Monday, 30 March 2015

Day 6 Part 3 Odori Park - Sapporo Snow Festival


Perjalanan balik dengan bas dari Takino Suzuran ke Makomanai amat meletihkan. Kami berdua sampai tertidur dalam bas hehe, dah lah perjalanan balik tu hujan renyai lagi lah sedap lena dalam sampai tak sedaq. Dari Makomanai Station kami menggunakan Nanboku Line balik ke Sapporo Station dan terus ke hotel.

Selesai mandi dan solat, rancangan kami malam ini adalah untuk ke Odori Park. Inilah tempat tumpuan pelancung yang datang ke Sapporo kerana untuk menyaksikan acara tahunan yang terkenal di seluruh dunia. Bahkan Malaysia pun pernah menyertai Snow Festival sebelum ini.

Sebenarnya kami dah plan untuk tenguk ice show festival dan sculpture pada malam ini dan pada malam esuk sekembali dari Otaru untuk menyaksikan pameran snow sculpture pulak. Amat meletikan nak cover 2 tempat yang berasingan dalam satu hari. Tapi apa nak buat, macam nih lah bila bercuti di tempat orang dengan masa yang tak lama.

Dari hotel kami boleh jugak kalau nak naik subway ke Odori, tapi dah sejuk2 malam nih jalan kaki lagi baik. Bukan jauh mana pun adalah dalam 15 minit perjalanan.



Destinasi kami adalah ke arah Sapporo TV Tower, kerana di situlah lokasi berlangsungnya Yuki Matsuri (Sapporo Snow Festival). Cuma dengan berpandukan kepada menara yang bercahaya tu kami berjalan meredah kaki lima yang licin dengan salji. Di Susukino pun ada juga Ice Festival nih, tapi khabarnya di Odori lagi meriah.




Sampai saja ditempat ice sculpture berhadapan dengan TV Tower ada persembahan muzik dan nyanyian. Orang punya lah ramai kat sini. Dah lah time nih suhu dalam -4 celcius. 











Kebanyakan ice sculpture yang dipamerkan disini akan berubah2 warna dari backlight selang berapa minit untuk menjadikan suasana lebih cantik dan menarik. Honestly, setengah2 ukiran tu akak pun tak tau apa kebenda yang sebenarnya it suppose to be. Orang semua tangkap gambaq kami pun samalah menyibuk snap sana sini. 

Dalam glass house tu ada sorang Japanese tengah main keyboard dan menyanyi ... kebanyakannya adalah lagu2 Japanese. Ramai yang mai tenguk nih adalah tourist, tak tau samada dorang paham ke tak 

Ada banyak lagi ice sculptures kat sini, Odori Park nih besaq dan luas sehingga beberapa block jauh nya, dan pameran2 yang macam nih ada disepanjang block taman, tapi kami dah tak larat dah nak  explore semua sekali.

Dah satu jam tercanguk kat tepi pentas dan kawasan ice sculptures tu kami pun bergerak ke arah Sapporo TV Tower.





Betul2 di hadapan TV Tower tu ada pulak skating ring dengan Christmas Tree, pandai jugak Jepun nih nak tiru macam Rockefeller Center di New York tempat untuk orang ramai   skating. Tapi di Sapporo skating ring nih kecik ajer. Tengah kami ambik gambaq nih tiba2 bedebuk ... satu Mat Salleh jatuh terlentang atas ring. Jadi satu hal pulak mai polis papah dia keluaq


Ada juga plan kami mula2 tu nak naik Sapporo TV Tower nih. Tiket naik ke observatory deck cuma Y720 (RM22) sahaja untuk satu orang, tapi pada malam nih orangramai yang queue untuk naik tu teramatlah ramai. Terus tak jadi. Di bawah TV Tower nih ada jugak orang jual barang makanan - tapi untuk tekak depa jer lah.


Nak pi jalan lebih jauh untuk melihat banyak lagi pameran Snow Fest kami give up. Tak larat. Letih sangat dari kerana berjalan sejak dari awal pagi tadi. Malam besuk balik dari Otaru pun ada masa lagi untuk menyaksikan ke Odori nih.

Kami decided untuk balik dan pass by Sapporo Clock Tower yang terletak tak jauh dari TV Tower nih. Actually boleh jugak kalau nak masuk ke dalam Clock Tower nih. Bukan ada apun cuma old building yang dah di convert menjadi museum. Bayaran masuk adalah Y200 untuk seorang.


Kami tak masuk pun ke dalam Clock Tower nih, cuma posing2 dan ambik gambaq building ini dari luar. Walau pun waktu baru pukul 8pm tapi suasana keliling seolah macam dah pukul 11pm kedai pun banyak yang dah tutup kecuali restoran atau pub yang kami nampak masih meriah beroperasi.

Bersambung : Next trip to Shiroi Koibito

4 comments:

  1. tengok gambar pun terasa sejukk...mmg annual event ya,lama ke festival tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya Yuki Matsuri (Snow Festival) nih berlangsung selama satu minggu, Tahun nih (2015) dorang adakan from 5th-11th February. Tarikh ini akan ditetapkan beberapa bulan sebelum event tu diadakan tapi selalunya pada awal February.

      Delete
  2. Snow festival tu free ke kak? Mmg every year ade eh? Menarik sngt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik tambah pulak boleh bawak anak main ski dan tube sledding di Takino Suzuran dengan percuma.
      Ya Snow Festival free ajer, tu yang orang ramai sangat berkerumun. Biasanya Snow Festival di Sapporo ini diadakan dalam masa satu minggu pada awal bulan February. Macam yang you pi bulan December baru2 nih kan, selalunya time tu baru masuk winter so snow fall time tu hingga January memang lebat, masuk bulan February dah agak temp dah mula stabilize jadi sesuai dorang buat Snow Festival time tu.
      Anyway kalau nak pi hotel kena book dalam bulan September atau October ,kalau lambat nanti cuma tinggal yang RM700 per night, sebab masa nih ramai tourist dah mula nak mai.

      Delete