Saturday, 23 December 2017

Day 3 : Kobe



Hari ke tiga di Japan. Hari ini kami akan meninggalkan bumi penuh bersejarah Hiroshima dan berangkat ke sebuah lagi kota di Japan yang pernah mengalami malapetaka suatu masa dulu iaitu Kobe.

Awal pagi kami dah bangun dan breakfast roti dan hot chocolate. Bilik Business Hotel Million City Hiroshima yang kami menginap selama 2 malam ada problem sikit pada air conditioning system. Dah cuba adjust berapa kali masih tak boleh naikkan room temperature. Suhu dalam bilik teramat2 sejuk.  Dah naikkan hingga 28 Celsius pun masih sejuk. Padamkan air con pun tak kurang sejuk yang mengiggil hingga tulang. Akhirnya tidoq dengan pakai baju 3 lapis dan jacket, berselubung dengan comforter. Setokin dan gloves pun pakai sekali tak pernah2 buat mcm nih. Walau tak ada snow kat Hiroshima mcm trip ke Sapporo dulu tapi sejuk kali nih memang tak boleh tahan.



Lebih kurang pukul 7.30 pagi kami serahkan semula kunci pada front desk. Dan berjalan mendapatkan tram untuk ke Hiroshima JR Station.



Waktu pagi banyak Shinkansen, jadi boleh pilih yang mana berkenan. Kami pilih Shinkansen Nozomi pada pukul 8.13am, perjalanan dari Hiroshima JR Station ke Shin-Kobe mengambil masa lebih kurang 70 minit. 

Pada sapa2 yang bercadang untuk pi ke Kobe, tak kiralah samada dari Hiroshima atau dari Shin-Osaka, station yang mesti dipilih jika menaiki shinkansen adalah Shin-Kobe. Ingat tau jangan tersilap pilih.

Kalau dilihat pada Hyperdia.com, apabila kita bubuh nama Kobe, akan keluar Kobe (Hyogo), Kobe (Nagasaki), Kobe-Sannomiya (Hankyu) dan Kobe-Sannomiya (Hanshin). Ehh berapa banyak punya Kobe dahh. Okay akak terangkan satu persatu :

1.) Kobe (Nagasaki) : Obviously yang nih di Nagasaki, so tak kan boleh silap kot

2.) Kobe (Hyogo) : Ini adalah station di tengah2 bandaraya Kobe yang menggunakan JR Kobe Line. Mesti ingat line ini bukan untuk laluan shinkansen.

3.) Shin-Kobe : Untuk pemilik JR Pass yang boleh menggunakan shinkansen, inilah station yang harus dituju untuk sampai ke Kobe. Shin-Kobe ini menghubungi ke station utama seperti Himeji dan Hiroshima di barat dan Shin-Osaka, Osaka dan Kyoto di belah timur

4.) Kobe-Sannomiya (Hankyu) 
5.) Kobe-Sannomiya (Hanshin)

Hankyu dan Hanshin adalah 2 line persendirian, yang mana titik pertemuannya adalah di Sannomiya Station. Kalau contohnya kita dari Osaka nak pi ke Kobe, tiket paling murah adalah dengan menggunakan line Hankyu atau Hanshin.

Caranya adalah dengan menaiki Limited Express dari Umeda. Di Umeda pulak ada Umeda-Hankyu Station dan Umeda-Hanshin Station. Kalau naik di Umeda-Hankyu Station maka boleh turun di Kobe-Sannomiya (Hankyu) dan kalau naik di Umeda-Hanshin Station bolehlah turun di Kobe-Sannomiya (Hanshin). Tiket sehala cuma Y320 dengan tempuh perjalanan lebih kurang setengah jam

Untuk pemilik Kansai Thru Pass pun boleh menaiki train samada dari Umeda, pilih saja nak naik dengan Hankyu Railway atau Hanshin Railway. Ini kerana Kansai Thru Pass cuma layak digunakan pada non-JR Line saja.

Sementara untuk pemilik Kansai Area Pass pulak elakkan dari mengguna kedua2 line di atas. Sebaliknya mesti menggunakan JR Kobe Line. Boleh naik dari Osaka Station dan pastikan turun di Sannomiya JR Station.

Senang nak pikir, Sannomiya nih macam KL Sentral Station. Ada ERL, Monorail, LRT dll. Station platform berasingan tapi titik pertemuannya dalam transportation hub yang sama.

