Monday, 2 March 2015

Day 2 part 4 : Senshinkan Matsuya


Petang hari selepas balik dari Jigokudani Mongkey Park barulah buat proper check in. Tadi masa mula2 sampai tak boleh lagi cuma sempat drop luggage sebab belum pukul 3.00pm. 

Guesthouse ini diurus oleh pasangan suami isteri bernama Tomomi & Keiko. Dorang berdua nih lah yang biasanya akan hantaq atau pick up guests dari Yudanaka Station. Sebelum kita sampai kita ke Yudanaka kita boleh beritau depa nih bila agak2 train kita nak tiba, nanti dorang boleh tolong ambik dengan van. 

Kalau nak pi Jigokudani pun dorang boleh hantaq. Tapi nak balik kena pandai2 sendirilah. Yer lah mana depa berdua nih tak tau berapa lama korang nak buat dating dengan beruk kat situ kan, Macam kami masa mula2 sampai di Senshinkan Matsuya dalam sekitar pukul 2 petang, kami nak terus pi ke Monkey Park. Sebelum tu kami dah baca pun dari Booking.com dan Tripadvisor reviews yang owner guesthouse Senshinkan Matsuya biasanya boleh hantar guest ke Monkey Park.


Tomomi & Keiko, pasangan suami isteri yang mengurus Senshinkan Matsuya

Keiko - sweet lady, sentiasa berpakaian tradisional Jepun, bawak van pun pakai cam nih


No that's not maneki-neko (beckoning cat) it's alive &  meowing and belongs to the owner

Bila kami khabaq kat Tomomi, sekali dia kata : if you want to go there I can call taxi for you
Pulak dah. Mungkin dorang nih busy ker hapa...sampai tak boleh nak hantaq kami. So akak mulalah buat taktik Jawa asli. Tanya dia pukul berapa Monkey Park nih tutup, berapa jauh dari Guesthouse nak pi sana, berapa tambang teksi...kemudian suruh dia book teksi la nih jugak takut tak sempat sampai ke sana. Selang tak berapa minit di masuk dalam ofis dia, kemudian dia keluar balik, dan khabaq kat kami : Okay I can send you now, using my van ... hahaha termakan gak dengan trick Jawa akak tadi. So, selamatlah tak payah bayaq tambang teksi.

Bila kami balik dari Jigokudani, Tomomi dan siap2 masukan beg kami ke dalam bilik. Dia pun adalah bagi serba sedikit penerangan pasal peraturan guesthouse ini. Kami diberi kunci bilik, kunci safety box dan juga kunci ke 9 onsen yang terdapat di Shibu Onsen ini.

Sebenarnya Senshinkan Matsuya pun ada onsennya sendiri di tingkat bawah. Tapi kerana kami menginap di Shibu Onsen Village kami diberi kunci khas sebagai privilege ke 9 onsen yang ada di sekitar kawasan ini.  


Tingkat bawah Senshinkan Matsuya, kalau kami nak dapat internet kena turun lepak di sini

Sebelum kami di bawa ke bilik kami di tingkat atas, Tomomi ada sediakan satu minuman untuk kami iaitu Kombucha. Sejenis seawood tea. Lebih kurang macam chinese tea tapi sedikit masin.


Kombucha (seaweed tea), sort of a welcome drink for guest in Senshinkan Matsuya

Selesai minum kami dibawa naik ke bilik kami di tingkat atas di tingkat 2. Luas jugak bilik kami ini siap ada TV, fridge, air con, hot water pot dll. Di pintu depan sebelum keluar ada satu sinki untuk kegunaan kami. 


Kotatsu - Meja orang Jepun yang ada heater kat bawah. Sebelah laptop tu adalah kunci masuk ke 9 Onsen di kawasan ini, yang kaler hijau tu kunci bilik dan kunci safety box


Tempat tidur - Memang standard kalau menginap di ryokan tak daq katil bagai

Cuma dua benda yang kami tak berapa suka di Senshinkan Matsuya nih : 

Pertama toilet jamban cangkung, di tingkat kedua ajer jamban style  nih di tingkat satu ada pulak yang jenis canggih otomatik. Jamban cangkung nih tak ingat bila last time kami guna ..kat kampung pun la nih guna yang duduk. Tapi satu yang baguih tak ramai orang pakai ... Mat Salleh semua bukan reti guna ... so adalah sikit privacy hihihi. Untuk mandi pulak di guesthouse ini guest kena turun ke tingkat bawah (basement). Ada satu communal bath & shower di situ.

Kedua, wifi di tingkat kedua memang paling2 susah nak connect, terpaksa pi ke reception area. Tingkat satu okay pulak connection dia.


