Tuesday, 14 February 2017

Short Trip to Hiroshima & Kansai



Assalamualaikum,

Lama tak udpdate blog nih kan hahaha. Bila buat update maknanya adalah trip to Japan. Sama macam yang lepas2, holiday pada winter season. Kalau pi bulan January atau February nih senang sikit sebab public holiday banyak waktu nih. Cuti Chinese New Year atau Hari Wilayah atau Thaipusam. Jadi tak banyak personal leave yg perlu ambik.

Tambah lagi bila pi winter season, di beberapa tourist spots boleh dapat discounts, even pass perjalanan contohnya semasa di Kobe, Kyoto pun dapat pada harga yg murah. Maklumlah kerana winter season ini dikira sebagai off season kecuali di tempat spt Sapporo, Hakuba dll.

Ini merupakan trip budget berdua selama 6 hari 5 malam, dan setelah ditilik dan dikaji kami pilih Kansai-Hiroshima Area Pass. Sebelum tu mcm2 proposal yg dibuat, antara tempat yang kami mula2 targeted :

* Yamagata (tempat yg tak jadi nak pi sebelum nih)
* Khyushu Island dgn JR Khyushu Rail Pass
* Okinawa
* Hokuriku Region dgn JR Hokuriku Area Pass yg cover Shirakawago dll

Akhirnya kami pilih utk cover Hiroshima. Pass yang kami beli adalah Kansai-Hiroshima Area Pass.





Dah decided pass apa yang kami nak guna, selanjutnya adalah untuk memilih tempat yang kami nak pi. Kami di Japan selama 6 hari 5 malam, Hiroshima kami cadang untuk stay selama 2 malam. Satu lagi tempat adalah Osaka kerana kami akan bertolak balik melalui Kansai Airport.

Jadi, ada lagi 2 hari yang kami boleh memenafaatkan sepenuhnya Kansai Hiroshima Area Pass ini. Setiap bandar yang tersebut dalam pass itu kami buat research : Apa yang menarik di tempat tu, accommodation rate, tempat makan dan laluan train - samada direct atau nak kena buat transfer di mana2.

Setelah dikaji dan dibincang tempat2 yang kami akan pi adalah :

Day 01 - Sekitar bandaraya Hiroshima



Tempat yang menyimpan kessan sejarah kedahsyatan perang, untuk orang yang minat sejarah macam akak, pi ke tempat2 yang macam ini memang kira wajib




Day 02 - Okunoshima (Rabbit Island)


 Bila tenguk video dalam Youtube, hati meleleh. Mesti masuk tempat nih dalam wishlist



Day 03 - Sekitar bandaraya Kobe

 Satu lagi tempat yang mempunyai kesan sejarah hitam kerana kejadian gempa bumi pada tahun 1995. Bandaraya ini mempunyai banyak tourist attractions menyebabkan kami decide utk stay semalam di sini.

Day 04 - Kinosaki Onsen

 Salah satu tempat yang kami berbelah bahagi untuk ke sini atau Himeji. Tapi bila google dan tenguk gambaq macam di atas, the vote is pretty much clear.



Day 05 - Kyoto/Osaka


Nak spend seharian di Kyoto atau di Osaka, kami putuskan untuk ke Kyoto, oleh kerana cuma ada limited time kami cuma pilih beberapa tempat menarik saja dalam bandar Kyoto.

Jadi untuk explore kawasan2 yang disebutkan di atas kami menggunakan beberapa pass :





Kansai-Hiroshima Area JR Pass                        ......  Y 13,000
Kyoto-Osaka Keihan Sight Seeing Pass             ......  Y      700
1 day Hiroshima Street Car Pass                      ......  Y      600
Kobe City Loop & City Bus 1 Day Bus Pass        ....... Y   1,000


Manakala accommodation pulak kami menginap :

2 malam di Business Hotel Million City Hiroshima
1 malam di Kobe City Gardens Hotel, Kobe
1 malam di Sento Otani Hotel, Kinosaki Onsen
1 malam di Hostel Q, Namba

Cuma Business Hotel Million City di Hiroshima saja kami guna Air Asia Go untuk
buat booking. Lagi 3 hotel/hostel tu kami guna  Booking.com

Flight pi dan balik adalah dengan Air Asia : KUL-KIX-KUL

Tukaran mata wang pada waktu  ini : Y1000 = RM39.30

Dari berberapa bandaraya yang akak pi tu, rasa2nya akak lebih enjoy semasa
di Hiroshima.