Dan last sekali untuk pemilik JR Rail Pass atau Kansai Wide Area Pass boleh jugak kalau nak guna JR Kobe Line macam pemilik Kansai Area Pass. Tapi dah alang2 boleh guna shinkansen, lebih baik naik shinkansen dari Shin-Osaka dan turun di Shin-Kobe. Cuma masalahnya Shin-Kobe Station ini jauh sikit dari Sannomiya Station. Kena pulak naik Kobe City Subway train untuk ke Sannomiya.

So apa bezanya menaiki Hankyu Railway dan Hanshin Railyway ? Kalau niat untuk pi ke Kobe, tak ada beza antara kedua2 line ini, pilih mana2 pun boleh. Tapi bezanya adalah station yang kita nak pi. Contoh paling mudah adalah macam orang yang minat nak main snow di Rokko Snow Park. Caranya adalah dengan mennaiki Hankyu Railway Line dari Umeda (Hankyu) dan turun di Rokko Station, kemudian menaiki bas untuk ke Snow Park.

Hmm berjela2 pulak nak explain. Harap boleh paham yer.




Sampai saja di Shin-Kobe kami terus pi ke Tourist Information Office di tingkat bawah berhadapan dengan escalator. Tujuan kami ke sini adalah untuk membeli City Loop Bus Pass. Untuk tourist yang mai ke Kobe memang berbaloi untuk membeli pass ini kerana ia menggunakan kaedah hop-in hop-out yang cover tempat2 tourist attraction yang utama di dalam bandaraya Kobe.




City Loop Bus Pass ini berharga Y660 dan valid untuk satu hari. Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am perkhidmatan Loop Bus ini akan tamat pada trip yang terakhir pada pukul 7pm. Sementara pada weekdays pulak trip terakhirnya adalah pada pukul 5.34pm.



Semasa kami pi bulan January baru2 ini dorang ada buat promo offer. City Loop Bus Pass bersama Kobe City Bus & Subway 1 Day Pass dijual pada harga Y1000 sahaja. Biasanya harga Kobe City Bus & Subway sahaja adalah Y1030, mungkin winter season adalah off season dan promo ini adalah untuk menarik tourist ke tempat2 menarik di Kobe. Lagi pun kami memang bercadang untuk menggunakan subway semasa di Kobe





Jangan lupa juga untuk mendapatkan Kobe Welcome Coupon secara percuma di Tourist Information Office. Dengan coupon yang ada dalam booklet ini boleh dapat potongan serba sedikit di beberapa tourist attraction yang disenaraikan. Contohnya bayaran masuk ke Kobe Maritime Museum berharga Y600 tapi dengan menggunakan coupon kita boleh dapat potongan Y100




Setelah mendapatkan semua pass yang diceritakan di atas kami turun ke platform station di tingkat bawah untuk menaiki subway ke Shinnagata.

Ingat semula apa yang akak sebut sebelum ini bahawa dari Shin-Kobe Station untuk ke Sannomiya atau mana2 station  dalam bandar Kobe mesti menaiki subway. Tu lah salah satu sebab kenapa kami membeli subway pass bersama dengan City Loop Bus Pass. Lagi pun Kansai Hiroshima Area Pass tak boleh digunakan untuk subway line di Kobe




Pemandangan dari luar bangunan Shinnagata JR Station


Tujuan utama kami ke Shinnagata adalah untuk melihat dengan lebih dekat Tetsujin Monument. Tetsujin adalah satu watak komik yang cukup popular satu masa dulu.

Cara untuk ke Tetsujin Monument ini adalah dengan menaiki subway atau JR Line ke Shinnagata. Shinnagata adalah satu station yang menampung JR Railway dan juga subway, tapi pastikan bila nak exit cari pintu dari JR Station.




Kemudian jalan menghala ke sebelah kanan dan terus ke depan sikit




Bersedia untuk melintas ke seberang jalan. Masa nih dah boleh nampak pintu gerbang Tetsujin Street ... maknanya dah dekat sangatlah tu




Mak aiihh sikit punya besar Gigantor nih. Patung ini berukuran 18 meter tinggi. Banding dengan kalau kita berdiri sebelah takat buku lali dia ajer



Nih kalau kat Malaysia tak pasal2 kerajaan pi buat patung besaq nih mau ramai2 pi bagi reban besuk pagi - Apa punya buta perut duit GST pi abiskan dengan benda alah merepek lagu nih




Sempatlah kami bergambaq serta breakfast sat di kawasan lapang di sini. Tak ada apa2 yang menarik di kawasan sekitar selain monument raksasa Gigantor yang besar nih. Cuma deretan kedai2, apartment dan playground untuk residen yang tinggal di sini.



