak guna kamera...dalam masa seminit dua tu pun...menyengat2 sejuknya. Sama gak macam shoe spike...kami tak beli pun.

Selain dari tu..benda2 lain macam lip balm, lotion untuk elakkan dari bibir atau tangan dan kaki dari kering pun mesti dibawa bersama. Benda2 nih semua boleh dibeli dari Malaysia.

2.) Makanan

Bab makanan nih selalu menjadi masalah bagi orang kita bila ke Jepun. Nak cari makanan halal kat sana satu hal..part mahal tu pun satu hal gak. Kalau nak save boleh ajer bawak makanan dari Malaysia. Yang bestnya Jepun di airportnya taklah strict macam di Australia. Masa kami pi first trip dulu kami siap bawak minyak masak, garam, kicap makanan dalam tin dll.

Kali nih pulak ...


 Nih masa hari kedua di Japan di Shibu Onsen. Macam2 benda kami bawak dan kami dah estimate stok nih semua cukup untuk ration selama seminggu.

Macam2 jugaklah yang kami bawak, siap ada roti perancis, mushroom soup, sardin, biskut, mee segera, sos cili, kicap dll. Yang dalam tupperware hijau tu adalah nasi yang dah siap masak dan sejukkan (pre-froze) dari rumah. Kami makan pada hari ke 4 di Japan. Boleh ker tahan lama macam tu ?...yer boleh tiada masalah sebab semasa di Nagano kami simpan dalam fridge yang ada dalam bilik. Masa di Tokyo cuma keluarkan dari fridge dan reheat at high dalam microwave. Makan bersama sambal sotong yang akak masak dari rumah.

Begitu juga dengan butter yang kami bawak dari Malaysia, kami dingin bekukan dalam freezer dan sebelum nak berangkat baru masukkan dalam beg (alas dengan beg plastik). Butter tu tahan sehingga hari terakhir di Sapporo. Yerlah dah nak makan roti tak kan tak ada butter haha.


Keadaan butter yang kami bawak pada hari ketiga di Japan...masih eluk dan lembut. Salah satu kebaikan bercuti dalam musim dingin.

Selain tu makanan sampingan boleh dibeli di Lawson atau 7-11, contohnya macam onigiri atau roti.


Tak yah susah2 nak hafal huruf satu per satu, senang jer bubuh gambaq macam di atas nih dalam handphone atau tablet kemudian bila masuk convenience store tunjuk kat depa flavor yang kita mau


Roti pun sama, boleh dibeli di convenience store, brand TopValue dengan serial numbers J955 atau J956

Di Nagano susah sket dalam nak cari makanan halal tapi ada restaurant yang jual sushi dan tempura, nanti akak tunjuk dalam entry yang akan datang. Manakala di Sapporo, bab makan tak berapa susah kerana seafood atau makanan laut ada banyak di sini, saizeriya pizza pun ada - ramai orang Melayu kita yang belajar di sana makan di sini. 

Makanan Indonesia pun ada di Sapporo, masakan seperti nasi goreng, bakso, nasi campur dll ada di 2 buah kedai di sini, kami dah siap print screen location map nak pi, tapi akhirnya kerana kesuntukan masa tak pi pun.

3.) Itinerary

Akak banyak terima soalan dari pembaca yang mintak share itinerary. Mula2 nak kena khabaq...itnerary kami nih teramat2 terperinci. Jadi tak tau kalau sapa2 yang baca boleh faham kerana semua details ada dalam draf kami.

Itinerary kami bukan secara ringkas dan pendek :

Hari Pertama, sampai Haneda, terus ke Shinjuku, check in hotel
Hari Kedua, pergi ke Shinjuku Station. Cari Odakyu Sightseeing Service Center beli tiket ke Hakone

Cara kami rangka itinerary dengan mengguna cross reference beberapa website contohnya booking.com, Agoda.com, Tripadvisor, japan-guide.com, hyperdia.com, youtube, blog individu dll.

Ini contoh itineray hari pertama kami  :

Day 1 
TOKYO (ARRIVAL HANEDA AIRPORT)
10.30pm

* Buy tomorrow's Airport Limousine to Shinjuku Station @ Y1230 x 2
  ## Bus departure customers from Haneda Airport International Terminal should 
     purchase ticket first from the Bus Ticketing Counter on the 2nd floor or 
     the Bus Ticket Machine in the Ground floor ##

* From Haneda Int Terminal go to Bus Stop No. 0 on the 1st floor of the passenger terminal
* Board shuttle bus to Terminal 1
* Check in at Haneda First Cabin - First Class @ Y6000 (pre-booked) x2

  ## Hours of Operation      : 04:54-24:00
  ## Location                       : FIRST CABIN is located in the center on the 1st floor of Domestic                                                                                                   terminal 1
  ## Frequency of Operation  : Buses run every 6 minutes.
  ## Route                                 : International Terminal --> Domestic Terminal No. 2 --> 
                                                       Domestic Terminal No. 1 --> International Terminal 



Estimated Total For Today = Y7230/RM217 per pax

Mana nak dapat semua info yang detail nih ? Kena rajin cari dari website tempat2 yang berkenaan. Macam contoh di atas. Website untuk limousine bus boleh didapati di http://www.limousinebus.co.jp/en/platform_searches/index/4/214

Semua detail ada di situ - di mana nak naik semasa di Haneda, di mana nak turun semasa di Shinjuku, berapa bayaran tambang, pukul berapa bas pertama dari Haneda dsbnya.

