Thursday, 19 March 2015

Day 6 Part 1 - Kita no Gourmet


Day 6 Itinerary

* Go to Kaisen-Shokudo Kitano Gourmet-tei

  ++ Hours           : 07:00 to 15:00 (Open everyday)
  ++ JR Line        : Sapporo (JR) ==[2 min with JR Hakodate Line @ Y170]==> Soen
                            15 minutes walk from JR Soen Station to our shop
  ++ Free shuttle service : At JR Sapporo Station, in front of Sunkus (convenience store) near the North Exit 
                            off the West Concourse that extends from the West Exit of JR Sapporo Station

                       ==> Pick-up Schedule     6:30, 7:30,   8:30,  9:30,  10:30, 11:30, 12:30.
                       ==> Departure Schedule 8:00, 9:00, 10:00, 11:00, 12:00, 13:00, 14:00

* Go to Takino Suzuran Hillside National Park
* Japanese national government park located in Sapporo, Hokkaido. 
* Opening time in winter : 09:00-16:00
* Admission Fees         : Free

* Walk to Sapporo Station (subway)
* Take Sapporo City Subway Nanboku Line to Makomanai St
* Sapporo station (subway)---[18 min @ Y290]---> Makomanai
* Exit the station and turn left and find bus stop 2
* Take bus no.102 up to Takino Suzaran Koen **Confirm with bus driver**
* Makomanai St ==[35 min bus @ Y440]==> Takino Suzaran Koen

+++++ Transport Alternative +++++

* From Kaisen-Shokudo Kitano Gourmet-tei walk to Nijuyonken Station
* In Nijuyonken Station take Sapporo City Subway Tozai Line to Odori
* Nijuyonken St===[9 min @ Y320]===>Odori St
* Odori St===[17 min]===>Makomanai St

* Go to Sapporo Snow Festival 
## The main site is the Odori Site in Sapporo's centrally located 1.5 kilometer long Odori Park. 
The festival's famous large snow sculptures, some measuring more than 25 meters wide and 15 meters high, 
are exhibited there. They are lit up daily until 22:00 ##

* Go to Clock Tower (Tokeidai)
## Clock Tower is a symbol of Sapporo. The building was constructed during the early period of Sapporo's development in 1878 as a drill hall of the Sapporo Agricultural College.
  ++ How to get there
     The Clock Tower is four blocks or a ten minute walk south of JR Sapporo Station, 
     and one block north of Odori Park. 
  ++ Hours     :  08:45 to 17:10
  ++ Admission :  Y 200 

Hari ini adalah hari ke 6 kami di Japan. Sat jer masa berlalu. Itinerary hari nih sama macam sebelum nih - full day dari pagi sehingga ke malam, nak cover 3 tempat yang berlainan. Tabah ajer lah.



Selak ajer langsir tingkap bilik dah boleh nampak suasana pagi hari di depan hotel kami nih. Sepanjang 3 hari di Sapporo tak ada pulak kami alami turunnya salji macam di Nagano sebelum nih. Tapi keadaan sekeliling tetap memutih dengan salji walaupun pada waktu siang adakalanya matahari menyinar dengan terik.

Ke kiri sedikit dari Toyoko Inn ada Sapporo Teisen Bowl

Ahh lupa nak khabaq, Hotel Toyoko Inn nih ada ada satu polisi dia yang mungkin berbeza dengan hotel2 lain. Sebelum kita melangkah keluar pintu hotel pada waktu pagi, kita diwajibkan beri kunci bilik di reception. Dan SEMUA bilik2 hotel akan dibersihkan untuk housekeeping dari pukul 10am hingga 2pm. Maknanya pihak hotel expect semua guests keluar dan tidak ada dalam bilik pada waktu tersebut.

Destinasi pertama adalah untuk ke Kita no Gourmet. Ada apa di Kita no Gourmet nih ? Kitano Gourmet ini sebenarnya adalah kedai seafood atau makanan laut. Hokkaido kan memang sudah terkenal dengan makanan lautnya yang bermacam2. Menu makanan laut seperti sea urchin, tarabagani (king crab), salmon roe dll yang fresh banyak terdapat di Sapporo ini dan menjadi salah satu tarikan pelancung.

Masa kami mula2 survey di internet info mengenai Sapporo, ada kami terbaca tentang students Malaysia yang makan di Kita no Gourmet nih. Sebenarnya Kita no Gourmet nih terbahagi kepada dua. Kaisen-Ichiba Kita no Gourmet adalah kedai yang menjual berbagai makanan laut sama seperti sebuah supermarket. Manakala Kaisen-Shokudo Kita no Gourmet-tei pula ialah sebuah restaurant makanan laut dengan pelbagai menu dan masakan.

