Wednesday, 15 April 2015

Day 7 Part 2 - Otaru, Hokkaido



Dari Shiroi Koibito kami berjalan balik ke Miyanosawa Station. Kemudian dengan Tozai Line terus ke Odari. Sebenarnya boleh ajer dari Odari tu kami guna One Day Subway Pass untuk balik ke Sapporo Station dengan percuma, tapi hasben akak lah pandai2, dia kata mari kita cuba jalan kaki dari Odari ke Sapporo dengan menggunakan underground walkway. Sekali ... sampai tercungap2 berjalan. Orang2 Jepun lain lah depa dah biasa jalan laju2, setakat 2-3 kilometer berjalan kaki...selamba jer bagi depa.

Bila kami tiba di hotel dan mintak kunci dari reception, alangkah terkejut bila dorang kata masa nih semua bilik dorang tengah buat house keeping. Pendekata, memang dah jadi house rule dari pukul 10am hingga 2pm semua guests di Toyoko Inn digalakkan untuk keluar supaya kerja2 house keepin boleh dijalankan.

Buntu juga kami masa nih. Boleh jugak kalau nak pi Otaru dan solat di sana. Kami pernah check location map Mesjid di Otaru dalam internet, nampak macam jauh tapi bolehlah kalau nak cari.

Kemudian akak baru teringat Sapporo-Otaru Welcome Pass kami ada dalam bilik, sememangnya kami dah pilih hari ini untuk ke Otaru, rugilah kalau tak pi pulak. Dengan alasan untuk ambil Welcome Pass nih kami dibenarkan untuk naik dan masuk ke dalam bilik kami.

Apabila kami naik ke tingkat atas bilik kami, terkejut sekali lagi. Rupa2nya dorang buat house keeping adalah dengan cara sekali arong. Semua pintu bilik di tingkat yang kami menginap terbukak luas. Ada dua tiga housekeepers tengah berkerja dengan pantas keluar masuk guest rooms. Biasanya di lain2 hotel yang pernah kami pi samada di Malaysia atau luar negara, house keeper akan bergerak dari satu bilik ke satu bilik untuk buat kerja permbersihan. Tapi di Toyoko Inn nih dorang pukul sekali lalu untuk tiap2 floor.



Pintu bilik kami pun terbukak luas macam bilik2 lain. Agaknya tu pasal reception tak kasi naik atas takut ada orang ceroboh dan curi barang2. Takut nanti houskeeper tu salah paham, akak guna google translate English-Japanese dalam phone dan tunjuk pada salah sorang house keeper yang tengah berkerja di bilik sebelah untuk beri kami 10 minit.

Sempatah kami guna toilet, buat solat jamak, bungkus roti dan biskut sebagai bekal alas perut semasa di Otaru nanti. Nak buat fast recharge hand phone pun tak sempat, dah lah masa di Shiroi Koibito tadi kami gambaq dan video, tak tau samada boleh bertahan phone kami sehingga ke malam nanti.

Sapporo Otaru Welcome Pass dah ada dalam tangan. Semua dah set. Kami balik semula menuju ke Sapporo Station dan menaiki JR Train ke Otaru. Destinasi kami adalah Minami-Otaru JR Station. Ingat yer kalau sapa2 yang nak buat day trip seelok2nya turun di Minami-Otaru iaitu train station yang kedua terakhir dgn Welcome Pass nih . Macam nih senang sikit sebab banyak tourist spots terletak di antara Minami-Otaru Station dan Otaru Station. Nanti bila dah abis ronda2 bolehlah guna Otaru Station untuk balik semula ke Sapporo, mudah cam tu.



Perjalanan dari Sapporo ke Minami-Otaru dengan Hakodate Line ini mengambil masa dalam 35 minit. Sempatlah akak lena seketika dalam train nih. Akak sedaq2 pun dalam 10 minit sebelum sampai, tu pun pasal terdengaq orang dok bising ambik gambaq pemandangan tepi pantai. 



