Sunday, 8 March 2015

Day 3 - Ryuoo Ski Park


Day 3 Itinerary
-----------------------------------------------------------------------------
Ryuoo Ski Park
-----------------------------------------------------------------------------
* Go to Yudanaka Station
* Take Nagano Electric Railway train to Shinshu Nakano
  Yudanaka==[15 min @ Y320]==>Shinshu Nakano
* From Shinshu Nakano board shuttle bus to Ryuoo Ski Park

Estimated Total For Today = Y10,640



Hari ini ini adalah hari ke 3 kami di Jepun, dan juga hari terakhir di Nagano. Hari ini jugak memang kami dah peruntukan untuk pi ke Ryuoo Ski Park. Sebenarnya sebelum merangka itinerary ada beberapa tempat yang kami dah short listed sebagai tempat untuk kami try bermain ski. Bukan pandai pun sesaja jer gatai nak try ... kekononnya nanti adalah sedikit sebanyak pengalaman main ski.

Mula2 kami dah usha Hakuba. Tapi since kami dah scrap plan nak menginap di Hakuba terpaksa batal niat untuk ke sana. 2 tempat lain yang termasuk dalam senarai kami ialah 

1.) Teine di Sapporo

      Teine Ski Resort nih terletak di luar bandar Sapporo. Tiap2 tahun dorang ada package 
      yang termasuk di dalamnya JR Train pass, bus pass, 4 hours gondola ride & ski rental 
      set. Untuk winter season 2014/15 harga package nya Y6430. Ski outer wear set pulak 
      dalam Y4000 (http://www.jrhokkaido.co.jp/network/kipp/j_1.html#skipteine)

2.) Shiga Kogen
     
     Yang nih pulak di Shiga Kogen, Nagano. Memang dekatlah dengan tempat tinggal kami 
     di Shibu Onsen, Kira2 dalam 30 minit dengan bas. Di Shiga Kogen, area yang kami 
     target untuk main ski ialah di Ichinose Family Area. Tempat nih memang sesuai untuk 
     beginner. Satu lagi tarikan di sini ialah adanya snowmobile di Yakebitaiyama. Hasben          akak suka sangatlah benda2 yang macam nih. Tapi bila kami cuba email Hakuba Lion          Adventure nih tak daq jawapan. Website pun tak update. So akhirnya tak jadilah nak pi        sini.
    





Di hari pertama kami sampai di Yudanaka Station, ada kami collect banyak brochures & pamphlets yang ada di situ. Salah satunya ialah Ryuoo Ski Resort. Sebelum nih pun ada terbaca pasal tempat nih di internet tapi tak banyak info yang kami dapat.


Takes about 30 minit from Yudanaka Station, but do take note that the last bus from Ryuoo Ski Park leaves at 5.00pm

Jadi bila dah ambik benda2 nih kami tanyalah pada volunteers yang ada di situ. Dorang nih kata kalau nak pi Ryuoo Ski Park boleh naik free shuttle bus dari Yudanaka Station. Perkataan "free" tu yang nak sangat kami dengaq. Kemudian dorang explain lah lebih kurang pasal tempat nih dan waktu bas bertolak dan kembali. Abis dengaq explanation kami setuju untuk ke sini. 

Selepas balik dari Jugokudani Monkey Park kami dah siap2 bagitau kat Tomomi yang kami bercadang nak pi Ryuoo Ski Park pada hari esuknya. Dia pun setuju nak hantaq kami ke Yudanaka Station untuk kami naiki bas pada pukul 9.05am. Ahhh senang tak payah nak pikiaq pasal transport ke sana.


Hari yang ditunggu pun tiba. Pagi ini cuaca lebih sejuk dari sebelumnya. Salji turun bagai hujan renyai ditambah pulak dengan angin. Tapi semua tu kami tak berapa peduli sebab dah tekad hari ini memang untuk cuba main ski.


Dalam pukul 8.45am kami dah bersiap sedia untuk di hantaq oleh Tomomi ke Yudanaka Station. Tak jauh mana pun. Dalam 5 minit dengan menggunakan van dia yang kiut tu pun dah sampai. Shuttle Bus untuk ke Ryuoo Ski Park  pun sampai right on time, nih yang best kat Jepun. Semuanya menurut jadual yang ditetapkan. Bersama kami dalam bas ada juga sekumpulan anak2 orang Jepun dengan peralatan snowboarding depa.


