Friday, 24 April 2015

Day 8 Sapporo to Tokyo. Final day in Japan


Day 8 Itinerary 


* Check out from Toyoko Inn Hokkaido Sapporo-eki Kita-guchi
* Walk to Sapporo (JR) Station
* Take JR Rapid to Sapporo (JR) Station to New Chitose Airport @ Y1070 

  08:10AM ---> 08:47AM
  08:25AM ---> 09:02AM *
  08:40AM ---> 09:17AM
  08:55AM ---> 09:32AM

* Return Global Advanced Communications pocket wifi 
* Go to Vanilla Air counter at 1F (near by ANA Group Counter) for check in 
  Sapporo(CTS)  @ 10:30AM
  Narita    (NRT) @ 12:05PM

  # Go for prayer at Terminal 2, Main Building 1st Floor

+++++ The Access Narita +++++
* In Narita Airport go to Terminal 2 Bus Stop No.19 
* Board The Access Narita and pay Y1000 to driver

Narita Airport  ----> Tokyo station Yaesu central exit

13:10 ---> 14:25
13:30 ---> 14:45
13:50 ---> 15:05*
14:10 ---> 15:25
14:30 ---> 15:45

Boarding for The Access Narita   } Terminal 2 No.19 Bus Stop (In front of Domestic Flight Exit)

* In Tokyo Station take Yamanote line to Ueno
  Tokyo ---[8 min @ Y160]---> Ueno

* Walk around Ameyoko 
* Walk to As Salam Mosque near Okachimachi Station
* From Ueno Station take Yamanote Line to Hamamatsucho
  Ueno ---[14 min @ Y170]---> Hamamatsucho

* From Hamamatsucho take Airport Monorail to Haneda International Terminal 
  Hamamatsucho---[13 min @ Y490]---> Haneda International Terminal

* Check in at AirAsia counter

Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi matahari terbit ini. Hari nih pun sama macam hari2 yang sebelum itinerary betul2 sendat dari pagi hingga ke malam. Pagi ini kami akan bertolak balik dari Sapporo ke Tokyo dan pada malamnya akan berlepas dari Haneda ke Kuala Lumpur. Flight kami dari New Chitose ke Narita pada pukul 10.30am, maknanya kami patut check out dari Toyoko Inn sebelum pukul 8.30am.


Takut punya pasal terjadi macam di Yudanaka sebelum nih ... sampai nak kena ambik gambaq dan bubuh dalam handphone supaya senang nak refer dan boleh sampai airport on time

Malam sekembali dari Otaru kami dah kemas2 beg dan susun segala benda yang nak kena bawak balik, barang makanan kami dah habiskan apa2 yang patut. Kicap dan sos yang ada baki sikit2 tu akak buang ajer.




Dan yang paling merisaukan ialah pocekt wifi dari Global Advanced Communications yang kami sewa selama 4 hari. Risau tu bukan pasal apa, sebab kita dok usung pocket wifi nih pi ke hulu ke hilir, redah salji lah macam2 ... buatkan jatuh tercicir jadi satu pasal pulak nak bayaq ganti rugi. Benda nih nak kena pulang balik sebelum cut off time tengah hari esuk. Dorang dah siap bagi envelope yang macam Pos Ekspres untuk dipulangkan melalui mana2 Post Office.


Nih sebahagian chocolate yang kami beli di Otaru, Royce tu mostly untuk kami dan yang lain2 untuk kawan2 sebab kali nih kami tak belilah benda2 macam keychain, fridge magnet untuk depa semua, cukup dengan chocolate dan cookies sahaja,

Lepas dah kemas2 dan susun eluk2 nampak gaya barang yang kami nak bawak balik lagi banyak dari masa mula2 mai. Hmm macam mana boleh jadi lagu tu ekk ? Ingatkan lepas dah abis barang2 makan lagi kurang muatan kami tapi jadi bertambah pulak. Tapi nasib baik gak sebab Vanilla Air beri satu orang 20kg untuk checked luggage dan 10kg untuk hand carry, so tak payah nak pening2, cuma nak kena kuatkan kudrat angkat bag turun naik train ajer.

