Monday, 12 March 2018

Okinawa Day 02 - Tour to Churaumi Aquarium, Kouri Island & American Village



Bersambung kisah percutian hari kedua di bumi Okinawa. Keluar berjalan kaki ke hotel menuju perhentian bas di Kenmin Hiroba. Cuaca pagi hari di Okinawa mendung, redup dan berangin. Suhu pulak dalam sekitar 15 Celsius.



Dari email yang dikirim, dorang dah pesan untuk mencari bas persiaran Hip Hop Bus Jumbo Tour. Perhentian bus Kenmin Hiroba ini pada waktu pagi memang amat sibuk. Banyak bas persiaran yang buat stop over untuk mengambil penumpang. Cara dorang adalah berhenti dalam 5 ke 10 minit. Sapa yang terlambat hmm selamat tinggallah sebab bas ini akan jugak buat stopover di beberapa tempat seperti hotel2 dan perhentian bas yang dorang dah terangkan dalam website


Voucher ticket yang dorang email tu kami cuma simpan dalam iPad dan tunjukkan kepada minah tour leader tu. Dia tanya nama kami, tenguk ada dalam list, beri voucher macam di atas nih serta satu botol mineral water, boleh dah terus naik untuk duduk



Ingatkan hari weekday during winter season tak ramai penumpang. Penuh satu bas rupa2nya. Tour guide kami nih ada bagitau tempat2 yang kami akan pi untuk hari ini. Dia speaking dalam Japanese. Tapi bila dia speaking dalam English pulak dia akan tenguk kepada kami berdua kerana dalam bas tu kami saja rasa2nya yang speaking English - sebab waktu buat reservation online memang kami pilih English version



Semasa dalam bas, tour guide tu beri kepada setiap penumpang audio recording device. Alat ini akan beri penerangan dan maklumat mengenai tempat2 yang dilawati. Boleh pilih audio dalam bahasa apa yang kita mahu. Kami tak guna langsung pun alat ini. Terima masa awal perjalanan, pastu simpan dalam pocket seat dan pulang semula waktu nak habis tour


Perjalanan dengan bas dari Naha ke utara menggunakan Highway Route 58. Pada sapa2 yang bercadang menyewa kereta di Okinawa sila dapatkan ETC Card dari rental car company kerana highway ini menggunakan sistem tol. Waktu ini hujan dah mula turun dengan lebat. Sejak kami landing di Taiwan cuaca hujung bulan Januari kurang baik sedikit



Destinasi pertama kami adalah ke Kouri Island dengan meyeberangi Kouri Bridge - jambatan yang terpanjang sekali di Okinawa


Hah yang rambut panjang ikal mayang tu lah tour guide kami

Bas persiaran kami berhenti sebentar di sebuah perhentian selepas tiba di Kouri Island. Tujuan buat stop over ini adalah untuk memberi peluang penumpang2 semua pergi ke pantai atau membeli barangan hasil produk tempatan dan bersiar2 di sekitar Kouri Beach


Okinawa ini mempunyai iklim tropika yang lebih kurang sama dengan Malaysia. Jadi tak hairan banyak barangan yang dijual di sini berupa seperti nenas, mangga, jeruk dan lain2


Kalau nak beli key-chain memang kat sini harganya murah2. Tetapi banyak yang dijual tu tak ada wording Okinawa. Haha amat penting ada perkataan Okinawa kat Key-chain, sat lagi beri kat kawan2 dorang suspek kita beli kat Daiso


Kami sempat jugak lah jalan2 sat kat Kouri beach nih. Tapi waktu ini macam baru lepas hujan degan angin bertiup kuat. Pantai ini nampak macam biasa2 ajer kan, tapi kalau rajin Google mengenai Kouri beach boleh tau tempat ini adalah popular di kalangan orang yang mai untuk berkelah dan mandi manda



Tak lama sangat kami di Kouri beach tu. Adalah dalam 40 minit dan seterusnya kami ke destinasi yang amat dinanti2kan oleh semua penumpang dalam tour ini, iaitu ke Churaumi Aquarium


Sebelum masuk mari kita dengaq dulu pesanan dari penaja - Si rambut panjang ikat mayang

Dari Kouri beach ke Churaumi Aquarium mengambil masa perjalanan dalam setengah jam. Sebelum penumpang2 semua turun dari bas, tour guide dah bagitau awal2 siap tulis pada white board : Departure 1:45pm. Maknanya kami diberi masa selama 2 setengah jam di Churaumi Aquarium ini