Terpaksa ada perincian macam nih...jadi tak lah bila dah sampai counter tiket...masa tulah nak kira duit...masa tulah nak tanya orang kat counter tu besuk bas sampai pukoi berapa...nih semua nak jadi pasal. So mau tak mau nak rangka itinerary nih kena buat homework berbulan2 sebelum kita berangkat.

Selain tu jugak kami gunakan hand phone dan tablet untuk rakam semua lokasi map, benda2 yang kami nak beli atau susah nak explain..yang semuanya dalam Japanese.


Salah satu pdf file yang tersimpan dalam ipad iaitu Nagano Station : info & location map yang dicilok dari internet memudahkan mencari arah tuju



Concise itinerary dengan menggunakan Evernote app yang tersimpan dalam handphone, bila2 masa boleh refer dengan cepat.


4.) Mode of Travel

Oleh kerana percutian kami kali ini adalah percutian budget maka kami cuba kurangkan kos dengan menggunakan kaedah pengangkutan yang paling murah. Sebenarnya 2 benda yang menyebabkan percutian di Jepun boleh jadi mahal adalah makanan dan kos pengangkutan.

Refer semula cerita kami sewaktu pi Tokyo 2013 dulu, sekali makan tengahari ajer dah lebih RM100 Begitu juga dengan penggunaan Suica/Pasmo card kalau kita pandai rancang perjalanan dan tidak lompat dari Yamanote line ke Metro line kos boleh dikurangkan sedikit.

Satu lagi yang akak tak faham ialah bila baca blog sesetengah orang yang sangkakan JR Pass sesuatu yang wajib semasa travel dalam negara Jepun nih. Bukan murah2 JR Pass nih, untuk satu kepala dah lebih dari RM900. Kami pun mula2 tergerak hati nak beli JR East pass (RM660) tapi bila dipikir2 balik ada lain2 option yang jauh lebih murah. Lagi pun JR East Pass nih valid selama 5 hari jer, pass nih cuma nak pakai semasa hari pi dan balik ajer
Kalau setakat nak beli JR Pass kerana nak travel dari Osaka ke Tokyo, boleh jer beli tiket pergi balik Peach Air Osaka-Narita yang cuma dalam RM300 lebih sahaja seorang.

JR Pass nih menjadi perlu bila kita nak travel pada sesuatu tempat yang laluan memaksa penukaran train contohnya dari Tokyo-Tateyama-Tokyo kerana nak pi exploreTateyama Kurobe Alpine Route dan lihat snow corridors.

Perjalanan kami dari Tokyo ke Nagano hanya menggunakan Willer Express Bus. Cuma Y3000 (RM90) per pax. Manakala Dari Narita ke Tokyo station kami gunakan The Access Narita iaitu shuttle bus yang cuma Y1000 (RM30) berbanding dengan N'EX yang berharga Y1500 (RM45). Mungkin nampak cuma RM15 tapi kalau dah travel dalam 4-5 orang...banyak boleh save tu.

Satu lagi nak kena bagitau...untuk budget airline macam Peach Air, Jetstar atau Vanilla Air...seboleh2nya kena book 3 bulan sebelum berangkat. Tiket dorang nih lebih kurang macam AirAsia atau Firefly jugak...lagi hampir ke tarikh nak pi...lagi mahal ler harganya.

Dan nak khabaq satu benda lagi...Jetstar nih lebih kurang macam Air Asia, kalau kita beli tiket flight, checked in luggage kena beli asing. Tapi untuk Vanilla Air nih macam Malindo Air atau Firefly, tiket penerbangan tu dah siap2 bagi kita 20kg percuma untuk checked in luggage.




Next entry : Persediaan Sebelum Berlepas

10 comments:

  1. Salam kak nori... dh balik ya? Mesti best kat sapporo.... saya pon bwk margerin.. yg jenis x pyh masok fridge tu... guna untk mkn roti dn msk jugak ☺

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam, dah balik dah...dari average hari2 -4 celcius...tiba kat sini sampai 31 celcius...mak aihhh...panas membara.
    Yer...akak bawak butter untuk sapu kat roti dengan peanut butter, jadi senang nak bawak bekal pi jalan2 untuk alas perut.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kak Jam, saya dok jalan Jepun jer...tak leh lawan akak yang dah pi merata dunia (ayat jeles nih)

      Delete
  4. Great tips k nori...wah tang bekal makanan tu mmg impress,serba lengkap...sure senang hati takda babak2 berlapar,hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayda, sebenarnya ada beberapa lagi barang makanan yang terlupa atau tak muat nak masuk dalam beg...spt nasi himpit, kuah dalca, frozen pizza dll

      Delete
  5. akak macam mana nak tau tu?

    ReplyDelete
  6. Assalam,
    nak tanya, makanan yg bawa dr malaysia ke jepun tu check in luggage ke hand luggage je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Makanan dalam tin spt sardin, baked bean dll yg mempunyai cecair lebih selamat dibawa melalui checked in luggage, begitu juga dgn makanan spt daging rendang, sambal tumis, kuah kacang semua ini masuk dalam luggage utk check in.
      Tetapi kalau makanan kering spt roti, ayam KFC, donut (contohnya dibeli sebelum boarding), biskut, maggi, packet serbuk minuman 2 in 1 dan yg seumpamanya boleh dibawah malalui hand luggage.

      Tapi baru2 ini saya dah cuba bawak naik Air Asia flight KUL-KIX kuah sambal tumis udang tapi dalam bentuk frozen (saya masak kemudian bekukan dalam freezer), mmg lepas melalui hand luggage. Tapi semolek2nya awak masukkan dalam tupperware kemudian dibalut dgn newspaper pastu letakkan dlm plastik dgn diikat rapi.

      Delete