Monday, 30 March 2015

Day 6 Part 3 Odori Park - Sapporo Snow Festival


Perjalanan balik dengan bas dari Takino Suzuran ke Makomanai amat meletihkan. Kami berdua sampai tertidur dalam bas hehe, dah lah perjalanan balik tu hujan renyai lagi lah sedap lena dalam sampai tak sedaq. Dari Makomanai Station kami menggunakan Nanboku Line balik ke Sapporo Station dan terus ke hotel.

Selesai mandi dan solat, rancangan kami malam ini adalah untuk ke Odori Park. Inilah tempat tumpuan pelancung yang datang ke Sapporo kerana untuk menyaksikan acara tahunan yang terkenal di seluruh dunia. Bahkan Malaysia pun pernah menyertai Snow Festival sebelum ini.

Sebenarnya kami dah plan untuk tenguk ice show festival dan sculpture pada malam ini dan pada malam esuk sekembali dari Otaru untuk menyaksikan pameran snow sculpture pulak. Amat meletikan nak cover 2 tempat yang berasingan dalam satu hari. Tapi apa nak buat, macam nih lah bila bercuti di tempat orang dengan masa yang tak lama.

Dari hotel kami boleh jugak kalau nak naik subway ke Odori, tapi dah sejuk2 malam nih jalan kaki lagi baik. Bukan jauh mana pun adalah dalam 15 minit perjalanan.



Destinasi kami adalah ke arah Sapporo TV Tower, kerana di situlah lokasi berlangsungnya Yuki Matsuri (Sapporo Snow Festival). Cuma dengan berpandukan kepada menara yang bercahaya tu kami berjalan meredah kaki lima yang licin dengan salji. Di Susukino pun ada juga Ice Festival nih, tapi khabarnya di Odori lagi meriah.




Sampai saja ditempat ice sculpture berhadapan dengan TV Tower ada persembahan muzik dan nyanyian. Orang punya lah ramai kat sini. Dah lah time nih suhu dalam -4 celcius. 











Kebanyakan ice sculpture yang dipamerkan disini akan berubah2 warna dari backlight selang berapa minit untuk menjadikan suasana lebih cantik dan menarik. Honestly, setengah2 ukiran tu akak pun tak tau apa kebenda yang sebenarnya it suppose to be. Orang semua tangkap gambaq kami pun samalah menyibuk snap sana sini. 

Dalam glass house tu ada sorang Japanese tengah main keyboard dan menyanyi ... kebanyakannya adalah lagu2 Japanese. Ramai yang mai tenguk nih adalah tourist, tak tau samada dorang paham ke tak 

Ada banyak lagi ice sculptures kat sini, Odori Park nih besaq dan luas sehingga beberapa block jauh nya, dan pameran2 yang macam nih ada disepanjang block taman, tapi kami dah tak larat dah nak  explore semua sekali.

Dah satu jam tercanguk kat tepi pentas dan kawasan ice sculptures tu kami pun bergerak ke arah Sapporo TV Tower.





Betul2 di hadapan TV Tower tu ada pulak skating ring dengan Christmas Tree, pandai jugak Jepun nih nak tiru macam Rockefeller Center di New York tempat untuk orang ramai   skating. Tapi di Sapporo skating ring nih kecik ajer. Tengah kami ambik gambaq nih tiba2 bedebuk ... satu Mat Salleh jatuh terlentang atas ring. Jadi satu hal pulak mai polis papah dia keluaq


Ada juga plan kami mula2 tu nak naik Sapporo TV Tower nih. Tiket naik ke observatory deck cuma Y720 (RM22) sahaja untuk satu orang, tapi pada malam nih orangramai yang queue untuk naik tu teramatlah ramai. Terus tak jadi. Di bawah TV Tower nih ada jugak orang jual barang makanan - tapi untuk tekak depa jer lah.


Nak pi jalan lebih jauh untuk melihat banyak lagi pameran Snow Fest kami give up. Tak larat. Letih sangat dari kerana berjalan sejak dari awal pagi tadi. Malam besuk balik dari Otaru pun ada masa lagi untuk menyaksikan ke Odori nih.

Kami decided untuk balik dan pass by Sapporo Clock Tower yang terletak tak jauh dari TV Tower nih. Actually boleh jugak kalau nak masuk ke dalam Clock Tower nih. Bukan ada apun cuma old building yang dah di convert menjadi museum. Bayaran masuk adalah Y200 untuk seorang.