Churaumi Aquarium ini sebenarnya terletak di dalam The Ocean Expo Park iaitu sebuah kawasan yang amat luas, kalau nak cover dari Emerald Beach di sebelah timur hingga ke Sunset Square di barat serta menghabiskan masa di sekitar aquarium akan mengambil masa satu hari penuh


Cara Jumbo Tour ini dikendalikan, dorang tidak lah begitu strict seperti setengah2 tour group yang cuma mengekor tour guide yang bawak bendera macam di Fushimi Inari yang akak tenguk tahun lepas


Dari map dan guide yang diperolehi di pintu masuk, kami bebas nak ke mana2. Boleh ajer kalau nak skip masuk aquarium main building misalnya dan terus pi makan kat restaurant yang ada atau nak tenguk dolphin show terlebih dulu



Tapi sebelum nak ke mana2 semua penumpang diminta untuk berkumpul berhampiran dengan ticketing counters untuk mengambil tiket masuk dari tour guide




Harga tiket per person adalah Y1850 yang sudah pun termasuk dalam kos ground tour ini. So tak payah bayaq apa2 lagi dah


Mula2 sekali kami tuju ke touch pool untuk beramas mesra dengan sea cucumber dan star fish








Churaumi Aquarium ini ada 4 tingkat kesemuanya dan setiap tingkat mempunyai tema yang berbeza



Akihrnya kami sampai ke main attraction di Churaumi Aquarium. Diberi nama The Kurishio Sea, merupakan salah sebuah tank yang paling besar di dunia yang menempatkan whale sharks dan manta rays



Kebiasaanya kalau dilihat pada brochures atau gambaq orang ramai akan berada di depan cermin tank besar ini untuk menyaksikan dengan lebih dekat serta mengambil gambar dengan camera atau handphone masing2.

Tetapi sebenarnya tank gergasi ini berada di dalam sebuah dewan theater yang lengkap dengan kerusi yang boleh memuakan hampir 60 orang. Konsepnya sama seperti kita melihat aquarium di dalam rumah - dengan cara duduk beristirehat dan melhat  kehidupan laut yang menakjubkan


Dan apabila melangkah keluar dari ruang aquarium, tempat yang seterusnya adalah gift shop iaitu untuk perabiskan duit. Nak tak nak beli jugaklah serba sikit kat ini 2 ketul fridge magnets sebab sebagai tanda pernah jejak kaki di Churaumi Aquarium 


Sebelum ke pintu exit ada pameran mengenai rangka dan fossil hidupan laut di Main Rest House (Churaumi Plaza)


Patutlah kurang orang kat dalam bangunan aquarium kerana ramai yang pi untuk menyaksikan dolphin show yang terletak di Okichan Theater di luar. On the way nak pi tenguk dolphin show sempat pulak kami singgah di dolphin observation pool yang terletak tak jauh di situ



Memang full house, waktu kami sampai show pun dah mid way






Selesai ajer dolphin show tu ramai yang bersurai menuju ke restaurant berhampiran. Kami cuma beli air dan makan maggi goreng yang akak prepare awal pagi kat hotel



Dari Okichan Theater tempat pertunjukan dolphin show tadi ada satu taman bunga. Memang cantiklah dengan pelbagai warna walaupun pada musim winter yang berlaku sekarang di Okinawa.

Tangga di taman bunga ini menuju ke tempat parking bas pelancung. Escalator dan elevator pun disediakan di sini


Kami sempat melakukan solat jamak di sebuah tempat berhampiran dengan access elevator. Kawasan ini macam terasing sikit so taklah mengganggu laluan orang ramai



Kami ke Churaumi Aquarium ini pada hari  berkerja (weekday) dan juga pada winter season tetapi dari deretan bas pelancung yang memenuhi parking lot bolehlah agak bagaimana ramainya kalau pi pada public holiday di hari minggu. Tambah lagi, tu tak masuk kira yang mai dengan kereta. Sememangnya Churaumi Aquarium ini adalah antara tarikan pelancung yang utama di Okinawa

Waktu dalam bas husband akak check email melalui iPad, ada satu message dari Cerulean Blue yang memberitahu bahawa Whale Watching Tour pada hari esuk terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang kurang baik.

