Thursday, 12 March 2015

Day 5 - Part 1 Narita to Shin-Chitose, Sapporo


Day 5 Itinerary

* Check out from Oak Hotel Ueno
* Walk to Inaricho Station
* From Inaricho take Ginza Line to Ueno
   Inaricho-- [1 min Y170]-->Ueno 

* In Ueno Station go to Keisei Ueno Information Center 
* Buy Skyliner to Narita @ Y2470 per pax

  10:00AM---> 10:41AM   
  10:40AM ---> 11:21AM **
  11:00AM ---> 11:41AM 
  11:40AM ---> 12:21PM 
  
* Go to Jetstar Airline counter for check-in 
  Narita     (NRT) 12:55PM
  Sapporo (CTS)  14:40PM

* In New Chitose Airport go to JR Information Desk 8:30 - 19:00
* Buy Sapporo-Otaru Welcome Pass @ Y1530

* Take JR Rapid to Sapporo (JR) Station
  New Chitose Airport---[37 min @ Y1070]---> Sapporo (JR)
* Walk to Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi
* Check in at Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi for 3 nights @ Y19,872/RM606

* Go to Mount Moiwa
* From Sapporo Station(Subway) take Sapporo City Nanboku Line to Susukino
  Sapporo (subway)==[3 min @ Y200]==>Susukino
* At Susukino take streetcar to Ropeway Iriguchi
  Susukino==[25 min @ Y170]==>Ropeway Iriguchi

 ++ Moiwa Sanroku / Ropeway station
    Hours     : 11:00 to 21:00 (December to March)
    Closed    : The first two weeks of April
    Admission : Y1700 per pax (roundtrip for ropeway and mini cable car)
                

 ++ Getting Back
    Cross the road and take Suskino bound street car

Estimated Total For Today = Y27,552/RM827



Hari ke 5, awal2 sebelum pukul 5 pagi kami dah bangun. Masuk Subuh di Tokyo dianggarkan dalam pukul 5.15am. Hasben akak sibuk tenguk FA Cup streaming dari laptop. Oak Hotel ini wifi connection dia teramat laju, gambaq live streaming tak sangkut2 langsung. 

Kami dah siap charged overnight pocket wifi yang kami sewa. Tapi bila cuba on kan tak boleh connect dengan ipad atau phone kami. Baca balik manual yang dorang kirim. Diarah untuk reset jika tak boleh connect. Dua tiga kali buat baru boleh. Hah baru senang sikit.

Flight kami menggunakan Jetstar ke Sapporo bertolak pada pukul 12.55pm. So kami target nak berada di Narita dalam pukul 11am. Untuk ke Narita Airport pulak kami dah putuskan untuk guna Skyliner, lebih kurang macam bullet train jugak. Dan untuk menaiki Skyliner nih cuma di dua station sahaja - Ueno atau Nippori. Tak syak lagi , itulah salah satu sebab mengapa kami pilih untuk menginap di Oak Hotel dalam area Ueno, supaya senang untuk ke Narita. Tak payah pening2 kepala dan sakit2 badan usung beg.



Lebih kurang pukul 9.00am kami dah check out dari Oak Hotel menuju ke Inaricho Station yang berdekatan. Kemudian dengan Metro Ginza Line kami ke Ueno. Di Ueno Station untuk menaiki Skyliner nih tak susah pun. Di ground floor di mana terletaknya Hard Rock Cafe  (bertentang dengan JR Station Office) ada satu pintu keluar ke sebelah kiri. Hala ke situ dan ready untuk menyeberang jalan. 

Semasa nak melintas tu dari jauh dah boleh nampak papan tanda Keisei Skyliner. dan kalau ke kiri sikit lagi adalah pintu gerbang ke Ameyokocho 


Tiket sehala Skyliner dari Ueno ke Narita berharga Y2470 (RM74). Tapi kalau kita pi ke website Skyliner itu sendiri di http://www.keisei.co.jp/keisei/tetudou/skyliner/us/ boleh dapat special discount ticket dengan harga Y2200 (RM66) seorang. Tapi booking kena buat online dengan mengguna credit card. Hasben akak dah try sebeum kami berangkat untuk buat online reservation. 



