Friday, 15 September 2017

Day 2 - Okunoshima (Rabbit Island)




Assalamualaikum,

Okay sambung semula cerita percutian di Japan setelah sekian lama tertangguh.
Akak dalam pukul 4.30 pagi dah bangun untuk siap2 kerana hari ini nak jalan jauh.

Kami akan ker Okunoshima atau Rabbit Island. Untuk ke Rabbit Island ini perjalanannya agak tricky sikit. Dari hotel kami mula2 mesti ke Hiroshima Station. Kemudian pi ke Mihara dan transfer pulak ke Tadanoumi dan akhirnya
ke Rabbit Island.

Maknanya untuk sekali perjalanan atau one way trip kami akan menaiki tram kemudian Shinkansen lepas tu JR Train dan akhir sekali ferry. Dengan sebab inilah akak pagi2 dan ready bangkit untuk buat bekalan makanan apa yang patut ke sana.



Roti gardenia & jam bawak mai dari rumah, pakai lambak cam tu ajer ... kesian kan


Bagi sapa2 yang berminat untuk ke Rabbit Island ini samada dari Hiroshima atau Shin-Osaka sila ambik perhatian mengenai travel time. Terutama sekali perjalananan train dari Mihara ke Tadanoumi dan Ferry dari Tadanoumi ke Rabbit Island.  

Ini kerana waktu perjalanan train dan ferry selepas pukul 10 pagi akan menjadi tidak regular. Tadanoumi ini sebenarnya adalah sebuah pekan kecil saja dan JR Jure Line yang digunakan di sini lebih aktif pada waktu pagi, tengah hari dan waktu balik kerja. 

JR Train yang biasanya dalam satu jam sekali sebelum pukul 10 pagi akan menjadi hampir 2 jam sekali selepas pukul 10. Contohnya kalau sapa2 terlepas JR Train pada pukul 9:46am dari Mihara ke Tadanoumi, maka JR Train yg selepas ini pulak adalah pada pukul 11:30am. Jenuh nak melangun kat dalam station hampir 2 jam tu kan !

Begitu jugak dengan ferry dari Tadanoumi ke Rabbit Island, selepas pukul 10 pagi, perjalanan ferry adalah 2 jam sekali.  So kalau yang berminat nak pi main2 dengan rabbit di Okunoshima Island wajib buat extra homework perjalanan train dan ferry supaya itinerary tak tergendala dan tersangkut dalam station selama beberapa jam.


Pagi Sabtu tak beberapa ramai orng sangat di Hiroshima Station


Memandangkan kami akan menggunakan 4 jenis perkhidmatan awam dan selepas memerah otak mencari perjalanan yang paling selesa dan cepat maka kami memilih untuk keluar dari hotel kami seawal pukul 6:30 pagi.

Kenapa mesti keluar awal sangat ? Sebab kami berhajat untuk menaiki ferry dari Tadanoumi ke Rabbit Island pada trip pada pukul 9.30 pagi. Secara ringkas aturcara hari ini adalah seperti berikut :

HIROSHIMA JR    06:54-- [Kodama]--> 07:21 MIHARA 
HIROSHIMA JR    07:26-- [Hikari]--> 07:48 MIHARA **
HIROSHIMA JR    07:46-- [Hikari]--> 08:20 MIHARA
HIROSHIMA JR    08:24-- [Kodama]--> 08:48 MIHARA

MIHARA          07:30 --[JR Kure]-> 07:55 TADANOUMI 
MIHARA          08:25 --[JR Kure]-> 08:47 TADANOUMI **
MIHARA          09:50 --[JR Kure]-> 10:12 TADANOUMI

TADANOUMI       08:00 --[walk]----> 08:15 TADANOUMI PORT 
TADANOUMI       09:00 --[walk]----> 09:15 TADANOUMI PORT **
TADANOUMI       10:12 --[walk]----> 10:30 TADANOUMI PORT

TADANOUMI PORT  08:30 --[Ferry]---> 08:42 OKUNOSHIMA 
TADANOUMI PORT  09:30 --[Ferry]---> 09:42 OKUNOSHIMA **

TADANOUMI PORT  10:30 --[Ferry]---> 10:42 OKUNOSHIMA

Yang bertanda asterisks tu adalah perjalanan yang kami pilih manakala yg lain2 tu pulak adalah back up plan.

Untuk dapatkan Shinkansen pada pukul  7:26 pagi kami mesti keluar dari hotel ke Chuden-Mae Tram Stop pada pukul 6:30 pagi kerana tram dijangka tiba pada pukul 6:39 pagi dan perjalanan tram ke Hiroshima Station mengambil masa dalam 20 minit. Jadi adalah masa sedikit untuk singgah di Family Mart di Hiroshima JR Station untuk beli air dan apa2 yang patut.