Toilet di tingkat 2, boleh jadi cramp kaki dok cangkung lama2 dalam nih


Safety box - masa nak pi main ski kami bubuh dalam nih. Kalau hilang merempat jadi pendatang haram lah kami kat Jepun nih

Okay sekarang nak tunjuk sekitar Shibu Onsen ini. Dua gambaq berikut nih kami rakam semasa balik dari Monkey Park. Sungai yang mengalir di sini adalah Sungai Yokoyugawa. Sungaii inilah juga mengalir dari Jigokudani Monkey Park



Yokoyugawa river




Guest di Senshinkan Matsuya juga boleh pilih untuk include package penginapan bersama half board meal (breakfast & dinner) atau full board meal (breakfast, lunch & dinner). Kaiseki atau makanan serba macam orang2 Jepun akan di hidangkan kalau kita pilih option nih. Kami tak pilih apa2 meal pun cuma bantai maggi dan vono soup dalam bilik ajer.





Selain tu bagi setiap guest akan di sediakan di dalam bilik masing2 satu set yukata berserta over coat untuk dipakai. Bolehlah try pakaian orang2 Jepun nih untuk ambik feel sambil2 berjalan di sekitar Shibu Onsen nih.

Di katakan juga bahawa filem animated oleh Hayao Miyazaki Sen to Chihiro no Kamikakushi (Spirited Away) diilhamkan berdasarkan dari Shibu Onsen ini. Dan sememangnya Shibu Onsen ini mempunyai sejarah lampau sehingga 400 tahun dahulu. Perkampungan ini dahulunya terkenal sebagai tempat mata air panas untuk golongan bangsawan yang mandi untuk tujuan perubatan dan merehatkan badan.

Macam nihlah lebih kurang bila dah pakai yukata & overcoat. Gambaq nih cilok dari internet, gambaq kami tak payah bubuhlah..dah mengalahkan ninja pun ada bila dressing lagu nih



Ni pulak adalah geta sandal. Mula2 teringin sangat nak pakai konon2 nak jalan macam Oshin...baru dua tiga langkah...mak aihh...macam nak tersembam ke jalan, last2 pakai sandal biasa jer



Shibu Onsen Map, a quick guide if you interested in going for onsen hunting around this area

Kami juga diberi peta Shibu Onsen yang menunjukkan lokasi setiap rumah onsen di kawasan ini. Onsen ini adalah tempat mandi yang dikhaskan untuk pengunjung atau guests yang bermalam di hotel atau guesthouse di sini. Ada 9 private onsen di sini setiap satunya ada ciri2nya yang tersendiri yang dikatakan boleh menyembuhkan berbagai penyakit yang tertentu.

Misalnya dikatakan berendam dalam rumah onsen nombor satu baik untuk menyembuhkan penyakit perut dan usus, rumah onsen nombor dua dikatakan boleh memulihkan penyakit kulit dan sebagainya.


Kami teringin gak lah nak tenguk macam mana rupa rumah onsen ini. Bukan nak mandi pun. Sebab salah satu peraturan untuk mandi di rumah onsen ini diwajibkan mandi secara koboi. Maknanya tanpa pakaian (bogel). Memang macam nih konsep mandi di sini. Dan sebenarnya pun mandi berbogel ini pun ada di tempat2 lain seperti di Mesir dan Turki yang di namakan hamam, Mungkin ada berlainan sedikit konsepnya tapi setiap orang yang masuk memang diwajibkan naked.

Plan kami nak keluar berjalan di sekitar Shibu Onsen ini dan membuat tinjauan mengenai rumah onsen yang ada di sini pada malam hari dalam pukul 9.00pm. Kami buat jangkaan di waktu ini dah tak ramai orang yang akan menggunakan rumah onsen dan lagi pun besuk adalah working day.

Tenugui towel with the names of all 9 baths. We made a mistake in stamping at a wrong spot and did not even complete the whole quest

Selepas dinner lebih kurang kami pun bersiap2 dengan memakai yukata dan overcoat untuk memulakan misi kami. Tiba di bawah, kami berjumpa dengan Tomomi. Sertamerta dia buat isyarat "good". Mungkin sebab lihat kami pakai yukata macam orang nak pi sumo wrestling ker gamaknya. Ahak.

Sebelum melangkah keluar Tomomi tanya samada kami ingin beli Tenugui - sehelai kain yang mempunyai nama dan nombor 9 onsen. Di hadapan setiap rumah onsen ada disediakan satu rubber stamp untuk setiap pengunjung chop pada kain Tenugui ini. Maknanya apabila sesaorang itu pi ke semua 9 buah rumah onsen maka akan complete adventure quest dia, Dan konon2nya juga akan jadi sihat sentiasa & dapat good luck sepanjang hidup. Hmm yer lah tuu.. Seronok pulak dengaq macam tu ... ada macam satu challenge seperti Amazing Race lah pulak. Bukan tujuan nak pi berendam dalam semua rumah onsen, tapi kerana thrill nak cuba untuk complete dan dapatkan 9 chop. Hahaha macam dah tak ada benda nak buat.