Abis bergambaq dengan Tetsujin kami nak pi ke hotel. Oleh kerana banyak tempat2 menarik kami dah ambik keputusan untuk overnight di Kobe. Hotel yang dipilih terletak betul2 di tengah2 bandaraya dan hampir dengan JR Station. 



Dari Shinnagata JR Station kami terus ke Kobe JR Station dengan menggunakan Kansai-Hiroshima Area Pass. Apabila tiba di station bermulalah episod Tersesat di Bumi Kobe. Tak taulah macam mana boleh jadi cam nih. Sebelum pi Akak dah study menggunakan Goggle Map serta dah cam landmark utama dari Kobe Station nak ke hotel.


Kobe Station senang sikit nak kenal sebab ada satu building di sebelah bumbung dia lebih kurang macam bumbung Mesjid Negara. Tapi bila dah keluar dari station terpinga2 nak cari jalan ke hotel tak jumpa. Pi masuk Family Mart tanya staff kat situ dorang pun tak reti nak explain


Jalan nak ke Kobe Station gambaq ambik masa nak balik. Kan ke mcm bumbung Mesjid Negara


Ada gak dalam satu jam jugaklah tersesat tak jumpa jalan. Akhirnya kami pi jumpa sorang polis kat satu simpang. Tunjukkan pada dia gambaq location map dan nama hotel dan jalan yang kami dah save dalam ipad.

Kobe City Gardens Hotel tak sampai 10 minit jalan kaki dari Kobe JR Station

Polis nih baik hati sungguh. Walau tak boleh speaking sepatah haram English, dia tunjukkan jalan mana kami patut pi. Bila kami dah dalam sepuluh langkah mengusung beg tiba2 dia mai dari belakang dan bawak kami berdua sampai ke depan pintu hotel. Tu yang seronok sangat dengan Japan nih. Orang2 dia akan cuba tolong kita sedaya upaya bila kita mintak bantuan.

Kami overnight di Kobe City Gardens Hotel. Memang sengaja kami pilih hotel ini kerana lokasinya yang hampir dengan Kobe JR Station dan Harbourland. Mula2 niat tu cuma nak letak luggage saja kerana belum masa untuk check in. Tapi bila reception kata bilik dah sedia kalau kami nak masuk. Hmm memang cantik sangatlah sebab kami dah penat sangat dok melilau cari hotel tak jumpa tadi nih.

Letak luggage kami dalam bilik refresh lebih kurang, tenguk2 jam ... ehhh awal lagi, belum pukul 12 tengah hari pun. Konon2nya nak tidoq sat. Sekali terjaga, mak aihh dah pukul 1 pm. Letih punya pasal hik hik



Kelam kabutlah pulak bangun kerana kami ada banyak tempat nak pi hari ini. Dari hotel kami berjalan kaki ke Kobe JR Station untuk ambik JR Train ke Motomachi JR Station. Kemudian keluar berpindah line ke Motomachi Hanshin Subway Platform kerana kami akan ke Iwaya Station.


Tujuan kami ke Iwaya Station ini adalah kerana kami bercadang untuk lunch di JICA Kitchen serta melawat Kobe Earthquake Memorial Museum yang terletak di bangunan bersebelahannya



Jarak dari Iwaya Station ke JICA nih lebih kurang dalam 15-20 minit berjalan kaki. Kalau dari Iwaya Station nih, ambik jalan hala ke belah kiri menurun bukit sehingga persimpangan jalan besar. Waktu ini hujan dah mula rintik2 turun. Kami jalan2 sat kemudian berhenti sat kat untuk berteduh di satu dua kedai di sepanjang jalan



Tak susah nak cari JICA ini depannya ada bangunan HAT (Happy Active Town) dan tak jauh di sebelahnya ada satu mall dan Toy r Us di tingkat bawah



Masa kami pi hari tu, di depan JICA nih ada anggota bomba buat pertunjukan beramah mesra dengan orang awam. Adalah anak2 Jepun nih dorang bagi pakai topi bomba dan tunjuk ciri2 keselamatan.

