Monday, 6 April 2015

Day 7 Part 1 - Shiroi Koibito Park, Sapporo


Day 7 Itinerary

* Shiroi Koibito Park
## Shiroi Koibito Park is a theme park by Ishiya, a local chocolate company. 
  ++ Hours     : 9:00 to 18:00 (entry until 17:00)
  ++ Admission : 600 yen
  ++ How to get there
     Take the Tozai Subway Line to its western terminus Miyanosawa Station (15 minutes, 280 yen, 
     frequent departures from Odori Station), from where the park can be reached in a ten minute walk.

* Go to Otaru
 ## Option 1 ## Stop at Minami-Otaru JR Station 
 + Closer to Marchen intersection
 + Uniqlo store located near train station

  ## Option 2 ## Stop at Otaru JR Station
 + Closer to Otaru Canal
 + Closer to old Temiya railway track
 + Closer to Sankaku Fish Market

* Otaru Music Box Museum (Otaru Orgel Doh) 
## Otaru Music Box Museum is one of the largest museum shops of music boxes, orgel, in Japan.  
  ++ Hours     : 9:00 to 18:00 (until 19:00 on Fridays and Saturdays in summer) 
  ++ Location  : 5 mins walk from Minami-Otaru JR Station
  ++ Closed    : No closing days 
  ++ Admission : Free

* LeTao Cheese Cake in Sakaimachi-dori
  ++ Hours     : 10:00-18:00(vary from season to season) 
  ++ Cafe close at 30 minutes beforehand

* Gin no Kane
  ++ Irifune 1-1-2, Otaru city, Hokkaido
  ++ Hours    : 09:00-17:30
  ++ Location : 5 mins walk from Minami Otaru JR Station
  ++ Souvenir gifts i.e Hello Kitty Cup, plates/ Bring home the used cup as souvenir

* Rokkatei
  ++ Rokkatei and Kitakaro is located side by side, along with LeTAO main shop
  ++ Hours : 09:00-19:00
  ++ Try the cream puff and Crispy Pie

* Kitakaro
  ++ 7-22 Sakaimachi, Otaru, Hokkaido Prefecture
  ++ Hours : 09:00-18:30
  ++ Baumkuchen & cream puff

* Otaru Snow and Light Path Festival
## The Otaru Snow Light Path Festival will be held this year from the 6th to 15th of February 

* Go to Odari Park for Snow Festival 


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Sapporo, esuk pagi2 kami dah nak berangkat balik ke Tokyo semula. Rancangan hari ini adalah untuk cover 3 tempat. Paginya kami akan ke Shiroi Koibito Park, tengah hari ke Otaru dan malam sekali lagi ke Odori Park untuk menyaksikan snow sculptures,




Agak lewat jugak kami meninggalkan hotel. Setelah breakfast dengan mushroom soup dan tuna sandwich kami ke Sapporo Station. Untuk ke Shiroi Koibito Park kami menggunakan Nanboku Line ke Odori, kemudian menggunakan Tozai Line ke Miyanosawa, iaitu station paling penghabisan.



Untuk ke Shiroi Koibito, selepas turun dari train di Miyanosawa carik exit 5. Bila sahaja keluar dari pintu exit 5, pemandangan akan menghala ke arah selatan seperti dalam location map di atas. Oleh itu, buat 180 darjah pusingan dan berjalan arah ke utara.



Jalan terus ke depan, nanti akan melepasi Taxi Stand dan Bus Terminal. Jalan di sini sibuk sikit dengan teksi dan bas keluar dok keluar masuk.



Jalan sehingga ke hujung sehingga jumpa satu junction, beralih arah ke kanan. Dari jauh dah boleh nampak bangunan "red brick" - itu lah dia Shiroi Koibito Park



Di sini traffic pun agak heavy, so masa nak lintas carik pedestrian crossing yang ada traffic light kat depan sana nu.










Kami berjalan dalam 15 minit jugaklah dari Miyanosawa Station hingga ke pintu depan Shiroi Koibito nih, Di bahagian luar bangunan ini ada theme park mini. Macam2  permainan jugak ada di sini, tapi untuk budak2 sahaja lah.



Ada juga Shiroi Koibito Railway di sini dengan steam locomotive train untuk dinaiki. Bayaran yang dikenakan adalah Y300 untuk dewasa dan Y200 untuk kanak2, tapi perjalanannya sekitar kawasan luar bangunan nih sahaja selama 10 minit.



Tiket masuk ke Shiroi Koibito Park ini cuma Y600 (RM18) per pax. Masa kita bayaq di pintu masuk nanti dorang akan juga beri sekeping sample cookie, passport yang juga merupakan booklet yang mana dalamnya ada penerangan mengenai pameran dan sejarah tempat ini. Dan Shiroi Kibito nih bukan lah sahaja semata2 chocolate factory, di dalamnya ada juga toy museum, gramophone gallery, cookie baking workshop dan factory tour.









