Sunday, 12 November 2017

Day 2 Okunoshima & Shukkeien Garden



Assalamualaikum,

Okay kita sambung cerita mengenai trip ke Okunoshima atau Rabbit Island yang sudah sekian lama asyik dok tertangguh.



Bila ferry berhenti dan penumpang semua turun. Kami dah tak sabaq nak tenguk arnab2 yang ada di pulau ini. Dari jauh dah boleh nampak haiwan ini berlari berkeliaran menyambut orang yang datang.



Walau pun rabbit yang ada di sini kebanyakannya dari jenis yang liar tapi depa nih semua dah biasa dengan kehadiran manusia. Bila kita jalan2 rabbit nih akan mai dekat. Tapi akan berhenti dalam satu dua meter dari kita. Kalau ada barang makan nanti dia akan mai ambik dari tangan kita, kalau tak bawak apa2, setakat nak dukung, pegang2 badan dan main2, hmm jangan haraplah. Dia akan buat bodoh ajer dan lari. 



It's advisable kalau nak mai sini bawak serba sikit barang makanan seperti sayur - Romaine Lettuce, kangkung dll. Tapi pada akak lebih senang bawak carrot atau sengkuang yang dah dihiris kecik2 sebab satu atau dua bungkus besar dah boleh beri pada banyak rabbit di pulau ini.


Pada musim winter rabbit di Okunoshima ini lebih mengharapkan makanan dari manusia kerana keadaan sekeliling yang sejuk menyebabkan haiwan ini susah sikit untuk mendapatkan sumber makanan.


Selang beberapa langkah ke depan tiba2 kami perasan ada satu tourist ini berbaring dikerumuni dengan rabbit yang banyak.Bukan susah pun, baring kemudian tabur ajer rabbit food atas badan nanti menderu2lah rabbit yang nak beramas mesra hehe.

Ada jugak terpikir nak buat cam nih hahaha, tapi kena sedialah untuk berbaring atas rabbit dropping yang merata banyak kat situ.

Senang pakai tabur ajer kat tanah, pandai2lah korang semua ya nak idop



Okay sekarang akak nak cerita serba sikit pasal Okunoshima ini. Tak besar sebenarnya pulau ini. Boleh pusing satu island ini dengan jalan kaki dalam masa kurang dari 2 jam. Kami pun berjaya jelajah cover walaupun berpeluh2 gak lah haha.

Ada beberapa teori pasal apa Okunoshima ini dipenuhi dengan arnab. Satu daripadanya : Dikatakan bahawa semasa Perang Dunia ke-2, Okunoshima ini dijadikan sebuah pulau untuk membina gas beracun demi melawan tentera bersekutu. Jadi apabila tamat perang kerana khuatir ada sisa2 gas beracun dorang lepaskan arnab di pulau ini. Kenapa arnab ? Sebab arnab adalah binatang yang boleh membiak dengan cepat dan banyak. Lebih2 lagi haiwan ini tinggal di bawah tanah maka kalau arnab ini boleh hidup maka diandaikan pulau ini selamat untuk manusia.

Satu lagi teori mengatakan bahawa ada sekumpulan kanak2 sekolah yang membawa masuk beberapa ekor arnab di Okunoshima ini. Tak lama lepas tu, haiwan ini membiak dengan cepat dan kerajaan Jepun mengambil alih menjadikan pulau ini sebagai tempat tarikan pelancung.

Di pulau ini juga ada satu tempat penginapan iaitu Kyukamura Hotel kalau teringin nak bermalam di sini. Kami pun pernah cuba usha hotel ini kerana lokasinya serta ada menyediakan basikal untuk bersiar2. Tapi beberapa kali check di Booking.com sentiasa hampa. Selalu saja no vacancy.



Bukan susah pun untuk  berjalan kaki di Okunoshima ini, lepas2 turun di jeti sebaik2nya ikut jalan ke belah kiri. Ada jalan tar dan foot trails berserta papan tanda yang  memudahkan first time tourist ke pulau ini.



Jalan tar di Okunohima ini digunakan oleh shuttle bus yang bawak penumpang dari jetty ke Kyukamura Hotel. Tak pasti pulak shuttle bus ini cuma untuk guests saja atau public. 

