Monday, 9 March 2015

Day 4 - Back To Tokyo


Day 4 Itinerary

* Check out from Senshinkan Matsuya
* Go to Yudanaka Station
* buy Nagano Electric Railway ticket (Nagano Dentetsu line)
* Yudanaka Station --[45 min @ Y1230]--> Nagano Station

* 07:17 ---> 08:13 Regular **
* 07:45 ---> 09:00 Regular 
* 08:20 ---> 09:24 Regular
* 09:02 ---> 10:14 Regular
* 09:34 ---> 10:39 Express
* 10:11 ---> 10:56 Express 
* 11:58 ---> 12:44 Express

+++++ OPTION 1 : Taking Willer Express Bus +++++

* Go to Nagano Station East Exit (Original ARE Bus Terminal)
* Nagano East Exit (09:40PM) ---[4 1/2 Hour]---> Shinjuku West Exit (14:00PM)

* From Shinjuku Station(JR) take Yamanote Line to Akihabara
  Shinjuku (JR) ---[19 min @ Y170]--->Akihabara
* At Akihabara St find Central Exit or Showa-Dori Exit to go to Yodobashi Camera 
* Store luggage in Akihabara Station
* Explore Akihabara "Electric Town"
* From Akihabara St take Yamanote line to Ueno St
  Akihabara St---[4 min @ Y140]--->Ueno St
* In Ueno St take Tokyo Metro Ginza Line to Inarichio
   Ueno St--[2 min @ Y170]--->Inarichio St
* Walk to Oak Hotel
* Check in for 1 night @ Y8200 

Estimated Total For Today (OPTION 1)  = Y 5,810/RM174 per pax



Hari ini adalah hari untuk ucap sayonara kepada Nagano, kerana hari ini kami akan kembali ke Tokyo en route to Sapporo. Sebelum tu kelmarin waktu kami balik dari Ryuoo Ski Park kami dah mintak tolong Tomomi untuk print flight conformation tiket kami ke Sapporo pada hari lusa. Sebab kami menaiki Jetstar kami cuma dibenarkan buat web check in 48 hours sebelum berangkat. Hmmm ... lebih kurang macam Malindo Air lah.

Kami juga ada bagitau Tomomi bahawa keesukan harinya kami nak check out dan nak minta dia hantaq kami ke Yudanaka Station kerana bas kami ke Tokyo bertolak pada pukul 9.40am. Mula2 tu dia tanya pukul berapa kami nak pi, kami bagitau lah kat dia kalau boleh kami nak naik train yang pukul 7.17am, pastu dia suggest kami ambik train yang pukul 7.45am.Lagi pun perjalanan dari Yudanaka ke Nagano mengambil masa dalam 1 jam.

Oleh kerana kami dah mintak tolong orang untuk hantaq kami tak mau lah banyak songeh. 7.45am pun okay dah. Lepas dah salam dan ucap terima kasih kami pun dihantar oleh Tomomi ke Yudanaka Station


 
Ticket machine in Yudanaka Station


Dengan tiket keretapi berharga Y1160 seorang, kami bertolak tepat pada 7.45am waktu yang ditetapkan. Morning ride tak ramai sangat kecuali budak sekolah dan orang yang nak pi kerja. Masuk sahaja dalam train akak dah ambik posisi untuk melelapkan mata tanpa peduli penumpang2 lain. Hasben akak pulak pakai ipod head set.


Goodbye Yudanaka, Hello Yudanaka, what a way to screw up your morning

Apabila sampai di Shinshu Nakano,train berhenti dalam 10 minit ramai penumpang yang turun dan ada jugak yang naik. Kemudian train bergerak semula. Tapi kali ini bukan ke hadapan tapi kembali gostan ke belakang. Ahh sudah. Kami berdua jadi terpinga2 ... awat jadi lagu nih ekk. Akhirnya train kembali ke Yudanaka. Kami pi lah bertanya dengan officer di situ. Train to Nagano, This train go to Nagano. Beberapa kali jugak lah kita tanya, baru dia dapat tangkap. Dia pun masuk dalam office dia dan beri time table perjalanan train dari Yudanaka ke Nagano kepada kami.



Cehh patutlah silap. Train yang kami naik nih ialah local train. Dia akan stop di Shinshu Nakano untuk kita transfer dengan satu lagi train yang akan ke Nagano. Train yang kami naik pada hari pertama sebelum ini pulak adalah Limited Express perjalanannya memang direct, tapi ada jugak yang kena tukaq di Shinsu Nakano.