Kami tak masuk pun ke dalam Clock Tower nih, cuma posing2 dan ambik gambaq building ini dari luar. Walau pun waktu baru pukul 8pm tapi suasana keliling seolah macam dah pukul 11pm kedai pun banyak yang dah tutup kecuali restoran atau pub yang kami nampak masih meriah beroperasi.

Bersambung : Next trip to Shiroi Koibito

Saturday, 28 March 2015

Day 6 Part 2 - Takino Suzuran Hillside National Park



Sesudah kenyang makan di Kita no Gourmet, kami kembali berjalan kaki menuju ke Nijuyonken Station. Rancangan kami seterusnya adalah untuk ke Takino Suzuran Hillside National Park kerana di sini ada menyediakan beberapa snow activities, antaranya snowshoe hiking, skiing, tube sledding dll.

Hasben akak memang dok lama mengidam nak pi tempat nih sebab di sini ada snowshoe hiking. Yang dimaksudkan dengan snowshoe hiking adalah meredah salji dengan menggunakan kasut khas yang biasanya dipakai macam orang Eskimo. Dah alang2 sampai ke tempat yang ada salji tebal macam Sapporo nih, idea macam nih kira2 memang best gak lah kan, di samping boleh mengeluarkan peluh dan menjana pembakaran lemak2 dalam badan ... eikk yer lah tu

Bukan semua tempat ada aktiviti macam nih. Di Nagano, yang kami dah check cuma ada di Hakuba dan Shiga Kogen, itu pun snowshoeing tour yang mana dorang organize hiking secara berkumpulan. Kami bukannya pandai sangat pun nak hiking secara berkumpulan nih, baru nak saja2 cuba untuk dapat experience. Di Takino Suzuran nih kita boleh buat snowshoe hiking bersendirian tanpa berkumpulan. 

one of the team in Ultimate Survival Alaska


Kami ada jugak menonton Ultimate Survival Alaska yang macam ala2 Amazing Race, di mana beberapa teams nih race across Alaska dengan menggunakan pelbagai cara spt skiing, canoeing, snowshoeing dsbnya, rasa seronok gak nak cuba aktiviti lasak macam nih.

Sebelum tu kami dah survey dari internet cara untuk ke Takino Suzuran nih, kami dari Nijuyonken Station mesti balik semula ke Odori, kemudian transfer menggunakan Nanboku Line terus ke station paling hujung iaitu Makomanai.

Menurut info yang kami kutip, keluar saja dari train kami berdua patut turun ke ground floor di Makomanai Station yang juga merupakan perhentian bas, pusing ke arah kiri dan cari bus stop nombor 2. Di bus stop nombor 2 ini kami perlu menaiki Chuo Bus nombor 102 yang akan membawa kami ke Takino Suzuran.


Inilah Makomanai Station, bahagian atasnya adalah train station manakala di bawanya pula adalah perhentian bas

Apabila kami keluar sahaja dari Makomanai Station kami dah sertamerta berdepan dengan perhentian bas yang lengang. Toleh ke kiri dari jauh kami dah boleh nampak satu bas dengan enjin yang masih hidup sedang menunggu penumpang. 


Inilah di bus stop number 2, perhentian untuk bas ke Takino Suzuran, tak daq gambaq di sini kerana nak cepat punya pasal, yang nih pun cilok dari https://graciereikei.wordpress.com/2012/05/08/hokkaido-day-02-takino-ski-park/

Tanpa membuang masa dengan pantas kami berjalan cedik2 ke arah bas yang sedang sedia menunggu. Sebelum naik, akak suruh hasben akak untuk double check nombor bas yang ada kat depan. "Yer...yer betoi, bas 102". Apa lagi menonong naik lah kami berdua nih pun tanpa banyak soal.

Taken from http://ibuschneider.blogspot.com/ 
They have since changed the bus line number going to Takino Suzuran to #106

Semasa bas bula bergerak meninggalkan Makomanai Station, akak perasan di bus stop nombor 2 tu ada sorang minah salleh tengah tercegat menunggu bas. Ehh rasa pelik pulak, awat minah salleh nih tak naik sama. Selalunya tempat tourist attraction macam Takino Suzuran nih sudah pasti jadi tumpuan dorang,


Ini adalah salah satu permandangan dalam Sapporo Art Park, gambaq dari official website depa 


Lagi lama kami dalam bas tu lagi kami perasan macam tempat yang driver nih nak bawak ... macam bukan destinasi yang kami nak pi. Takino Suzuran nih kan kawasan untuk main ski dan hiking, tapi dalam 20 minit kami masih di kawasan perumahan dan bukan kawasan yang berbukit.