Tapi lebih seronok jalan kaki saja. Sambil2 jalan tu sesekali muncullah 4-5 ekor rabbit dari celah2 batu dan semak. Kalau kita buat2 seluk tangan dalam plastik rabbit nih akan mai dekat, kalau kita mula tabur carrot dan turnip, dari 4-5 ekor jadi 10-15 ekor pulak yang mai.



Keadaan cuaca pada masa kami ke pulau ini memang panas terik. Tetapi kerana kami pi di musim winter, berjalan kaki taklah terasa penat sangat tambah pulak dengan angin dari arah laut yang bertiup kencang.


Suhu pagi nih dicatitkan dalam 8 darjah Celsius. Bolehlah kalau nak pakai jacket kalau tak tahan sejuk. Tapi jangan lupa bawak sunscreen kerana matahari agak terik jugak.




Jangan lupa jugak bawak bekal makanan untuk diri sendiri sebab kat sini tak ada kedai makan. Nak piknik ada banyak bangku meja yang disediakan cumanya kena jaga2 ada cik kenet yang sentiasa kelaparan.


Mintak mak carrot sepotong saya mau makan kerana perut kosong


Pulau Okunoshima walau sebenarnya adalah pulau yang terbiar namun ada beberapa tourist attraction yang boleh kita lawati. Antaranya adalah seperti Nature Station.


Tidak ada yang menarik sangat di sini cuma botanical dan floral specimen 



Tak ramai pun orang yang masuk sini maybe kerana tak ada apa2 yang menarik


Ke depan sikit bertentangan dengan Nature Station tu ada satu museum kecik. Kami memang dah baca serba sikit mengenai museum ini dan teringin sangat nak masuk




Bukan free ya. Bayaran masuk Y100 dikenakan untuk setiap pelawat. Tak besar pun tempatnya, kira2 macam size satu rumah banglow kecil saja.



Sesiapa yang berkesempatan berkunjung ke Okunoshima jangan lepaskan peluang untuk masuk ke sini. Walaupun bangunannya kecil dan mungkin dianggap membazir bayar Y100 untuk entrance fee, tetapi museum ini sebagai peringatan sejarah hitam negara Jepun yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan dalam peperangan.




Apa yang boleh dilihat di sini adalah gambar2 kilang perusahaan gas beracun yang dibangunkan di Okunoshima. Tanpa membaca dan melihat bukti2 mengenai sejarah silam, kita akan menyangka Okunoshima cuma sebuah pulau yang dipenuhi oleh arnab2 liar.





Dipamerkan juga di museum ini gas mask yang pernah dipakai oleh pekerja2 kilang. Antaranya adalah hasil pemberian waris orang2 yang terkesan dari pencemaran proses pembuatan gas beracun. 

Jepun semasa Perang Dunia ke-2 membuat experiment menghasilkan gas beracun tanpa mempunyai peralatan keselamatan yang mencukupi. Akibatnya ramai pekerja2 yang  terdedah kepada pencemaran kepada diri sendiri.



Jepun semasa Perang Dunia ke-2 membuat experiment menghasilkan gas beracun tanpa mempunyai peralatan keselamatan yang mencukupi. Akibatnya ramai pekerja2 yang  terdedah kepada pencemaran kepada diri sendiri.



Peralatan untuk menhasilkan gas beracun


Walaupun banyak info di dalam museum ini dalam Japanese tapi ada juga translation di dalam English.



Setelah menghabiskan masa dalam 20 minit di dalam museum tadi tu, kami bergerak melintasi hadapan Kyukamura Hotel. Waktu kami menyusuri jalan di Okunoshima ini, pemandu bas ini akan bawak perlahan2 dan berhati2 kerana takut ada rabbit yang berkeliaran.


Hmm...perjalanan masih jauh lagi. Ada beberapa tempat yang kami try nak cover hari ini



Ini pulak adalah store house atau tempat simpanan senjata kimia iaitu mustard gas. Kalau tenguk pada location map ada beberapa store house di pulau ini.





Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Tentera Bersekutu telah memaksa kerajaan Jepun untuk membersihkan dan memastikan tidak ada sebarang kesan yang boleh membahayakan manusia, binatang dan alam sekitar



Dari store house tu kami berjalan dan kemudian berhenti singgah di bawah kaki bukit, di situ ada notis bahawa kami menghampiri Observatory Deck, iaitu satu tempat yang paling tinggi di Okunoshima. Di mana di puncaknya pemandangan amat cantik kerana boleh melihat sekeliling pulau ini.




Mula2 tu tak terlintas hati pun nak naik. Tapi ada satu Japanese family nih yang nampak dah bersedia untuk hiking serta merta kami pun nak cuba panjat sampai ke atas.




Nampak kat depan tu Japanese family steady rock jer dorang berjalan. Bukit nih tak lah berapa curam sebenarnya tapi dah dibuat jenis beratus anak tangga macam nih jadi semput dan tercungap2 jugak lah kami.


Ada satu couple baru mai, dorang hiking tak ada termengah2 macam kami, ceh


Ada dalam 20 minit jugaklah dok memanjat bukit nih, akhirnya kami sampai kat perhentian yang pertama. Masa nih kedua2 kami dah give up. Ini bukan Observatory Deck, ada lagi tak tau berapa anak tangga nak kena panjat. Tapi kami dah tak larat. Nih semua gara2 bantai lontong dan ketupat malam tadi ler tu hehe. Tapi view dari atas bukit nih memang cantik lah kan.


Inilah rupanya kalau nak tau cara rabbit di pulau ini hidup membiak. Lubang2 di gali di dalam tanah menjadi tempat tinggal haiwan ini



Lepas dah berhempas pulas buat hiking separuh jalan tu kami percepatkan langkah. Jika boleh kami nak cuba dapatkan feri yang akan bertolak ke Tadanoumi pada pukul 12.13pm





On the way kami terjumpa satu lagi store house atau tempat menyimpan gas beracun



Siap ada sign melarang dari memasuki compound dan ke dalam bangunan. Tapi kalau tenguk gambaq2 dari internet memang ada yang berani masuk hingga ke dalam tempat yang terbiar ini.



Pelik jugak kerana di kawasan ini tak nampak pulak rabbits yang berkeliaran. Di mana2 tempat lain malah bila kami naik ke bukit Observatory Deck ada beberapa kali terserempak dengan menatang comel nih.




Memang scary merry building nih bila tenguk dari dekat. Agak2 kalau buat adegan shooting penggambaran The Walking Dead sesuai sangat lah



Ciannya ada pulak sekoq yg dok termenung kena boikot tak boleh makan dengan geng yg ramai2 nih


Ada sikit balance carrot dan sengkuang tu kami habiskan dengan menabur ke atas tanah sebelum sampai jeti. Ambik kau, menderu2 yang mai. Masa nak jalan balik kami nampak ada dua orang pekerja yang berjalan membawa sayur2an dalam satu guni untuk diberikan kepada rabbit. Kena jaga jugak, kerana binatang inilah Okunoshima menjadi tempat tarikan pelancung yang popular


Selamat tinggal Okunoshima, ada umoq kita jumpa lagi


Bila tiba ajer di jeti, dah boleh nampak ada satu bot kecil yang dah mula start enjin nak bergerak. Kami tanya staff yang ada kat situ samada bot tu nak pi Tadanoumi. Memang betul pun. Staff tu siap jerit pada kawan dia dalam bot untuk tunggu sat dan bawak kami bersama



Trip balik ke Tadanoumi ini guna boat kecil ajer. Maybe dorang buat extra trip sebab hari minggu kot



Sebelum patah balik ke Tadanoumi JR Station kami singgah dulu di kedai waktu beli tiket feri mula2 tu. Beli serba sikit souvenir untuk diri sendiri sebagai kenang2an trip ke Rabbit Island ini



Dari Tadanoumi kemudian ke Mihara. Manakala dari Mihara balik ke Hiroshima kami tunggu untuk menaiki Shinkansen Kodama. Boleh jugak kalau nak naik JR Sanyo train tapi akan ambik masa lebih 1 jam. Alang2 dah ada Kansai-Hiroshima Pass lebih baik guna sebaik2nya, dengan Shinkansen cuma setengah jam saja