Menurut homepage Kita no Goumet (http://www.kitanogurume.co.jp/en/market/index.html) kita boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan free shuttle service milik Kitano Gourmet untuk sampai ke kedai mereka. Pick up service disediakan di hadapan JR Sapporo Station.




Sebelum berangkat untuk menaiki bas yang dijadualkan pada pukul 8.30am pagi, kami breakfast di dalam bilik dulu. Makan roti dan hot chocolate yang kami bawak. Hasben akak nih sebenarnya tak boleh sangat makan seafood sebab dia ada penyakit gout. Orang yang ada penyakit gout nih harus jaga diet dan tidak boleh sembarangan makan makanan yang tak tentu nanti sendi2 dia akan membengkak. Salah satu makanan yang mesti dielakkan adalah makanan laut. Tapi dah mai jauh2 nih nak jugaklah jamah serba sikit makanan yang menjadi faveret orang2 di sini. Lagi pun akak tak ada penyakit gout hehehe.



Sapa yang nak ke Kita no Gourmet menggunakan free shuttle service hendaklah menunggu di hadapan kedai Sunkus yang terletak di North Exit Sapporo Station. Tapi bila ami sampai dalam pukul 8.31am tenguk2 macam tak daq jer shuttle bus yang dok menanti. Tak kan satu minit terlambat bas dan tinggalkan kami. 

Belek2 semula pada website Kita no-Gourmet ada dicatitkan departure time 9.00am. Ehh tak boleh jadi nih. Tak kan nak kansel pulak itinerary awal kami nih. Tunggu lagi 10 minit, dah lah waktu pagi2 nih cuaca sejuk gedik yang teramat. Lepas 10 minit berlalu kami tenguk semula kat website dan bercadang untuk pi ke sana dengan menggunakan subway. 




Bukan susah pun. Dari Sapporo Station guna subway Nanboku Line ke Odori, kemudian transfer dengan mengambil Tozai Line untuk ke Nijuyonken. Harga tiket sehala Y250 seorang dan makan masa dalam 11 minit sahaja.




Mula2 lepas turun dari train di Nujuyonken, cari Exit 5. Bila keluar sahaja dari Exit 5 akan ternampak landmark seperti gambaq di atas : Playland Happy. pastu terus jalan ke belah kiri



Dalam 50 meter akan tiba di satu persimpangan. Di seberang sebelah kanan adalah Coop Supermarket. Masa nih tak payah menyeberang jalan ke arah Coop, tapi sebaliknya pusing ke kiri dan jalan terus lagi.



Jalan terus ke hadapan dalam 150 meter sehingga ke hujung simpang. Masa kami ke sini boleh dikatakan semua pavement dipenuhi salji. Bukan boleh pakai redah macam tu saja. Macam dalam gambaq di atas, laluan yang warna kelabu itu sebenarnya adalah salji yang hampir mencair dan patut dielakkan dari berjalan di atasnya. Kalau kasut tak daq grip alamatnya boleh tergolek jatuh.






Akhirnya akan bertemu satu petrol station Eneos dan kalau mara ke depan sedikit lagi boleh nampak satu convenience store Sunkus.








Paling ke hadapan petrol station Eneos ini dan bersedia utk melintas dan jalan ke arah bangunan berwarna cokelat. Ini sebenarnya adalah Hokkaido Bank. Kita no Gourmet terletak sama sederet tidak jauh dengan bank ini.



Sapporp Central Wholesale Market



Apabila melalui hadapan Hokkaido Bank, boleh nampak papan tanda Sapporo Central Wholesale Market yang berwarna warni. Tapi bukan sini yang kami mau pi, kami nak ke Kita no Gourmet yang terletak betul2 di hadapan Wholesale Market.






Sori lah gambaq bangunan Kita no Gourmet tak daq yang kami sempat tangkap sebab kalau nak ambik gambaq kena pi seberang jalan di Wholsesale Market. Kami pulak dah sampai2 sini ralit dengan macam2 barang jualan dalam kedai nih. So, banyak gambaq indoor saja.



Mula2 sekali kami masuk ke Kaisen-Ichiba Kita no Gourmet. Boleh kata tempat ini adalah sebuah supermarket di mana segala hasil tangkapan laut dipamerkan untuk dijual. Semua barangan jualan disusun dengan teratur dan dalam keadaan sekeliling yang bersih.