We had a few light snow showers and flurries early this morning to Ryuoo Ski Park

Ryuoo Ski Park nih terletak di kawasan tinggi. Nak kata jalannya macam Cameron Highland yang berliku2, tak pun. Tapi lagi nak sampai lagi memutih keadaan sekeliling dan lagi lebat salji yang turun.



Dan seperti yang di nyatakan dalam time table, pukul 9.30am kami dah pun tiba di Ryuoo Ski Park. Inilah main building di sini. Semua peralatan sewa untuk ski, snow wear, snow board dll ada di sini. 



Dan yang pentingnya di sini ada restaurant Subway, sat lagi kalau lapaq bolehlah tenguk apa2 yang patut untuk kami isi perut. Sesampai dan turun sahaja dari bas, kami jalan2 dulu di sekitar tempat ini. 



Ada banyak terdapat restaurant dan rumah tumpangan. Dah nama dia pun ski resort mestilah ada tempat penginapan. Ryuoo Ski Resort ini pun kalau tak silap masih baru lagi dan tidaklah se established macam yang ada di Shiga Kogen



Adalah dalam 20 minit pusing2 jalan kaki di kawasan sekitar kami balik semula ke main building untuk tinjau apa yang menarik di sini.





Terdapat satu kedai Murasaki Sports yang menjual peralatan ski, jaket dll




Di samping tu ada juga satu gift shop di sini. Benda2 biasa yang dijual seperti key chain, t-shirt, chocolate, dan lain2 souvenir. Di sini jugak kami berjumpa dengan Hiro. Dia berkerja sebagai pembantu dalam gift shop dan juga di lain2 tempat di sini. Memang very helpful orangnya. Dia boleh lah bertutur broken English sket2. Dia kata kalau kami berminat untuk ski dia boleh bawak kami untuk menyewa peralatan ski dan juga berjumpa dengan seorang ski instructor.


Mula2 kami di bawa oleh hiro ke Spicy Rentals untuk menyewa peralatan bermain ski. Ini termasuklah skis, boots dan poles. Sewanya cuma Y3000 (RM90) seorang dan untuk ski jacket & pants sewanya pula ialah Y1500 (RM45) seorang. Memang murahlah kan kalau di tempat2 yang popular dan menjadi tourist attraction paling rendah pun dalam RM300 lebih.

Sebelum sewa dorang akan tanya ketinggian kita dan saiz boots yang kita pakai. Mula2 giliran hasben akak, dia mintak boots saiz 11 setengah. Bersusun atas rak ski boots macam2 saiz. Si-Hiro nih pi carik2 ... tak daq. Orang2 Jepun nih semua saiz kaki kecik2 kot. Dia bawak boot saiz 10. Hmm memang tak muat lah. Bukan saja tak muat untuk dipakai. Nak sarung pun tak lepas. Ski boots nih bukan macam boots biasa. Keras dan ada clip yang boleh mencengkam ke betis dan atas buku lali.

Si-Hiro kata tunggu sat...dia carik dalam store yang kat belakang. Dia bawak dan suruh try yang satu nih. Tak tanya pun saiz berapa. Si-Hiro nih cuba sarungkan. Sampai berpeluh2 hasben akak dengan si-Hiro nak masukan kaki ke dalam boots. Sampai lagu tu nak main ski punya pasal. 

Akhirnya boleh jugak. Kemudian si-Hiro nih suruh hasben akak berdiri dan jalan ke depan. Sekali baru satu langkah...berdebuk...mak hang..jatuh terduduk. Baru try boots dah terjatuh belum main ski lagi nih. Sedih lah pulak hehehe. Lepas tu si-Hiro nih suruh pilih ski jacket dgn ski pants. Kami mai sini pun dah pakai jacket tebal, so kami tanya dia nak bukak ke jacket kami nih. No...wear this over your jacket. Biaq betoi. Ski jacket nih dah lah tebal Pakai pulak dengan jacket yang sedia ada. Jadi besaq satu macam.

Kemudian giliran akak pulak. Masa nih akak dah berbelah bagi. So, mula2 cuba pakai boots yang akak ambik dari rak. Okay muat no problem. Try pulak jalan. Satu langkah, dua langkah...macam nak tersungkur. Payah rupanya nak balance badan dengan ski boots nih.