Okay setakat ini saja dulu, lama tak buat update nak kena warm up sikit baru boleh tulis laju2 sikit. Coming up, gambaq, cerita dan pengalaman di semua tempat yang disebutkan di atas berserta review dan panduan.

Dan Insya Allah kalau ada kelapangan akak akan buat perbandingan pass yang patut digunakan di Kansai area - Untuk short trip ke tempat2 seperti di Kyoto, Osaka dan Kobe.
























9 comments:

  1. Wah trip nippon is back,skejap aje ya but good timing la akak pergi,winter always ada charm tersendiri..

    ReplyDelete
  2. Ya Ayda pi sat jer, akak sempat gak pi ke Kyoto utk cari Rose Cafe ... tapi la nih dah tutup pulak. Nanti akak cerita.

    ReplyDelete
  3. Sy ni dok ulang alik kuar masuk blok akak..gara2 sapporo..mlm ni flight ke osaka pastu sapporo hehe

    Gara2 baca la trrus simpan niat nk g sapporo. Rupanya thn ni merasa gak pergi. Baca blog akak 2015 hehe

    Icoca tu mcm touch n go n boleh guna smua tempt kan...😘😘

    ReplyDelete
  4. Salam, ya Suica atau Pasmo adalah card utk menaiki train/bus, beli air dari vending machine, isi luggage kat train station dll, dan boleh di dapati di Tokyo. Kalau awak berada di Sapporo awak boleh beli Kitaca Card dan kalau awak di bandaraya spt Kyoto, Osaka atau Hiroshima awak boleh beli Icoca Card. Fungsi semua card ini adalah sama utk memudahkan awak menaiki train.

    Icoca, Suica/Pasmo dan Kitaca Card ini boleh digunakan di mana2 Subway/JR Line, contohnya Suica Card poleh jugak dipakai di Sapporo atau Kyoto. Tapi ada juga di beberapa tempat spt Hiroshima yang mana streetcar (tram) cuma accept Icoca Card saja.

    Walaubagaimana pun kalau kata awak beli Icoca Card di Osaka awak tak boleh pulangkan card ini semula utk dapatkan deposit dan baki duit selain dari Osaka. Begitu juga kalau awak beli Suica/Pasmo Card di Tokyo awak tak boleh pulangkan di Osaka. So kena hati2 pasal benda nih.

    Macam akak baru2 nih, di Kansai Airport akak dah beli Icoca Card, tapi akak tak pulangkan semula waktu nak balik ... sebab akak ada cita2 nak pi Japan semula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi explanation...ok faham...nanti kt adjust 😉

      Muahahahhaha....kt rasa bakal-bakal repeat gak jepun ni. Akak la ni..mempengaruhi pergi jepun dgn bajet mampu milik

      Perbelnjaan kami pon around 3k++..kalau bejaya control mmg tu la bajet nya

      Thanks ye...sharing perjalanan yg memberi inspirasi kat sy..kumpul duit n akhirnyaaaaa...haha

      Jumpa lg 10hari... 💋💋💋💋

      Delete
  5. Wah...ke jepun lagi..Hiroshima memang best. Tapi saya lagi suka Kyoto..hahah.. Kat Hiroshima tu, rasa sedih je bila kat Bomb Dome tu. Masuk muzium dia lagi rasa sedih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Okay jugaklah Hiroshima. Kalau utk orang yg suka pada sejarah mcm saya memang banyak benda utk ditenguk dan pelajari.

      Delete
  6. Salam kak,

    Saya plan nak ke tokyo insyALLAH bulan 7 ni .

    Plan nak ke tokyo pastu travel ke osaka dan kyoto.

    nak tanya pendapat sikit

    boleh tak kak email saya ? email address saya shafeeqahmad07@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Akak dah balas email awak

      Delete