Sunday, 15 March 2015

Day 5 - Part 2 Mount Moiwa


Setelah dapat membeli Sapporo-Otaru Welcome Pass kami dah bersiap sedia untuk pi ke hotel kami di Sapporo untuk check in. Keluar sahaja dari pejabat Information Desk terus ke basement untuk mendapatkan JR Train.

Okay sebelum tu akak nak bagitau sikit pasal JR Train nih. Setiap satu jam ada 4 JR train yang berlepas dari New Chitose Airport ke Sapporo JR Station. Tiket harga biasa adalah Y1070 (RM32) manakala tiket untuk reserved seat pulak adalah Y1380 (RM31). Masalahnya kalau sapa2 yang beli tiket unreserved seat (Y1070) memang pastinya akan berdiri sepanjang perjalanan selama 37 minit itu. Next choice adalah untuk beli reserved seat (Y1380). Tapi untuk reserved seat ini agak limited. Waktu akak sampai dan waktu nak balik dengan menggunakan JR Train ini, cuma satu gerabak (coach number 4) sahaja yang dikhaskan untuk reserved seat.

Jadi macam mana dengan kami ? Hmm...nak wat cam mana lagi terpaksa berdirilah sepanjang 37 minit journey tu. Tapi bukan kami seorang saja...ramai terutamanya pelancung2 yang berdiri dalam keretapi bersama luggage yang dibawa. Kadang2 bila keretapi berhenti atau mula bergerak rasa nak jatuh pun ada gak haha

Bagi sapa2 yang turun di New Chitose Airport membawa anak2 kecil atau parents yang berumur dan kemudian nak ke Sapporo, akak suggest lebih baik menggunakan shuttle bus. Tak pasti pulak di mana tempat nak beli tiket di airport nih, tapi menurut reviews di Tripadvisor harga tiket bas hampir sama dengan harga unreserved seat JR Train, tapi sekurang2nya dijamin ada tempat duduk walaupun tempuh perjalanan agak lama sikit...dalam satu jam...cam tu.



JR train dari New Chitose Airport akan berhenti di Sapporo Station seperti dlm gambaq di atas. Untuk ke hotel kami, keluar sahaja di gate yang bertanda dengan icon keretapi berwarna biru di sebelah kiri terus tuju ke North Exit (1), jalan ke depan dan seberang jalan yang mempunyai traffic light (2). Ada satu 711 convenience store (3) di situ, dan jalan lagi ke hadapan dah jumpa Toyoko Inn (5). Tak sampai 10 minit pun berjalan. Ada juga kedai Lawson (6) tempat kami selalu beli snack berhampiran dengan hotel. Dan terdapat satu landmark (4) macam gambaq di bawah di seberang jalan. Sebenarnya itu adalah underground passage menuju ke subway di Sapporo Station.



Hotel yang kami booked di Sapporo untuk 3 malam ini bernama Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi. Reservation di hotel ini kami buat 4 bulan sebelum tarikh berlepas melalui Booking.com dengan harga Y19,872 (RM606). Boleh kata murahlah kan, sebab kalau nak banding dengan hotel2 di Tokyo, agak susah nak dapat hotel dengan bilik yang luas dan bayaran satu malam cuma dalam RM200 sahaja. Lagi pulak Hotel Toyoko Inn ini amat dekat dengan JR Station, kalau ada sapa2 yang bawak luggage besaq mudah untuk heret dari train station ke hotel.

Front entrance of Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi

Kurang dua bulan sebelum kami bertolak, bila kami check semula hotel ini semuanya dah fully booked. Bahkan kebanyakan hotel2 di Sapporo dalam anggaran purata RM300 semuanya sold out. Yang ada pun cuma yang 4 stars hotels dengan rate satu malam sekurang2nya RM700 !!

Hotel Toyoko Inn memang favourite di kalangan tour agency yang memabawa group holiday mereka. Sewaktu kami nak keluaq hotel untuk pi Odori ada satu group tourist yang baru sahaja sampai. Kebanyakan mereka nih adalah dari mainland China.

Hotel Toyoko Inn juga menyediakan free breakfast untuk semua guests. Tempat untuk buffet breakfast nih pulak di hadapan reception area seperti gambaq di atas. Kecik ajer tempat dia. Rasa2nya ada 4 atau 5 bijik meja. Pernah gak kami turun pada pagi hari kedua kami di sini. Menu ala biasa2 ajer yang terdiri dari Japanese food. Roti untuk toast pun ada tapi kami cuma minum kopi sebab terlampau ramai sangat orang...rimas perut pulak rasa,

Inilah bilik kami - double room. Semua complete, ada desk, hair dryer, TV jenis LCD screen, safety box, fridge dan coffee maker yang cinoni. Luggage pulak boleh sorong bawah katil jadi ada banyak space untuk solat dan bergerak.