Tak lama lepas tu bas 102 yang kami naiki nih masuk dalam satu tempat, hasben akak perasan ada satu papan tanda kat entrance : Sapporo Art Park
Ahhh sudah.... Waktu nih selain kami ada 2 lagi penumpang dalam bas. Kedua2 mereka nih turun di Sapporo Art Park yang merupakan perhentian terakhir bas ini. So tak nak tak, kami dengan muka sardin pi jumpa driver bas. Nak cakap banyak2 mesti dia tak paham.

"This bus go Takino Suzuran ?"
"No, no, no Takino Suzuran"
"Takino Suzuran ?"
"No, no, no Takino Suzuran"

Pulak dah, macam mana boleh silap. Hasben akak beriya2 confirm yang nombor pada depan bas ini adalah 102.

Driver terus matikan enjin. Dia diam sejenak untuk berfikir sesuatu.

Actually, driver bas nih mempunyai beberapa option. Dia boleh paksa kami turun di Sapporo Art Park enjoy entah hapa2 yang ada dalam Art Park tu dan kami tunggu bas seterusnya untuk pulang ke Makomanai. 

Atau dia boleh bawa kami balik semula ke Makomanai station dan dapatkan bas yang sebetulnya ke Takino Suzuran. 

Tapi apa yang berlaku kemudian dari ini membuat kami tak lupa sampai bila2 dan rasa betul2 terharu dan respek akan sikap keikhlasan orang2 Jepun dan high standard of professionalism dorang dalam berkerja.

Mula2 dia guna radio receiver dalam bas. Cakap pot-pet pot-pet dengan tak tau sapa.
Mungkin jugak dengan kawan dia lah gamaknya :

"Hello alpha one...kat sini ada dua mangkok hayun dari ulu banat tah dari mana sudah sesat, , over"

Lepas tu dia suruh kami duduk dulu, dan terus dia pandu semula. Dalam beberapa minit kami masuk ke highway. Ketika nih kami masih blur dan tak tahu ke mana kami nak pi dan apa nak jadi dengan plan kami hari ini. Kemudian dia berhenti di bahu jalan di tepi highway dan berkata :

"Takino Suzuran ... go, go" sambil tunjuk kepada sebuah bas yang ada di hadapan.
Bingung jugak kami mula2 tu ... memang apa yang terjadi menyebabkan sifat mangkuk kehayunan kami bertambah2 untuk memahami apa yang berlaku. Rupa2nya masa dia buat panggilan dalam bas awal tadi tu adalah kepada kawan dia dalam bas yang di hadapan nih. Dia tanya kat mana lokasi kawan dia dan disuruh supaya kawan dia tu stop seketika ditepi highway untuk dia kejar dan supaya kami dua mangkuk hayun nih boleh menumpang sama. Incredible kan. Agak2 kalau kat Malaysia ada driver kita nak buat cam nih tak, silap haribulan mau dia maki kita macam2.

Tak cukup dengan tu. Semasa kami nak turun dari bas, dan nak bayaq tambang (Y340 untuk 2 orang), hasben akak beri kat driver duit kertas Y1000. Driver bas nih ambik duit  kertas dan pulang balik dengan tukaran duit syiling Y1000. Laa awat pulak yang dia pi pulang semula duit. Satu lagi adegan yang buat kami terpinga2.

Jadi hasben akak beri balik duit syiling tu pada dia. Dia tak mau. Yang bas kat depan nak pi Takino Suzuran tengah dok tunggu. Jadi cemas pulak masa nih tak pasal2.

Dia tunjuk pada kotak (fare box) kat tepi dia. Ohh okayyyy ... so dia nak suruh bubuh duit syiling dalam tu, jadi hasben akak bukak tangan yang pernuh dengan syiling dan tunjuk kat driver...  suruh driver tu ambik syiling sebab masa tu kami tak tau berapa harga tambang. Driver nih guna tangan dia dan paksa cik hasben akak genggam tangan semula. Ehhh...dia nih sat lagi percuma jer....

Kemudian dia suruh Cik hasben bukak semula tangan dan driver bas nih asingkan duit syiling, Y660 dia suruh Cik hasben bagi pada akak, kemudian dia duit syiling yang balance Y340 dia mau hasben akak sendiri masukkan ke dalam kotak tambang. Ohhh kisahnya.