Oleh kerana kami memang ada satu spare day sebelum berangkat balik, kami memaklumkan pada dorang untuk memilih hari Sabtu (3 hari dari hari ini) sebagai mengganti hari untuk pi Whale Watching Tour. Rugilah kan dah pi jauh2 tiba2 tak dapat nak tenguk dengan lebih dekat haiwan yang terbesar di dunia




Dari Churaumi Aquarium kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Busena Underwater Observatory. Setiap penumpang sebelum turun dari bas diberi tiket masuk yang berharga Y1030



Bas cuma berhenti di parking lot tapi semasa berjalan nak ke observatory tu tiba2 turun hujan. Bukan setakat renyai2 lagi tapi lebat sehingga terpaksa cari tempat berteduh. Underwater Observatory tu terletak kat tengah2 laut, jauh jugak lagi tu kalau nak redah hujan tanpa payung 



Di Busena Underwater Observatory ini bolehlah kalau nak tenguk hidupan laut secara live dalam habitat yang semulajadi - tanpa terkurung dalam aquarium




Setiap pengunjung boleh melihat apa yang berlaku di bawah laut melalui tingkap kaca yang dibina sekeliling observatory ini



Tapi ramai jugak dari group kami yang pi ke Underwater Observatory ini. Dorang nih semua masing2 ada bawak payung sendiri, hmm semuanya mai dah prepare dengan segala kemungkinan. Kami ajer yang pi berlenggang tak mau observe keadaan cuaca harian. Tak heran lah mengapa Whale Watching Tour yang dijadualkan esuk dibatalkan kerana cuaca yang kurang baik dan keadaan laut yang bergelora



Berdekatan dengan tempat kami berteduh ini adalah jeti untuk penumpang2 yang ingin menyertai glass bottom boat tour, kebiasaanya tour ini lebih eluk pada cuaca panas membolehkan untuk melihat dengan jelas ikan2 yang berenang di bawah bot. Hujan2 macam nih tak tau boleh nampak ke tidak



Destinasi terakhir kami pada tour ini adalah ke Mihama American Village, sebuah tempat yang pernah menjadi pengkalan tentera America. Sekarang kawasan ini dibangunkan sebagai bandar yang penuh dengan pusat2 hiburan, hotel dan kedai2 yang lebih bersifat American




Ferris wheel di American Village ini adalah salah satu landmark yang cukup popular di sini, dan pada waktu malam dengan lampu yang berwarna warni memang cukup cantik dan happening. Kami di beri masa selama 2 setengah jam untuk explore tempat ini




Vessel Hotel Campana di American Village. Harga bilik @ RM1200 semalam

Sempatlah masuk ke beberapa kedai pakaian dan footwear nak tenguk apa2 yang boleh dibeli. Tapi rata2nya agak mahal. Tak berbaloi untuk berbelanja di sini.  Rasa2nya harga barangan di Tokyo dan Namba pun lebih murah. Satu yang kami notice di kebanyakan kedai atau restaurant lagu2 yang dipasang semuanya dalam English. Malah signage pun banyak dalam English






Dari segi deco, kedai2 makan di sini memang cukup cantik. Restaurant yang popular di US seperti Tony Roma's, A&W dan Star Buck boleh didapati disini. Tak ada apa yang kami beli di America Village ini kecuali satu tupperware untuk perjalanan dengan kereta sewa di hari Jumaat nanti 


Cuma satu yang awesome sangat di American Village ini adalah pemandangan di Sunset Beach waktu matahari nak terbenam. Kami memang dah target nak melihat keindahan ini sejak turun dari bas lagi. Tak jauh pun tempat ini, kurang 5 minit dari Ferris wheel di tengah bandar tu tadi.





Tour bas mengambil semula kami pada masa yang dijanjikan. Kami diturunkan pada pukul 8.30pm di  Kenmin Hiroba - perhentian bas yang kami mula2 naik pada pagi tadi.

Rasa2nya sapa2 yang mai ke Okinawa dan tak mau pening2 kepala pikir pasal car rental, apply permit memandu antara bangsa, bayaran tol dan duit minyak serta nak cover beberapa tempat menarik dalam satu hari di Okinawa bolehlah consider menggunakan ground tour.

Ground tour yang kami ambik ini adalah :KKDAY  https://www.kkday.com/en/product/productlist/A01-003?city=A01-003-00013
Dorang ini juga menyediakan lain2 tour dan aktiviti seperti snorkeling, diving, car rental dan lain2. Ada juga syarikat2 lain seperti Veltra, Yokoso Japan dll yang buat ground tour - semuanya bergantung pada mana tempat kita nak pi serta budget.

Next : Jalan2 ke Shurijo Castle & Kokusai Dori





2 comments:

  1. Good article. I absolutely love this site.
    Continue the good work!

    ReplyDelete