Kalau sapa2 yang nak ke Otaru dari Sapporo, kalau boleh pilih untuk duduk di sebelah kanan gerabak sebab view di luar memang cantik.




Ishikari Bay yang menjadikan Otaru terkenal sebagai bandar pelabuhan sejak puluhan tahun



Waktu nih cuaca agak mendung dan hujan renyai. Menurut apa yang akak baca dari intenet pemandangan Ishikari Bay akan jadi lagi cantik pada waktu pagi tatkala langit cerah dan air laut kebiru2an.



Ini adalah pemandangan dari overhead bridge selepas turun dari keretapi di Minami Otaru. Rail track di atas ini menuju ke Otaru iaitu station terakhir bagi pengguna Sapporo-Otaru Welcome Pass. Sebenarnya dengan Hakodate Line ini boleh terus sehingga ke bandar2 seperti Kutchan, Niseko dll, tapi Welcome Pass cuma terhad sehingga ke Otaru sahaja.



Dan inilah dia Minami Otaru Station. Bukanlah proper station pun sebab ramai prefer untuk turun dan mula explore bandar Otaru dari sini. 



Setelah melepasi overhead bridge jangan lupa ambik pamphlets dan apa2 info pasal Otaru di pintu waiting room Minami Otaru station nih.




Kedudukan Minami Otaru Station nih adalah di atas bukit. Untuk mulakan perjalanan kami yang pertama kami pusing ke kiri dan menuruni sehingga ke hujung jalanraya dalam kira2 5 minit untuk sampai ke Otaru Music Box Museum.



Inilah dia Otaru Music Box Museum. Jalanraya di sebelah kanan itulah arah dari mana kami kami. Masa nih hujan pun dah berhenti dan tourist yang ada ketika ini punyalah ramai, kebanyakannya dari mainland China.


                                            Amboi, amboiii sakan noo hang bergambaq. 

Depan Music Box Museum nih ada satu steam clock. Memang femes lah bendalah nih sampai semua orang nak bergambaq dan berselfie kat tepi steam clock nih. Steam clock ni sebenarnya adalah hasil ciptaan Raymond Saunders dari Canada dan akan berbunyi (steam whistle) setiap satu jam.




Dalam Music Box Museum ini ada pameran dan jualan barang seperti barang2 antik, jewellery box, music box dll. Akak sempatlah beli fridge magnet di sini. Susah sikit nak dapat yang ada perkataan Otaru, Hokkaido, dalam ini ada yang cantik sikit.




Music box di sini ada yang dah siap dengan lagu atau tune yang tersendiri. Tapi kalau kita nak customise dengan lagu2 yang tertentu misalnya lagu Happy Birthday sebagai hadiah kepada orang ker dorang boleh buat




Harga music box di sini pun boleh tahan mahal, kalau macam yang ada sushi tu hampir RM100 satu. Tapi kualiti dia pun nampak okay gak tak lah cikai sangat, boleh pusing (wind) dan akan main music tune dalam satu minit.








Hah yang Maneki-Neko (bekoning cat) yang pakai kimono nih akak beli untuk kawan sebab dia suka buat collection kucing babai yang macam nih.




Nih pulak akak beli untuk my daughters. Jadilah photo holders sebagai kenang2an pi sini. Gambaq nih diambik masa balik dalam bilik hotel - waktu punggah barang untuk bersiap2 sebelum check out besuknya.




Wind chime nih akak beli for my own self. Sesaja jer ... nih kalau malam hari angin kuat mau jadi macam cerita Psycho gamaknya.



Nih adalah pemandangan dari tingkat 2. Music Box Museum nih ada 3 tingkat semua sekali. Ramai kan orang dalam tempat nih. Kami berada di sini dalam satu jam lebih, nak bayaq pun ambik masa lama sebab ramai orang yang beratuq.