Tapi tiap2 kali buat tiap2 kali jadi error. Seboleh2 sampai tujuh lapan kali dia try kerana nak save RM8 haha. Takut2 nanti ada debit transaction record dalam credit card hasben akak tulis email pada Keisei Skyliner. Tak jawap pun. Tetapi masa kami dah 2 hari di Japan baru dorang balas :






Kami menaiki Skyliner dari Ueno pada pukul 10am. Perjalanan mengambil masa 41 minit ke Narita Terminal 2. Berita terbaru, flight domestik (dalam negeri) untuk Jetstar dan Vanilla Air akan berpindah ke Terminal 3 (terminal baru ) mulai 8 April 2015. Manakala AirAsia X dan Mas masih tetap di Terminal 2 di Narita ini.



Laju jugak Skyliner nih...max speed dalam 159 kph



Tapi dari pemerhatian kami, Narita Terminal 2 nih tidaklah memeningkan kepala untuk mencari departure lobby bagi mana2 airline. Oleh kerana banyak masa sebelum nak boarding kami pun pi lah meronda2 kat Narita Airport nih.


Memang banyak kedai2 yang menjual omiyage [souvenirs] di sini. Ada jugak terpandang Ginza Sembikiya macam gambaq di bawah. Sebelum pi Japan ada sorang kawan akak bagitau kalau sampai Sapporo jangan lupa try melon yang terdapat di sana. Rasanya lain dari yang lain. Dan Ginza Sembikiya ini adalah satu2nya fruit specialty store. Barangan yang dijual kebanyakannya adalah yang berkaitan dengan buah2an. 



Macam gambaq pattisserie yang berharga Y1620 di atas, ia sebenarnya diperbuat dengan mengguna bahan seperti Fuji apples dari Jepun lalu dibentuk menjadi seperti kek lapis. Tapi teknik membuatnya seperti membuat kek baumkuchen yang berasal dari German di mana kek lapis ini di adun menggunakan mesin khas. Nampak menggoda sungguh tapi kami tak beli pun.


 Free Wifi di Narita nih memang terbaik, senang saja nak connect dan connection nya pulak untuk upload dan download teramat mudah dan cepat.


waiting for a shuttle bus to ferry us to the plane

Untuk flight Jetstar ini kami cuma beli 15kg checking in luggage sahaja khasnya barang2 makanan, yang lain2 bawak naik hand carry. Sekali semasa nak check in luggage kami yang ditimbang beratnya 17kg. Ingatkan melayang duit nak kena bayaq excess luggage. Sekali officer pompuan kat situ bagitau this time we won't charge you, but next time excess luggage you have to pay. Hmmm nasib baik lagi.

Flight kami pada hari ini memang full house. Kebanyakannya Mat Salleh dari Australia. Depa nih mai ke Sapporo untuk bercuti musim sejuk dan main ski kerana Australia pada ketika nih adalah musim panas. Waktu collect luggage di Sapporo pun dorang siap pikul semua peralatan ski atau snowboarding...sanggup tu.
Dalam pukul 2.45pm kami selamat sampai di New Chitose Airport, di Sapporo. Keadaan di luar memang memutih dengan salji. Boleh dikatakan masa ini cuaca amat baik. Biasanya kalau di permulaan winter season waktu salji turun mencurah2, banyak flight yang jadi delay atau cancel. Inilah sebab mengapa kami tak berani nak travel terus dari Nagano ke Narita, kalau salah2 hemat kerana ada blizzard atau snow storm tergendala habis rancangan dan boleh jadi rugi pada hotel dan flight yang kami dah booking.

Tempat yang mula2 kami tuju di New Chitose Airport ini adalah JR Information Desk. Kedudukannya ialah di tingkat pertama lapangan terbang ini. Tujuan kami ke sini untuk membeli Sapporo-Otaru Welcome Pass. Harga pass ini ialah Y1530 (RM46). Dengaq cerita bermula 1st April 2015 harganya naik kepada Y1700 (RM51).