Oleh kerana kami memiliki Kansai-Hiroshima Area Pass maka kami layak menaiki Shinkansen dari Hiroshima JR Station ke Mihara. Tak lama pun kurang setengah jam dah sampai.

Sebenarnya semasa buat research mengenai trip ke Okunoshima ini kami banyak rujuk link ini :

http://jpmanual.com/en/ohkunoshima#jump-14

Memang very informative, siap ada beri step by step berserta gambaq macam mana nak sampai ke pulau tu.


Sama seperti di Hiroshima, Mihara Station nih amat lengang pada awal pagi Sabtu. Sesekali ada penumpang yang keluar masuk. Di Mihara Station ini pun ada sign board untuk memberitahu track mana yang patut digunakan untuk ke Tadanoumi Station dan seterusnya untuk ke Okunoshima.

 Bekalan green tea & plaster utk kaki yg mula melecet yg dibeli di Hiroshima JR Station

Sempat jugaklah kami breakfast sekadar alas perut sementara menunggu JR Train selanjutnya ke Tadanoumi. Nak tunggu di platform pun masih awal lagi dan cuaca pagi teramat sejuk so kami lepak2 dalam Mihara Station ini.




Perjalanan sehala dari Mihara ke Tadanoumi mengambil masa lebih kurang 25 minit dengan mengguna Kure Line. Oleh kerana ini merupakan JR Line maka tambang kami adalah percuma dengan Kansai-Hiroshima Area Pass. Tanpa pass tambangnya adalah Y320 sehala



Tadanoumi JR Station ini kecik ajer tempatnya. Biasanya penumpang yang turun di sini adalah tourist yang hendak ke Okunoshima.



Untuk pi Okunoshima atau Rabbit Island dari Tadanoumi Station, mula2 kena tuju ke Tadanoumi Port. Sebelum mai ke sini akak dah study guna Google Map, jadi dah boleh tau lebih kurang cara nak ke sana.

Gambaq di atas tu adalah pemandangan dari pintu luar Tadanoumi JR Station. Langkah ke depan sikit di simpang tu kemudian pusing ke arah kanan


Boleh nampak dari signboard arah menuju ke Mihara. Tak susah dan gerenti tak boleh sesat punya. Cuma jalan lurus tanpa beluk2.



Gambaq atas ini dari Google Map. Nampak macam sayup berbatu2 kan, tapi sebenarnya taklah jauh mana pun. Anggaran nak kena jalan kaki dalam 10-15 minit.


Jalan kaki sehingga nampak jambatan dalam gambaq di atas kemudian beluk ke kanan. Boleh nampak kan ada signboard Tadanoumi Port. Yeayyy dah dekat nak sampai.



Selepas beluk kanan sebelum jambatan tadi kena melepasi pulak train track. Sepekara nak cakap pasal orang2 Jepun ini, dorang pasal bab undang2 memang lurus bendul betul. 

Pekara yang sama pernah kami tenguk di Gora (Hakone), di Kinosaki dan juga di Tadanoumi ini. Setiap kereta yg melintasi train track MESTI akan slow down, berhenti seketika kemudian baru bergerak. Kalau nak ikut lojik, besi halangan akan turun apabila ada keretapi nak melalui landasan. Tapi Japanese nih walau tak ada keretapi pun dorang akan slow down, berhenti seketika kemudian baru melintas. Akak dok perati benda nih. Bukan sorang dua driver saja. Semua kereta yang melintas mesti buat macam tu. #Respect.


Walau nampak cerah dan terik tapi sejuk sebab kami pi pada winter season


Dan akhirnya sampailah kami di jeti atau Tadanoumi Port. Dari sini dah boleh nampak pulau yang di depan tu - destinasi kami iaitu Rabbit Island. Tak jauh pun kalau banding jarak Penang Island ke Mainland mungkin lebih separuh perjalanan antara Tadanoumi Port ke Okunoshima.

Nampak macam lengang semacam ajer kan. Itu kerana feri belum mai lagi, sat lagi bila tiba waktunya punyalah ramai yang berpusu2 dan jadi sibuk kawasan nih.