Gin no Kane - gambaq nih diambil dari dari internet


Keluar ajer dari Music Box Museum kami pi ke Gin no Kane. Iaitu satu store yang menjual cake dan chocolate. Sebenarnya mula2 tu kami berhajat nak ke Kitaichi Museum of Venetian Art iaitu sebuah museum yang mempamerkan barang2 kaca -salah satu tarikan utama di Otaru nih. Tapi dah kerana waktu operasi Gin no Kane nih sampai pukul 5.30pm tak jadi pulak ... kerana ada barang yang kami dah target nak beli di sini.



Inilah yang kami nak beli Royce Chocolate. Harga di sini memang betul2 murah sebab Royce Chocolate dikeluarkan dari kilang di Jepun. Walaupun yang dijual di Malaysia sekali pun asalnya dari Hokkaido, Japan. Boleh baca di sini : http://www.royce.com.my/royce-chocolate-faq

Bahan2 yang digunakan dalam Royce Chocolate pun adalah halal kecuali beberapa jenis seperti Nama Champagne, Nama Bitter, Nama Au Lait, Nama Maccha and Rum Raisin Bar Chocolate kerana mengandungi liquor.




Royce Potato Chip pun sama murah cuma Y756 ajer, tapi kami tak beli yang nih cuma beli chocolate ajer.



Sebenarnya memang murahlah dengan harga Y756 (RM23) yang dorang jual di sini untuk satu item. Kalau di Malaysia puratanya dalam RM53 ( http://www.royce.com.my/product-list/all-products.html?dir=asc&order=price )


Banyak jugak yang kami beli di sini dekat2 seratus Ringgit lebih gak habis. Ada yang kami beli untuk kawan2 dan yang selebihnya untuk diri sendiri.



Next stop adalah ke Letao Store. Tempat nih memang specialize dalam cake, cookies dan chocolate. Dikatakan chocolate di sini boleh dimakan kerana bahan2 yang digunakan ada vegetable based.





Chocolate berperisa anggur nih akak beli satu kotak. Dorang nih pandai depa layoq kat kita free sample chocolate untuk rasa kemudian ramai yang pi beratoq untuk beli.


Yang nih pun akak beli untuk office colleagues sebab murah. Okaylah sebagai cenderamata beli dari Hokkaido. 



Kemudian kami pi di kedai yang bersebelahan iaitu Kitakaro. Di sini dorang memang specialize pada kek baumkuchen. Kek ini juga akak fahami dikatakan halal untuk dimakan. Rupanya macam kek lapis tapi cara membuatnya adalah dengan memasaknya di atas spit (roller) seolah2 macam ianya di grill. Tapi seriously kek lapis Sarawak Dayang Salhah lagi sedap.


Gambaq di atas tu sekali dorang bubuh sample kek, dalam beberapa saat habis tinggal pinggan kosong jer. Yang buat kerja nih mostly adalah dari Mainland China. Masa di Gin no Kane terkejut semua orang dalam kedai tu. Ingatkan apa hal, rupa2nya salah sorang bapak geng Mainland nih lah dorang terpekik2 panggil anak dia yang kat dalam kedai .... sedangkan dia dia tu sendiri di depan pintu kedai.



Dah abis jalan keluar masuk kedai2 kek dan chocolate di Sakaimachi Street ini kami menuju ke tempat yang menjadi tumpuan ramai dan paling terkenal di Otaru iaitu ke Otaru Canal. Sementara nak ke sana kami masuk jugaklah kedai2 yang jual souvenir dan yang jual seafood. Tak ada apa yang menarik sangat barang2 yang dijual.



Kalau tak tak arah mana nak ke Otaru Canal, jangan takut stay on course di Sakaimachi Street dan cuma follow the crowd. Dan akhirnya sampai jugak. Orang di sini punyalah ramai sangat2, dan sememangnya malam adalah waktu yang amat sesuai untuk tenguk keindahan terusan yang paling terkenal di Jepun ini. Masa nih ada pulak satu group macam buat caroling, Tapi semua yang mai tak endahkan depa nih ... sebab semua sibuk nak bergambaq depan canal nih.



Jika di Sapporo terkenal dengan Snow Festival nya, di Otaru pada 10 hari dalam bulan February pulak dorang hidupkan winter night ini dengan Snow Light Path Festival. Terusan di Otaru ini dihiasi dengan cahaya lampu yang terang benderang.