Keesukan hari selepas breakfast lebih kurang, dalam pukul 8am kami dah berada di reception Toyoko Inn untuk buat check out. Hotel ini kami buat booking melalui Booking.com dan tidak ada deposit apa2 yang diambil sewaktu check in, tapi payment in full cuma dibuat semasa check out di samping apa2 kos sampingan.

Kami adalah satu kos sampingan kerana malam kelmarin sesaja jer buat call dengan menggunakan talipon yang ada dalam bilik untuk call anak2 di Malaysia. Bukan lama pun dalam satu minit saja kerana nak khabaq yang kami dah nak balik. Memang tak niat pun nak cakap lama sebab sebelum nih kami berhuung menggunakan whatsapp saja.

Mula2 tu gabra jugak berapa depa nak charge untuk phone call dari hotel room nih. 
"You have made one phone call"
Kami mengangguk saja.
"17 yen"
Cehh ... Ingatkan banyak manalah nak kena bayaq. Rupa2nya Y17 (RM0.51) saja, Hmm kalau tau lagu nih punya murah bolehlah sembang lama2 sket kan.

Perjalanan dengan JR Train dari Sapporo ke New Chitose Airport mudah pulak pagi2 macam nih, nak dapat seat dalam unreserved coach pun senang. Mula2 bila tiba tempat yang kami cari adalah post office. Selagi tak selesai nak pulangkan pocket wifi nih selagi tu tak selesa dibuatnya.

Kemudian pi beratur untuk masuk lounge Vanilla Air. Bila sampai turn kami dia kata nak check in luggage kena pi ke tingkat bawah. Jadi kerja pulak nak kena lari ke tingkat bawah, rupa2nya Vanilla Air dengan Jetstar lain system dorang nih. Hari tu Jetstar cuma ikut tanda boarding untuk Jetstar passengers, check in untuk luggage dan passport, semuanya sistematik. Tapi Vanilla Air nih mungkin sebab tak ada web check in, kita kena check in di counter dulu, kemudian bila dah selesai, pi di ANA counter untuk scan dan drop luggage lepas tu baru pi ke Vanilla Air lounge di tingkat atas semula. Berpeluh jugak kami dibuatnya.





Ramai pulak penumpang Vanilla Air pagi2 nih yang nak pi ke Narita - full house. Kapal terbang Vanilla Air nih macam AirAsia jugak tak ada apa2 yang special. Kami tiba di Narita Airport dalam pukul 12.15pm. Tapi bila part nak collect luggage punyalah lama, dalam setengah jam dok menunggu.

Plan kami seterusnya adalah untuk ke Tokyo, sebab akak dah janji nak beli for my daughter headphone di Akihabara. Tapi sebelum tu nak solat dulu dalam surau di Narita Airport ini.




Tak susah sebenarnya nak cari surau di Terminal 2 Narita Airport nih. Kedudukannya adalah di tingkat bawah berhampiran dengan escalator dan information center, phone rental counter dll yang ada di banyak di sini. Pi ke hujung sekali. 



Nih zoom dari gambaq yang sebelumnya, di tempat yang ada Question Mark (tanda soal) pintu surau cuma di sebelahnya sahaja.



Dalam surau nih dilarang kita makan/minum dan tidur di dalamnya. Jadi, pergunakanlah seeluk mungkin kemudahan yang dah diberikan kepada kita ini. Semasa kami di dalam surau nih ada sekali minah Jepun yang dok di counter Question Mark tu jengah2 tenguk. Sama macam di Haneda, polis depa siap masuk tenguk dalam surau takut ada orang abuse tempat nih.


Surau di sini dibuka dari pukul 6.00am hingga 11pm, sempatlah kalau nak buat solat jamak dan solat waktu.


Tempat untuk mengambil wuduk pun ada sekali dalam nih dan nampak bersih ajer.


