Tuesday, 21 February 2017

Day 01 - KUL-KIX Arrival


Return ticket flight ke Osaka akak beli pada bulan November 2015 waktu ada Air Asia buat sales promo. Hmm kira2 setahun lebih dari time beli tiket hingga time nak bertolak. Harga tiket tak termasuk add ons adalah RM637 per person. Okay jugaklah kira murah kan. 

Yang bagus naik Air Asia nih kita boleh buat add-ons sehingga sebelum tarikh dan berangkat, jadi tak terasa sangatlah. Yang tak berapa bestnya adalah exchange rate. Waktu akak pi winter 2015, tukaran wang Yen-Ringgit berada dalam RM30.00 utk Y1000, tapi kali ini dah berubah banyak.

Akak tukar 2 hari sebelum bertolak ke Japan, money changer beri rate RM39.30 utk Y1000. Sedih dan geram pulak tenguk Ringgit Malaysia dok turun. Nak buat cam mana, nak tak nak kena tukar jugak.

Sebulan sebelum tarikh bak bertolak Air Asia pulak hantar satu email :



Dua kali kena retimed oleh Air Asia. Bagi sesiapa yang ingin nak buat connecting flight, pastikan ada jarak masa sekurang2nya 3 jam antara flight. Delay boleh berlaku pada mana2 airline


Flight kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 1.00 pagi kena retimed ke pukul 1.55 pagi. Maknanya kami dijangka mendarat di Kansai Airport pada pukul 9.20 pagi.

1 jam delay, kira okaylah boleh terima. Sekali bila tiba di KLIA2, tau2 flight ke KIX ada announcement akan kena rescheduled ke pukul 3 pagi. Ehh sakit hati betol. Kalau macam nih kami akan tiba di KIX pada pukul 10.30 pagi. Lama jugaklah dok tercanguk kat KLIA sejak dari pukul 9:30 malam.

Tertanya2 jugak awat yang boleh jadi delay sampai lewat macam nih. Mungkin snow storm ke hapa, tapi bila tiba di KIX, cuaca terang benderang eluk saja. Grrr.

Sebelum flight kami mendarat di Kansai Airport awal2 dorang dah buat announcement bahawa barang2 makanan dari meat based products dilarang untuk dibawa masuk ke Japan kerana untuk menghidar dari wabak penyakit kuku dan mulut. Kami memang tak ada niat nak declare apa2 pun walau pun dalam luggage penuh dengan macam2 lauk pauk.

Nasib baik jugak luggage kami lepas tanpa kena bukak, tapi ada dua orang budak perempuan Melayu bertudung yang queue pada lane sebelah kena bukak luggage. Strict jugak kastam kat Kansai nih.

Dah selesai urusan dengan kastam kami tak boleh lengah2 lagi untuk terus ke bangunan sebelah iaitu Kansai Airport Station. Untuk sapa2 yang berhajat untuk ke JR Ticket Office ini - tak kiralah nak beli, activate atau exchange JR Rail Pass atau lain2 pass under Japan Railway Company sila mai cepat2 ke sini


JR Ticket Office - sentiasa ramai orang utk buat urusan. Masa kami mai ada 4 atau 5 counter yang dibuka. Kami beratur kira2 20 min di sini

Queue di JR Ticket Office ini sentiasa panjang. Kami yang antara awal ke sini selepas dah collect luggage kena beratur dan tunggu dalam 20 minit. Tak lama lepas tu orang yang beratur dah melimpah sehingga ke luar office ini.

Kami ke sini adalah untuk buat payment dan activate Kansai Hiroshima Area Pass. Kami buat reservation secara online :
( http://www.japan-guide.com/e/e2358_008.html ) dari Malaysia @ Y13,000. 
Boleh jugak kalau nak terus beli kat JR Ticket Office ini bila kita sampai, tapi harganya lebih sikit @ Y14,000.

Card yang dalam buku pass ini jangan pulak pandai2 nak kopek, biaq cam tu ajer. Nanti bila kat train station ada lorong khas untuk pass holder, cuma tunjukkan dorang.