Inilah dia souvenir yang sempat di beli di Okunoshima, tak ada apa yang menarik sangat kat kedai tu. Sementara 2 lagi anime key chain tu beli di Book Off Hiroshima hari sebelumnya

Di Hiroshima Stn cari underground walkway, gambaq ini diambil masa balik dari Shukkeien Garden


Bila sampai di Hiroshima Station waktu tu dah dalam pukul 1.30pm, kami tak tau nak pi mana. Ada pilihan sebenarnya samada nak ke Miyajima Island - tempat yang kami tak sempat pi petang kelmarin atau ke Shukkeien Garden.

Memandangkan kami dah letih kerana bangun awal pagi untuk ke Okunoshima maka kami pilih untuk ke Shukkeien Garden. Lagi pun tempat ini terletak tak jauh dari Hiroshima JR Station. Berjalan kaki akan ambik masa lebih kurang 15 minit.


Guna pedestrian walkway ini untuk menggelak dari melintas jalanraya yang sesak 

Dari pedestrian walkway pi ke arah exit di belah kanan. Jalan sikit  ke arah sungai dan seberang jambatan. Ada beberapa signage dalam English yang menunjukkan arah untuk ke Shukkeien Garden.


Gambaq di hadapan pintu masuk. On the way akan melepasi sebuah sekolah dan apartments 




Untuk yang minat beautiful scenery dan nature, jangan lepaskan peluang untuk ke Shukkeien Garden jika bercuti di Hiroshima. Semasa kami di sini, ramai yang kami jumpa adalah orang2 tuan dan family yang bawak anak2 kecil. Amat sesuai untuk relax dan rehat2kan minda.




Bayaran masuk per person adalah Y260. Biasanya dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, tapi pada waktu winter season ditutup awal sejam.



Shukkeien garden ini adalah satu taman yang cuba menggambarkan secara minature tumbuhan rimba, sungai, tasik dan gunung ganang. Ada laluan untuk berjalan kaki yang membolehkan pengunjung bersiar2 mengelilingi keseluruhan taman ini. Di tengah2nya pulak ada sebuah tasik yang besar.



Masa sampai sini battery kamera DSLR pulak dah habis. Sakan ambik gambaq dan video punya pasal di Okunoshima sebelum nih. Jadi terpaksa guna action cam cap ayam : Xiaomi Yi Cam. Hasil gambaqnya nampak quite impressive jugak cuma kalau untuk buat video tak cantik lansung sebab tak ada Optical Image Stabilization.



Diceritakan bahawa semasa bom atom digugurkan di Hiroshima, taman ini mengalami kerosakan yang amat teruk. Namun kerajaan Jepun membina semula dan membuka tempat ini pada tahun 1950









Taklah besaq sangat taman ini. Kalau setakat nak jalan pelan2 keliling tasik ini dalam 20 minit dah boleh cover satu pusingan



Akak baca dalam internet ramai jugak orang yang buat shooting wedding photo kat sini. Memang cantik.

Sumber dari Google Image

Lagi cantik kalau sapa2 pi pada musim spring di sini, boleh berpeluang untuk lihat cherry blossom yang menerangi tempat ini dengan warna yang indah



















Kami spend masa lebih kurang satu jam lebih di sini. Lepaskan keletihan dan kepenatan setelah menghabiskan setengah hari di Okunoshima pagi tadi



Dari Shukkeien Garden kami jalan kaki balik ke Hiroshima Station dan kemudiannya naik tram ke hotel. Ada jugak rancangan cuba sekali lagi untuk pi ke Miyajima. Tapi kami dah tak larat dan cuma habiskan hari terakhir di Hiroshima dengan berjalan2 di sekitar Memorial Park yang terletak di depan hotel saja.

Untuk dinner kami perabiskan nasi impit, dimakan bersama sambal tumis udang petai serta roti canai segera. Kat hotel nih ada microwave memudahkan untuk panaskan makanan.

Next stop : Kobe










No comments:

Post a Comment