Si-Hiro nih tanya : You ski before ?
Kami : No
Tanya lagi : ice-skating ?
Hmm memang tak daq ler : No
Sekali lagi tanya :roller skate, skateboard ?
Yang tu jauh sekali : No
Hmm memang adam harapan nak tergolek atas salji lah jawabnya sat lagi.

Tengukkan macam satu seksa nak pakai boots dan nak berjalan lagi satu seksa, kalau pakai ski sat lagi tak tau macam mana. Last2 akak cakap akak tak mau ski. Betoi ke tak mau..hasben akak tanya.  Tak mau lah...lain kali ajer lah, Ahaks macam lah ada lain kali...maybe ada kot. Si-Hiro dah tunggu nak bawak kami jumpa ski instructor, akhirnya hasben akak sorang ajer yang pi ski, akak pi mengekor dorang berdua nih.


I would say a fantastic deal for ski rental rate minus the clothing for single person


So Hiro dan kami berdua kemudian berjalan nak pi ke slope tempat bermain ski. Masa nih si-Hiro yang usung ski set, hasben akak berjalan dengan boots ketat tu macam bayi baru bertatih. Azab betul nak main ski nih. Time nih juga salji lagi banyak turun berderai2.

Hiro kata nanti kat sana ada seorang Japanese ski instructor yang akan mengajar cara untuk berski. Menurut Hiro biasanya ada seorang Mat Salleh yang jadi instructor tapi hari ini dia tak mai pulak.

Untuk naik ke bukit tempat yang disediakan untuk bermain ski tu mula2 kena naik atas ski travelator. Ski travelator nih lebih kurang macam travelator di airport tapi tak daq tempat untuk berpaut, pandai2 sendirilah nak balance kan badan. Dan travelator nih cuma untuk naik bukit jer, untuk turun kena jalan kaki atau guna ski/snowboard


Inilah dia Hiro ytang banyak tolong kami semasa di Ryuoo Ski Resort nih

Si-Hiro pun mai sekali sebab dia boleh translate apa2 yang instructor kata pada hasben akak nanti. 


Kat atas bukit suasana macam mendung sekali dengan snow shower & angin. Menurut Hiro hari ini cuaca lagi sejuk. -7 celcius. Ohhh tu dia aihhh



DI suatu kawasan ada tempat untuk orang snowboarding. Satu tempat lain untuk orang main ski. Tapi dorang nih semua dah expert siap boleh lentuk2 dan lengok2 badan ke kiri ke kanan guna snowboard atau ski. Untuk yang baru nak belajar kena pi main jauh2 sket.


Salah sorang dalam group tu ialah hasben akak yang berangan sangat nak jadi atlit Malaysia pertama masuk dalam Winter Olympic akan datang


Sampai di suatu tempat ada satu group tourist dengan ski instructor yang akan beri tunjuk ajar macam mana nak berski. Hasben akak pun join sama dorang nih bersama. 



Mula2 dia ajar yang basic jerlah macam mana nak melangkah ke hadapan dengan menggunakan ski dan poles. Kemudian tunjuk macam mana nak slow down dan stop bila tengah menggelunsur ke hadapan. Bila nampak macam paham...dia suruh try. Baru maju ke depan sikit dah jatuh ke kanan, bangun try lagi jatuh terduduk pulak. Adalah dalam 10 minit akak dok tercegat kat situ. Boring betul...dah lah sejuk melampau.

Si-Hiro bagitau kat atas bukit sikit lagi ada satu khemah sebagai rest area kalau2 akak nak lindung diri dari kesejukan. Memang nak sangat2  lah. Ski lesson nih dalam satu jam macam tu. So sementara tu bolehlah lepak2 kat atas tu.



Macam tadi gak lah mula2 kena naik guna travelator nih terlebih dahulu, Kemudian dia kata suruh cari satu black dog



Okay tu dia pun dari jauh dah boleh nampak. Khemah yang berbentuk macam anjing. Snow shower semakin lebat waktu nih, tapi belum sampai tahap blizzard lagi nih. Menggigil tangan kaki semua




Dalam khemah yang tak beberapa luas nih ada TV & video, vending machine, buku2 dan yang paling penting sekali ... heater. Masa dalam khemah nih ada satu Minah Salleh tengah layan anak kecik dia menonton citer katun. Husband dia dan kawan2 dia pi main ski...naik gondola ke tempat yang lagi tinggi ke atas bukit. 