JR Information Desk di New Chitose ini, kalau sapa2 berhajat nak pi baik lah selepas collect luggage cepat2 terus ke sini. Sebabnya bila kita masuk dalam pejabat JR nih kena ambik nombor macam di bank. Dalam gambaq atas baru nombor 119. Nombor kami 134...mak aihh punyalah lama nak berdiri untuk beratur. Satu orang yang berurusan makan masa 10-15 minit. JR Information desk nih pun ada di Sapporo Station di West Exit tapi di sana lagi ramai orang. 

Di JR Information Desk ini kita bukan sahaja boleh beli Sapporo-Otaru Welcome Pass sahaja, tapi boleh juga kalau nak beli Hokkaido Rail pass, activate JR Pass Rail Pass atau beli Kitaca Pass. 



Kitaca card nih sama fungsinya macam Pasmo atau Suica card yang ada di Tokyo iaitu untuk digunakan pada JR train, metro, bas dan masa membeli barang. Jadi kalau dah ada Pasmo atau Suica tak payah buang2 duit nak beli Kitaca card, sebab kedua2nya pun boleh digunakan di Sapporo.

Dalam Sapporo-Otaru Welcome Pass ini ada 2 tiket :

1.) Tiket JR Train ke Otaru - sah untuk satu hari sahaja
2.) Tiket Metro dalam Sapporo - sah untuk satu hari sahaja

Apabila kita ke JR Information Desk untuk membeli Sapporo-Otaru Welcome Pass mula2 dorang akan tanya bila kita bercadang nak guna kedua2 tiket ini. Kita boleh guna kedua2 tiket ini pada hari yang berlainan tapi untuk JR Train ke Otaru dorang nak tau exact day kita nak ke Otaru sebab nanti di tiket akan siap2 print tarikh kita nak ke sana. 

Untuk tiket Metro pass tu pulak kita boleh guna bila2 masa (tidak ada exact date) tapi ianya mula activate atau sah pada hari kita mula gunakan di Metro station di Sapporo. Maknanya dalam satu hari tu pakai lah sampai lebam turun naik metro dalam area Sapporo dengan pass ini, semuanya percuma.

Dan sebelum kita melangkah keluar untuk naik JR train ke Sapporo, kita boleh juga beli tiket di Information Desk nih, senanglah tak payah susah2 nak beli di vending machine.

11 comments:

  1. memang by air option terbaik nak ke sapporo kan kak?dalam sehari sure banyak flight ke sana..jenuh gak kalau naik train entah berapa jam baru sampai agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap dari masa kami nak buat booking dulu yang paling murah ialah dgn Vanilla Air dari Narita tapi Vanilla Air nih dalam satu hari flight dia tak banyak. Jetstar memang banyak dari pagi sampai malam ada flight. Tapi dua2 nih kena buat booking sekurang2nya 3 bulan sebelum tarikh berlepas. Dari Haneda pun ada mcm Skymark, ANA ... tapi harga mahal kalau nak compare dgn Jetstar & Vanilla Air.

      Delete
  2. Salam kak, best and detail la info2 akak bg ni. Actually, bulan 2 tahun depan nak pegi Sapporo. So, search2 info jumpa blog akak.
    Nak tanya, TIKET METRO DALAM SAPPORO tu boleh guna untuk JR train ke Sapporo Station tak? Or dia kena beli tiket asing? and kalau boleh nak tau harga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Dalam Sapporo Train Network tu ada 2 line utama, JR line dan Metro line. Awak boleh refer pada image ini : http://hokkaidoguide.com/general/maps/saptrmap_enlarge.php

      Metro Line nih terbahagai kpd 3 iaitu : Tozai Line, Toho Line dan Nanboku Line
      Metro line digunakan utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dlm bandar Sapporo sahaja.
      Manakala JR line pulak digunakan utk bergerak dari satu bandar besar dlm Hokkaido.