Tempat solat untuk laki2 dan perempuan pulak dipisahkan dengan translucent divider, tak macam di Haneda semuanya himpun dalam satu bilik. Cuma kekurangan surau ini adalah arah kiblat tidak ditunjukkan dengan tepat. Di atas siling hanya ada petanda gambarajah kompas. Sebenarnya arah kiblat yang tepat bukanlah menujuk ke arah barat atau matahari tenggelam, jadi kalau sapa2 yang nak bersolat di sini, pastikanlah handphone ada apps untuk cari arah kiblat atau macam kami bawak kompas kiblat.


Untuk ke Tokyo dari Narita Terminal 2 ini ada beberapa option yang boleh digunakan. Kami memilih antara yang termurah iaitu dengan  The Access Narita iaitu express bas dengan tambang cuma Y1000 (RM30) seorang sahaja.



Mudah saja nak guna perkhidmatan express bas ini. Dari lokasi surau tadi, balik semula ke belakang berhampiran dengan counter yang banyak2 tadi. Kemudian cari saja Central Exit.




Di luar nanti ada signage bas stop yang menunjukkan destinasi yang kita kita nak pi. Oleh kerana kami hendak ke Tokyo, kami perlu tunggu bas di bus stop nombor 2 atau nombor 19. Kedua2 perhentian nih adalah untuk The Access Narita ke Tokyo, pilih mana2 pun boleh.


Kalau pilih bus stop nombor 19 dari Central Exit pi ke belah kiri, untuk bus stop nombor 2 pulak ke kanan.


Bila ajer sampai di bus stop nombor 19 nih, kami pun beraturlah macam orang ramai yang ada dalam gambaq di atas nih tiba2 mai satu lelaki dgn luminous vest mintak tiket. Ehh ... tiket hapa kebenda pulak, kami dah check sebelum nih dalam website The Access Narita tiket untuk Narita-Tokyo dibayaq kepada bus driver dengan bayaran Y1000. Serba salah pulak jadi kitanya. Mungkin macam kes di Makomanai dulu depa dah tukaq sistem kot. 

Kami bagitaulah kat dia yang kami nak ke Tokyo ... No, No you must buy ticket first, inside the terminal. Tak mau lah nak tunjuk sifat kekampungan nak berbalah bagai dengan mamat sekoq nih kami pun masuk semula ke dalam dan cari counter tiket.



Inilah dia counter yang jual bas tiket di Narita. Dalam gambaq atas nih kan ada tunjuk Tokyo Shuttle. Inilah dia sistem pengangkutan paling murah sekali dari Narita ke Tokyo. Tiketnya cuma Y900 (RM27) seorang dan tiketnya boleh dibeli di sini.


Di tepi counter nih ada 2 orang - seorang perempuan dan seorang laki2 yang berpakaian kemas dengan blazer untuk bantu penumpang2 yang baru mendarat. Tak puas hati dengan kejadian yang berlaku dengan mamat tadi akak keluaqkan ipad dan tunjukkan depa nih. Ipad akak memang penuh dengan screen capture image dari internet, senang macam tu daripada nak explain berbelit2 bila jadi situasi yang macam nih.

I want to take this bus The Access Narita to Tokyo
You can go outside to bus stop number 19

But we were there and there was this man that asked for tickets
Ticket ? No, No ticket, you only pay to the bus driver

Hah betoi pun. Akak pun bagitau kat dia yang mamat sekoq tadi yang suruh kami mai ke sini untuk beli tiket bas. Kemudian pakcik yang pakai blazer nih volunteer untuk bawak kami ke bus stop nombor 19. Nih baru best, agak2 sat lagi kalau jumpa mamat tadi tu boleh akak piat2 telinga dia.

Bila sampai kat sana tak daq pulak mamat tu. Entah ke mana ilang dia. Tak tau apa yang sebenarnya terjadi tadi, fenomena luar biasa yang tak boleh nak explain. Tapi pakcik nih tunggu sampai kami naik atas bas baru dia beredar. Dan memang betul pun bila kami naik atas bas, cuma bayaq pada driver Y1000 dan boleh duduk kat mana2 seat pun.