Bila dah keluar...terasa sejuk mencucuk2 tulang. Yukata dan overcoat nih bukan tebal mana pun, kita yang biasa pakai jacket tebal pun rasa sejuk ini kan pulak pakai macam nih jer. Tapi pemandangan Shibu Onsen pada waktu malam memang cantik sangat2. Dengan street lamps yang suram dan rumah2 tumpangan yang kelihatan rustic di kiri kanan jalan menghidupkan lagi suasana tempat ini





Kesemua rumah onsen ini mengasingkan tempat mandi untuk laki2 dan perempuan. Biasanya pintu yang sebelah kiri adalah untuk perempuan dan kanan untuk laki2. Pintunya pulak sentiasa terkunci dari dalam. Cuma pengunjung yang mempunyai kunci sahaja boleh ada ekses ke rumah onsen ini

Oyu, the 9th Onsen house claims to cure all sickness

Kami dah pakat awal2 kalau rumah onsen yang kami masuk tu ada orang kami akan keluar semula. Bukan susah nak tau pun... bila masuk nampak ada sandal atau selipar di rak berserta towel...sah ada orang dalamnya. Mula2 sekali akak try masuk rumah onsen nombor 8 sebab yang nih terletak cuma di hadapan guesthouse kami.


Ahhh okay, bila masuk gelap gulita. Tak ada orang pun. Bukak lampu. Ohhh...baru tau, tak besaq mana pun kolam onsen nih. Di tepinya ada 3 bangku untuk pengunjung mandi terlebih dahulu dan membersihkan badan sebelum berendam dalam kolam. Nak ambik gambaq pun kena try beberapa kali sebab kedaan tempat ini yang berwap.

Kemudian akak ambik gayung dan ceduk air dari onsen dan try simbah pada kaki ... ooh pochot mak hang..panas macam kena rebus. Macam manalah dorang boleh mandi dengan air panas mendidih dalam nih. Kalau lagu nih lah hangat bukan boleh pulihkan penyakit lagi beri penyakit lagi ada hihihi


Selain rumah2 onsen di kawasan ini juga terdapat banyak temple & shrine. Sewaktu kami lalu depan tempat nih terdapat ramai photographers yang tengah buat shooting di sini

Jenuh gak nak cover semua 9 rumah onsen di sini semata2 untuk dapatkan chop pada kain Tenugui. Amazing Race lah sangat. Ada sesetengah rumah onsen nih kat hujung jalan ada satu dua tu kat lorong2 yang sempit . Sejuk nih tok sah cakaplah, jari2 kaki macam kena gigit semut api.

Selain kami ada jugalah tourist2 lain yang berjalan2 dan mencuba onsen di sini. Ada pada satu rumah onsen tu waktu akak nak cari rubber stamp, satu wanita Jepun yang dah berumur nih baru sat2 keluaq. Kemudian terus masuk ke kedai dia di depan jalan. Baru perasan. Rupa2nya dia nih owner kedai tersebut. Sebelum nak tutup kedai dia pi berendam dalam 5 minit cam tu dalam onsen nih.



Kemudian bila dah jalan2 dan tenguk semula pada kain Tenugui yang kami dah chop, baru perasan yang kami dah chop pada tempat yang salah. Rumah onsen yang ke 4 kami dah chop pada tempat yang ke 5. Sepatutnya yang rubber stamp ke-5 ini kami perlu dapatkan di Takayakushi Wakoan yang terletak di atas bukit. 


Climb all the way up to get the final stamp 


.Takayakushi Wakoan


Bila dah sedaq kesilapan nih, terus kami tak ada mood nak complete kan semua quest kami ini. Hmm...kalau masuk Amazing Race kira2nya dah kena eliminated from the race. Sedih. Kami cuba nak cari ada satu foot bath open air onsen di kawasan ini, katanya berhampiran dengan rumah onsen nombor 8 tapi tak jumpa pulak


This was how it should be done, bummer. Taken from : http://wanderluzz.blogspot.com/2013/07/nagano-and-snow-monkey-in-autumn-day-89_28.html


It's started to drizzle around this time 






Semasa nak jalan balik ke Senshinkan Matsuya, turun pulak hujan renyai, lagi lah sejuk rasanya. Tenguk pada suhu dari app dalam handphone -3 celcius. Dah mengigil waktu nih. Kami stop sat kat rumah onsen nombor satu, akak ceduk air dalam kolah dan jirus pada kaki....ehhh sedap pulak...mungkin kaki dah beku kesejukan, kena dengan ayaq hangat rasa nyaman pulak

7 comments:

  1. o nilah rupa area shibu onsen tu,sangatlah japanese,ada juga terfikir nak singgah cari foot bath tu,tapi memang tak sempat langsung.