Lebih kurang dalam pukul 3.00pm akak balik semula ke tempat hasben akak belajaq main ski tadi. Masih terkial2 lagi nak balance kan badan. Lagi banyak jatuh daripada berski. Tapi salji di sini tebal dan jenis powdery. Ini yang sangat2 dicari oleh penggemar ski. Kalau jatuh pun tak sakit, nak manoeuvre ski atau snowboard pun senang...tapi bagi orang yang macam kami yang tak reti ski nih bukan boleh manoeuvre pun, lebih banyak spend masa tergolek atas salji ajer. 


Shuttle bus yang akan ambik kami balik ke Yudanaka dijadualkan mai pada pukul 4.00pm so sementara tu kami pi lah singgah di Subway Restaurant untuk isi perut. Sebelum ke sini pagi tadi pun kami dah bawak bekal peanut butter sandwich, jadi makan di Subway nih kira2nya sebagai lunch lah.



Yang atas nih set akak. Shrimp and avocado. Sedaplah makan sejuk2 nih. Tapi yang bestnya di Ryuoo Ski Resort nih ada free wifi with very strong signal. Kalau nak tenguk youtube senang2 jer tanpa tersekat2. Bahkan di Yudanaka Station pun sama. Pada hal bukanlah station besaq mana pun. Yang sedihnya di KLIA 2 free wifi reception merangkak2 kalau nak send gambaq melalui whatsapp.


Selain Subway di luar main bangunan ini ada juga orang jual kebab di atas van. Tapi bukan jenis yang halal lah.



Semakin petang semakin brutal pulak cuaca di sini. Salji yang turun bertambah lebat dicampur dengan angin kencang. Tapi tepat pada pukul 4.00pm bas yang kami tunggu pun sampai. Baguih betul lah dorang nih...ada penumpang atau tak ada penumpang bas akan mai tepat pada masa yang ditetapkan.


Perjalanan balik ke Yudanaka Station dicampur dengan hujan renyai2 sepanjang jalan. Aduhh lagi sejuk menggigil lah jawabnya. Walau macam mana pun kami enjoy jugak lah pi ke Ryuoo Ski Park nih. Kami nak expect lebih2 pun tak boleh jugak sebab inilah pengalaman dan percubaan pertama nak berski - sukan orang2 mewah. Tapi yang penting pengalaman yang tak perlu keluaq duit dengan banyak.

Bersambung : Next - Back to Tokyo 

11 comments:

  1. wah murah betul kos nk sewa peralatan ski tu semua...ada kena byr fee tak untuk instructor tu?

    ReplyDelete
  2. Tak daq fee apa pun. Tapi sewa pakaian tu cuma jacket & pants ajer. Sebab kami dah tenguk brochure di Teine Resort di Sapporo, sewa pakaian termasuk sekali dengan helmet, goggle dan gloves. Actually pun kita tak pakai pun 3 benda nih kan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..!! Blog ini banyak membantu saya sebab saya nak pergi Ryuoo Ski Park tahun depan tengah bulan empat.
    Nak tahu minggu ke tiga bulan empat masih boleh main snow mobiling and snow rafting?

    terima kasih
    ms Chiew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually if you take a look at it's website : http://www.snowjapan.com/japan-ski-resorts/nagano/yamanouchi/ryuoo-ski-park
      This resort is pretty much alive until early May.
      Tapi saya tak beberapa sure. Kalau mcm Gala Yuzawa, mmg winter activities diteruskan sehingga awal bulan May. Tapi di beberapa tempat di Hakuba until April saja.

      Delete
  4. Salam, akk. saya akan ke ryuoo ski park pada 6 march 2017, soalan saya, kalau saya ikut itinerary nad activity yg akk buat, perlukah saya beli ski pass? btw, xprefer la nak main ski sgt, cuma nak cuba2 aje. but I would love to naik lift utk tgk scenery. thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Waktu akak pi tahun lepas, semasa di Spicy Rental (refer gambaq di atas) kami ada berjumpa dgn satu family dari Thailand. Dorang pun first time nak cuba2 main ski. Husband dia muka sebijik mcm Chef Wan hahaha. Dorang pun anak beranak tengah pilih ski wear dan boots yg sesuai utk pi main ski.