Bas The Access Narita nih perkhidmatannya dari lapangan terbang ke Tokyo available setiap 20 minit sekali. Boleh tenguk time table dia di sini : http://accessnarita.jp/en/home/
Perjalanan ke Tokyo mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.


Bas akan berhenti di Yaesu Central Exit, tempat nih tak jauh dari Tokyo JR Station. Lebih kurang dalam 150 meter menyeberang jalan dah sampai. Tapi Tokyo Station nih macam Shinjuku Station jugak kalau orang yang tak biasa dengan sistem pengangkutan di sana boleh terpinga2 dibuatnya.





Dari Tokyo Station kami guna Yamanote Line untuk ke Akihabara. Masa nih lebih kurang dalam pukul 4pm, banyak lagi masa boleh ronda2 sebenarnya tu, sebab flight kami untuk balik ke Malaysia melalui Haneda pada pukul 11.30pm



Ahh Akihabara, tak tau pasal apa tapi bila sampai sini rasa tempat nih macam cantik sangat sebab kebanyakan stores dan bangunan di sini semuanya berwarna warni serta terang benderang dengan lampu dan billboard yang ada.




Kami sempat masuk di beberapa kedai yang ada di sini seperti Sega, Laox, Labi dll, ramai sungguh orang pada hari ini mungkin sebab hari minggu.



Inilah di head phone brand JVC yang akak beli untuk my daughter di Labi Store. Jadilah, di sini harga dia dapat dalam RM93, kalau kat Malaysia dalam seratus lebih.


Dah abis ronda2 dan beli apa yang patut di Akihabara kami naik Yamanote Line ke terus Okachimachi Station. Cadangnya tu nak pi Mesjid As-Salam yang ada di sini untuk buat solat jamak Maghrib dan Isyaq. Dari Okachimachi nih senang sikit lintas jalan dah jumpa Ameyokocho Street, tempat shopping. Jalan2 sat di sini tiba2 turun pulak hujan renyai, ahh sudah. Kedai2 kat sini dah cepat2 nak kemas barang2 depa yang display kat luaq. Di sini kami jumpa satu kedai kebab. Jadi kami tanyalah seorang pekerja kat sini arah nak pi Mesjid As-Salam. 

Dia pun tunjuk peta yang dah siap ada tampal di dinding.
You go to Takeya here... then go straight and find this koban here, then turn left and walk straight to the mosque

Berjalanlah kami dalam hujan yang semakin lebat dengan tak ada payung cuma guna hoodie dari jacket saja. Jalan punya jalan tak jumpa pun koban (police box). Masa nih dah pukul 7.15pm, kami dah target nak sampai Haneda sebelum pukul 8pm. Pernah jugak dengaq di Haneda tu ada surau, so kami nekad balik ke Okachimachi Station dan terus ke Hamamatsucho dan ambik monorail ke Haneda Airprt


Sampai ajer di Haneda, kami pi ke Information Counter. Memang betul ada surau di sini. Tapi di sini, tak macam di Narita, nak masuk kena guna intercom baru pintu boleh bukak.


Dah abis solat dan check in di counter Air Asia, masa untuk kami jalan2 dan perabihkan saki baki yen yang ada ... bukan banyak sangat pun. Yang banyak adalah duit syiling Jepun yang berlubang2 tu. Sempatlah kat sini kami beli chocolate di kedai dalam airport nih. 


Di Haneda nih pun ada jual Royce Chocolate. Kedainya terletak selepas kita check in passport dan harganya pun sama macam di Sapporo iaitu Y756.

Dannnn .... itulah gambaq terakhir yang ada dalam camera kami pasal percutian di Jepun. Tak tau pulak kenapa akak tak ambik gambaq dalam waiting lounge atau dalam flight. Sedih sangat kot nak balik ke Malaysia.

Okay selepas ini akak akan masukkan entry mengenai full details review seperti tempat2 yang kami pi, transport yang kami naiki dll dan juga kos perbelanjaan sepanjang seminggu lebih kami di sana.