      Jadi, kalau awak nak pi dari airport (New Chitose) ke Sapporo, atau dari Sapporo ke Otaru, maka awak mesti beli tiket dari JR line. Beli ajer dari vending machine - ada instruction dlm English. Kalau awak ada Suica card atau Pasmo card boleh juga digunakan di JR line dan Metro di Sapporo. Biasanya Suica atau Pasmo card ini dijual di Tokyo, tapi kalau awak mai terus dari KL ke Sapporo, awak boleh beli Kitaca Card yg mana function dia sama mcm Suica dan Pasmo. Boleh beli di vending machine http://www2.jrhokkaido.co.jp/global/english/kitaca/p02.html

      Tapi mcm akak semasa di sana, akak beli terus dari vending machine setiap kali nak pi mana2, walau akak ada Suica card akak lebih selesa beli single ticket tiap2 kali nak berjalan. Utk harga tiket awak boleh refer di http://www.hyperdia.com/
      Contohnya kalau akak nak pi Miyanosawa Station. Akak stayed dlm area Sapporo, so di Sapporo Station akak pi ke metro line (jangan pulak pi JR line). Turun tangga ke bawah tanah utk cari line metro. Beli tiket ke Miyonasawa @ Y290. Dari Sapporo (metro) awak akan mula2 pi ke Odori. Di sini awak transfer dan cari pulak line ke Miyanosawa. Senangkan.

      Utk JR line pulak, kalau awak di Sapporo Station, JR line berada sama aras dgn ground floor. Awak boleh nampak lambang JR yg berwarna hijau, Beli tiket di vending machine sebelum melepasi turnstile dan masuk utk cari train awak, Tiket dari Sapporo Station ke Airport berharga Y1070 (unreserved seat)

      Tapi kalau awak pi ke Sapporo jangan lupa beli Sapporo-Otaru Welcome Pass @ Y1700. Sebelum guna awak mesti plan utk gunakan sepenuhnya pada satu hari. Tetapkan satu hari penuh utk berjalan di Sapporo dgn Pass ini. Awak boleh naik metro ke mana2 dlm Sapporo sampai lebam. Satu hari lain pulak awak boleh peruntukan Pass ini utk perjalanan pi balik ke Otaru dari Sapporo.

      Delete
  3. Salam. Kak, saya last minute plan ke Sapporo ni so agak messy dengan itinerary. Next week dah nak pergi tapi tak book n plan apa lagi.

    Sy konfius tentang sistem train kat sana. Macam banyak sangat je. Kalau ambil Hokkaido Rail pass, cover semua jenis train, subway dalam sapporo dan luar sapporo ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Laaa awat lah jadi lagu tu. Sepatutnya 2 bulan sebelum nak pi dah settle semua hotel dan itinerary.
      Okay, Hokkaido Rail Pass ini cover semua JR train dan JR bas dalam Hokkaido. Tapi utk subway dalam Sapporo HRP ini TIDAK cover.

      Jadi terpulang pada tempuh awak di Hokkaido. Jika awak cuti awak tidak lama dan cuma stay di Sapporo saja. akak suggest awak hanya beli Sapporo Otaru Welcome Pass. Dgn SOWP ini awak diberi 2 pass. Satu pass cover semua subway dalam Sapporo utk tempuh satu hari secara unlimited (boleh guna sampai lebam) dan satu pass
      lagi utk perjalanan dari Sapporo ke Otaru dlm tempuh satu hari. SOWP ini berharga Y1700 dan boleh dibeli di
      New Chitose Airport dan JR Office di Sapporo Station.

      Hokkaido Rail Pass ini pulak cover semua train dan bas di bawah syarikat JR. Pass ini ada bermacam2 samada 3 hari berturut2, 5 hari berturut2 atau 7 hari berturut2. Ada jugak yg 4 hari yg flexible di mana awak boleh guna dlm tempuh 10 hari.

      Kalau kata cuti awak di Sapporo cuma 6 hari dan awak decide utk beli HRP. Akak suggest awak cuma beli HRP yg 3 hari dan kemudian beli Kitaca Card. Kitaca Card ini sama mcm Pasmo atau Suica card yg digunakan di Tokyo. Atau lebih kurang mcm Touch & Go card yg membolehkan awak guna pada semua subway dlm Sapporo.