      Lepas husband akak dah siap2 pilih peralatan semua, Hiro - Japanese yg bawak kami ke tempat utk bermain ski. Tak jauh dari resort tu. Oleh kerana husband akak nak belajar cara2 main ski so dia mintak Hiro tu cari instructor. Mat Salleh yg jadi instructor pada hari tu on leave, jadi digantikan oleh satu Japanese. Adalah kurang dari sejam belajar main ski husband akak dah give up kerana memanjang jatuh berdebuk. Masa kami nak turun berselisih dgn keluarga "Chef Wan" dari Thailand tadi. Dia tak guna instructor tapi cuma jalan kaki ke atas sikit dari tempat yg husband akak belajar main ski tu.

      Hmmm panjang sikit cerita, yg akak nak sampaikan ialah kalau awak dah sampai ke Ryuoo Ski Park tu kalau setakat nak cuba2 main ski awak boleh cuba terus pi ke Spicy Rental tu. Dorang akak kira ikut jam. Jangan
      lepaskan peluang utk saja2 main ski kat situ kerana kos sewa dia antara yg termurah sebab Ryuoo Ski Park ini bukan tumpuan tourist spt Shiga Kogen atau Hakuba.

      Ski Pass ini sebenarnya mahal tau dan cuma orang yg ada peralatan ski saja dibenarkan naik. Ski Pass biasanya dikira ikut half day atau full day. Rugi pulak kalau awak beli half day tapi tak guna sepenuhnya. Akak suggest kalau awak nak main ski awak buat mcm "Chef Wan" dan family dia tu, cari tempat yg tak ramai orang utk try main2 ski. Kat atas tu pun mcm yg akak pernah cerita ada tempat rehat, bolehlah kalau nak lepak2 dan makan2 sambil tenguk TV kat situ.

      P/S : Awak mesti ambik perhatian time table bas dari Yudanaka Station ke Ryuoo Ski Park. Bas cuma ada waktu pagi dan petang saja. Maknanya dorang expect orang yg pi Ryuoo Ski Park ini utk ke sana pada pagi hari dan balik pada petang hari. Jadi kalau awak prepare itinerary kena letakkan Ryuoo Ski Park ini utk one day affair

      Delete
    2. Terima Kasih diatas penerangan tersebut. Plan saya; Tokyo-Nagano-Yudanaka (Willer Xpress) - Return. Expected sampai Yudanaka Stn pagi. Simpan luggage kat hotel dan terus ke Ryuoo Ski Park maybe sampai petang (Terima Kasih sebab ingatkan pasal shuttle timetable tu :) saya memang lupa langsung bab tu dah( Bermalam di Shibu Onsen dan akan ke Snow Monkey Park pada keesokan, sebelum pulang ke Tokyo (cuma agak risau bab makanan kat sana. Kalau akak ada suggestion untuk cari makanan halal kat Yudanaka/nagano nanti share tau :)

      Terima Kasih

      Delete
    3. Utk makanan halal di Nagano area awak boleh refer : www.go-nagano.net/downloads/muslimGuidebook.pdf
      Tempat yg boleh dicapai mengikut itinerary awak adalah Enza Cafe https://www.halalgourmet.jp/restaurant/286
      Kalau awak baca Muslim Guide Book dari link di atas Enza Cafe ini ada halal certification.

      Lokasinya adalah sebelum pintu gerbang ke Snow Monkey Park. Dalam blog akak pun akak ada cerita yg akak pi ke tempat ini. Di sini pun ada free wifi. Selain tu, di Ryuoo Snow Park awak boleh pilih utk makan di Subway restaurant dgn memilih makanan spt tuna sandwich. Agak susah sikit makanan halal di sini, so better be prepared.

      Delete
  5. Great! Thank you :)

    ReplyDelete
  6. Berapa jam dr bandar tokyo nk ke sini.. Nk cari tempat ski yg plaing dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kalau awak naik Willer Express Bus dari Tokyo (Shinjuku) ke Nagano akan ambik masa lebih kurang 4 setengah jam. Manakala kalau awak naik Shinkansen (bullet train) dari Ueno ke Nagano akan ambik masa lebih kurang 1 setengah jam.

      Kemudian apabila tiba di Nagano Station ke Yudanaka Station jika awak naik limited express akan ambik masa dalam 45 minit. Yudanaka Station ini adalah train/bus station, dan merupakan tempat utk mendapatkan free shuttle bus ke Ryuoo Ski Park.

      p/s : Kalau berminat nak ke Ryuoo Ski Park ada baiknya awak check kat counter di Yudanaka Station time table waktu perjalanan free shuttle bus sebab biasanya bus service cuma ada pada waktu pagi dan petang sahaja.

      Delete