Nak dapat masuk dalam lorong di tepi terusan nih punyalah susah kerana orang yang terlampau ramai. Ada yang siap dengan tripod dan monopod beratoq nak ambik gambaq. Ada dekat 20 gambaq gak kami snap kat sini, sat ambik ada termasuk kepala oran, sat ambik tak beberapa clear. Punyalah payah.


Tenguk atah nih, ramai tak ramai ker umat yang ada kat sini, akak guna camera dari handphone jer untuk ambik gambaq. Takut gak tersalah hemat jatuh phone dengan akak sekali dalam ayaq.



Kami berjalan cuma suku ajer di sepanjang lorong tepi terusan nih. Rasa2 ramai yang pi sampai ke hujung belah sana nu untuk bergambaq.


Dari Otaru Canal tu kami bergerak menuju ke Temiyasen Kaijo iaitu salah satu lagi tempat di mana Otaru Snow Light Path Festival berlansung. Tak jauh pun tempat ini lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki dari Otaru Canal tadi.


Actually tak ada apa yang special sangat di sini, cumanya ada lantern yang menghiasi atas timbunan salji disusun untuk nampak cantik.


Kami ke sini pun kerana tempat ini on the way nak ke Otaru JR Station. Dah alang2 sampai so explore ajer lah kawasan nih. Kami pusing2 sekitar tempat nih dalam 10 minit lepas tu terus melangkah untuk ke Otaru Station.



Jalan2 dalam bandar Otaru nih tak susah mana pun. Kalau tak reti atau tersesat jalan ada banyak signage yang macam nih untuk memudahkan kita mencari arah yang betul.


Selama 10 hari Otaru Yuki Akari no Michi (The Otaru Snow Light Path Festival) boleh kata hampir semua tempat dan pavement dalam bandar Otaru di hiasi dengan macam2 lanterns dan snow statues


Ketika 10 minit berjalan dan sampai di persimpangan ini baru akak sedaq yang akak punya gloves hilang. Bila cuba2 ingat balik, gloves tu ada semasa di Otaru Canal. Ini mesti jatuh waktu bukak gloves untuk guna camera di Temiyasen Kaijo tadi. Berbelah bagi jugak nak patah balik ke tak mau. Akhirnya kami berpatah balik gak, mana tau nasib kami baik boleh ler jumpa gloves akak yang tercicir kat situ. Dan seperti yang dijangkakan memang ada pun. Bukan akak punya saja yang ada, kat situ ada jugak dua tiga pasang gloves lain dorang dah kumpul letak atas satu kotak. Syukur Alhamdulillah. 


Tak jauh dari Temiyasen Kaijo nih ada satu Sun Mall, salah satu tempat membeli belah terbesar di Otaru. Tapi masa nih dah hampir pukul 7.30pm semua orang dan bungkus untuk tutup kedai.


Jalan lagi terus ke depan kami masuk ke Miyako Dori. Ini sebenarnya adalah shopping street yang berbumbung lebih kurang macam Bugis Street di Singapore. Dorang jual barang2 lama dan baru untuk menarik perhatian pelancung terutama sekali. Kami masuk ke sini sebab di penghujung Miyako Dori nih boleh tembus terus ke depan jalan untuk ke Otaru Station.


Dan ini lah dia Otaru JR Station. Sebab kami menggunakan Sapporo-Otaru Welcome Pass kami tak payah dah untuk bayaq apa2 lagi tambang nak balik ke Sapporo. Mula2 tu akak ingatkan dari Sapporo Station nak terus ke Odori untuk melihat Snow Festival, tapi memandangkan kami sampai ke Sapporo pun dah pukul 8 lebih dan bateri handphone kami pun dah tinggal nyawa2 ikan kerana dok sakan pakai sejak dari pagi tadi di Shiroi Koibito, akak ambik keputusan untuk balik sahaja ke hotel. 