JICA Kitchen ini adalah salah satu tempat makan halal yang ada certification di Kobe. Boleh check di http://plus.feel-kobe.jp/muslim/restaurant.html
Dan harganya pulak memang amat berpatutan untuk sapa2 yang dalam tight budget.

Kami tau waktu kami tiba di JICA Kitchen dah agak lewat ... dalam pukul 2 lebih pun, lunch time kat sini pulak dari pukul 11.30am hingga pukul 2.00pm. Tapi kami try redah jugak, manalah nak tau ntah2 ada orang yang dok tengah makan tak habis lagi so tempat nih masih belum tutup lagi. 



Tapi hampa dewan makan dah kosong, pekerja2 kat sini tengah kemas2 meja dan membersihkan dapur. Padan muka, memang salah kami yang mai lewat. Dari menu yang di paparkan di notice board dorang ada serve set lunch dengan menu yang berganti2 setiap hari. Ada hari yang set lunch tu termasuk goreng pisang, hmm macam best jugak kan





Dah kerana terlepas makan tengahari kami tak mau buang masa terus pi ke bangunan sebelah yang merupakan The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial Museum. Tempat ini dibina bagi memperingati lebih 6000 orang yang terkorban akibat kejadian gempa bumi yang dahsyat pada tahun 1995



Bayaran masuk ke The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial Museum ini adalah Y600 untuk dewasa. Tapi kalau guna Kobe Welcome Coupon yang akak bagitau sebelum nih cuma bayaq Y480 sahaja.

Semasa kami nak bayaq ticket di counter ada satu rombongan orang2 tua - rasa2nya tourist dari Japan di hadapan kami yang tengah beratur untuk naik elevator jugak nak masuk ke Memorial Museum ini. 

Rupa2nya sebelum masuk ke Memorial Museum kami akan dibawa untuk menonton slide and video mengenai kejadian gempa bumi yang di Kobe. Pompuan kat counter tu tanya samada kami berdua mahu peralatan audio guide dalam English semasa menonton slide & video nanti. Terkejut dia bila kami bagitau kami kata tak mau. Mesti dia ingat yang kami nih paham Japanese haha. Yang sebenarnya kami dah tak larat, penat dan frust sebab tak makan lunch lagi.

Pertunjukan video dan slide adalah rakaman detik2 sebelum, ketika dan sesudah berlakunya gempa bumi yang dahsyat pada 17hb January 1995 pada pukul 5.46 pagi. Actually, dorang dapat mengesan beberapa gempa kecil berlaku beberapa kali sehari sebelum terjadi gempa yang besar

Okay jugaklah dokumentari kejadian gempa bumi yang ditunjukkan tu. Cuma apa yang dipaparkan kebanyakannya adalah dari media tempatan seperti TV dan akhbar. Tak macam tragedi tsunami di Fukushima pada 2011 ada banyak amateur video yang dirakamkan oleh orangramai. Malah kalau macam hari ini semua orang ada handphone sat ajer dah viral kat sosial media.



Setelah selesai pertunjukan video dan slide kami dibenarkan beredar menuju ke museum. Personally bagi akak museum ini agak mengecewakan. Kalau sebelum ini di Hiroshima Atomic Museum dan Poison Gas Museum di Okunoshima, gambar dan barang2 yang dorang put up for display memang very informative. Pengunjung boleh dapat banyak maklumat dan terasa diri mereka seolah2 dibawa kembali mengenang sejarah yang berlaku pada masa itu.

Tapi di di sini kebanyakan bahan2 yang dipaparkan macam cincai ajer. Gambar2 aftermath yang berlaku macam jenis diletakkan dengan tidak teratur. Caption yang ada pada gambar2 pulak terlalu kecil dan sukar untuk dibaca



Di samping koleksi gambar ada juga diorama dan barang2 peninggalan mangsa gempa bumi yang dipamerkan. Tapi macam akak katakan tadi kebanyakan koleksi bahan2 exhibit di sini macam tak menarik lansung


Rasa2nya kami ada kat dalam museum tu tak lebih dari 15 minit dan lepas tu terus keluar. Macam huge letdown sebab waktu kami buat research di internet seperti di Tripadvisor mengenai tempat2 tourist attraction di Kobe,  The Great Hanshin-Awaji Earthquake Memorial Museum ini adalah antara tempat yang kami teringin sangat nak pi


Untuk balik ke Sannomiya JR Station, kali ini kami cuba untuk guna JR Line dengan menaiki train dari Nada JR Station. Boleh ajer kalau nak guna Hanshin Line dari Iwaya Station tapi memandangkan lokasi Nada JR Station ini tak jauh dari Iwaya, cuma kurang 10 minit berjalan kaki apa salahnya kan.