Mula2 masuk sehingga ke tingkat 1 apa yang ada cuma lah pameran barangan yang berkait dengan cookies atau chocolate seperti porcelain tea set dan teaware collections dll




Terus ke depan pengunjung ke sini boleh menyaksikan bagaimana proses pembuatan chocolate dihasilkan (production line observation)


Bermula dari bahan2 yang digunakan sejak dari dipetik dari pokok sehingga ke proses yang dilakukan dalam kilang untuk mengadun, membakar dan sehingga siap sepenuhnya













Sebelum cookies dibungkus untuk dipasarkan, mestilah ada quality control bagi memastikan cookies dari tempat ini memenuhi citrarasa pembeli. Nak kena lepas tester samada okay ke tidak .. hmm agak2 kerja jadi tester nih kenyang makan cookies hari2 noo.




Melangkah lagi ke depan terdapat satu viewing gallery. Dari kedudukan kami di tingkat atas boleh nampak secara live bagaimana Shiroi Koibito Cookies dikilangkan











Next part of the tour dalam tempat ini adalah melihat bagaimana dorang membuat cake ornaments dan toppers. Mereka semua dah expert dalam mengukir bentuk2 toppers yang digunakan pada cakes seperti untuk birthday atau wedding.






Ni adalah sebahagian cake toppers yang dorang buat dan jual kepada public. Tak heranlah, Japanese kan memang suka benda2 yang kiut miut sampaikan kalau kita tenguk pada bento set dorang pun ada macam2 decoration yang ada.



Di Shiroi Koibito nih pun ada confectionery making workshop pada sapa2 yang berminat untuk membuat gubahan dan menghias cookies dan cake. Kalau tak silap bayaran yang dikenakan adalah Y1000 (RM31) per person. 



Dan di penghujung tour nih adalah sebuah cafe yang menyajikan home made cake, cookies dan ice cream yang diperbuat di sini. Kami tak masuk pun kerana nak pi pada lain2 section yang ada di sini iaitu toy museum dan gramophone museum.








Laaaa macam nih jer Gramophone Gallery. Cuma dalam satu bilik ajer. Masa kami masuk sini cuma ada sorang tukang sapu jer nih di sini tengah dok bersihkan bilik nih . Memang tak ada orang yang minat kot benda2 zaman purbakala macam nih.



Masih lagi di tingkat atas, kami kemudiannya pi ke bahagian lain di belah belakang, yang menempatkan Toy Museum.









Honestly, another disappointment. Kebanyakan yang ada di sini more like a personal collection.  Seolah2 macam tangkap muat jer. Apa2 barang permainan dorang pakai sumbat dalam show case. Sekurang2nya kalau dorang letak patung macam Hello Kitty atau Doraemon collections pun nampak lagi menarik. Tapi semua tu ada copyright licence yang tersendiri so susah gak nak masuk di sini.



Ehhh apa dahh ... jersey bola pun masukkk. Yang nih jersey Roberto Baggio, siap ada certificate of authenticity tu jangan main2 tau. Bukan dari kaki lima Ameyokocho



Jersey team Brazil pun ada ... biaq betoi. Macam mana depa dapat pun tak tau. Siap ada signature semua player dalam team Brazil



Yang nih dari Hokkaido Nippon-Ham Fighters, kira2nya pasukan baseball terbaik dari Sapporo, Hokkaido dan pernah memenangi Japan Series title.



Yang nih pulak Rocky Labu - Champion of The Screws ... Ahaks, akak pun tak tau sebenarnya... setahu akak orang Jepun lebih suka sukan sumo bukannya bersidai kat Klab Boksing kan.





Hmmm nih dah makin mengarut sampai JFK pun ada. Bukan ada apa sangat pun cuma main masuk buku, newspaper cutting dan gambaq JFK. Nothing special really. Cuba bubuh magic bullet atau rifle yang Lee Harvey Oswald guna mungkin lagi gempak lagi haha.






Abis jelajah dalam Toy Museum tu kami turun ke tingkat bawah. Adalah gift shop dan Shop Piccadilly yang menjual barang2 makanan seperti ice cream, cookies, cake dan chocolate. Souvenir dalam gift shop pun tak ada yang menarik, jadi kami tak beli pun.



Khabar di sini cookies yang dijual tak halal sebab menggunakan animal shortening. Akak beli chocolate yang macam di atas untuk kawan2 ofis. 




Tiba masa untuk keluar dari bangunan ini dan balik ke Miyanosawa Station. Di luar dah semakin ramai orang. Ada dua tiga bas pelancung baru sahaja sampai, mostly mainland China.










Inilah playground di hadapan halaman bangunan Shiroi Koibito. Salji di sini punyalah tebal tak tau bila masa turunnya. Mungkin waktu malam kot, sampai dorang boleh buat snowman depan tempat nih,



Overall okay lah tempat nih kawasan kelilingnya cantik dan chocolate factory tour pun quite informative, cuma gramophone gallery dan toy museum tu seolah2 macam nak bagi isi penuh ruang dalam bangunan nih saja. Tapi dengan harga bayaran masuk yang murah dan kedudukannya yang tak jauh dari Sapporo Station rasa2 bolehlah masuk dalam itinerary bila bercuti ke Sapporo. 