 Di belakang katil yang berbentuk macam jam tu adalah thermometer. Malam pertama masa tidoq dalam bilik nih kami kebingungan dan terkial2 nak adjust aircon dalam bilik. Menu pada LED remote aircon tu semuanya dalam Japanese. Main belasah jer tekan sana sini. Kemudian dalam pukul 1am kami rasa kepanasan yang amat sangat. Sekali tenguk pada thermometer ... mak datok...31 celcius. Cehhh macam cuaca tengah hari kat Malaysia lah pulak. Bukak lampu bilik tekan lagi remote tu akhirnya baru dapat bacaan Celsius dan kasi adjust sampai 20 celcius Ahh baru selesa sikit untuk lena. 

Won't somebody please think of the children?

Haha satu lagi nak khabaq ... dalam bilik hotel ini memang disediakan Video On Demand (VOD) "cerita2" orang dewasa. Bukan free tu, kena bayaq tau. Kalau ada sapa2 bawak anak2 lebih baik sorok program guide nih sebab ada catalog VOD dengan macam2 gambaq untuk dipilih. Masa kami di dok hotel Shenzen dulu pun ada VOD nih, siap ada preview dalam TV berselang dengan advertisement. But seriously ada masa ker nak menonton benda2 semua nih. 



Selepas mengerjakan solat jamak Maghrib dan Isyaq, kami bersiap2 untuk keluar, Destinasi kami adalah ke Mount Moiwa. Apa ada di Mount Moiwa ini ? Jika sapa2 berminat untuk melihat keseluruhan bandaraya Sapporo dari atas bukit dengan panorama yang cantik, maka Mount Moiwa lah tempatnya. Masa yang sesuai untuk ke sini adalah ketika matahari terbenam, dengan melihat kecantikan sunset dan ibu negeri Hokkaido yang bermandi cahaya lampu yang terang.benderang.

Mula2 tu memang kami dah target untuk sampai ke sana selepas check in untuk melihat sunset, Tapi dah delay lama sangat di Information Desk di Airport tengah hari tadi, tertunda abis semua program.

Untuk ke Mount Moiwa, pertama sekali kami mesti ke Sapporo Station terlebih dahulu. Sesiapa yang menginap sekitar area bandar Sapporo perlu ingat setiap kali perjalanan menggunakan train ke mana2  semua bermula di Sapporo Station.


Untuk menggunakan subway di Sapporo nih mula2 tuju ke tempat berwarna kuning (City Info) dalam rajah di atas. Turun ke bahagian bawah (undeground) untuk mula menggunakan subway.

Sebelum tu akak nak bagitau di Sapporo nih ada 3 line subway yang utama :

1.) Nanboku Line
2.) Tozai Line
3.) Toho Line

Nanboku & Tozai Line selalu digunakan untuk pi ke kebanyakan tourist spots. Toho Line jarang digunakan. JR Line pulak untuk pi ke tempat2 tertentu seperti Otaru, New Chitose Airport dll. Pendekata kalau nak travel sekitar bandar Sapporo cuma guna subway samada Nanboku atau Tozai Line saja dan mencukupi

Kami pada hari pertama sahaja menggunakan Suica card yang kami beli di Tokyo di Sapporo ini, selepas tu beli tiket dari vending machine ajer. Setiap kali nak pi mana2 baru beli tiket dari mesin dalam station, tak susah pun. Dan kalau nak banding dengan Tokyo, harga subway tiket dari satu tempat ke satu tempat di Sapporo ini lebih murah sedikit.



Dua exchange station utama di Sapporo adalah di Sapporo Station dan Odori Station. Kedua2 station ini memang bertali arus dengan manusia dari pagi hingga ke malam. Biasanya ketika winter ramai yang menggunakan under ground walkaway dari Sapporo ke Odori atau sebaliknya. Kami dah cuba makan masa dalam 20 minit gak - sambil tercungap2 hihihi,


Untuk ke Mount Moiwa tak susah pun. Dari Sapporo Station ambik Nanboku Line ke Susukino. Bila turun di Susukino cari Exit nombor 4, naik atas ke permukaan jalan dan cari pulak perhentian street car. Street car adalah tram yang lebih kurang macam ding-ding di Hong Kong. Tiketnya Y170 flat rate. Turun di mana2 perhentian street car harga tiket tetap Y170.