Ini perhentian #13 utk ke Mesjid Kobe mesti naik Loop Bus dari perhentian #7 di seberang jalan


Sesampai saja di Sannomiya JR Station kami cari pintu exit di bawah station. Plan kami seterusnya adalah untuk menggunakan Kobe City Loop Bus Pass. Dengan adanya KCLB Pass ini memudahkan perjalanan ke tempat2 menarik dalam bandaraya Kobe. Tempat yang mula2 sekali kami nak pi adalah Mesjid Kobe


Untuk ke Mesjid Kobe kami mesti cari perhentian bas di Kitano Meister Garden kerana lokasi mesjid terletak tak jauh dari situ. Dari Sannomiya Station nak ke Kitano Meister Garden kami perlu menaiki Loop Bus dari Bus Stop #7 yang terletak di seberang jalan

Perhentian #7 di seberang jalan - yg ada cik adik manis pakai baju pink tu


Kobe City Loop Bus ini bukan saja untuk pemegang KCLB Pass saja, sapa2 pun boleh naik tapi tambang untuk satu perjalanan adalah flat rate Y260. Basnya pulak bukan besar sangat. Tempat duduk kebanyakannya muat2 sorang saja. 

Dan seperti yang banyak diperkatakan sebelum ini dari yang pernah menaiki Loop Bus ini, tour guide dia yang pakai smart dengan topi akan pot-pet pot-pet non stop memberi penerangan mengenai tempat2 yang bas ini lalui


Loop Bus akan berhenti dan menurunkan penumpang di perkarangan tempat letak kenderaan di Kitano Meister Garden. Jadi, kalau yang berhajat nak ke Mesjid Kobe boleh turun di sini. Masuk saja dalam bangunan ini dan keluar melalui pintu hadapan. Kitano Meister Garden ini sebenarnya adalah sebuah sekolah yang kini telah dijadikan sebagai pusat penjualan barang2 cenderamata dan kraf.



Apabila dah keluar dari gate hadapan, toleh ke belah kiri. Dari jauh dah boleh nampak Family Mart. Jalan ajer dan lintas ke arah simpang jalan tu



Apabila sampai di simpang berhadapan dengan Family Mart, dah boleh nampak dari jauh tersergamnya Mesjid Kobe




Kami sempat menjamakkan solat di sini. Untuk orang pompuan masuk melalui pintu depan, manakala untuk orang laki2 dari belah pintu tepi



Dah selesai solat kami jalan balik semula ke Kitano Meister Garden. Mula2 tu hajatnya nak pi ke Meriken Park kerana kat situ ada Port of Kobe Earthquake Memorial Park serta boleh masuk ke Kobe Maritime Museum. 

Tapi semasa tunggu Loop Bus dalam bangunan Kitano Meister Garden tiba2 turun hujan renyai. Nak jadi cerita kami terlepas 2 kali Loop Bus yang buat stop over di Kitano Meister nih. Bus driver Loop Bus ini pun satu hal jugak, bila dia sampai dalam area parking Kitano Meister dia tenguk2 tak ada orang yang tunggu kat bus stop tu dia terus tak berhenti dah.

Kita yang kat dalam bagunan Kitano Meister tu terpinga2. Nak lari kejar bus, kita pulak dengan bawak beg, jacket, camera bagai. Kemudian kami tenguk kat notice board ada di catatkan time table waktu bus dijangka tiba di Kitano Meister Garden. Kali nih kami tunggu dalam hujan 5 minit sebelum Loop Bus sampai. 





Sepatutnya itinerary kami selanjutnya selepas melawat Mesjid Kobe adalah untuk ke Meriken Park. Tapi memandangkan waktu ketika ini dah pukul 4 lebih kami ubah rancangan untuk pi ke City Hall.