Lagi pun malam nih nak kena kemas2 luggage apa yang patut sebab keesukan pagi kami nak kena check out dan balik semula ke Tokyo. Hmm sat jer seminggu abis di bumi Jepun nih... dah nak balik. Hiks.

20 comments:

  1. cutenya koleksi music box tu,zaman sekolah dulu mmg famous as a gift,nampak best n meriahnya Otaru ni ya,kalau saya agaknya boleh spend seharian kat sana,part shopping choc murah yg syok tu,destinasi wajib la ni kalau ke hokkaido kan kak nori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sampai sana dah agak lewat ada lagi 3-4 tempat dalam Otaru tu tak sempat nak explore. Tapi kan kalau pi time winter untuk tenguk Light Festival tu kena belah malam baru nampak cantik, sebab dorang akan start pasang lantern mulai pukul 5pm.

      Kalau Ayda nak pi sana in Spring time boleh jengah2 blog ni :

      http://lingstravelblog.blogspot.com/2014/06/hokkaido-2014-day-5-takino-park-otaru.html
      http://lingstravelblog.blogspot.com/2014/06/hokkaido-2014-day-6-otaru.html

      dia pun pi lebih kurang macam tempat akak pi mcm Takino Suzuran, Otaru dll.
      Dia juga ada pi Hello Kitty Restaurant di Otaru tempat yang akak dah target nak pi tapi boleh ter-miss pulak, tenguk pada barang2 yang dia beli kat situ dgn harga yg murah akak jeles sangat2 ... sob sob

      Delete
    2. thanks kak bagi link tu,memang sakan dia bershopping,nampak cantik sangat time light festival tu..hmm one day nnt kna g hokkaido time winter gak kot ..abissla asyik berangan nak repeat jepun je...hihi..

      Delete
    3. Tak payah berangan pun boleh pi Ayda, cuma nak kena simpan duit dari sekarang sikit2. Kalau nak lagi ganas boleh overnight kat Otaru hihi

      Delete
  2. Yg sakan posing2 tu tourist dr mainland c ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kebanyakannya adalah dari Mainland China,biasanya dorang nih pi dengan tour group depa sendiri

      Delete
  3. cantiknyerrrr...... bila tmbh lampu2 lagik menarik.... souvenirs lawa2 ya kat area music box museum tu... tp saya seriau sikit kat area2 kaca ni..dulu kat beijing anak saya pernah pecahkan telinga patong rabbit...huhu..nasib x perlu byr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer memang cantik & menarik, cuma tak cukup masa nak explore banyak tempat2 lain di Otaru nih.
      Bawak budak2 kecik memang macam tu, dorang nih bukan boleh dok diam, lagi depa suka kalau aktiviti yg lasak2 kalau tempat2 mcm nih mulalah tarik muka boring

      Delete
  4. Ya Allah..akak...saya terlepas pandang entry akak yg ni..dah termissed tempat2 kat Otaru ni...saya pergi canal jer..ala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah baca blog awak, Otaru ini ada beberapa tempat menarik, canal tu paling cantik semasa dorang buat Winter Festival kerana pada masa tu tempat ini dihiasi dgn lampu. Kalau terlepas pandang maknanya Zila nak kena pi lagi ler tu kan hehehe.

      Delete
  5. Assalam kak. Kalau p sapporo ni awal december, ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Awal December di sana baru bermula winter season. Ada juga salji yg turun tapi belum menebal di banyak kawasan. Sebab itu tempat2 spt yg akak rekomen utk main salji/snow shoe hiking/sledging di Takino Suzuran mula dibuka pada 23 December.

      Pertengahan January hingga bulan February adalah peak season yg sesuai utk ke sana kerana salji sudah turun dengan banyak dan permukaan bumi kat sana semuanya memutih.