Dari Susukino, perjalanan akan ambik masa dalam 25 minit ke Iriguchi Ropeway. Street car nih bukan laju sangat dan kalau ada traffic light dia pun akan turut sama berhenti. Tapi kalau waktu pagi memang ramai orang yang menggunakan street car ini dan susah pulak nak dapat tempat duduk.


Sebab kami pi Mount Moiwa nih waktu malam, tak berapa banyak gambaq sekitar Iriguchi Ropeway yang boleh dijadikan panduan. Atas nih gambaq akak cilok dari Google Map. Okay bila street car berhenti di Iriguchi Ropeway (ada announcement dalam English) turun dan lintas jalan ke belakang - yang ada gambaq pompuan menyeberang dengan basikal tu.
Kemudian jalan terus ke depan.


Dalam 100 meter akan jumpa perhentian bas nih. Kalau sapa2 nak ke Mount Moiwa boleh tunggu untuk dapatkan free shuttle bus di sini. Bas akan bawak terus ke base station di Mount Moiwa. Tapi bus di sini cuma sekali dalam tiap2 20 minit. Apa kes mau naik bas bang ? Jalan kaki lah baru rock haha.


Dari perhentian bas tadi berjalan dalam 10 minit akhirnya akan sampai di persimpangan ini. Sewaktu kami berjalan di sini, semuanya putih dengan salji yang tebal jadi ambik masa gak dalam 15 minit untuk sampai. Tapi di sini belum sampai lagi ya, kena jalan lagi dan bersedia untuk mendaki bukit di sebelah kiri tu. 


Jalan sikit akan jumpa di sebelah kiri parking garage (covered), lagi ke atas sikit ada parking space (uncovered). Jenuh gak nak sampai ke base station. Tapi boleh ahh, semua nih experience. Lagi pun kalau winter jalan pelan2 tak berpeluh. Kami pi dan balik jalan kaki jer tak naik bas pun. 

Gambaq Google Map di atas nih semuanya pada waktu siang, kami berjalan pada waktu malam, untuk first time pulak tu. Tak sesat pun. Rasa2nya kalau sapa2 yang pi beramai2 tak akan rasa penat nak jalan dari perhentian street car sehingga ke base station.


Dan akhirnya dah sampai ke base station di Mount Moiwa. Sebelum tu nak peringat sikit, Mount Moiwa nih kalau winter season (December-March) dibuka dari 11am-9pm, lain2 musim (April-November) dibuka dari pukul 10.30am hingga ke 10pm. 


Naik ke tingkat atas dan kemudian pi ke Ticket & Information booth. TIket ropeway dari Sanroku Station (base station) sehingga ke puncak berharga Y1700 (RM51) per pax. Setiap kali naik semasa pi dan balik dorang akan check dan tanda tiket kita, jadi jangan hilang tiket yang dah dibeli nih.


Bermula dari Sanroku kami menaiki ropeway atau cable car sehigga ke station di tengah2 yang bernama Chufuku Station. Di Chufuku nanti semua penumpang akan berpindah untuk menaiki mini cable-car (seperti keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang) sehingga ke Sancho Station yang terletak di puncak Mount Moiwa ini.

Tu dia aihh...-8 Celcius di puncak Mount Moiwa ini. Di sini juga ada TV screen yang menunjukkan live cam keadaan cuaca dan visibility condition sebelum kita naik.
This is the ropeway from Sanroku Station at the foot of Mount Moiwa that we boarded to take us to Chufuku Station
Pemandangan dari atas puncak Mount Moiwa. Cuaca tidak berkabus waktu nih so tak daq problem untuk lihat keindahan bandaraya Sapporo yang bermandi cahaya lampu

Observation deck di puncak Mount Moiwa ini bukanlah 360 darjah sehingga boleh pusing untuk lihat kawasan sekeliling. Fokus utama adalah bandaraya Sapporo sahaja. Walau bagaimana pun view dari atas nih memang superb. Cuma tak tahan mengeletar tangan dan semua jari jemari. Snap gambaq kemudian cepat2 sarung balik gloves. Sejuk yang teramat.


Adalah dalam 15 minit kami di observation deck nih. Tourist2 lain pun tak tahan sejuk, angin tak lah kuat sangat cuma kedinginan yang melampau. Ramai yang lepas2 snap gambaq kemudian lari masuk dalam building balik semula.