    ReplyDelete
  2. Ya Ayda, sebelum kami pi dulu ada jugak terbaca di Yudanaka Station tu ada foot bath, tapi tak perasan pulak kat mana, nak tanya pun tak tau nak tanya kat sapa...dalam pada2 tu...lupa terus

    ReplyDelete
  3. Berapa rate 1 malam ni kak? mesti mahal ni....kalau saya ler jalan kat alley2 gitu, memang verangan x hengat dah...hehe...verangan oshim mimja doraemon ..semua ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 booking utk satu malam ajer, pastu sebab tak jadi nak stay di Hakuba Goryu kami book utk 2 malam.
      2 Malam total cost Y15,120 (RM454), maknanya satu malam dlm RM227. Tapi kalau kata kita nak stay just for 1 malam ajer tak dapat rate @ RM227, dorang nih kalau stay lagi lama lagi murah rate per night

      Tapi okaylah sebab boleh experience stay & explore di kawasan mcm tu

      Delete
  4. saya try nak book kat sini untuk january thn depan.tapi katanya date tu dah fully booked. huhuh..kenalah cari tempat lain. mmg area sini cepat full kot. kat area yudanaka station banyak lah lagi yang kosong. tapi macam tak berapa menarik pulak area situ compare dgn shibu onsen ni. ke sama aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh MM pun nak try pi dan dok kat area Yamanouchi ker ? Bagus tu bolehlah try jalan2 dan experience spt mana yg kami buat dulu. Okay masa mula2 akak plan utk stay di Shibu Onsen nih kami pilih tempat yg ada 2 criteria : harga yg okay dan rating yg bagus. Mula2 kami dah pilih Yudanaka Seifuso. Mmg tempat nih rating dia among the highest, Cuma problemnya location dia bukan dalam Shibu Onsen, tapi lebih hampir pada Yudanaka Station.

      Kemudian kami usha Senshinkan Matsuya. Yg nih mmg dlm Shibu Onsen tapi hari yg kami nak pi tu tak ada vacancy. Sebab mula2 tu kami pilih nak stay satu hari ajer kemudian dan dok di Hakuba. Kemudian bila berubah plan nak pi Sapporo, kami tak jadi nak dok di Hakuba dan tak lama lepas tu ada pulak room utk 2 hari di Senshinkan Matsuya. Yg bestnya bila kami book dari Booking.com ada pulak discount, mungkin ada orang yg buat cancellation so probably room nih dorang cuma nak lelong balik.

      So in your case, try cari tempat2 yg berhampiran. Kalau nak stay di location yg berhampiran dgn Yudanaka Station, advantages dia mungkin sebab senang nak dapat transport dan convenience store pun tak jauh kat situ, tapi you'll miss out utk experience semalaman di Shibu Onsen. Dari apa yg akak check dari Booking.com beberapa guesthouse yg quite reasonable dalam kawasan ini adalah Hatsunoyu dan Nozaru, rasa2 akak dari gambaq dlm Booking.com tu kami pernah lalu tempat nih cuma tak perasan yg mana satu. Dari segi rating pulak, tak berapa nak bagus, reasons akak dok di Senshinkan Matsuya adalah kerana owner tu boleh sediakan transport ke Monkey Snow park dan ke Yudanaka Station, yerlah kalau time nak balik susah jugak nak angkut luggage ke Yudanaka Station kalau dgn naik public transport.

      Akak advise MM buat booking sementara di kawasan Shibu Onsen nih, pilih yg mana sesuai, boleh check rating dan review dari Agoda.com. Booking.com dan Tripadvisor. Kemudian MM cuba utk buat daily checking kalau2 Senshinkan Matsuya ini ada opening, mcm yg berlaku pada akak. Kami dulu pun itinerary nih tukaq dalam 20 ke 30 kali nak accomodate dan sesuaikan dgn travel plan yg kami dah buat. Tapi yg bagusnya kalau MM buat reservation dgn Booking.com nih any cancellation tak dikenakan apa2 charges (unless hampir sangat dgn tarikh nak pi).

      Good luck to you.

      Delete
    2. Thanks for the advice kak. saya tgk jugak Hatsunoyu & Nozaru - tapi full jugak. Mostly kat Shibu onsen dah full masa tarikh yang saya nak. Yang tinggal harga 500 ke atas/night. takpe, saya book dulu kat Yudanaka station. Dalam pada tu, macam akak cakap saya check lah selalu kot2 ada yang available kat Shibu Onsen. Kalau ada rezeki, adalah.

      Delete