Agenda seterusnya adalah untuk ke Otaru, masa nih dah hampir ke pukul 1.00pm, kami nak balik ke hotel dulu, buat solat jamak dan kemudian terus ke Otaru dengan menggunakan Sapporo-Otaru Welcome Pass.

12 comments:

  1. salam kenal dari kaknoor ya
    syiok nya akak tengok tempat2 di Jepun ni bila la dpt menjejak kaki kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam kak, apa khabaq.
      Boleh ajer kalau nak budget travel macam yang saya buat nih. Kalau boleh jimat pada makan/minum tak mahal sebenarnya

      Delete
  2. sukanya tengok brg jepun yang kiut-miut..kalau dapat kek toppers tu mmg dok letak buat hiasan jela,kira cookies jela tak bole makan ya...choc dia bole beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu a'lam akak beli sket sebab murah dan masa di Otaru beli banyak Royce chocolate sebab dijamin halal, kemudian bila balik baru agih2kan pada office mates yg Muslim dan Non-Muslim

      Delete
  3. Salam Kak,

    K'Nori sy tgh berhempas pulas bc entry akak nie :) terima kasih kak, entry akak sgt2 membantu. Cuma nak tanya Suica Card nie boleh guna untuk Japan Railway (JR) ngan Tokyo Subway ker? atau sy kena beli Posmo Card utk Subway...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Suica card dan Pasmo card kedua2nya boleh ajer pakai untuk naik subway atau JR Train (bukan Shinkansen/bullet train). Memang mudah pakai card nih, kalau nak beli air (di vending machine) atau simpan beg dalam locker pun boleh.
      Tapi akak pesan kalau nak save jangan lompat naik Yamanote JR train ke subway sebab akan jadi mahal kecuali perlu. Maknanya kalau pakai subway...teruskan pakai subway, begitu juga kalau pakai Yamanote line teruskan pakai line ini saja.

      Delete
  4. Ok..terima kasih kak :) mmg sy baru nak tanya mana satu transportation (JR or subway) yg save. Akak dah tolong jawab in advance hehehe..akak dah boleh jadi tourguide ke Jepun nie :) terima kasih kak, semoga Allah balas sgl kebaikan K'Nori..Sharing is caring :)

    ReplyDelete
  5. Shiroi koibito tu halal x.. kalo ikut ingredients smuanye vege based..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Di katakan biskut di Shiroi Kobito tu tidak halal kerana menggunakan shortening lemak lembu (bukan veggie)
      https://halaljepun.wordpress.com/

      Tapi yg lain2 coklat ada juga yg mengguna bahan dari tumbuhan dan ianya halal. Wallahu a'lam

      Delete
  6. Asslamualaikum
    terima kasih kak kongsi itinerary...banyak membantu..saya nak tanya agak2 akak kalo ke takino suzuran dan ke shiroi koibito ni dlm hari yang sama sempat tak?. saya hanya ade 4hr 3mlm di sapooro..maksudnya saya ada 3hari penuh je kat sana..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hmm kalau nak cover 2 tempat nih dlm satu hari memang boleh tetapi rasa2 akak itinerary awak akan jadi rushing sangat. Takino Suzuran ini terletak di belah selatan dari Sapporo Station. Perjalanan dgn train dari Sapporo Subway Station ke Makomanai Station lebih kurang 30 minit, kemudian awak mesti ambik bas ke Takino Suzuran dalam 45 minit. Tu tak masuk masa nak guling2 atas snow. Kemudian katakan awak ambik bas balik ke Takino Suzuran pada 12.28pm. Dan sampai ke Makomanai St pada 1.15pm.

      Dari Makomanai St awak mesti balik ke Odori St kemudian transfer train lain ke Miyanosawa. Makomanai-Odori-Miyanosawa akan mengambil masa dalam 1 jam. Assume tak ada apa2 delay dan semuanya berjalan mengikut jadual awak tiba di Miyanosawa St dlm pukul 2.15pm. dari Miyanosawa St ke Shiroi Koibito awak akan berjalan kaki dlm 20 minit.

      Jika awak nak buat cam nih bolehlah, tapi awak mesti tau mana tempat nak tuju dan train yang nak naik/transfer. Tapi mcm yg akak cakap awal tapi memang rushing sangat2. Takut awak tak puas enjoy di Takino Suzuran tu.

      Satu lagi akak nak peringat. Shiroi Koibito tutup pada pukul 6pm, tapi dorang akan benarkan utk masuk paling lewat pada pukul 5pm saja. So kalau awak nak pi kena estimate masa supaya sempat ke sana.

      Anyway, kalau awak tak keberatan maybe awak boleh email pada akak itinerary awak ke Sapporo mungkin akan boleh beri cadangan utk melancarkan cuti awak tu

      Delete
    2. thanks kak..belum siap lg..masih tengah plan..dan study pasai sapporo....masih bertungkus lumus baca blog akak dan beberapa blog lg utk nk buat itinerary ni hehe..thanks a lot ye kak

      Delete