Sebelum menaiki feri ke Okunoshima mula2 kena beli tiket dulu. Bangunan yang comel ini terletak betul2 di depan jeti. Di sinilah tempat untuk beli tiket, souvenir, refreshment dan lain2. Ingat yer sebarang JR Pass atau Icoca/Suica/Pasmo tak boleh digunakan sebagai bayaran tambang feri



Tambang feri pi balik Y620 untuk dewasa dan Y320 untuk kanan. Dua tiket di vending machine ini akan keluar untuk return trip. Jangan pandai2 pulak beli sehala sebab kat Rabbit Island tu tak ada booth atau vending machine untuk beli tiket. Hmm tak pasal2 kena tidoq dengan rabbit.


Nak bubuh luggage, nak beli payung semua ada kat sini


Kat Okunoshima Port ini pun ada perkhidmatan menyimpan luggage. Saiz locker mcm di JR Station boleh pilih mana yang berkenan.



Selain tu ada di sini ada jugak jual barang2 makanan untuk rabbit. Dorang dah siap bungkus cantik2 dalam paket.




Kami sempat jugak jengah2 sat dalam bangunan ini tenguk apa yang patut dibeli sebagai souvenir. Tak ada apa sangat yang menarik cuma setakat photo frame, key chain dll.

Banyak tu carrot & sengkuang yang kami import dari Malaysia - satu plastik penuh

Kami tak beli pun rabbit food kat Tadanoumi Port tu sebaliknya akak dah siap potong cantik2 carrot dan sengkuang dari rumah lagi. Lagi pun carrot dan sengkuang ini pun boleh jadi bahan tambahan untuk lontong yang kami bawak tu hehe.



Hah mai dah, mai dah. Orangramai yang kat jeti pun dah mula ramai yang menunggu, jom kita berlibur di Rabbit Island.



Jangan heran pulak dok pikiaq pasal apa kereta2 ini semua nak ke Okunoshima. Sebenarnya feri yang berlepas dari Tadanoumi Port ini bukan saja nak tuju ke Rabbit Island, tapi sesudah itu akan juga ke Sakari Port yang terletak di Omishima Island.

Kalau rajin google pasal Omishima Island ini boleh tau yang pulau ini lebih besar dari pulau2 yang sekitarnya dan mempunyai tarikan pelancungnya yang tersendiri, walau agak tersisih dari bandar2 utama di Japan.




Jarak waktu perjalanan dari Tadanoumi Port ke Okunoshima lebih kurang dalam 12 minit. Sat ajer kan. Feri yang kami naik ini pun lebih kurang macam yang di Penang. Bahagian bawah untuk kenderaan dan belah atas untuk penumpang.


Tapi standard biasa orang2 Jepun ferinya di bahagian dalam amat bersih dan ada pulak section untuk tempat budak main2. Kalau kat luaq tu sejuk sangat boleh lepak2 kat dalam nih sebab ada heater




Ahhh dah dekat nak sampai pun. Ya lah 12 minit bukan lama sangat kan. Dari atas feri bila tenguk Okunoshima ini macam tak berpenghuni ajer.



Kami estimate masa nak spend di Rabbit Island nih dalam 2- 3 jam. Kalau boleh kami nak balik menaiki feri pada pukul 12.13pm, paling lewat kami nak dapatkan feri pada pukul 2.13pm sebab kami bercadang kalau balik awal bolehlah pi ke Miyajima Island yang kami tak sempat pi semalam.

Bila feri berhenti ramai penumpang2 yang turun, kebanyakannya tourist asing tapi orang2 Jepun pun ada jugak.


Ehhh mana dia rabbit yang ada kat pulau nih ?
Hmm sat noo kena sambung kendian.

main sambung2 bila nak abis cerita nih
Alahhh sabaq lah

4 comments:

  1. Assalamualaikum...Wah bestnya pi rabbit island. Gigihnya akak bawak carrot dari Malaysia..hahaha.. Saya memang teringin sangat nak ke sini. Tapi asyik tak sempat je nak masuk dalam itinerari setiap kali ke Jepun..huhuhu.. tak sabar nak tunggu sambungan cerita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Nak pi Rabbit Island nih renyah sikit, kena buat careful planning tapi tempat tu memang cantik dan ukin. Lain dari yg lain. Bolehlah tu kumpul2 duit utk pi Japan lagi kan hehe.

      Delete
  2. Wah kak Nori,betul punya well planned sampai carrot pun siap potong dari Malaysia,hehe...renyah perjalanannya tapi sure berbaloi2 bila dikeliling rabbit comel terlompat sana sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha carrot tu senang potong siap2 dari rumah, kalau dah sampai Hiroshima kat mana pulak nak pi cari kedai beli barang2 ni semua. Tu satu bungkus plastik akak potong kecik2 dapat dari 7-8 batang carrot.

      Delete