Lembab betul kami nih nak paham. Tapi macam tu lah sikap terpuji orang2 Jepun. Mungkin dalam regulation book dorang dah tetapkan jangan sekali-kali terima duit dari penumpang atau customer, sanggup dia bersusah payah nak suruh kami sendiri masukkan duit ke dalam kotak. Pada hal dia sendiri boleh buat. Terharu sangat. Sememangnya Japanese nih lurus bendul..kalau kata rasuah atau nak pau sapa2 bukan dalam darah daging depa ... nih yang buat kami nak pi Jepun lagi haha.

Dah selesai episod yang memangkukkan tu, serta ucap terima kasih, arigato, thank you kami bergegas ke dalam bas di hadapan. Tak sanggup kami masa tu nak bertentang mata dengan lain2 penumpang dalam bas. Keh keh keh.


Inilah bas nombor 106 yang bawak kami ke Takino Suzuran, bas nombor 102 tak sempat pulak kami nak tangkap gambaq



Jadi, kat mana silap kami ? Bila balik semula ke hotel malam tu kami check semula dalam tripadvisor pada review2  yang ada. Rupa2nya memang betul bas yang nak ke Takino Suzuran dari Makomanai Station adalah bas bernombor 102, tapi baru satu dua bulan lepas dorang dah tukar kepada bas bernombor 106. Cehh...dalam banyak2 nombor yang ada nombor yang dah sedia ada tu lah yang hangpa pi ambik dan tukaq.



Notice the 106 near the top of table. That's the bus number that will get you to Takino Suzuran and back to Makomanai Station. And do take take that the last bus on weekdays leaves at 3.28pm


Tiba sahaja di Takino Suzuran mula2 sekali kami tuju pada jadual Chuo bus yang ada di situ. Tambang sehala Y440. Waktu terakhir bas mai untuk ambik penumpang dari Takino Suzuran ini balik semula ke Makomanai adalah pada pukul 3.28pm. Ingat tau, jangan buat pasal ketinggalan bas pulak sebab di sini tak ada teksi.

Perhentian bas tempat kami turun ini adalah di Suzuran Koen Higashi-guchi, selain tu boleh juga jika ingin nak turun di Suzuran Koen Keiryu-guchi. Kedua2 tempat ada keistimewaannya bergantung pada aktiviti yang kita ingin mencuba. Contohnya  :

Suzuran Koen Higashi-guchi

* Perhentian bas utama di Takino Suzuran
* Tempat untuk bermain & sewa peralatan slope skiing atau cross country skiing 
* Tempat untuk beli tiket ski lift
* Tempat untuk bermain & sewa peralatan snow shoeing
* Tempat untuk bermain & sewa peralatan tube sledding

Suzuran Koen Keiryu-guchi

* Mesti memberitahu driver bas untuk turun di sini
* Hampir dengan pintu masuk ke Takino Suzuran
* Tempat untuk bermain & sewa peralatan snow shoeing
* Tempat untuk main & sewa peralatan cross country skiing 

Sebelum tu nak khabaq sket Takino Suzuran nih bukan sahaja dibuka pada winter season sahaja, pada musim2 lain pun ianya dibukan berserta dengan aktiviti2 yang tersendiri. Misalnya pada summer season pengunjung boleh sewa basikal, memancing ikan, hiking, camping dan BBQ-ing dalam taman ini.




Takino Suzuran ini juga sebenarnya adalah sebuah taman yang amat luas, besarnya hampir 396 hektar, dan 192 hektar dibuka untuk kegunaan awam. Dalam taman ini juga ada beberapa anak sungai dan air terjun.

East Entrance leading to the rest house and country house


Jalan ke hadapan sedikit dari perhentian bas dah boleh nampak bangunan pintu masuk ke East Entrance



Masuk ke sini pada winter season adalah percuma. Yer free tak payah bayaq apa2, tapi kalau pi musim2 lain nak masuk satu orang dewasa kena bayaq Y410 (RM13) 



Sesudah melepasi pintu masuk kami ternampak sekumpulan anak2 orang Jepun yang bermain ski. Di sini pun ada ski school untuk budak2 kecil dengan jurulatih untuk memberi tunjuk ajar.



Jalan sedikit lagi ke hadapan adalah Country House. Dalam ini ada restaurant, gift shop dan juga tempat menyewa peralatan ski atau snowshoeing. Bagi sapa2 yang teringin nak main ski sewanya amat2 murah. 