Masa kat counter cuma tunjuk passport, buat payment samada dengan cash atau credit card (Kami bayar dgn Amex). Dan yang paling penting kena bagitau kat officer tu bila kita nak mula guna Pass ini. 

Kalau Kansai-Hiroshima Area Pass ini dibeli secara online, maka cuma bawak printout email confirmation dan tunjukkan di JR Ticket Office - ada banyak pejabat yang kita boleh berurusan selain dari Kansai Airport seperti di Shin-Osaka, Osaka, Kyoto, Sannomiya dll

Jadi pada sapa2 yang nak beli JR Pass - spt JR Kansai-Hiroshima Area Pass, JR Kansai Area Pass, Kansai Thru Pass atau apa2 pass sekali pun perancangan mesti ada. Maksud akak kalau kata flight kita mendarat pukul 4.30pm, tak perlulah nak activate atau beli pass. Misalnya Osaka Amazing Pass utk 2 hari berharga Y3000 (RM118), dah tak banyak attraction yang boleh dikunjungi kerana kebanyakan tourist spot tutup pada pukul 5 petang. Memadai cuma beli single ticket dari Kansai Airport ke Osaka.


Selain dari Kansai-Hiroshima Area Pass kami beli sekali Icoca Card. Actually boleh jugak beli kat vending machine. Tapi jika Icoca Card dibeli dari JR Ticket Office ianya mesti secara tunai saja. Sebelum kami beli Icoca Card kami dah awal2 buat itinerary yang rapi di mana kami akan gunakannya selama 5 hari tanpa perlu buat apa2 top up.

Selain dari Kansai-Hiroshima Area Pass kami juga ada membeli Kyoto-Osaka Sight Seeing Pass di Kansai Airport Station ini. Pass ini amat berbaloi untuk sapa2 yang menginap di Osaka dan planning untuk buat short trip ke tempat2 menarik di Kyoto. 


Harga Pass untuk 1 day unlimited use dengan menggunakan Keihan Line cuma @ Y700 (RM28) saja. Oleh kerana kami bermalam di kawasan Namba, kami cuma perlu pi ke Yodoyabashi Station yang merupakan station permulaan untuk Keihan Line terus menuju ke Kyoto. 

Kalau nak dibandingkan kos perjalanan Osaka-Kyoto, JR Line yang paling murah iaitu Special Rapid dari Osaka Station ke Kyoto Station berharga Y560 sehala, sedangkan Pass ini cuma Y700 sahaja untuk unlimited travel antara Osaka dan Kyoto. Dan pada yang berhajat nak ke Inari atau Gion, train akan berhenti di station yang terletak tidak jauh dari tourist attraction. Untuk yang budget conscious traveler, Pass ini memang terbaik.

Nanti akak akan cerita dengan panjang lebar lagi cara2 penggunaan, kebaikan dan kelemahan Pass ini dalam posting yang akan datang.


Urusan di Nankai Office lebih cepat berbanding dari JR Ticket Office


Kami buat reservation dan bayar dengan credit card untuk dapatkan Keihan Kyoto-Osaka Sight Seeing Pass ini secara online di : 
http://www.howto-osaka.com/en/ticket/ticket/keihanosakakyoto1-2day.html

Dorang akan beri confirmation melalui email. Bila sampai di Kansai Airport Station cuma pi ke Nankai Ticket Office seperti gambar di atas untuk buat exchange. Nanti dorang akan beri pass, booklet dan location route dalam satu sampul plastik yang cantik. Perlu diingat exchange cuma boleh dibuat di Kansai Airport Station saja. Nankai Ticket Office ini terletak bertentangan dengan  JR Ticket Office.

Okay dah selesai urusan mendapatkan pass yang diperlukan kami sepatutnya kalau nak ikut itinerary pi ke The U-don Sanuki iaitu restoran makanan halal di tingkat 2 Terminal 1 untuk breakfast. Tapi memandangkan flight delay yang berlaku terpaksalah dibatalkan hajat nak makan ramen. Waktu sekarang pun dah hampir ke pukul 12 tengah hari. 