Atas nih ada satu Bell Of Happiness, konon2nya pasangan yang mai ke sini dan membunyikan loceng kemudiannya boleh buat wishes apa yang mereka hajatkan. Di station paling atas nih pun ada restaurant. Manakala di Chufuku Station yang terletak di tengah2 ada satu kedai yang menjual souvenirs. Ada gak kami belek2 tapi tak daq yang menarik.

Dah tercapai cita2 untuk sampai ke sini kami mula melangkah untuk pulang. Macam waktu kami mai, kami berjalan kaki meredah salji tebal di pavement. Ketika nih baru pukul 8.30pm tapi dalam musim dingin rasa macam dah pukul 12am, tak ramai orang yang jalan2 di luar tapi tak pulak kami rasa takut di Japan nih.


Apabila sampai di persimpangan jalan berhampiran perhentian street car yang mula2 kami sampai sebelum tu, get ready untuk meyeberang jalan ke hadapan. Kalau ikut gambaq di atas, pi ke arah street car yang warna hijau di sebelah kiri. Itulah perhentian untuk kembali ke Susukino. Sementara di sebelah kanan tu adalah perhentian yang kami mula2 mai tadi.

Inilah perhentian untuk menunggu street car ke Susukino. Yang di hadapan tu pulak adalah perhentian Iriguchi Ropeway semasa kami sampai sebelum nih. 


Tiba sahaja di perhentian street car di Susukino. Tak jauh dari situ kami boleh nampak orang ramai sedang berkumpul. Kami pun kepochi lah nak tau apakebendanya. Rupa2nya dorang tengah buat prepartion untuk ice sculptures yang akan berlangsung pada hari esuk


Susukino pun adalah salah satu tempat selain Odori dan Tsu Dome di mana akan berlangsungnya Sapporo Yuki Matsuri ( Sapporo Ice Festival). Kira2nya masa nih dorang tengah buat last minute finishing touch pada sculptures yang akan dipamerkan nanti.


Kami tak sampai pun sampai ke hujung jalan yang penuh dengan ice sculptures nih, cuma pi ambik gambaq dan terus nak balik hotel. Letih sangat2 dah masa nih sejak bangun subuh tadi dari Oak Hotel di Tokyo dan berangkat ke Sapporo. Memang full day itinerary. Tapi nak buat cam mana kan. Bercuti nih kena push oneself, tak kan nak dok dalam bilik hotel pulak.

4 comments:

  1. mmg best tengok nite view dari tempat tinggi,tp tang freezing cold tu yg tak larat...agaknya kalau siang nampak memutih je bandar sapporo tu ya,bestnya arca ais tu bole tengok kat tepi jalan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sejuk sangat2 kat atas tu terketaq2 nak ambik gambaq.
      Ice sculptures tu mmg pun dorang buat kat tengah jalan di Susukino, kalau di Odori dorang buat kat tanah lapang

      Delete
  2. Salam sis..utk street car pakai kitaca card ke? Atau ticket boleh dibeli dalam tram? Naik dari depan atau blkg? Touch masa naik atau turun? Maaf banyak nau tanya. Saya dah beli tiket JAL to sapporo next jan sis..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Sebenarnya ada dua jenis card yg awak boleh beli utk menaiki transportation di Sapporo iaitu Kitaca dan Sapica.

      Kitaca ini boleh digunakan utk subway, JR Train, street card (tram), bus, beli barang, sewa locker dll. Malahan ianya boleh juga digunakan di Tokyo dll tempat yg ada JR line di Japan. Cumanya Kitaca Card ini tak boleh dipulangkan utk dapatkan duit balance di tempat2 lain kecuali Sapporo.

      Sapica Card pulak lebih kurang mcm Kitaca Card tapi kegunaannya tak meluas sangat cuma utk subway dlm Sapporo dan tak boleh digunakan utk JR Line utk pi Otaru atau Airport.

      So kalau awak nak beli better make sure pilih Kitaca Card.
      Utk naik Street Car atau Tram, tambangnya adalah flat rate, masuk melalui pintu belakang dan bayar di pintu depan dekat tepi tempat duduk driver. Saya bayar cash ajer sebab naik street card ini cuma utk pi balik Mount Moiwa.

      P/S : kalau awak pi musim winter, kalau tangan rasa sejuk, hulur2kan tangan ke bawah tempat duduk... ada heater kat situ hehe

      Delete