*  Cuma Y2590 (RM80) untuk sewa peralatan slope skiing (main ski di kawasan curam)
    sewa pakaian (ski wear) pulak percuma. Untuk kanak2 sewa peralatan slope skiing               adalah Y1540 (RM48), dan sewa ski wear Y1540 (RM48)

* Untuk cross country skiing, sewanya peralatannya lagi murah. Cuma Y820 (RM25) untuk     peralatan ski orang dewasa dan Y510 (RM16) untuk kanak2. Cross country skiing nih           berbeza dari slope skiing, peralatan ski nya pun berlainan sedikit. Biasanya cross country     skiing ini lebih kepada menikmati pemandangan sekitar secara free and easy. Manakala       slope skking lebih kepada menuruni cerun dengan cara meluncur laju

* Ada juga pakej sewa peralatan ski berserta tiket menaiki ski lift dengan harga cuma Y3290   (RM102) untuk dewasa dan Y2060 (RM64) kanak2.

* Untuk snowshoe hiking, sewa peralatannya adalah percuma.

* Untuk tube sledding, sewa peralatannya juga percuma.

Murahkan mana nak dapat harga macam nih ? The downside to all these adalah aktiviti2 yang ada di Takino Suzuran ini adalah untuk beginners. Contohnya slope untuk skiing adalah jenis yang simple sesuai untuk family outing, so tak daq lah advanced courses, off trail runs, jump boxes and rail. Lagi pun tempat nih adalah sebuah taman riadah bukan ski resort.


This is the rental corner you should visit at the Country House before you hit the slope

Peralatan ski boleh disewa di Country House, kami tak berhajat nak main ski di sini kerana waktu kami tiba pun dah hampir pukul 12pm, kami bercadang nak balik ke Makomanai dengan bus terakhir pada pukul 3.28pm, jadi tak banyak masa sebenarnya nak mencuba macam2.






Sebelum kami masuk ke dalam Country House, ternampak jugak beberapa tourist sedang mencuba untuk bermain ski. Sekiranya sapa2 yang mai pada hari berkerja Takino Suzuran nih memang tak ramai orang. Kira2nya kalau nak posing2 main ski sambil guling2 atas salji sampai tertonggeng terbalik pun tak daq sapa yang ambik kisah.



Tak jauh di hadapan Country House ini adalah slope untuk bermain ski. Senangkan semuanya depan mata jer tak payah susah2 diri mendaki bukit macam di Ryuoo Ski Park di Nagano tu. Ski lift pun ada di sini.

Yang nih akak punya snowshoes, tapak bawah dia ada spikes utk  beri lebih grip

Untuk sewa snowshoes kami ke counter di Information Center dalam Country House. Mudah ajer tulis nama kita dalam log book terus dia kasi sorang sepasang kasut. Sempat jugaklah dorang tunjuk cara nak pakai snowshoes nih. Snowshoes nih bila kita pakai muncung yang tajam tu ke arah belakang tau, maknanya kasut ini ada lextra space pada belah belakang...jangan tanya pasai apa ... memang dah depa reka macam tu.



Jangan pulak pikiaq kami tak reti pakai kasut, memang dah betul tu mana yang kanan dan mana yang kiri - dorang dah siap label pada snowshoes nih huhu

Yang atas nih pulak hasben akak punya snowshoes. Nasib baik juga kami pakai boots mai ke sini kerana ketika snowshoe hiking nih kaki kami memang terbenam dalam salji tebal, itu pun ada jugak sedikit salji yang masuk kat celah2 lubang boots lace sampai basah stokin yang kami pakai. Sapa2 yang nak cuba snowshoe hiking jangan lupa bawak extra socks dan pakai boots.






Okay semua dah ready untuk snowshoe hiking, sebelum mula nak kena tau jugak arah mana nak pi, bukan boleh main belah cam tu ajer. Kalau ikutkan pada peta di atas tu kami perlu buat snowshoeing dari tempat yang bertanda 6 (Country House) ke tempat yang bertanda 2 (Suzuran Hill Observatory) kemudian balik semula ke Country House.