      Delete
    2. saya kena pergi juga awal december sebab makcik saya insist nak p tahun ni juga. haha
      soalon saya: sapporo-otaku pass tu harga nya Y1700. selain utk train boleh guna utk apa lagi? sebabnya saya tengok tambang sapporo - minami otaru (return Y1280). tempat2 menarik di area otaru within walking distance je kan? ke saya silap paham?
      term kasih sis. sy memang nak ikut itinerary sis je ni, hehe

      Delete
    3. Awak ler yg salah paham hahaha. Cuba scroll tenguk gambar paling atas dalam page ini. Ada gambaq Sapporo-Otaru Welcome Pass. Nanti bila awak beli dorang akan kasi satu buku yg ada 2 pass :

      1. JR Ticket - Iaitu Pass utk perjalanan pi balik dalam tempuh satu hari antara Sapporo dan Otaru. Maknanya dalam satu hari awak boleh buat 8,9 trip antara Sapporo dan Otaru kalau terlarat.

      2. Subway Ticket - Iaitu Pass utk penggunaan subway dalam bandar Sapporo selama satu hari. Turun naik lah sampai pitam kat mana2 bandar dalam Sapporo semuanya dah free dgn pass ini. Tapi tak boleh guna utk Street Car (Tram).

      Penggunaan kedua2 pass ini tak lah semestinya serentak. Contoh hari ini awak guna pass pi balik Sapporo-Otaru, besuk awak pi Asahiyama Zoo, lusa baru nak pi tempat2 dlm bandar Sapporo, so awak boleh lah guna pass subway tu.

      Kena buat planning sikitlah baru berbaloi penggunaan Subway Pass ini.

      Delete
    4. Owh baru paham. Hehe.. Terima kasih byk2. Cuak dah ni, tak lama dah.

      Delete
  6. Assalam kak, saya plan nak overnite kat otaru..mesti ada tempat menarik lagi kan...maklumla, accomodation full kat saporo. persoalan, berbaloi x nak bli welcome pass tu?sbb nak balik semula saporo da hari lain kan?sobosbosb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      SOWP tu akan cuma jadi berbaloi kalau awak guna dalam hari yg sama kerana ia unlimited ride atas JR Train antara Otaru-Sapporo pada satu hari. So kalau awak dah bercadang nak stay di Otaru awak beli single ticket sehala @ Y640.

      Bagaimana pun utk kegunaan subway & streetcar (tram) di Sapporo, awak boleh beli Common Use One Day Card. Harganya Y1000 utk adult & Y500 utk kanak2. Kegunaan card ini adalah unlimited ride utk semua subway line dan juga streetcar utk satu hari. Kad boleh didapati dari vending machine di subway station.

      Dan kalau kata awak nak ronda2 di bandar Sapporo pada hari minggu - Sabtu atau Ahad, awak cuma beli One Day
      Card For Subway @ Y500 (adult) & Y250 (children), Card ini utk subway sahaja. Streetcar tak termasuk. Kalau bukan hari minggu harganya Y800 (adult) & Y400 (children. Jadi, awak kena pandai atur itinerary supaya boleh jimat banyak dgn discount card yg spt ini.

      Sekiranya awak akan menginap di Otaru dari hari mula hingga akhir, maka awak kena buat planning rapi perjalanan JR Train. Misalnya kalau nak travel dari Otaru ke New Chitose Airport, tempuh masa perjalanan adalah 90 minit dan awak WAJIB buat pertukaran train (transfer) di Sapporo Station.

      Delete
  7. Assalam kak, nama sy linda..sy pergi sapporo bulan lepas, semua tempat yg sy pergi sy refer kat blog akak ni..terima kak buat blog & share info..sy pergi otaru, music box museum, takino park..mmg best..otaru canal tu cantik sangat sampaikan kawan2 ckp gambar tu mcm kat poskad..hehe rasa nak repeat lagi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Terima kasih, best kan Japan...maknanya nak kena repeat lagilah kan hehehe

      Delete
  8. Dah 3 kali pergi japan kak hehe tapi sebelum ni pergi tokyo, trip baru2 ni je pergi sapporo dan osaka.. japan mmg best, sy suka cara hidup kat sana..kalau pandai ckp jepun lg best..hehehe

    ReplyDelete