      Kemudian awak boleh decide utk membahagikan masa tempat2 yg awak nak pi. Hari pertama dan ke-2 awak boleh guna Kitaca card utk cover dan explore tempat dlm bandar Sapporo. Hari ke-3 awak dah boleh mula activate HRP awak utk jalan dan overnight misalnya ke Hakodate (perjalanan 5 jam), hari ke-4 ke Otaru dan hari ke-5 ke Asahikawa. Ini contoh ajer lah terpulang mana tempat yg awak nak pi.


      Delete
    2. Sebab last minute kak beli tiket. Baru balik dari China, then kawan ajak terjah Sapporo pulak winter ni. Hehe. Tu yang baru nak plan nye sbb cuma ada 2 minggu je nak siapkan. This Saturday kitorang InshaAllahh berangkat.

      Okey kak dah faham ttg kada semua tu. Kiranya, kalau naik subway bagai, still kena bayar la kan. Saya rasa sy beli HRP yg 5 hari kot. sbb 2 hari nak cover Sapporo saja then nak terjah Hakodate. Otaru, Furano. Ingat nak gi Asahikawa tp mount kurodake tutup pulak. Nak gi Wakkanai tapi cuaca pulak risau.

      Delete
    3. Ya kalau awak dah ada HRP pi mana2 dgn JR Train adalah percuma tapi perjalanan dgn subway dlm bandar Sapporo awak mesti beli tiket lain. Samada awak beli Kitaca Card atau awak beli tiket setiap kali nak guna subway. Macam akak aritu, akak first day saja guna Suica Card yg dibeli dari Tokyo, kemudian hari kedua dan ketiga semuanya beli di vending machine. Tak susah pun, ada instruction dlm English.

      Delete
  4. Assalamualaikum Puan... Klau tak beli SOWP, tiket JR dari sapporo ke otaru berapa yen?
    Jika saya dah beli SOWP di airport, dari airport ke Sapporo station kena ambil tiket lain ke? Dan berapa harganya?
    Di airport ada jual kitaca card tak?
    Harga teksi mahal ea dari airport ke sapporo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Okay cam nih. Nanti bila awak mendarat di New Chitose Airport, mula2 sekali awak pi ke JR Information Desk (spt mana yg saya buat). Di situ awak boleh beli SOWP, Kitaca Card dan juga single ticket dari airport ke Sapporo JR Station.

      Harga SOWP = Y1700
      Harga Kitaca Card = terpulang pada penggunaan biasanya seorang Y2000
      Harga Single Ticket = Y1070 (Y1590 berserta reserved seat)

      Awak mesti beli tiket lain (single ticket) utk perjalanan dari airport ke Sapporo JR Station.
      Sebaik2nya awak beli single ticket berserta reserved seat sebab spt yg saya alami tahun lepas, gerabak utk reserved seat cuma satu saja, yg lain2 kalau lambat masuk dalam train kena berdiri sepanjang jalan - jauh tu dalam 40 minit berdiri !

      Ketiga2 ticket dan pass di atas awak boleh beli di JR Information Desk. Masa saya pi last year saya cuma beli SOWP dan single ticket saja, manakala Kitaca Card saya tak beli sebab sudah ada Suica Card yg saya beli semasa di Tokyo.

      Peringatan : Jika awak ingin beli SOWP, pastikan semua family members atau kawan2 yg ikut travel sama turut serta pi ke JR Information Desk tu sebab semua mereka dikehendaki menunjukkan passport utk pembelian.

      Option lain ialahdgn menaiki bas dari airport ke Sapporo Station, awak boleh check di sini :
      http://www.new-chitose-airport.jp/en/access/bus/timebusc/
      Kalau tak silap harga sehala utk seorang dalam Y1500.

      Harga teksi pulak akan menelan belanja yg banyak lebih RM400 sehala.
      Jikalau awak mempunyai luggage yg banyak saya sarankan awak menaiki JR Train yg mempunyai reserved seat. Cuma pastikan awak beli di office JR Information desk dan bukan dari vending machine.

      Delete
  5. tq banyak2 puan. Penerangan yang cukup2 jelas.

    ReplyDelete