Ashiribetsu Waterfall - When heaven freezes over

Semasa kami pi ke Information Center untuk sewa snowshoes, hasben akak sempatlah tanya pada pekerja kat situ sekiranya kami nak pi ke Ashiribetsu Waterfall  agak2 berapa jauh nak kena hiking ? "5 km" Mak aihh jauhnya. Japanese di counter tu kata biasanya orang2 yang nak tenguk air terjun nih mai dengan kenderaan sendiri. Dan orang yang nak tenguk keindahan Ashiribetsu Waterfall mesti nih ikut melalui Suzuran Koen Keiryu-guchi.

Ashiribetsu Waterfall ini sebenarnya adalah air terjun yang membeku kerana keadaan suhu sekitar di bawah paras beku. Hmm frust pulak tak dapat pi tenguk fenomena yang menakjubkan ini, memang cantik sangat2 macam apa yang terjadi di Niagara Waterfall pada musim sejuk.



Pada mula2 berjalan dengan snowshoes nih rasa kekok jugak, sebab bendalah nih dah lah besaq kedabaq, cara nak jalan pun kena selangkah demi selangkah. Tapi dah lama2 sket baru boleh sesuaikan dengan diri sendiri.




Untuk buat hiking nih pada course yang sedia ada tak susah sangat kerana ada sign board yang menunjukkan arah ke mana kami patut ikut.



Walau pun semasa kami buat hiking nih matahari waktu tengah hari menyinar dengan terik, tapi tak terasa lansung kepanasan. Anggaran suhu ketika ini dalam 2 darjah celcius, Keadaan sekeliling memang tenang dan damai. Tak ada orang lansung yang sama buat hiking, mungkin juga kerana hari ini adalah hari berkerja.






Ada juga pada sesetengah tempat keadaan mukabuminya berbukit, tercungap2 jugak kami dibuatnya nak mendaki naik. 



Dalam setengah jam berjalan kami dah semakin hampir menuju ke waypoint di Suzuran Hill Observatory. Sempat juga kami berpiknik dengan makan roti dan minum air yang dibawak sebagai bekal sambil menghirup udara sejuk dan nyaman.



Dari tempat kami berehat dan berpiknik tu boleh nampak nun jauh di bawah sana kawasan tempat bermain tube sledding. Kalau tenguk pada gambaq di atas nih macam lengang dan tak meriah ajer kan. Pada sapa2 yang bawak anak2 memang seronok sangat main tube sledding nih. Mak budak dan bapak budak pun boleh join sama duduk atas pelampung dan meluncur atas salji ... di sini tak daq batasan umur. Nak main banyak kali pun boleh semuanya free of charge.



Taken fromhttp://www.welcome.city.sapporo.jp/special/feature_article/play_in_the_snow/?lang=en



Taken from : http://ibuschneider.blogspot.com/

Oleh kerana kami tak pi main tube sledding nih, di sini akak masukkan 2 gambaq dari internet untuk sapa2 yang berminat nak mai ke sini dan cuba aktiviti nih. Gambaq yang kedua tu menunjukkan pelampung yang ditarik naik ke atas bukit, jadi pada yang main sledding nih tak payahlah susah2 mendaki sendiri selepas setiap kali meluncur turun.


Dan itulah dia Suzuran Hill Observatory. Katanya dalam map, kita boleh masuk ke dalam Observatory untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah kawasan sekitar. Tapi kami tak masuk pun. Lalu di bahagian tepinya dan ikut laluan snowshoeing yang dah ditetapkan.


Kami menyusur di tepi pagar kayu ini. Keadaan sekeliling memang sunyi dan lengang, Kalau boleh dengar pun sayup2 suara budak2 yang main tube sledding di bawah bukit sana. Agak2 kalau hati tak tenteram bila mai ke sini mesti rasa tenang dengan suasana sekeliling yang serba cantik.


Masa nih kami ambik trail yang balik semula ke Country House. Hiking melalui pokok2 yang dah togel kerana musim dingin





Dalam pukul dua lebih kami dah tiba semula di Country House. Sebelum serahkan semula snowshoes nih kami bersihkanlah lebih kurang kerana disaluti salji yang banyak.


DI hadapan Information Center nih ada satu gift shop, tapi tak ada apa2 yang menarik yang boleh kami beli. Sementara menanti bas yang akan mai pada pukul 3.28pm kami lepak2 dulu dalam Country House dan beli air dari vending machine.

Overall, boleh kata amat memuaskan pengalaman snowshoe hiking di Takinop Suzuran ini. Dan pada sapa2 yang budget-conscious, harga bayaran yang murah sehingga ada yang percuma untuk aktiviti2 musim dingin bolehlah consider untuk mai ke sini.