Masa nih kepala tengah dok berpikir dengan laju apa nak buat seterusnya. Macam mana dengan tiket Willer Express kami dari Nagano ke Tokyo pada pukul 9.40am nanti. Officer kat situ suruh kami naik local train yang akan bertolak pada pukul 9.02am.

Belek semula pada jadual, kalau local train yang 9.02am nih maknanya kami akan sampai di Nagano pada pukul 10.14am. Dan secara otomatik jugak tiket Willer Bus kami ke Tokyo hangus macam tu ajer. 




Bila kami board local train pada pukul 9.02am tu, sebelum bertolak memang ada announcement dalam Japanese dan English bahawa penumpang yang ingin ke Nagano perlu transfer di Shinshu Nakano. Nih Tomomi punya pasal lah ni kata hasben akak. Laaa awat pulak ? Kalau dia hantaq kita awai untuk naik train yang pukul 7.17am at least kita boleh sedaq silap kita dan ada masa untuk naik Willer Bus. Hmmm menyampah nak dengaq.

Tapi nasib baik jugak tiket Willer Bus yang kami booked online tu cuma Y1500 (RM90) seorang saja. Okay la nih apa nak buat. Kalau nak beli tiket bus memang susah nak dapat on the spot. Satu option lain sepertu dalam itinerary kami ialah untuk naik Shinkansen Asama dari Nagano ke Tokyo.

Di Shinsu-Nakano local train ini stop dan kami kena naik tangga ke overhead bridge dan ke platform di seberang satu lagi. Train yang nak ke Nagano memang dah ready untuk boarding. Sememangnaya dorang dah buat timing untuk train dari Yudanaka ke Shinsu-Nakano dan juga train dari Shinshu-Nakano ke Nagano tu pada selisih masa yang hampir sama supaya penumpang tak payah tunggu lama.

Sampai di Nagano, kami terus pi ke JR Office untuk beli tiket Shinkansen Nagano-Tokyo berharga Y8000 (RM240) seorang. Hmm melayang RM480 tak pasal2. Ini juga adalah alasan mengapa kami takut untuk travel terus dari Nagano ke Narita dan kemudian ke Sapporo. 

Kadang2 walau pun kita dah buat perancangan dengan rapi dan teliti, jika ada aral melintang seperti faktor cuaca, kelewatan, kecuaian sendiri dll boleh menyebab lebih parah dari apa yang jadi pada kami ini. Sebab benda2 macam nih ada domino effect. Hanya kerana terlepas train boleh menjadikan kita terlepas connecting flight, hotel yang dah siap2 kita booked dan itinerary untuk hari2 akan datang. Boleh rosak semua program bercuti


Sempat beli hot cocoa dari vending machine di Nagano makan bersama biskut yang kami bawa


Terpenuh juga impian untuk naik shinkansen di Japan walau RM480 melayang


Perjalanan dengan Shinkansen Asama mengambil masa cuma satu setengah jam. Tiba di Tokyo dalam pukul 1pm kami bertolak pulak ke Akihabara mengguna Yamanote Line. La nih dah cekap sket dengan penngunaan Metro dan JR Train di Tokyo. Masuk train station pun tak daq dah terpinga2 cari jalan tak jumpa.

Tujuan kami ke Akihabara adalah kerana anak akak suruh cari untuk dia headphone. Lagi pun masa kami mai sebelum nih pun tak sempat nak singgah Electric Town ini. Ketika ini waktu pun masih awal, kalau nak check ini hotel pun belum masanya pun. Jadi bolehlah kami ronda2 untuk kill time di Akihabara.



Sebelum jalan meredah kedai di Akihabara Station nih kami bubuh dulu bag pack kami dalam locker. Cari locker yang Y500 sumbat dua terus kat dalam, cuma bawak satu bag pack yang kecik untuk jalan2. Baru lega sikit.




Tempat yang mula2 kami tuju ialah Yodabashi-Akiba. Tak jauh pun. Cuma seberang jalan dari Akihabara Station. Kalau tak silap kedai ini ada 8 tingkat. Tingkat paling bawah jual semua benda phone-related, smart devices dan PC. iPhone 6 dan juga lain2 keluaran Apple memang menjadi top seller di Japan.

Kalau brand lain macam Samsung atau Sony tak berapa banyak sangat. Smart phone dari China langsung tak daq di sini. Agak2 kalau pakai China brand kira lekeh abis di negara nih.