16 comments:

  1. Ada beza ke kak bas dari narita ke tokyo tu,destinasi dia lain-lain ke...tiket akak 1000y,yg kat kaunter tu murah sikit 900y..
    Haneda lagi dekat ke tokyo ke berbanding narita airport?
    Habis dah winter journey akak ya...sekejap je kan,perasaan nak kena balik tu yg tak syok...kalau boleh nak mengembara lama-lama kan ..so ada plan ke Jepun lagi ke nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ... akak jawab

      1,) Tokyo Shuttle dari Narita-Tokyo @ Y900, perkhidmatannya 2 jam sekali, tiket beli di counter dan tak daq toilet dalam bas. Tapi tempat turun sama macam The Access Narita iaitu di Yaesu Exit. Beza Y100 tapi rasa2 The Access Narita lagi better sebab service dia at more regular time dan ada toilet dalam bas, nanti akak buat review psl nih

      2.) Haneda lebih dekat dan murah. Kalau dari mana2 tempat di Tokyo, bila time nak balik via Haneda, cuma ambik JR Yamanote line kemudian ke Hamamatuscho dan board arirport monorail @ Y490 terus ke Haneda. Narita nih kalau dari Tokyo perjalanan kalau nak cepat adalah dgn Skyliner yg macam akak naik tu, Sorang dlm Y2470, lain2 option adalah dgn train spt N'EX, Access Express (jangan confuse pulak dgn bas The Access Narita sebab nama nak dekat2 sama ). Cuma Skyliner ajer yg cepat dalam 41 minit yang lain2 tu 1 jam lebih. Cumanya dari Narita nak ke Sapporo budget airline banyak ada di sini. So kalau Ayda nak save travel cost boleh pilih ikut Narita dgn Vanilla Air contohnya dan pilih cheap transport option mcm akak buat dgn naik bas ajer. Bus dorang nih very efficient so just sit back and relax dalam 1 jam 15 minit dah sampai.

      3.) Plan nak ke Jepun lagi ... amboi achik Ayda nih hehehe ..memang ada pun yang nih nanti akak akan tulis dalam entry akan datang okay

      Delete
  2. wow..bestnya..nnati ada bajet runtuh nak terjah lagi bumi japan autumn time..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ajer tu Ciku tak payah tunggu bajet runtuh, cari ajer tiket murah waktu 0 fare kemudian simpan duit tiap2 bulan, cukup setahun dah boleh pi

      Delete
  3. Nmpk complicated kak kan.. tp insyaallah if pegik lg, dh blh digest system mereka... hmmm bile lah nk ke hokaido plok no...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nampak complicated tu mostly di Tokyo, kalau di Sapporo semuanya tertumpu di kawasan bandaraya itu saja senang nak paham, train fare pun murah dan tak jauh. Boleh ajer tu pi sana, kalau boleh pi masa winter lagi seronok dan anak2 pun boleh enjoy main snow

      Delete
  4. tq sis perkongsian sangat menarik dan infomative..akan sy jadikan rujukan tuk sapporo trip awal mac nt..InShaAllah..

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak Nori... Kak pnya entry mmg superb! Dan saya perlukan sedikit tips dari kak nori memandangkan saya akan ke jepun penghujung bulan nov, in shaa Allah.. Saya akan ke sana dgn suami dan anak.. Kami akan touchdown di Narita Airport dan akan stay di Sotetsu Fresa Inn Kamata Tokyo.. Boleh x akak suggest public transport especially bus sbb bila bwk anak ni dgn stroller bagai.. Kalu naik train nk kena tukaq2.. Dan kalu bleh share iti di tokyo area.. Kami kat jepun 6hari 5malam..
    biey_darina@yahoo.com
    Thanks Kak Nori.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, sila check email akak dah balas dgn panjang lebaq.