Ni yang susah sikit apabila terjadi benda2 yang tak boleh dielakkan seperti ini, program yang disusun habis rosak dibuatnya.

Itinerary kami selanjutnya adalah untuk terus ke Hiroshima. Oleh kerana kami memiliki Kansai-Hiroshima Area Pass kami entitle untuk menaiki Limited Express Haruka ke Shin-Osaka.


Untuk menaiki Limited Express Haruka nih mesti turun satu level dengan escalator berhadapan dengan JR Ticket Office


Kami sempat menaiki Haruka Express (unreserved seat) pada pukul 12:14 ke Shin-Osaka. Perjalanan mengambil masa dalm 50 min. Dan dari Shin-Osaka barulah buat transfer dengan menaiki Shinkansen ke Hiroshima.


Unreserved seat dalam Limited Express Haruka, boleh tahan ramai penumpang. Tapi banyak train antara KIX ke Shin-Osaka

Semasa dalam Haruka Express ini tiba2 akak dapat panggilan talipon. Bila check handphone .. ohh rupa2nya dari Maybank. Dorang nak verify samada kami ada guna credit card di Japan. Haha dorang terkejut kot sebab tiba2 ada transaction kat luar negeri dari card American Express.

Bersambung ...

















16 comments:

  1. Dulu saya pergi jepun dapat rate rm28,nangis tengok rate skrg,mujur ada macam2 pass utk jimatkan kos...cuma kna rajin buat research n itinerary well planned mcm kak nori buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah masa pi Winter 2015 exchange rate average dalam Y1000 = RM30.00, la nih melambung naik, mostly kerana Ringgit kita yang lemah.

      Delete
  2. Sy dh balik hehe...rate sy dpt 3.90...baca ni senyum2 sbb famiiar sgt nama station nye

    Merasa makan kat udon sanuki tu. Not bad. Jepun mmg best. Pasni confirm repeat tp lokasi lain plak, insyaAllah

    Xsabar nak baca pengembaraan hiroshima! 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udon Sanuki ... sob sob jangan disebut...sedih tak sempat nak pi ... gara2 flight delay

      Delete
  3. Saya di 0saka december 2016.

    ReplyDelete
  4. mcm selalu akak nyer entry selalu detail :)

    ReplyDelete
  5. salam,
    nak tanya, hyperdia punya track untuk train tu memang accurate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Biasanya apa yg diumumkan dalam hyperdia tu memang betul. Tapi utk play safe awak boleh refer pada screen LED yg ada di station. Atau pun boleh jugak tanya pada officer yg bertugas di station iaitu yg ada dalam office pada laluan orang yg guna pass atau shinkansen.

      Baru2 ini ketika akak dari Kobe nak ke Kinosaki Onsen, kami sepatutnya naik rapid express, cuma tak pasti train tiba pada track yg mana satu. So kami tanya pada officer kat dalam office tu. Dorang tak guna Hyperdia tapi guna log book utk mengetahui waktu train akan sampai dan pada track mana kita harus tunggu

      Delete
    2. terima kasih kak, satu lagi boleh tolong checkkan itinerary saya? sy dah emailkan ke akak under atiqahazman37@gmail.com dekat noriroppongi@gmail.com..

      Delete
    3. Ya akak dah terima dan balas email awak, please check okay

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. salam kak, sy ada bagi yg edited punya.. boleh tolong checkkan? sorry ye banyak tanya/mintak tolong pulak..

      Delete
    6. Itineray awak adalah problem sikit berkenaan train station, rujuk email ya

      Delete
  6. Okay, tolong rujuk email kak.. sy dah reply..

    ReplyDelete
  7. salam kak..ada sambungan x..syok plak baca blog akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hmm dah ada sambungan pun, sorry lambat sikit nak update

      Delete