Kami redah sampai tingkat paling atas sambil belek tah hapa2 yang ada di sini. Sampaikan barang2 kosmetik, kain langsir pun ada jual di Yodabashi-Akiba ini.




Akak nih bukan reti pun pasal headphone semua nih. Kami pi tu pun snap gambaq banyak2 kemudian whatsapp pada dia. Tanya mana yang dia berkenan. Tapi kan macam gambaq atas nih Audio-Technica brand model S500 di Yodabashi-Akiba cuma Y3200 (RM96) tapi di Malaysia bila akak google tenguk dalam internet ... harga dia RM218 ( http://jaben.com.my/shopping2/ATH-S500/ )



Untuk Audio-Technica model S300 pulak di Malaysia harga di lelong.com boleh dapat dalam RM145 tapi di sini baru Y2240 (RM67) sahaja. Agak2 kalau borong banyak2 di sini kemudian buat bisnes online di Malaysia boleh buat duit kot.


Ada jugak brand lain macam TDK, Sony, Koss, Sennheiser dll, tapi tu lah macam kata tadi kami nih buta pasal benda2 macam nih. Pada masa nih memang tak beli lagi cuma tugas hari ini untuk ambik gambaq sahaja. Nanti di hari terakhir sekembali dari Sapporo kami akan mai semula ke Akihabara ini. Sebab masa tu flight ke Kuala Lumpur dari Haneda dalam pukul 11.30pm jadi ada banyak untuk explore tempat2 seperti ini pelan2.



Dalam pukul 3.30pm kami mula melangkah kaki kembali ke Akihabara Station untuk pi ke Inarichio Station. Tersesat juga mula2 tu nak cari Oak Hotel ini sebab kedudukan dia terselit di celah2 satu lorong dari jalan utama.

Tiba di meja reception terus tunjuk pasport untuk check-in. Senang jugak buat reservation dengan Booking.com, tapi on a safe side amat2 perlu untuk reconfirm melalui email reservation sekali lagi seminggu atau 2 minggu sebelum check in.




Kami book bilik kecik ajer, Y8200 (RM245) per night. Tujuan kami pilih hotel ini adalah kerana lokasinya yang hampir dengan train Skyliner di Ueno, yang kami akan naik pada hari esuk ke Narita Airport. At least pagi besuk tak lah tergopoh gapah nak ke airport. 



Oh yer. dalam sebulan lebih sebelum berlepas, kami dah buat booking untuk pocket wifi bagi penggunaan sewaktu bercuti di Jepun. Pada mula tu teragak2 berapa lama nak sewa pocket wifi nih. Kalau kami mula sewa pada hari pertama iaitu hari kami mendarat di Haneda, rasa macam rugi pulak sebab kami sampai pun dalam pukul 11.00pm dah pasti rugi satu hari kat situ. 

Kalau nak collect di Nagano pun macam membazir pulak. Kami dijangka sampai di Senshinkan Matsuya dalam pukul 3pm, kemudian nak ke Monkey Park, esuknya nak main ski...jadi bila pikiaq2 balik..bila masa nak pakai pocket wifi ini. Kalau kata nak guna untuk GPS map pun, tempat yang kami nak pi tak memerlukan location map dan penunjuk jalan.
Akhirnya kami cadang untuk sewa selama 4 hari - 1 hari semasa di Tokyo dan 3 hari lagi di Sapporo nanti.


Pocket Wifi yang kami sewa adalah dari Global Advanced Communications. Sewa untuk 4 hari berjumlah Y3480 (RM105). Lagi seminggu sebelum berlepas kami dah siap2 berhubung dengan Oak Hotel untuk bagitau dorang yang kami ada memesan pocket wifi dan ready to be collected sewaktu kami check in. Dan memang betul pun, semasa kami check ini receptionist tu dah siap sedia dengan satu envelope besaq berisi pocket wifi.

Hari ini jugak adalah hari pertama sejak mendarat di bumi Jepun nih kami dapat menjamah nasi. Okay jugaklah Oak Hotel ini ada kitchen (walau pun teramat kecik) berserta microwave oven. Dah siap reheat akak bawak naik nasik dan lauk sardin dan sambal sotong ke bilik.untuk dimakan. Malam nih kami tidoq awal kerana besuk itinerary kami adalah full day dari pagi sehingga ke malam.

No comments:

Post a Comment