      Delete
  6. Salam kak, saya nk ke sapporo bulan 12 nih.. Salji tebal cm gmbr akk tak agak2? Hehehe lg satu nk tnye.. Flght sy balik kl pagi pkul9.30.. JR line nk ke airport operation hour pukul berapa? Risau la tetinggal flghg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      La nih pun dah mula turun salji, bulan 12 nanti sehingga pertengahan bulan Januari akan semakin lebat. Kalau awak nak tau keadaan cuaca kat sana awak boleh refer link ini : http://www.stv.ne.jp/webcam/en/index.html
      Awak kena refresh browser sebab dorang akan upadate selang beberapa minit. Tempat2 yg awak nak pi tu mcm New Chitose Airport, Sapporo, Otaru dll semua tu awak boleh pilih dari gambaq yg ada dlm link di atas. Masa akak pi dulu selalu ajer refer weather cam nih utk tau perkembangan semasa. Cuma yg tak baguih nya dlm bulan 12 nih biasanya kerap berlaku heavy snow shower atau blizzard sehingga susah nak berjalan pi mana2,

      JR Train dari Sapporo JR Station akan bermula pada pukul 6 pagi. Dan train akan berlepas selang 15 minit sekali ke New Chitose Airport. Jarak dari Sapporo JR Station ke airport akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Jadi awak mesti pandai2 estimate masa nak sampai ke Sapporo JR Station. Seeleuk2nya dalam pukul 7pagi awak dah terpacak kat Sapporo Station. Kalau awak stay nearby Sapporo Station senang sket, tapi kalau awak dok jauh sehingga perlu buat transfer train lagi awal lah awak kena check out dari hotel.

      Delete
    2. YA Allah... Thank you so much kak.. kak Nori sangat membantu :)

      mmg nk rasa snow fall kt tgn pun heheh.. tp risau gak klu heavy sngt smpi boleh cancel flight kan.. hmmm smoga smua selamat.

      Blog akak really helpful! thanks yaaa :*

      Delete
  7. akak, kalo naik vanilla air, ada kena bayar apa2 tak kat airport. sbb ada terbaca kat vanilla air website stated kna byr 3000 yen per person. ke itu yg kalo beli tiket di kaunter ya. tq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Akak guna Vanilla Air utk domestic flight, semasa buat booking online ada 2 options - Simple & Inclusive.
      Simple tu maknanya cuma bawak carry on luggage. Manakala Inclusive pulak dorang akan beri 20 kg check in luggage free per person. Itu saja.

      Akak rasa yg Y3000 tu kalau awak buat name correction, rujuk https://www.vanilla-air.com/en/service/fees
      Mcm salah ejaan dll

      Delete
    2. ooo ok tq ya. saya nk beli domestic jugak. dari osaka ke tokyo. akak ye overall experience ok x dgn vanilla air ni sbb ada baca mcm2 komen kurang memuaskan. tq in advance sis ^_^

      Delete
    3. Saya guna Jetstar dari NRT ke CTS dan Vanilla Air dari CTS ke NRT.
      Seingat akak Vanilla Air ini quite okay, tapi kalau nak compare dgn Jetstar, rasa2 Jetstar lagi bagus.
      Yang tak berapa berkenan sikit psl Vanilla Air ini adalah pada check in luggage. Dorang tak bagitau yang kitapatut check in luggage di tingkat bawah dan masuk ke waiting lounge di tingkat atas. Jadi kelam kabut kena turun balik ke tingkat bawah utk scan dan check in luggage. Pulak tu baru tau semasa nak check in luggage yg Vanilla Air ini wholly owned by ANA, terpinga2 jugak bila dorang suruh pi scan luggage kat counter ANA dan buat check in kat counter Vanilla Air. Kalau awak guna Vanilla Air pastikan pi ke airport awal kerana takut jadi kes mcm kami.

      Tapi utk Jetstar cara check in luggage dan masuk ke waiting lounge dorang buat sekali. Scan dan timbang luggage kemudian kami terus ke waiting lounge. Straight forward.

      Bagaimana pun semua nih bukan problem besar sangat, sebab flight pun cuma dlm satu jam lebih. Cuma mcm akak bagitau tadi awak kena pi airport awal takut2 terjadi pekara2 yg unexpected.

      Delete