Ini adalah King Crab, harga pun boleh tahan mahal sampai lebih RM200, selain tu ada juga hairy crab dan snow crab yang dijual di sini. Orang yang kaki seafood mesti suka sangat ketam yang fresh di sini, kalau nak makan peralatan  seperti gunting, tukul, forceps dll pun ada disediakan 








Yang nih  pulak adalah Atka mackerel, kami pun ada order satu untuk di grilled. Ikan nih dorang akan salai dengan menggunakan arang.






Masuk ke belah dalam sedikit adalah Kaisen-Shokudo Kita no Gourmet-tei, ini lah restaurant seafood akak dok cari2 tu, sebelum melangkah masuk ke dalam restaurant dorang ada pamerkan showcase sample seafood yang menjadi menu utama di sini




Tenguk segala yang ada dalam showcase tu kalau boleh semua kami nak order. Memang menarik dan menyelerakan. Agak2 kalau tiap2 minggu mai ke sini akak yang tak daq gout pun boleh kena gout... ahaks.



Tsuri-Kinki Fish

Dari harga yang murah ke harga yang mahal, semuanya kita boleh order. Kalau ketam pulak nak masak secara rebus atau grille pun boleh. Masak lemak cili api ajer dorang nih reti lagi. Gambaq di atas nih adalah Tsuri-Kinki Fish, harga boleh cecah sampai lebih RM200 kerana dianggap sebagai ikan yang paling sedap di Hokkaido






Dah puas jalan2 dan ambik gambaq di KIta no Gourmet nih, kami pun masuk dalam restaurant untuk order makanan. Besaq jugak Kaisen-Shokudo Kitano Gourmet-tei nih, dari apa yang akak baca dalam internet restaurant nih biasanya akan dipenuhi dengan tourist pada waktu lunch time.

Yang mai biasanya adalah yang di organize oleh tour agency iaitu rombongan dengan bas, memang full house time kalau tengah hari. Tu pasal kami rancang untuk mai awal supaya tak lah kelam kabut dan boleh makan dengan aman damai.





Di dinding Kaisen-Shokudo Kitano Gourmet-tei nih juga penuh dengan autograph celebrities dan gambaq2 ... retis2 popular tanah air lah gamaknya kot.



Dan inilah yang kami order. Bila tenguk pada menu jadi rambang mata tak reti nak order mana satu. Nak order salmon roe atau sea urchin takut pulak pasal sat lagi kami nak pi snowshoeing, kang tak pasal2 sakit perut tak ker naya. Jadi, dua2 kami order benda yang sama. Penyakit gout ? Hahaha yang tu semua tolak ke tepi ... janji mau soru dulu hehehe

Apa yang kami order adalah A bit of everything. Ada toro iaitu fatty tune, shrimps dll. Harga untuk sepinggan seafood macam nih ialah Y1380 (RM42). Okaylah kan...lagi pun semua yang ada nih memang fresh dan menyelerakan.

Selain tu kami juga order Grilled Shima Atka mackerel. Kat sini tak daq ayaq asam tau jadi kena makan dengan wasabi dan soy sauce.  Memang sedap sebab depa salai sampai garing. Ayaq pulak di setiap meja ada disediakan electric pot yang berisi ayaq teh ... free flow style.


Bersambung : Next Snowshoeing in Takino Suzuran

7 comments:

  1. sedappnya fresh seafood...gatah lauk saja ke kak..or makan dengan nasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah lupa pulak nak tulis dalam entry, kast sini tak daq nasi, so makan dan ratah macam tu ajer. Itu pun terkial2 nak cubit ikan dengan chop stick, lama2...pakai guna jari lagi cepat

      Delete
  2. Assalamualaikum sis Nori.
    seafood sepinggan mcm akak makan tu raw semua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Ya yang set dalam pinggan tu raw, tapi of course lah yg ikan bakaq tu grilled.
      Awak boleh refer di sini : www.kitanogurume.co.jp/en/dining/index.html
      Misalnya kalau awak mintak ketam - boleh ajer mintak dorang utk grilled atau boiled.

      Delete
  3. Kat sini ada tak sotong yg hidup dlm akuarium pastu terus potong n hidang pada customer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya pi tahun lepas jalan2 dlm kedai tu tak nampak pun ada sotong utk dijual atau makan kat situ, tenguk pada menu dia pun tak ada pulak yg hidang atau tunjuk gambaq sotong.

      Delete
    2. Saya dah p. Ada sotong tu malangnya sold out. Terima kasih byk2 sis, sy mmg ikut itinerary kat blog ni je. Ur posts really helped me a lot. Baru sampai tokyo dr sapporo :) tq again

      Delete