Semasa di dalam Loop Bus kami passed by rumah2 yang di jadikan museum di kawasan Kitano-cho ini. Sebenarnya apabila kerajaan Jepun membuka pelabuhan Kobe untuk pedagang2 asing, ramai foreigners dan diplomats yang mendiami rumah2 yang kini telah diubah suai sebagai museum.




Dari Kitano Meister Garden (perhentian #8) kami turun di perhentian #14 untuk ke City Hall. Waktu ini hujan makin lebat dan terpaksalah pulak berteduh di tepi satu bangunan kat situ.

Bila dah reda sikit, on the way nak ke City Hall kami sempat berhenti sat untuk snap gambaq Flower Clock yang terletak tak jauh dari bangunan City Hall.



Apa ada di City Hall ini ? Di tingkat 24 bangunan City Hall ini ada Observatory Deck untuk melihat keindahan bandaraya Kobe. Lebih kurang sama macam Metropolitan Government Building di Tokyo. Tiada bayaran masuk di sini.

Mula2 ingatkan tak ada orang sangat sebab hari pun dah hampir nak malam dan hujan pulak tu. Tapi ramai jugak orang kat atas nih. Boleh check info lebih lanjut di https://www.feel-kobe.jp/kobe-yakei/_en/area/town/02/




Dari Observatory Deck ini kita boleh lihat bandaraya Kobe dari banyak sudut. Boleh nampak kawasan Sannomiya, Meriken Park , Port dan lain





Ada dalam setengah jam jugaklah kami kat City Hall building nih. Oleh kerana hari dah makin gelap, ditambah dengan kesejukan dari hujan pada musim dingin kami buat keputusan untuk balik ke hotel.

Kami berjalan balik semula ke perhentian #14 untuk mendapatkan bas terakhir yang dijangka tiba pada pukul 6.16pm. Loop Bus last trip ini berhenti di perhentian terakhir #1 iaitu di Nakatotte Pier.

Yang kelakar tu, penumpang dalam Loop Bus ketika tu cuma ada dalam 5 atau 6 orang saja, tapi si-Tour Guide pompuan tu dengan penuh dedikasi dan semangat tak abis2 pot-pet pot-pet dok beri penerangan. Dah kerja dia cam tu nak buat cam mana kan.




Nakatotte Pier nih berhampiran dengan Kobe Port Tower. Sebenarnya boleh jugak kalau nak naik ke atas Tower ini. Bayaran masuk @ Y700 (less Y100 kalau guna Welcome Voucher)







Dari area Kobe Port Tower kami berjalan balik ke hotel, tak jauh sebenarnya adalah dalam 15 minit berjalan kaki. Lagi pun Kobe City Gardens Hotel yang kami overnight tu memang agak stratejik kerana berhampiran dengan Kobe Harborland Umie dan Kobe JR Station




Sebelum balik ke hotel sempat lagi singgah sat di supermarket di dalam bangunan Kobe JR Station untuk beli apa2 yang patut sebagai dinner. Actually kalau beli barang2 makanan seperti air, roti, sushi dll lebih murah daripada beli di Family Mart, Lawson atau 711
Bilik Kobe City Gardens Hotel  tidak lah besaq sangat, dah memang standard bilik2 hotel di Jepun. Tapi yang penting hotel ini ada heater kerana cuaca di Kobe pada hari kami mai tak berapa nak baguih.


Next : Trip To Kinosaki Onsen





4 comments:

  1. dish apa yang best kt JICA Kitchen tu kak Nori...sayang takda rezeki nk lunch kt situ,kira Kobe ni 1 day dah boleh cover smua attractions ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tak perasan pulak dish apa yg ada kat situ. Tapi kalau tenguk dari menu yang ada kat bulletin board memang hari2 tukaq2. Trip to Kobe ini mcm serba tak menjadi kerana hujan. Tu maknanya nak kena repeat lagi sekali lah kan hehe.

      Delete
  2. salam Nori...kami hari tu ke Kobe ni kira singgah je dari Nara, sampai pun dah malam...sesat lagi nak mencari masjid Kobe tu...nasib baik ada remaja Jepun sudi tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam,

      Hisyyy Kobe dengan Nara tu jauh, satu di timur satu lagi di barat hihi. Sebaik2nya Kobe tu kena allocate satu hari utk cover tempat2 menarik kat sana.

      Delete